Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Lalat Perasan Bagus?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, September 30 6 Buah Fikiran Pengunjung

Ayu, tak baca blog ceritacinta2****8? lama juga tak menjenguk, kenapa? dia cakap pasal engkau mungkin,
Ya, si lalat itu memberanikan diri menjolok sarangnya si tebuan. Sedang langsungnya tiada si tebuan itu mencuitnya, haru biru kondisinya. Ah, pelik juga ya! Suka sahaja kamu perasan sendiri ya wahai lalat? Silakan wahai lalat… mungkin kamu terlalu bermegah di jamban pujaanmu sedang mungkin kamu rasa kamulah yang selalu kelihatan, menonjol dalam kalangan semuanya, mungkin jua dek kerana aura sayapmu yang sememangnya terlalu suka kesana kemari, menagih pujaan yang kononnya tak tercela. 


Si lebah mencuit temannya untuk mengetahui sesuatu, sibuk pula kamu mencelah ya wahai lalat! Marahkan si lebah sedang si lebah hanya inginkan kepastian! Kamu hamburkan kesatnya kata. Silapnya perhitungan kamu kerna kamu terlupa bahawa tiap jejak hinggapmu bukan semuanya permaidani jijik pujaanmu! Ku kira tamat di situ namun gayamu tak seperti anggapanku. Usah khuatir, kegilaanmu ini bukan penjejas siklus hidup saat segalanya dewasa sebegini.

Biarkan, mereka kenal kamu itu siapa, mereka mengenalinya. Sibuk juga kamu mengaku kamu ‘bukan itu’ dan ‘bukan ini’ ya? Ya sayangku lalat, ‘orang gilapun tak pernah mengaku bahawasanya dia itu G.I.L.A! Benarnya hari itu adanya ‘silap faham’ namun tiada apa yang nak di hairankan kerna kebiasaannya kamu memang begitu! 


Tika kamu bermegahan mencanang kisah cerita, menyatakan sesuatu, kononnya kamulah yang M.U.L.I.A, ku tahu. Ku juga fahami, tentang kamu si lalat yang suka terbang merata mencicirkan najis busuk itu merata-rata! Jangan nanti kamu juga ditepuk Barrack Obama terusan mati di tempat kejadian kerana kecohmu itu. Inilah kata yang merebahkan tembok kesabaranku pabila mulutmu itu terlalu riuh mengundang celaka!

P/s: Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia akan menyakiti kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang berilmu, kelak ia membencimu..

Jiwa yang Tak Mengerti

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, September 16 6 Buah Fikiran Pengunjung

Khabarnya aku ini insan yang tak mengerti, biar selautan kuhulurkan, biar bergunung ku korbankan, namun padanya aku tetap sama; Seorang insan yang tak pernah mengerti. Mungkin benar aku ini jiwa yang tak mengerti, aku tak mengerti tentang apa lagi yang ia mahu daripada aku yang seringkali terdiam sepi memikirkan tentang dia. Aku tak mengerti bagaimana harus aku menemaninya seperti yang dituntut sedang ia sentiasa bersama yang lain; Leka bersama yang lain. Aku jua tak pernah mengerti aku ini apa padanya, aku harus bagaimana, aku benar-benar tak mengerti.

Ya, Kurang Cerdik Kerana ARGUNG PRIVILEGE !

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, September 12 56 Buah Fikiran Pengunjung
Kurang pasti dengan apa yang saya rasa, tapi yang pastinya saya ni mudah rasa kasihan. Kalau ada orang minta perhatian/sumbangan, rasa bersalah sangat kalau saya tak dapat nak menyumbangkan.

Begitu jua dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang selalu muncul dengan kerusi meja di pusat-pusat membeli-belah atau kaki-kaki lima. kalau yang buat tak endah, saya tidaklah berasa tidak kena. namun jika makhluk ciptaan Allah tu beriya-iya mempromosikan sesuatu, lembut sahaja hati saya, tidak pernah terbit perasaan ragu-ragu tentang apa mungkin saya ini akan dikhianati.


19 Mac 2009 |KB Mall Aras 1|
Saya berseorangan untuk mencari buku 'Aku Terima Nikahnya' karangan Ustaz Hasrizal. Kesalnya, di Popular dan Muda Osman Bookstore kehabisan stok. Pasrah..

Melangkah keluar dari Muda Osman Bookstore, ada seseorang berlagak seperti gorilla, mendepakan tangan ala-ala mengawal anak-anak ayam untuk masuk ke reban, menyuruh saya duduk di kerusi tempat promosinya. konco dia pun bersembur-semburlah air liur mempromosikan kad keahlian Argung Privilage. Malas saya nak ingat balik dan tulis semua omongan gila itu, menyakitkan.

"Bayak kelebihan cik, cik isi borang, daftar. Harga promosi ni, bayar dulu RM60. Nanti cik bayar kemudian bakinya bila ada duit nanti."

Ya, ayat tu membuatkan saya mengisi borang, bayar RM60. pada sangkaan saya, kondisi ini sama sepertinya dengan promosi Kad Aziz Desa yang saya membayar pendahuluan sebanyak RM50 pada tiga tahun yang lalu. Keahlian tersebut terbatal dengan sendirinya bila saya tidak melangsaikan baki selebihnya. Tamat di situ.

Meleset. Berbeza pula dengan kali ini. agennya terlalu menyibuk mengganggu ketenteraman hidup saya, meminta saya melangsaikan baki selebihnya. akhirnya saya mengambil keputusan mendiamkan diri, malas nak melayan.

Kelmarin dia hubungi saya lagi menggunakan 'private number'. perempuan. rasa-rasanya geng dia yang menyamar, kononnya mengaku dari Kementerian Pelancongan Malaysia, Putrajara! kalau betul dari KPM, kenapa guna nombor private (no number) macam public phone kat hostel saya dulu? kenapa tak guna nombor KPM Putrajaya (03-8888 8854)? Ya kesabaran saya hilang.

"I dari Kementerian Pelancongan Malaysia. I nak cakap tentang Argung Privilege, kenapa you tak nak bayar?""sorry, i tak berminat,""Oh, macam tu ya? I bukan nak minta u bayar apa-apa sekarang, I cuma nak inform tentang notis saman,""saman?""Ya, notis saman akan dikeluarkan dalam masa 24 jam ni. Denda sekurang-kurangnya RM2000 atau PENJARA""kenapa?""You tak nak bayar penuh, syarikat mengalami kerugian memproses kad untuk you,""Whatttt? dulu pihak you cakap selagi I tak bayar penuh, pihak you takkan proceed kad. nak rugi apa pula??""bla.. bla.. bla.."

Saya mula tak faham. saya hubungi agen, FAZLI (+60162075376). Saya tanya dia macam mana jadi macam ni. Dia pun mula menjawab, terkadang menyimpang dari pertanyaan saya. Mungkin dia tak ada jawapan untuk persoalan saya, tiba-tiba telefon bertukar tangan, perempuan, ala-ala singa betina. Saya pun tak faham butirannya tapi suaranya mirip perempuan yang kononya dari kementerian pelancongan tadi. Cakap menengking-nengking, tak bagi saya peluang untuk bertanya panjang. Saya malas nak layan semua ni lagi, tutup cerita, saya ajak kawan pergi bank, selesaikan. Hangus sisa elaun, RM300 yang melayang entah ke dalam perut makhluk laknat mana.


Takut, sedih, terkilan. Terfikir jua tentang duit, tapi lagi pedih bila rasa ditipu, kena marah lagi dengan perempuan tu. Sakit! seharian juga air mata sering tertumpah. Namun ni pengajaran terhebat buat saya, hidup mesti diteruskan. Buat sahabat-sahabat yang pernah terkena, kongsilah pengalaman, buat yang belum terkena, berhati-hatilah, buat yang panjang akal, nasihatilah.

Sayang Argung ni? See... And SEE!!!

Kisah Itik Dengan Pelbagai Jenis Itik Di Dunia

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, September 4 10 Buah Fikiran Pengunjung

Si itik daging hidup berjiran dengan si itik serati, dek kerana berjiran, hubungan mereka agak rapat walaupun ada ketika wujud perselisihan mungkin kerana faktor pertuturan atau dialek yang berbeda. Huhu.. Si itik serati pula berkawan rapat dengan si itik telur yang rumahnya berada di wilayah berlainan dan kurang berkomunikasi dengan si itik daging. Rapat jualah si itik serati dan si itik telor ini kerana seperti yang kita ketahui, itik serati ini dikira sebagai jenis itik yang berada antara itik daging dan itik telur dan ada kemungkinan nasabnya lebih kepada spiesies itik telor.

4 September 2009 |sekitar jam 12 tengah hari|
Alkisah bermula saat si itik daging ini ada terdengar berita perihal ada orang bercakap tentang perkara yang tak baik mengenai si itik telor. Semasa berbual di tepi pokok tebu belakang rumah Mak Cik Wan Rokiah, si itik dagingpun terberitahu hal itu kepada si itik serati. Si itik daging bukan berniat nak memburuk-burukkan si itik telor, Cuma dalam masa tidak mahu membesar-besarkan cerita yang didengarinya, si itik daging ini terlepas cakap. Maka tahulah si itik serati akan kisah orang bercerita hal tidak elok si itik telor yang mungkin dapat menjatuhkan maruahnya.

Si itik serati berkira-kira, berfikir… lalu si itik seratipun mengambil keputusan untuk membuatkan si itik telor termaklumi akan cerita yang tersebar itu. Bukan mahu menjatuhkan maruah, bukan kerana mahu mengamalkan sikap mulut tempayan, jua bukan kerana ingin mencetus kebinsaan, Cuma mahu cerita tentang si itik telor itu dijernihkan! Namun sayangnya, si itik serati silap perhitungan. –ve. Si itik telor marah-marah. Lari cepat-cepat. Membebel entah apa butirannya… mungkin bengang, si itik seratipun tidak tahu…

Alahai si itik telor… si itik serati Cuma mahu kamu termaklumi… agar jika perkhabaran itu salah, kamu betulkan… agar jika keadaan itu keruh, kamu jernihkan… agar jika semua itu mencalar maruahmu, kamu perjelaskan… agar jika itu bukan kamu, kamu tegaskan… hanya itu!

…dan jika si itik serati itu berbuat durja. Durjanakah dia hanya kerana tidak mahu maruah sahabatnya terpijak?! Tercalar?!

Harusnya Ghibah ---- t-tazhallum, al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb, al istiftâ`, tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum, al- mujâhir, at-ta’rîf...

|perhatian| cerita di atas bukanlah satu fakta melainkan auta semata-mata. elakkan daripada mengambil mana-mana pernyataan berkaitan itik ini apatah lagi sebagai bahan bukti di meja pendakwaraya... 

...Tulisan Rakan Blogger