Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Keputusan Muktamad!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Jun 20 3 Buah Fikiran Pengunjung
Muktamad, saya pulang ke kampus hari ini juga. Setakat ni KTM menjadi pengangkutan utama saya pulang ke kampung halaman. Sepanjang naik kereta api, memang seronok, macam-macam hal berlaku pahit manis. Kalau sesiapa yang selalu guna kereta api, memang dia akan faham terutamanya bila kereta api delay sampai 3 - 4 jam, tambah-tambah lagi bila sehari dua lagi nak raya, memang rasa macam nak nangis.

P/s: Pengalaman menjadikan kita bertambah kuat.


Lirik Lagu Bukan Kasihku | Kaer Azami

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 17 0 Buah Fikiran Pengunjung
Inikah akhirnya?
Tinggallah lara di sini
Terpadamlah api kasih
Setelah dikau pergi

Telah kukorbankan
Sudah aku curahkannya
Semua kasih suci pada dirimu

Tak kumahu asmara kan hancur seperti debu
Tak kumahu dirimu bukan lagi kekasihku
Dan di sini tinggallah aku menantikan kasih

Sesaat berlalu bertahun kurasa
Manakah silapnya
emanakah kan kubawa erti cinta sejati cuma dimimpi
Oh pedihnya.

Muat Turun Lagu: KLIK
P/s: Aku doa engkau bahagia, setiap ketika, sepanjang masa.

Tak Mungkin Kerna Sayang

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Jun 9 0 Buah Fikiran Pengunjung
¸.•♥ Setiba di persimpangan ¸.•♥•.¸ Langkah kita tak lagi sehaluan ¸.•♥•.¸ Bermula di saat itu tidak senada irama dan lagu ¸.•♥•.¸ Begitu hidup ini tiada yang abadi ¸.•♥•.¸ Yang patah tumbuh yang hilang berganti ¸.•♥•.¸ Kau telah jauh, jauh dariku ¸.•♥•.¸ Tiada ruang di hati buatmu ¸.•♥•.¸ Namun harusku akui ada ketika di minda kau menjelma kembali ¸.•♥•.¸ Sekali sekala ada, ada rindu yang datang tiba-tiba ¸.•♥•.¸ Tak mungkin kerana sayang ¸.•♥•.¸ Cuma terganggu oleh perasaan ♥•.¸

sekadar teman di kala sepi.

Sahabat Sejati

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Jun 2 0 Buah Fikiran Pengunjung
Buat renunganku dan juga sahabat sekalian:-

Apa yang kita alami demi teman terkadang penat dan menjengkelkan, tapi itulah yang membuat persahabatan mengukir nilaian yang indah.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhati, dikecewa, didengar, diabai, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan atas tujuan kebencian dan pengkhianatan.

Semua orang pasti mendambakan sahabat sejati, namun tidak semuanya berhasil memiliki. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerna dikhianati sahabat.

  • Ingatlah saat terakhir kali kamu berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping kamu?
  • Siapa yang mengasihi kamu saat kamu merasa tidak pernah dicintai?
  • Siapa yang ingin bersama kamu saat kamu tak mampu memberikan apa-apa?
MEREKALAH SAHABAT
Hargai dan peliharalah selalu persahabatan yang tercipta. Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Lalu apa lagi yang harus disangsikan untuk seorang sahabat yang sejati?.

...Tulisan Rakan Blogger