Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Tinta Pangeran Cinta

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, April 26 0 Buah Fikiran Pengunjung
Untuk yang terindah:
.......... , . - . - , _ , .......bunga ini
......... ) ` - . . ' `( .......ku persembahkan
........ / . . . .`\ . . \ ........untuk yang
........ |. . . . . |. . .| ........terindah
......... \ . . . ./ . ./ .........
........... `=(\ /.=` .........walau
............. `-;`.-' ............tak nyata
............... `)| ... , ........adanya
................ || _.-'| ........
............. ,_|| \_,/ ........moga
....... , ..... \|| .' .............bunga ini
....... |\ |\ ,. ||/ .............dapat
.... ,..\` | /|.,|\Y, ............menerangkan
..... '-...'-._..\||/ .............di setiap
......... _.-`Y| ..............langkah
.............. ,_|| ...............dan
................ \|| ...........cita-citanya.
................. || ..........

Hadapi dengan senyuman. Semua yang terjadi. Biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa. Semua... Kan baik baik saja. Bila ketetapan tuhan. Sudah ditetapkan. Tetaplah sudah. Tak ada yang bisa merubah. Dan takkan bisa berubah. Relakanlah saja ini. Bahwa semua yang terbaik. Terbaik untuk kita semua. Menyerahlah untuk menang.

Tarian tinta daripanya,

Lost

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, April 19 0 Buah Fikiran Pengunjung

I Lost My Ring. My Lovely.

Luka yang Menggores Hati

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, April 16 2 Buah Fikiran Pengunjung

Aku bukanlah pujangga yang mahsyur dengan tarian tinta. Aku hanya aku yang terkadang penerimaanku ini tersasar daripada apa yang aku impikan. Ada benarnya ungkapan di sudut itu; hidup ini adalah lukisan tanpa pemadam. Sekali langkah tersasar, meskipun diundur, tetap jua meninggalkan kesan. Begitu juga saat dilukai. Walau atas dasar apa sekalipun luka itu menggores, namun sakitnya tetap terasa. Jua walau segunung maafpun datang menyembah, meski duka beransur pergi namun luka itu takkan terpadam. Seringkali aku merayu pada diri untuk ku mengerti tentang sesuatu; dia jua insan biasa yang terkadang melakukan dosa. Namun aku seringkali tewas untuk terus akur. Mengapa ia bertandang jika hanya untuk menyakiti?

Ya Rabb, Hinanya Aku !

Posted by Ahsfantasy Ryu 2 Buah Fikiran Pengunjung

Ya Rabb, aku tak mengharapkan yang terbaik untuk tiap yang berlaku andai itu bukan redha-Mu. Aku Cuma ingin bahagia. Dalam diduga, aku redha hatta bertimpa walau berganda. Hinanya aku saat rebah luka berdarah, baru kucari arah bergantung sembah. Jangan biar air mata ini menitis kerana timbunan ujian-Mu sedang ia mengarca jiwa membentuk rasa. Jangan biar air mata ini menitis kerana sakit dunia yang meleka jiwa menyiksa atma. Biarkan ia menitis kerana seulas rasa seorang hamba yang berdosa.

Temukan Kami di Taman Syurga

Posted by Ahsfantasy Ryu 0 Buah Fikiran Pengunjung
Hafiz, hafiz mazlan, nor, mohd, along, alongmas, alongmasra, ahsfantasy, ahsfantasy24

Ya Allah, sahabatku ini temanku, mesra kami penawar duka, rindu kami menambah cinta, rujuk kami membuah ceria. Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwah fillah, bermusuh kami na’uzubillah. Berpisah mati, Insyaallah.

P/s: Ya Allah, kawanku ini sahabatku, rahmati kami meniti usia, terpisah kami di alam nyata, temukan kami di taman syurga..

Tok Guru dan 'Top Singer'

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, April 13 0 Buah Fikiran Pengunjung
Selepas menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim. Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.

Gambar - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderamata daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim. Turut sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan).

P/s: Suka tengok siti bertudung elok. 

KELANTAN syurga Makanan Ekostik

Posted by Ahsfantasy Ryu 2 Buah Fikiran Pengunjung
Gabungan kaum Melayu, Cina, India, masyarakat Thailand berjaya satukan pelbagai hidangan kepada ’hidangan Malaysia’. Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan unik dan berbeza rasanya, negeriku ini merupakan destinasi harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ sekali gus menjadikan ia sebagai tarikan kepada pelancong luar. kalian mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali.

Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu.

Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: “makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik,” yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.

Menurut Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan, Muhammad Zaki Talib, Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan eksotik namanya, namun itulah hakikat betapa hebatnya aneka makanan tradisi negeri ini yang tidak akan kita jumpa di tempat lain. Kuih-muih dan makanan tradisional Kelantan sebenarnya juga merupakan produk yang boleh dijual atas nama pelancongan sebagai daya tarikan melawat negeri ini. Dengan kekuatan tarikan makanan dan kebudayaan ditambah dengan sikap ramah dan mudah mesra masyarakat Kelantan, negeri ini sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan pelancong.

Sebagai contoh, Pesta Makanan Kelantan 2009 yang diadakan selama empat hari bermula 12 Mac lalu adalah bukti betapa kayanya masyarakat di negeri ini dengan pelbagai jenis makanan. Acara anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV itu menyaksikan penyertaan daripada 24 agensi dan pengusaha makanan dari Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, Sarawak dan Thailand.

Festival makanan itu yang merupakan wadah penting mempamer keunikan makanan turut menyaksikan lebih 200 jenis makanan dijual. Antaranya kuih tradisi Kelantan, kek lapis Sarawak, rendang tok, lemang periuk kera, ayam percik, lauk-pauk dan pelbagai jenis nasi dan pengat. Tidak lengkap kunjungan ke sini sekiranya tidak mengambil peluang mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah yang merupakan pasar paling terkenal di Kelantan.

Kompleks tiga tingkat ini dikatakan menjadi lambang kegigihan wanita Kelantan berniaga dan di sini dipenuhi pelbagai jenis keropok, kraf tangan dan batik yang boleh dibawa balik sebagai buah tangan. Pasar ini beroperasi seawal jam 6 pagi hingga 7 malam. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual-beli apabila masuk waktu sembahyang selama 15 minit bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Yang Menyayangimu

Posted by Ahsfantasy Ryu 2 Buah Fikiran Pengunjung

  • Orang yang menyayangi kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia menyayangi kamu, yang dia tahu di matanya hanya ada kamu.
  • Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli, yang penting bagi dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
  • Orang yang menyayangi kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
  • Orang yang menyayangi kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang menyayangi kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
  • Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
  • Orang yang menyayangi kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
  • Orang yang menyayangi kamu selalu mengingati setiap kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
  • Orang yang menyayangi kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam novel@buku kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu, kesukaanmu kesukaannya juga.
  • Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
  • Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.
  • Orang yang menyayangi kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
  • Orang yang menyayangi kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
  • Orang yang menyayangi kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama mu.
  • Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
  • Orang yang menyayangi kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang menyayangi kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
  • Ketika orang yang menyayangi kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi
  • Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
  • Tika kamu melihat telefonnya, namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan pesanan kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun yang lalu.
  • Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya.

Daripadanya, Untukku...

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, April 12 0 Buah Fikiran Pengunjung

"aku pernah mengenali dirimu
dan aku telah simpan kenangan itu di keabadian
usah kau bimbang akan ketiadaanku dalam apa jua keadaanmu
percayalah aku sentiasa di destinasimu...
mungkin kehadiranku tidak diperlukan selalu
hanya terkadang bila rasa rindu muncul
aku juga tidak mampu untuk menyuarakan kasih 

yang tidak mampu ku ungkapkan dengan tenang

tapi hanya suatu rasa yang mungkin aku juga tidak tahu arahnya
aku hanya seekor camar yang terbang tanpa persinggahan
tapi mungkin akan ada tempat untukku nanti di hati sekeping hati yang usang..
biarlahh ia berlalu dan menungguku
akanku terbang mencarinya
sampai suatu saat kupasti ia milikku...
semoga yang maha Esa memartabatkan kasihnya untuk diriku yang lemah..."


~cerita semalam yang terungkap..
pernah bermakna namun tiada apa..

Pengisian Jiwa

Posted by Ahsfantasy Ryu 2 Buah Fikiran Pengunjung
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..

Aku Rindu akan Sesuatu

Posted by Ahsfantasy Ryu 0 Buah Fikiran Pengunjung

Siang berlalu sudah..  Tak jemu memang waktu berlalu. Menjadikan aku sesuatu yang terkadang seringkali kaku dalam asyik cerita yang bisu. Sampai senja kembali... Kan ku menjadi kelip sinar yang berpijar dari langit. Terkisah tentang waktu, tentang jutaan cerita di hari itu yang pasti segera berlalu. Aku rindu akan sesuatu...

...Tulisan Rakan Blogger