Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Gangguan Seksual di IPBA!

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 29 18 Buah Fikiran Pengunjung
INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) Kuala Lumpur melahirkan ramai pendidik berkaliber. Malangnya, tindakan pensyarah tertentu menimbulkan kegelisahan pelajar perempuan. 

Masalah kami sudah dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi institut, namun tiada tindakan diambil. Ini memaksa kami mendedahkannya melalui media supaya Bahagian Pendidikan Guru turun padang menyiasat masalah itu.

Pelatih perempuan sering berdepan gangguan seksual pensyarah lelaki. Perkara ini berlarutan dari semasa ke semasa yang mengundang keresahan serta ketakutan. Pensyarah berkenaan sering menyentuh bahagian tertentu tubuh. Walaupun cuba dihalang dia terus melakukannya berkali-kali. Bentuk gangguan seksual lain ialah melalui pujuk rayu di telefon. 

Saya antara mangsanya dan sentiasa ketakutan di institut ini kerana bimbang terserempak dengan pensyarah berkenaan yang akan mengambil kesempatan menyentuh saya. Kejadian ini berlarutan sejak sekian lama dan ramai pelajar perempuan menjadi mangsa. Saya beranggapan institut ini tempat selamat untuk menuntut ilmu, begitu juga anggapan ibu bapa.

Sebaliknya, pensyarah yang tidak bertanggungjawab mengancam dan menggugat keselamatan pelajar perempuan di institut itu. Pihak pentadbir mengetahui perkara ini, namun tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan. 

Saya harap perbuatan tidak bermoral ini dapat tangani segera oleh IPG KBA dan Bahagian Pendidikan Guru bagi mengembalikan kepercayaan dan keselesaan pelajar perempuan sepanjang berada di institut itu.

PELATIH KETAKUTAN,
Buat semua pembaca, semoga Allah merahmati kalian.
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, 
Kuala Lumpur. 

Sumber : Berita Harian

Oh Nuffnang!

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 28 12 Buah Fikiran Pengunjung

Rakan-rakan nuffnang yang lain sila bantu saya untuk mengidupkan nuffnang yang entahkan hidup entahkan mati ini. Setelah sekian lama saya berblogging tiba-tiba tertarik dengan nuffnang. dengar-dengar, boleh dapat duit.. tapi sampai sekarang memang saya tak tahu atau faham pun macam mana nuffnang ni berfungsi. apa yang saya tahu, kalau orang klik, maka pendapatan bertambah,. Entah, betul-betul saya tak arif bab ni. 2-3 hari lepas saya pasang nuffnang code tapi akaun nuffnang saya masih tak berubah angka, bila saya boleh kaya? "aduhai duit, silalah datang bergolek padaku!"

Maksud Lagu Mawi - Aduh Saleha

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 26 4 Buah Fikiran Pengunjung

ADUH SALEHA

Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
____________________________________________________
Mana rayuanku hendak ku sampaikan Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat rindu berahiku pada kasih yang jauh Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya jauh bukan jarak dan tempat bukan jauh jarak atau di mana aku berada jauh nama dan pangkat tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya


Mana penggantimu hendak ku dakapkan Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung dendam asmaraku pada cinta yang luruh Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad luruh bukan daun dan bunga Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit luruh jiwa dan badan tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya (adakah ia hanya disandar bukan dikandar?) tak mungkin padam cahaya dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya cintamu bagai rembulan Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada hilang dipandangan, kala langit dilindung awan Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa) barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya Sesudah berdarah barulah ku sedar Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah nasib hidupku saliha Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat) Kau biarkan aku sendiri melewati sepi dalam hidupku saliha Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh kau biarkan aku sendiri meratapi nasib dalam derita saliha Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri ohh......... saliha....... Tolonglah aku orang-orang yang soleh....

Aku dan... Angan-angan

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 21 10 Buah Fikiran Pengunjung


Tersebut kisah dahulu kala...nenek kebaya. sambil nyanyi terjumpa blog cik jaja violet. cik jaja mencuit hati saya, maka berminatlah saya untuk menjoinnya, dan jika saudara/saudari berminat, silalah klik gambar istimewa cik jaja di atas, harap maklum. jom sertai ramai-ramai!

Saya memilih caption aku dan... ANGAN-ANGAN... Hmm kenapa saya pilih "Aku dan Angan-angan"? sebab time tu saya sedang berangan-angan nak ke tugu cinta!!! walau pada hakikatnya saya sedang berseminar di jerantut. Gambar tu adalah gabungan saya ketika di Terkam Resort, Jerantut bersama angan-angan saya untuk ke tugu cinta, maka untuk mengadaptasikan angan-angan itu saya telah mengedit gambar ketika di resort tersebut dengan mencantumkan gambar suasana di tugu cinta, NY!!  Sekian sahaja..

lulus tak cik jaja??
:Dengan penuh perasaan sertai contest cik jaja.

::Tugu Cinta, NY::


::Tekam Resort, Jerantut::

Hidup Berani Untuk Gagal

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Disember 20 4 Buah Fikiran Pengunjung

Lumayan bukan contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ni?? Jom kita mencuba! Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ni saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ni melalui blog  http://myadha.blogspot.com/, jom mula mencuba "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ! Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" telah dilancarkan dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM3,750. Contest ini dianjurkan atas sokongan sponsor seperti DSGClicks,Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Di Mana Jawabnya Aku

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 17 2 Buah Fikiran Pengunjung
 mungkin inilah cinta, namun sebenarnya aku tidak tahu..
mungkin inilah rindu, tapi sejujurnya aku tidak mengerti.. 
benarkah aku dalam kepayahan atau hakikatnya semua ini adalah kejahilan.. 
mungkin rentetan fajar seusai kubicarakan terbenamnya sang mentari
tatkala senja itu adalah jawabnya alam.. 
terima kasih pekatnya malam kerna melayangkan keinsafan.. 
namun fajar kini masih kelam sedang aku mendambakan sinar yang takkan tersirna.. 
di mana jawabnya aku??

Tragedi Kereta Terbang Dalam KB Mall

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Disember 6 10 Buah Fikiran Pengunjung

Takziah buat yang berkenaan..
Ya Allah….. jika ujian ini untuk menguji keimanan mereka, berilah mereka kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosa, berikanlah mereka kesabaran dan keredhaan.”




















ana biarkan gambar bercerita.. untuk antum yang ingin mengetahui berita lanjut, sila klik |di sini| dan ikuti pengakuan pemandu kereta tersebut |di sini|

Doa Untukmu Sahabat

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, November 13 2 Buah Fikiran Pengunjung
Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu, agar bertambah kekuatannya untuk mencintaimu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut kepada-Mu, agar sahabatku tak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya kepada Dia, agar sahabatku taklalai merindui syurga-Mu.

Ya Allah, seandainya sahabatku sesat dalam kabus perasaan, bukakanlah hatinya agar menerima petunjuk-Mu. seandainya dia diasak oleh seribu satu godaan nafsu, bantulah dia dengan banteng iman-Mu. Seandainya dia kecewa dan terluka, balutlah jiwanya dengan kehebatan alunan ayat-ayat sucimu. Seandainya dia tertarik pada larangan-Mu, payungilah dia dari ajakan syaitan laknatullah itu. Mudah-mudahan cintanya hanya pada-Mu, rindunya hanya pada kenikmatan syurga-Mu dan setianya pada perintah-Mu.

Tn. Hj. Azmi Kembali ke Rahmatullah.

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, November 2 15 Buah Fikiran Pengunjung


Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia, tempat yang Dikau janjikan nikmat Untuk hambaMu...

Saat rindu menguntum senyum, kutemui dia di sudut itu. Entah mengapa, mungkin suratan, terasa seperti sesaat, dia menjauh, meninggalkan semua, pastinya tak kembali. Ya Allah, sayu hatiku tak terperi, mengenangkan dia, kutangisi, tak ku sanggup hadapi tapi ku harus merelakannya... doaku semoga rohnya dicucuri rahmat ILAHI. jua ku doakan ketabahan buat seisi keluarganya, kerna ku tahu, berat mata yang memandang takkan pernah menyamai bahu yang memikul. ku pasrah untuk semua yang tersurat.. ya ALLAH, ku mohon moga-moga kepiluan ini penyubur doaku kepadanya.
  1. terngiang lagi gema suaranya di Aidilfiti lalu;
  2. jua ku terkenangkan tiap titip bicara di laman itu.


Semalam bagai sesaat yang lalu..

Seharusnya kamu atau sememangnya dia?

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Oktober 31 9 Buah Fikiran Pengunjung
aku keliru tentang kamu...
tentang kamu yang sering mengucap cinta
sedang aku butuh kamu
kamu entah di mana

aku juga terfikirkan dia...
jauh sekali berdendang kasih
namun senantiasa di sisi
saat aku memerlukan 'kamu'

aku meniti percaya...
seharusnya kamu, atau semangnya dia?

Award From Ihsan

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Oktober 24 6 Buah Fikiran Pengunjung

Rakusnya Sembilu Duka

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Oktober 22 12 Buah Fikiran Pengunjung
Buntu aku keliru lalu rebah aku di muara gelisah yang meresahkan... kumohon daripada-MU damaikanlah sekeping hati yang penuh sulaman nan rapuh... rakusnya sembilu duka... Tabahkah aku untuk menghadapi hari muka? aku harus tabah...

Apakah yang akan berlaku pada memori lalu kiranya rasa kasih dan cinta di waktu dan saat itu dibuang jauh?

Petempatan Ke Sekolah Dibeku Bermula 2010

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Oktober 7 10 Buah Fikiran Pengunjung

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini. Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.


Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini. Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.
Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

Lalat Perasan Bagus?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, September 30 6 Buah Fikiran Pengunjung

Ayu, tak baca blog ceritacinta2****8? lama juga tak menjenguk, kenapa? dia cakap pasal engkau mungkin,
Ya, si lalat itu memberanikan diri menjolok sarangnya si tebuan. Sedang langsungnya tiada si tebuan itu mencuitnya, haru biru kondisinya. Ah, pelik juga ya! Suka sahaja kamu perasan sendiri ya wahai lalat? Silakan wahai lalat… mungkin kamu terlalu bermegah di jamban pujaanmu sedang mungkin kamu rasa kamulah yang selalu kelihatan, menonjol dalam kalangan semuanya, mungkin jua dek kerana aura sayapmu yang sememangnya terlalu suka kesana kemari, menagih pujaan yang kononnya tak tercela. 


Si lebah mencuit temannya untuk mengetahui sesuatu, sibuk pula kamu mencelah ya wahai lalat! Marahkan si lebah sedang si lebah hanya inginkan kepastian! Kamu hamburkan kesatnya kata. Silapnya perhitungan kamu kerna kamu terlupa bahawa tiap jejak hinggapmu bukan semuanya permaidani jijik pujaanmu! Ku kira tamat di situ namun gayamu tak seperti anggapanku. Usah khuatir, kegilaanmu ini bukan penjejas siklus hidup saat segalanya dewasa sebegini.

Biarkan, mereka kenal kamu itu siapa, mereka mengenalinya. Sibuk juga kamu mengaku kamu ‘bukan itu’ dan ‘bukan ini’ ya? Ya sayangku lalat, ‘orang gilapun tak pernah mengaku bahawasanya dia itu G.I.L.A! Benarnya hari itu adanya ‘silap faham’ namun tiada apa yang nak di hairankan kerna kebiasaannya kamu memang begitu! 


Tika kamu bermegahan mencanang kisah cerita, menyatakan sesuatu, kononnya kamulah yang M.U.L.I.A, ku tahu. Ku juga fahami, tentang kamu si lalat yang suka terbang merata mencicirkan najis busuk itu merata-rata! Jangan nanti kamu juga ditepuk Barrack Obama terusan mati di tempat kejadian kerana kecohmu itu. Inilah kata yang merebahkan tembok kesabaranku pabila mulutmu itu terlalu riuh mengundang celaka!

P/s: Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia akan menyakiti kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang berilmu, kelak ia membencimu..

Jiwa yang Tak Mengerti

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, September 16 6 Buah Fikiran Pengunjung

Khabarnya aku ini insan yang tak mengerti, biar selautan kuhulurkan, biar bergunung ku korbankan, namun padanya aku tetap sama; Seorang insan yang tak pernah mengerti. Mungkin benar aku ini jiwa yang tak mengerti, aku tak mengerti tentang apa lagi yang ia mahu daripada aku yang seringkali terdiam sepi memikirkan tentang dia. Aku tak mengerti bagaimana harus aku menemaninya seperti yang dituntut sedang ia sentiasa bersama yang lain; Leka bersama yang lain. Aku jua tak pernah mengerti aku ini apa padanya, aku harus bagaimana, aku benar-benar tak mengerti.

Ya, Kurang Cerdik Kerana ARGUNG PRIVILEGE !

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, September 12 56 Buah Fikiran Pengunjung
Kurang pasti dengan apa yang saya rasa, tapi yang pastinya saya ni mudah rasa kasihan. Kalau ada orang minta perhatian/sumbangan, rasa bersalah sangat kalau saya tak dapat nak menyumbangkan.

Begitu jua dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang selalu muncul dengan kerusi meja di pusat-pusat membeli-belah atau kaki-kaki lima. kalau yang buat tak endah, saya tidaklah berasa tidak kena. namun jika makhluk ciptaan Allah tu beriya-iya mempromosikan sesuatu, lembut sahaja hati saya, tidak pernah terbit perasaan ragu-ragu tentang apa mungkin saya ini akan dikhianati.


19 Mac 2009 |KB Mall Aras 1|
Saya berseorangan untuk mencari buku 'Aku Terima Nikahnya' karangan Ustaz Hasrizal. Kesalnya, di Popular dan Muda Osman Bookstore kehabisan stok. Pasrah..

Melangkah keluar dari Muda Osman Bookstore, ada seseorang berlagak seperti gorilla, mendepakan tangan ala-ala mengawal anak-anak ayam untuk masuk ke reban, menyuruh saya duduk di kerusi tempat promosinya. konco dia pun bersembur-semburlah air liur mempromosikan kad keahlian Argung Privilage. Malas saya nak ingat balik dan tulis semua omongan gila itu, menyakitkan.

"Bayak kelebihan cik, cik isi borang, daftar. Harga promosi ni, bayar dulu RM60. Nanti cik bayar kemudian bakinya bila ada duit nanti."

Ya, ayat tu membuatkan saya mengisi borang, bayar RM60. pada sangkaan saya, kondisi ini sama sepertinya dengan promosi Kad Aziz Desa yang saya membayar pendahuluan sebanyak RM50 pada tiga tahun yang lalu. Keahlian tersebut terbatal dengan sendirinya bila saya tidak melangsaikan baki selebihnya. Tamat di situ.

Meleset. Berbeza pula dengan kali ini. agennya terlalu menyibuk mengganggu ketenteraman hidup saya, meminta saya melangsaikan baki selebihnya. akhirnya saya mengambil keputusan mendiamkan diri, malas nak melayan.

Kelmarin dia hubungi saya lagi menggunakan 'private number'. perempuan. rasa-rasanya geng dia yang menyamar, kononnya mengaku dari Kementerian Pelancongan Malaysia, Putrajara! kalau betul dari KPM, kenapa guna nombor private (no number) macam public phone kat hostel saya dulu? kenapa tak guna nombor KPM Putrajaya (03-8888 8854)? Ya kesabaran saya hilang.

"I dari Kementerian Pelancongan Malaysia. I nak cakap tentang Argung Privilege, kenapa you tak nak bayar?""sorry, i tak berminat,""Oh, macam tu ya? I bukan nak minta u bayar apa-apa sekarang, I cuma nak inform tentang notis saman,""saman?""Ya, notis saman akan dikeluarkan dalam masa 24 jam ni. Denda sekurang-kurangnya RM2000 atau PENJARA""kenapa?""You tak nak bayar penuh, syarikat mengalami kerugian memproses kad untuk you,""Whatttt? dulu pihak you cakap selagi I tak bayar penuh, pihak you takkan proceed kad. nak rugi apa pula??""bla.. bla.. bla.."

Saya mula tak faham. saya hubungi agen, FAZLI (+60162075376). Saya tanya dia macam mana jadi macam ni. Dia pun mula menjawab, terkadang menyimpang dari pertanyaan saya. Mungkin dia tak ada jawapan untuk persoalan saya, tiba-tiba telefon bertukar tangan, perempuan, ala-ala singa betina. Saya pun tak faham butirannya tapi suaranya mirip perempuan yang kononya dari kementerian pelancongan tadi. Cakap menengking-nengking, tak bagi saya peluang untuk bertanya panjang. Saya malas nak layan semua ni lagi, tutup cerita, saya ajak kawan pergi bank, selesaikan. Hangus sisa elaun, RM300 yang melayang entah ke dalam perut makhluk laknat mana.


Takut, sedih, terkilan. Terfikir jua tentang duit, tapi lagi pedih bila rasa ditipu, kena marah lagi dengan perempuan tu. Sakit! seharian juga air mata sering tertumpah. Namun ni pengajaran terhebat buat saya, hidup mesti diteruskan. Buat sahabat-sahabat yang pernah terkena, kongsilah pengalaman, buat yang belum terkena, berhati-hatilah, buat yang panjang akal, nasihatilah.

Sayang Argung ni? See... And SEE!!!

Kisah Itik Dengan Pelbagai Jenis Itik Di Dunia

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, September 4 10 Buah Fikiran Pengunjung

Si itik daging hidup berjiran dengan si itik serati, dek kerana berjiran, hubungan mereka agak rapat walaupun ada ketika wujud perselisihan mungkin kerana faktor pertuturan atau dialek yang berbeda. Huhu.. Si itik serati pula berkawan rapat dengan si itik telur yang rumahnya berada di wilayah berlainan dan kurang berkomunikasi dengan si itik daging. Rapat jualah si itik serati dan si itik telor ini kerana seperti yang kita ketahui, itik serati ini dikira sebagai jenis itik yang berada antara itik daging dan itik telur dan ada kemungkinan nasabnya lebih kepada spiesies itik telor.

4 September 2009 |sekitar jam 12 tengah hari|
Alkisah bermula saat si itik daging ini ada terdengar berita perihal ada orang bercakap tentang perkara yang tak baik mengenai si itik telor. Semasa berbual di tepi pokok tebu belakang rumah Mak Cik Wan Rokiah, si itik dagingpun terberitahu hal itu kepada si itik serati. Si itik daging bukan berniat nak memburuk-burukkan si itik telor, Cuma dalam masa tidak mahu membesar-besarkan cerita yang didengarinya, si itik daging ini terlepas cakap. Maka tahulah si itik serati akan kisah orang bercerita hal tidak elok si itik telor yang mungkin dapat menjatuhkan maruahnya.

Si itik serati berkira-kira, berfikir… lalu si itik seratipun mengambil keputusan untuk membuatkan si itik telor termaklumi akan cerita yang tersebar itu. Bukan mahu menjatuhkan maruah, bukan kerana mahu mengamalkan sikap mulut tempayan, jua bukan kerana ingin mencetus kebinsaan, Cuma mahu cerita tentang si itik telor itu dijernihkan! Namun sayangnya, si itik serati silap perhitungan. –ve. Si itik telor marah-marah. Lari cepat-cepat. Membebel entah apa butirannya… mungkin bengang, si itik seratipun tidak tahu…

Alahai si itik telor… si itik serati Cuma mahu kamu termaklumi… agar jika perkhabaran itu salah, kamu betulkan… agar jika keadaan itu keruh, kamu jernihkan… agar jika semua itu mencalar maruahmu, kamu perjelaskan… agar jika itu bukan kamu, kamu tegaskan… hanya itu!

…dan jika si itik serati itu berbuat durja. Durjanakah dia hanya kerana tidak mahu maruah sahabatnya terpijak?! Tercalar?!

Harusnya Ghibah ---- t-tazhallum, al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb, al istiftâ`, tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum, al- mujâhir, at-ta’rîf...

|perhatian| cerita di atas bukanlah satu fakta melainkan auta semata-mata. elakkan daripada mengambil mana-mana pernyataan berkaitan itik ini apatah lagi sebagai bahan bukti di meja pendakwaraya... 

Mohon | Jangan Hina Cikgu

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Ogos 29 13 Buah Fikiran Pengunjung

saya tak pernah nak marah kalau awak sedikitpun tidak memandang saya dan golongan guru yang lain itu tinggi kerna itu hak awak dan kami sedikitpun tidak pernah terlintas untuk meminta dipandang tinggi. Saya juga tak kisah jika awak selalu agung-agungkan golongan pegawai sehingga awak angkat semuanya setinggi langit. Tapi saya sedikit terkilan, bila gelaran’cikgu’ itu diperlekehkan. 

Saya sedih bila gelaran ‘cikgu’ itu awak hina. Ya, pendapatan saya mungkin tak termampu untuk menandingi pegawai-pegawai yang awak selalu perkatakan tapi saya nak awak tahu bahawa jalan yang saya pilih ini bukan wadah untuk saya kejar pendapatan. Mungkin awak lupa bagaimana berdirinya pegawai-pegawai yang awak sanjungi.

Mungkin awak tak ingat di mana tempatnya pegawai-pegawai awak menimba ilmu. Mungkin juga awak tak sedar, kalau tak ada golongan seperti kami, pegawai awak tu mungkin bukan seperti dia sekarang. Bukan saya nak buka kata angkuh, tapi saya cuba nak bagitahu realitinya kepada awak yang terlalu sombong! Bila nanti awak susah, silalah mencari pegawai yang awak damba, saya harap pegawai tu ada. Jangan cari saya, bukan saya tak nak tolong, tapi saya takut terhina lagi. Saya tak tahu macam mana nak buat awak faham sebab saya tahu awak pun degil macam saya!

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:"Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut"

Ramadan 1430 | Bergembira Di Bulan Ini

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Ogos 27 0 Buah Fikiran Pengunjung

..:"Kumengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna":..


Maaf kiranya ucapan saya ini agak terleawat di perhitungan kalian... memang dah agak terlewat kan?  tak mengapa, saya nak juga ucapkan buat sahabat-sahabat saya serta teman-teman blogger, semoga menjalani R.A.M.A.D.A.N versi 1430H ini dengan lebih bermakna. semoga kalian berada dalam keadaan baik-baik hendakNya, insyaallah...

Mahunya Aku, Entah Aku Tidak Tahu

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Ogos 7 13 Buah Fikiran Pengunjung
saat pena menyembah lakaran
aku tidak mampu membelakangi segala
terlalu ingin aku menyembunyikan
lantas ku akui hakikat debu ingatan itu
ada jua bertebaran terbang melayang
hingga menyoroti rongga pengakhiran lenaku

apa benar aku ini sedang merindui?
atau hanya sekadar mengingati?
kupejamkan mata mengundang lelap
biarkan segalanya berlalu dalam senyap

namun bila mana ingatan itu masih meneraju
aku selalu merasa ingin
yang dulu itu masih di situ
kerna layarnku ku di sini hanya untuk seketika

.::Buku Baru...

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 5 6 Buah Fikiran Pengunjung
Perkataan nisfu diambil daripada perkataan arab (nisf) yang bermaksud separuh ataupun setengah. Nifsu Syaaban yang selalu dicanangkan ini membawa erti pertengahan bulan Syaaban iaitu 15 Syaaban. sungguhpun kita melihat pengertian ini dengan hanya sebelah mata namun jangan terlalu yakin bahawa semua orang termaklumi akan pengertian ini...

Hari ini menyaksikan penutupan buku amalan kita pada tahun sebelumnya kemudian diangkat oleh malaikat ke langit untuk pertukaran buku catatan yang baru sebaik sahaja tergelincirnya kita ke dalam waktu maghrib pada hari ini |siang 14 Syaaban|

Sabda Rasulullah S.A.W: "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kapada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."


Info daripada Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi tentang amalan ibadah di hari Nifsu Syaaban:

Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
  • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
  • Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

"Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

...Tulisan Rakan Blogger