Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Mohon | Jangan Hina Cikgu

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Ogos 29 13 Buah Fikiran Pengunjung

saya tak pernah nak marah kalau awak sedikitpun tidak memandang saya dan golongan guru yang lain itu tinggi kerna itu hak awak dan kami sedikitpun tidak pernah terlintas untuk meminta dipandang tinggi. Saya juga tak kisah jika awak selalu agung-agungkan golongan pegawai sehingga awak angkat semuanya setinggi langit. Tapi saya sedikit terkilan, bila gelaran’cikgu’ itu diperlekehkan. 

Saya sedih bila gelaran ‘cikgu’ itu awak hina. Ya, pendapatan saya mungkin tak termampu untuk menandingi pegawai-pegawai yang awak selalu perkatakan tapi saya nak awak tahu bahawa jalan yang saya pilih ini bukan wadah untuk saya kejar pendapatan. Mungkin awak lupa bagaimana berdirinya pegawai-pegawai yang awak sanjungi.

Mungkin awak tak ingat di mana tempatnya pegawai-pegawai awak menimba ilmu. Mungkin juga awak tak sedar, kalau tak ada golongan seperti kami, pegawai awak tu mungkin bukan seperti dia sekarang. Bukan saya nak buka kata angkuh, tapi saya cuba nak bagitahu realitinya kepada awak yang terlalu sombong! Bila nanti awak susah, silalah mencari pegawai yang awak damba, saya harap pegawai tu ada. Jangan cari saya, bukan saya tak nak tolong, tapi saya takut terhina lagi. Saya tak tahu macam mana nak buat awak faham sebab saya tahu awak pun degil macam saya!

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:"Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut"

Ramadan 1430 | Bergembira Di Bulan Ini

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Ogos 27 0 Buah Fikiran Pengunjung

..:"Kumengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna":..


Maaf kiranya ucapan saya ini agak terleawat di perhitungan kalian... memang dah agak terlewat kan?  tak mengapa, saya nak juga ucapkan buat sahabat-sahabat saya serta teman-teman blogger, semoga menjalani R.A.M.A.D.A.N versi 1430H ini dengan lebih bermakna. semoga kalian berada dalam keadaan baik-baik hendakNya, insyaallah...

Mahunya Aku, Entah Aku Tidak Tahu

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Ogos 7 13 Buah Fikiran Pengunjung
saat pena menyembah lakaran
aku tidak mampu membelakangi segala
terlalu ingin aku menyembunyikan
lantas ku akui hakikat debu ingatan itu
ada jua bertebaran terbang melayang
hingga menyoroti rongga pengakhiran lenaku

apa benar aku ini sedang merindui?
atau hanya sekadar mengingati?
kupejamkan mata mengundang lelap
biarkan segalanya berlalu dalam senyap

namun bila mana ingatan itu masih meneraju
aku selalu merasa ingin
yang dulu itu masih di situ
kerna layarnku ku di sini hanya untuk seketika

.::Buku Baru...

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 5 6 Buah Fikiran Pengunjung
Perkataan nisfu diambil daripada perkataan arab (nisf) yang bermaksud separuh ataupun setengah. Nifsu Syaaban yang selalu dicanangkan ini membawa erti pertengahan bulan Syaaban iaitu 15 Syaaban. sungguhpun kita melihat pengertian ini dengan hanya sebelah mata namun jangan terlalu yakin bahawa semua orang termaklumi akan pengertian ini...

Hari ini menyaksikan penutupan buku amalan kita pada tahun sebelumnya kemudian diangkat oleh malaikat ke langit untuk pertukaran buku catatan yang baru sebaik sahaja tergelincirnya kita ke dalam waktu maghrib pada hari ini |siang 14 Syaaban|

Sabda Rasulullah S.A.W: "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kapada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."


Info daripada Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi tentang amalan ibadah di hari Nifsu Syaaban:

Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
  • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
  • Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

"Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengejar Gembira dan Bahagia yang Berpanjangan

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Ogos 4 4 Buah Fikiran Pengunjung
"Mengejar impian itu kadangkala memenatkan, ada ketikanya mengundang putus asa. Hakikatnya, yang penat itulah memberikan pulangan yang berharga. Apabila kamu merasa kepenatan dalam melakukan kebaikan, ingatlah bahawa kepenatan pasti hilang namun natijahnya tetap berterusan memberikan kekuatan. teruskan perjuangan demi TUHAN untuk dunia dan akhirat. Allah menguji keikhlasan hati kita bila bersendirian. Allah memberikan kedewasaan saat kita ditimpa musibah. ALLAH melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan. ALLAH tak akan pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik." - Mohd Rahimi Radzi

P/s: Bergembiralah di sisi DIA untuk kebahagiaan yang berpanjangan.

Happy Birthday Baby!!!!

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Ogos 2 7 Buah Fikiran Pengunjung
...:my lovely sis:...
LOVE HER SOOOO MUCHH!!
arabic - كل عام و أنت بخير

mandarin - shēngrì kuàilè
french - bon anniveisare
german - alles gute zum geburtsteg
jepun - otanjōbi omedetō gozaimasu
latin - Felix sit natalis dies
rusia - S dniom roždenija
thai - sook sun wan gerd
urdu - salgirah mubarak

Stop Kissing, Baby!

Posted by Ahsfantasy Ryu 6 Buah Fikiran Pengunjung

  • Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.
  • Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.
  • wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

MENGERIKAN.. harap-harap kita terpelihara daripada wabak tersebut, Na'uzubillahiminzaalik...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)

Kan Dah Cedera | Adat Bermain, Biasalah !

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Ogos 1 2 Buah Fikiran Pengunjung
Semasa main hoki suka-suka petang tadi punyalah gembira. Lagi-lagi bila pasukan kita mendahului pasukan lawan dengan gol 0-3. Tapi biasalah, masa main tu, bila lawan nampak kita seronok, dia mula agresif, main ikut sedap dia, peraturan pun letak tepi. Hayun kayu tak kira arah, padahnya ibu jari saya dilibas kayu dia. Mujur tak patah tak apa. Dua gelembung darah terbentuk, moga lepas ni baik-baik sahaja.

"Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya..."
Bila dah terkena tu memang saya terpaksa minta diri, keluar daripada permainan. Nak cari ais. Sudahnya keputusan seri 3-3. Moga itu bisa buat hati pihak lawan tenteram.

P/s: Ambillah kalau nak menang. Saya main nak enjoy sahaja.

...Tulisan Rakan Blogger