Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Orang Nak Belanja Makan, Itu Rezeki Namanya!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mei 22 10 Buah Fikiran Pengunjung
Sangat seronok kalau orang belanja makan! Bukan pisau cukur, tapi kita guna pepatah "orang berbudi, kita berbahasa" Kalau orang tak nak belanja kita, jangan desak-desak pula, tidak salah kalau kita yang memulakan. Bukan nak kikis duit orang tapi proses suka-suka dalam merapatkan ukhuwah.

Hari ni orang belanja kita, esok lusa kita pula yang belanja orang, manisbukan? Tapi kalau ada orang degil asyik nak belanja kita, biarkanlah sebab rezeki tak boleh nak tolak. Tapi hati-hati, kadang-kadang orang nak uji kita. Belanja-membelanja ni normal la, jangan kedekut sangat sebab kalau kita buat baik kat orang lain, bukan setakat Dia yang akan sayang kita, tapi mereka! Belanja orang tidaklah salah, tapi jangan sampai muflis.
Kat atas tu muqaddimah semata-mata. pada 13 hingga 16 Mei lalu saya ke Kuantan lagi, tapi bukan untuk aktiviti equestrian seperti selalu! Saya bersama-sama 6 lagi rakan-rakan dan ketua-ketua jabatan serta pensyarah ke East Coast Mall untuk pameran Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan yang pada tahun ini berkampung di negeri Pahang.

Saya tinggalkan tentang pameran tersebut seketika, fokus sekarang adalah kepada sepanjang 4 hari saya berada di sana, sangat best! Makan ditanggung, tapi dek kerana saya ni kuat makan, ada juga yang saya 'tambah' sendiri.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada:
  • Encik Azhari sebab belanja saya lukisan kartun oleh abang Kazim (kartunis akhbar Utusan Malaysia);
  • Cik Nor Asiah Ismail sebab belanja saya makan keropok lekor di kedai Mokna dan sarapan di Restoren Natam;
  • Encik Ghaffar Jaafar sebab belanja saya makan Pizza dan Lunch di Restoren Natam;
  • Encik Aminuddin Mohamed sebab belanja saya makan malam di Rezeki Gelas Besar;
  • Encik Saifuddin sebab belanja saya makan di Awana;
  • Encik Wahab Isa dan Encik Dzulkarnain Mat sebab belanja makan di kedai yang saya lupa namanya di belakang EC Mall tu;
  • Dr. Azhar sebab bagi kami duit belanja sarapan;
  • Abang Aziz sebab belanja saya makan di KFC;
  • Abang Rizal sebab belanja saya makan di Chicken Rice Shop;
  • Hafiz sebab belanja saya makan Big Apple;
  • Ms. Veg sebab sentiasa buat rumah terbuka!
Memang bahagia! ucapan penghargaan yang utama : THANKS TO ALLAH, Alhamdulillah~ (◑‿◐) Dah balik institut, terus macam biasa, Maggi!

Saya dan Equestrian

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Mei 17 16 Buah Fikiran Pengunjung
Kuda. Saya tak pernah terfikir nak manja-manja dengan kuda ni, risau. manalah tahu kalau-kalau binatang ni menyampah tengok muka saya yang cun ni, maut!


3 hingga 6 Mei - Ke Pusat Ekuin Sekolah-sekolah Negeri Pahang, Kuantan. Curahan ilmu daripada Encik Husref Malek Jeremiah, yang pernah menyumbangkan pingat Perak untuk Malaysia dalam Asean Games yang ke 15 pada tahun 2006 di Doha pastinya dinantikan.

Lagi-lagi seronok apabila penginapan kami berhampiran dengan pantai di Tanjung Lumpur! Kursus yang dijalankan merupakan pendedahan asas tentang kuda yang merangkumi:
  • Cara penjagaan kuda
  • Pemakanan dan kesihatan kuda;
  • Kebersihan dan tempat tinggal Kuda;
  • Asas menunggang kuda
Semuanya menyeronokkan, terima kasih kepada Dato' Pengarah kerana menghantar kami ke sana, semoga hasrat untuk mewujudkan Pusat Ekuistrian di kampus kita ini dipermudahkanNya.

Serba sedikit tentang apa yang saya belajar...
Kuda mampu mengesan emosi manusia, oleh itu semasa mendekatinya, diri kita seharusnya tenang, supaya mereka tidak berasa terancam oleh kehadiran kita.
Saya belajar...
untuk mendekati kuda, kita harus mendatanginya dari arah sisi kirinya. sekiranya kita menerpa dari arah hadapan, kuda mungkin terkejut kerana kita mungkin berada di titik buta (blindspot).
Saya belajar...
Untuk mendampingi kuda, kita terlebih dahulu perlu menghulurkan tangan agar kuda dapat mencium bau dan kehadiran kita. tapak tangan perlu menghala ke bawah kerana bila tapak tangan menghadap ke atas, itu menandakan kita ingin memberikan makanan kepadanya.

Hmm.. banyak lagi la yang saya belajar selama 4 hari berada di sana, tapi untuk bercerita panjang rasanya tak mampu sebab... minggu depan ada peperiksaan akhir semesta, doakan saya!

Temani Saya di Skype!!!

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Mei 9 5 Buah Fikiran Pengunjung

Seperti biasa, kalau tiba hari yang sepatutnya saya siapkan assignment, jemari saya akan gedik-gedik santai menari di sini! Tiba-tiba hari ni rasa nak tulis pasal Skype. Ramai yang dah guna Skype dan ramai juga yang belum mengendahkannya. Sejujurnya, memang saya lebih suka guna Skype. Kenapa? Ni antara sebab-sebabnya:
  • Bab-bab nak hantar gambar atau mana-mana dokumen, memang saya tabik spring kat Skype! Perkhidmatannya sangat memuaskan hati berbanding yang lain, lebih mudah dan cepat!
  • Kalau saya guna Skype, saya tak perlu risau tentang situasi saya terlupa isi-isi perbualan yang lepas, sebab perisian ini menyimpan segala perbualan di ruangan Skype bukan sahaja untuk perbualan semalam, kelmarin, minggu lepas atau bulan lepas, tapi sejak seawal kita memulakan perbualan!
  • Kalau saya ni jenis yang curang, saya boleh delete je perbualan yang mencetuskan skandal! Tapi saya bukan jenis yang macam tu okay!
  • Guna Skype tak perlu saya serabut mata melihat Taskbar yang sarat dengan tetingkap di bawah tu. Hmm.. Contohnya guna YM, kalau berbual dengan 10 orang, maka 10 tetingkap la yang akan berselirat di Taskbar... Tapi kalau gunakan Skype, berbual dengan banyak mana pun rakan, hanya 1 tingkap yang digunakan!
  • Selari dengan tujuan penciptaannya yang berfokuskan Voice Messenger, ternyata fungsi suaranya lebih berkualiti daripada yang lain.
  • Webcam? Cunlah berbanding yang lain!
  • Boleh tambah, buang dan block orang sesuka hati! 
  • Kalau duk luar negara, panggilan telefon boleh dibuat dengan kadar yang murah, tapi yang ni kena topup la, Kalau PC2PC, percuma!
Tapi sebenarnya, saya ni bukan jenis yang suka chatting sangat, walau guna apa jua application pun, dalam seminggu, kadang-kadang 2-3 kali sahaja saya melayan application ni, tu pun kalau ada perkara penting je, huhu.. Hmm.. Buat yang dah guna Skype, tahniah! Kalau yang belum cuba, jom cuba! Jangan lupa untuk memuat turun!

Meninggalkan Kursus Kepimpinan Pelajar

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mei 8 5 Buah Fikiran Pengunjung

4 hari yang lalu, hidup saya dihujani rasa bersalah... Apa yang agak melampau saya buat adalah meninggalkan Kursus Kepimpinan Pelajar yang dikendalikan oleh sahabat-sahabat JPP termasuk saya sendiri di Temerloh untuk ke Kuantan; menghadiri Kursus 'O' Level di Pusat Ekuistrian Sekolah-Sekolah Negeri Pahang.

Bila tarikh kedua-dua kursus ini masih dalam teka-teki, saya mulai gusar; bimbang jika kedua-duanya berlangsung serentak. Namun segalanya nyata, kursus ini berdiri pada tarikh yang sama, maka saya harus memilih.

Mujur jua bidang tugas yang saya galas dalam jawatankuasa kerja Kursus Kepimpinan tersebut mampu dilakukan tanpa adanya saya di sana. Alhamdulillah tugasan membuat brosur dan tag kursus dipermudahkan olehNya. Berat hati jua untuk bertindak menarik diri begitu namun saya melihat ada sesuatu dalam Kursus 'O' Level tersebut, jua bukan bermakna saya menyangkal kepentingan Kursus Kepimpinan Pelajar tersebut. maafkan jika ada yang terasa di hati, namun bukan niat saya untuk menyakiti.

...Tulisan Rakan Blogger