Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

YDP, Ku Harapkan Kamu Cepat Sembuh...

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, September 26 4 Buah Fikiran Pengunjung

Pilu dan lesu, siangku kuyup air mata.. duka ini bahkan membisukan kata.. dilanda badai gelisah tak terbendung menyeka air mata.. Ya Allah, kuatkanlah dia.. Ya Allah, peluklah dia erat-erat dalam kasihMu saat dia memerlukan kekuatan dalam menjalani ujianMu. Diri ini terlalu lemah menyaksi derita itu hinggakan saat ini pipi ini sering dibasahi, doaku moga ujian ini segera berlalu dan kamu akan ceria seperti selalu.

Air mata menemani cerita, andai ada kata yang harus aku ini diberita, kuharapkan ia kisah kamu yang ceria bahagia seperti sediakala.

P/s: Doakan agar Sdr. Muhammad Syafiq bin Abdul Manaf segera sembuh...

Saat Aku Rindu akan Kamu

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, September 21 12 Buah Fikiran Pengunjung
Walau kata menikam kalbu, biar disoal rasa seribu, mungkin layaknya jiwa dibiar begitu. Namun yang ku tahu, kita harus menyatu.

P/s: Kawan, aku rindukan kamu.

Salam di Aidilfitri

Posted by Ahsfantasy Ryu 13 Buah Fikiran Pengunjung

Selamat Hari Raya Aidilfitri

.::Maaf Zahir & Batin::.

Masa Silam: Biarkan Berlalu...

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, September 17 16 Buah Fikiran Pengunjung

Mengapa dipuja kelam masa silam?

"saya harap, dengan adanya awak, dapat menghapuskan ingatan pada kisah silam saya, perit!"


Hmm... Okay, sejujurnya saya tak tahu nak buat reaksi macam mana kalau gabungan frasa itu ditujukan buat saya.
  • Apa kewujudan kita ini dizahirkan di mata-mata penonton semata-mata untuk memadamkan kisah lamanya?
  • Mungkinkah adanya kita di hari-hari dia sekadar untuk memenuhi masa yang selalunya merupakan waktu 'dia dan kisah silamnya'?
  • Munculnya kita dihatinya hanya untuk mengelirukan hati dan jiwanya yang masih di kisah yang terdahulu?
  • Kita sekadar persinggahan?
  • Atau adanya kita kerana hanya kita yang dapat membahagiakan dia tanpa sebarang alasan; yang berkaitan masa silam?
P/s: Let bygones be bygones!

Salam Eidulfitri...

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, September 9 6 Buah Fikiran Pengunjung
Daripada saya yang selalu buat awak sakit hati, susah hati atau iri hati.. Juga untuk awak yang rasa dikhianati, tak dipeduli mahupun tak dihargai.. Bukan itu niat di hati, namun jika ia terjadi, mohon dimaafi sempena eidulfitri.. Huhu.. Salam lebaran daripada diri hamba yg kerdil ini...

Aku Bercerita pada Kekuatan

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, September 7 19 Buah Fikiran Pengunjung
Bersama sorotan cerita itu kuheret pilu dalam sendu... Ku dakap bayang hambar berkalung rindu... aneh terpalit lantas diri ini kaku... Saat aku begitu, di mana kamu?

Maghi Pakat Gi Sek Kito!

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, September 6 7 Buah Fikiran Pengunjung

Lirik Lagu Muhasabah Cinta

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, September 4 4 Buah Fikiran Pengunjung
Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Lirik Lagu 150 Juta - Fyn Jamal & Ainan Tasneem

Posted by Ahsfantasy Ryu 12 Buah Fikiran Pengunjung

♥♥ Untuk kali keseratus lima puluh juta ♥♥ Mereka tanyakan engkau soalan yang sama ♥♥ “Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?” ♥♥ “Apa kau buta, apa kau pura-pura suka” ♥♥

Di seratus lima puluh juta kali itu ♥♥ Di depan semua engkau tarik tangan aku ♥♥ Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu ♥♥ Sambil ketawa engkau bilang satu per satu ♥♥ “Dia mungkin bengis seperti singa” ♥♥ “Tapi dia nangis tonton cerita Korea” ♥♥ “Dia mungkin keras bila bersuara” ♥♥ “Tapi dia jelas, jujur apa adanya” ♥♥ “Aku lagi kenal dia” ♥♥

Dah lebih seratus lima puluh juta kali ♥♥ Aku pesan padamu apa yang bakal jadi ♥♥ Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi ♥♥ Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi ♥♥

Di setiap seratus lima puluh jutanya ♥♥ Aku pun dalam hati semacam tak percaya ♥♥ Apa kau lihat pada aku jujurkan saja ♥♥ Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata ♥♥ “sayang mungkin baran tak kira masa ♥♥ tapi sayang tahan kalau yang salahnya saya ♥♥ sayang mungkin saja keras kepala ♥♥ tapi sayang manja bila kita berdua ♥♥ "saya kenal sayang saya” ♥♥

Fynn Jamal, Fynn Jamal dan Suami, Fynn Jamal bertudung, Ainan Tasneem, 150 juta, pencipta lirik 150 juta

Buat apa dicerita bahgia kita rasa ♥♥ Biar tak dipercaya peduli orang kata ♥♥ Baju ronyok tak apa asal pakai selesa ♥♥ Berkilau tak bermakna kalau hati tak ada ♥♥ Aku lebih bengis dari sang naga tapi bisa nangis semata demi cinta ♥♥ Suaraku keras tak berbahasa kerna aku rimas gedik mengada-ngada ♥♥ Aku mudah baran tidak semena ♥♥ Mana boleh tahan angin cemburu buta ♥♥ Dan aku sengaja tunjuk keras kepala ♥♥ Aku punya manja, kau saja boleh rasa ♥♥ Rahsia kita berdua.. 

Update:
Sekarang Ainan Tasnim dah nyanyikan lagu ni. Bagus juga tapi Fynn Jamal dah jadi kebiasaan.

Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, September 3 8 Buah Fikiran Pengunjung

Ekspedisi Gunung Datuk. 8/8/10. Memang bahagia. Saya memang sukankan aktiviti lasak dan outdoor. Mula-mula berdebar juga bila tengok ekspedisi kumpulan yang terdahulu; ada yang cedera, ada yang pengsan.. Tapi bila dah mula ekspedisi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Sampai di puncak pun lebih awal daripada jangkaan, tak sampai dua jam. Dua tiga kali juga berhenti berehat. Masa nak turun tu pun lebih singkat daripada masa untuk mendaki ke puncak. Syukur sangat-sangat sebab sepanjang ekspedisi, cuaca sangat baik. Namun lebih kurang 20 minit selepas kami sampai di kaki gunung, hujan mula membasahi. Mujur cepat sampai.

Cabaran buat saya, masa nak turun gunung, dada sebelah kiri saya sakit sangat. Mungkin kejutan saat saya terlalu teruja berlari menuruni cerun. Keadaan tu memaksa saya kerap berhenti. Tapi bila ada orang sapa, "Eh, kenapa pegang baju tu, are you okay?," saya pasti akan jawab, "Yeah, i'm okay!"  

Tapi apa yang paling seronok, bila dia juga menyertai ekspedisi ni. Bukan apa, terlalu susah untuk kami bersama-sama sertai aktiviti luar yang dianjurkan kampus. Seingat saya, selain program BIG, ini yang pertama. Kenapa? mungkin dunia kami jauh berbeza!

P/s : Saya sayang orang tanpa sebab, saya sayang sebab saya sayanglah! Awak pun sama kan?

Sayang Tak ditakdirkan Bersama

Posted by Ahsfantasy Ryu 4 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau dulu dia sayang awak sangat-sangat dan awak pun sayang dia sangat-sangat... tapi atas alasan suratan takdir tak menyebelahi kalian then awak dan dia terpaksa berpisah kerana suatu ketentuan yang lain... selepas kalian terpaksa melangkah pergi walaupun dalam hati, sama-sama tak merelakan... boleh ker awak lupakan dia buat selama-lamanya? Yakinkah awak bahawa takkan ada satupun hal yang akan mengingatkan awak tentang dia? Walaupun dia yang terindah pernah awak miliki?!!

Dalam saat awak sendiri tak tahu kenapa mesti begitu, jua awak bingung di mana silapnya langkah awak dan dia, tanpa duka dan sengketa tapi sekelip mata awak dan dia terpaksa mengucapkan "selamat tinggal"... tegakah hati awak untuk dunia yang lain tanpa menoleh bertanyakan khabar tentang orang yang pernah awak sayang??? Berfikirlah sejenak tentang dia, apa awak sanggup morosakkan hati yang setia? Ego awak semakin menggila!

P/s: Hey, CINTA bukan sekadar bermain kata!
*untuk awak yang telah menyakiti dia dan berlagak seperti tiada apa*

...Tulisan Rakan Blogger