Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Juara Piala Malaysia 2010

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Oktober 31 14 Buah Fikiran Pengunjung
Kelantan menentang Negeri Sembilan. 2-3 hari kebelakangan ni saya disajikan dengan rasa yang mendebarkan. Namun berkat doa Tok Guru, rakyat Kelantan, penyokong-penyokong setia serta kesungguhan pemain-pemain, alhamdulillah Juara Piala Malaysia 2010 menjadi milik Kelantan sekaligus melenyapkan musim kemarau selama 55 tahun.

Sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah yang mewakili Negeri Sembilan seterusnya meletakkan kedudukan 0-1 pada minit ke-13 amat membimbangkan. Namun atas tiket kepercayaan, saya teruskan menonton perlawanan hingga ke masa penamat.

Alhamdulillah, pada minit ke-56 Kelantan bangkit menyamakan kedudukan dengan jaringan tandukan oleh Hairuddin Omar membuatkan kedududukan terikat 1-1. Situasi yang pastinya melegakan seluruh penyokong Kelantan. Perlawanan seterusnya diserikan gol Kelantan yang kedua yang dihasilkan oleh Mohd Badri Mohd Radzi pada minit yang ke-65 menjadikan kedudukan gol 2-1 dan jaringan ini kekal hingga ke detik penamat. Tahniah untuk semua...

Bilik Tayangan Kolej Kediaman Anggerik bagai nak runtuh digegarkan suara dan tepukan oleh puteri-puteri penyokong Kelantan, penuh bersemangat. Oh, saya pun semangat juga!

P/s: Entah sejak bila saya jadi minat bola sepak, saya pun tak tahu..



Saya Bukan Anak Sulung, Bukan Jua Bongsu

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Oktober 28 22 Buah Fikiran Pengunjung

Anak sulung memang macam tu. Anak Bongsu memang macam ni. Anak tengah-tengah, memang?

Eh, ada orang menilai personaliti kita melalui turutan bilangan adik beradik! Sememangnya selalu didengari, tapi bila dah secara live orang bersembang kencang di telinga kita pasal ni, rasa macam teringin pula nak surf cari pasal personaliti mengikut kedudukan dalam adik beradik.

Malas nak baca yang lain, saya cuma surf untuk anak yang tengah-tengah la. Kenapa? Sebab saya bukan anak sulung dan bukan juga anak bongsu. Nak tahu juga apa dapatan kajian ataupun spekulasi yang diwartakan tu. Banyak versilah pula. Oleh sebab malas, saya cari post yang tak panjang, cepat sikit boleh habiskan bacaan.

Mata tertumpu pada blog Khairil Faiz dan Lea Qistina... Menurut post mereka, anak tengah ni:-
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah
  • merupakan anak yang paling bijak.
  • paling menonjol dan paling terkehadapan dalam segala hal.
  • merupakan anak yang paling nakal dan degil dalam banyak adik beradik.
  • Suka control orang lain dan mahukan orang lain mendengar kata-katanya.
  • Boleh hidup berdikari dan boleh cari duit sendiri walaupun dalam usia yang muda.
  • Pada mulanya menjadi harapan kepada keluarga,kemudian kurang menyerlah kerana mereka nakal dan degil dalam kebijakan yang dimiliki.
  • Sangat sukar diberi nasihat dan teguran. Degil!
  • Mudah berdampingan dengan ibu berbanding ayah.
  • Walaupun degil, jauh di hati mereka, lembut orangnya. Cuma kena dalami dan cari cara bagaimana nak lembutkan hatinya. Kalau tahu caranya, pasti mudah tundukkan mereka.
  • Mereka lebih arif dalam menyusun masa depan mereka.


Tak semua betul, tak semua salah. Apa yang ditonjolkan ni terkadang tak match dengan semua orang, tapi sekadar panduan yang mungkin ada gunanya untuk mereka yang memerlukan.

P/s : Saya memang paling nakal dan degil antara semuanya.

Lebih Indah Tanpa Dia

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Oktober 23 6 Buah Fikiran Pengunjung
Sayang.. kamu sedetikpun tidak memerlukan orang seperti dia buat tika ini, segalanya adalah semalam yang harus kamu sematkan dalam lipatan sejarah, lantas mengapa harus kamu bazirkan titisan jernih itu semata-mata kerna dia? mengapa menyesakkan dada saat kamu seharusnya tenang bersahaja? Kamu harus kuat walau ku tahu langkahmu terkadang longlai, sakit dihempas berita yang tak terduga...

Kesayanganku, kata mereka sakit bercinta ni satu proses pembelajaran, membuatkan kamu semakin kuat dalam menemukan yang sejati, jadi sekali lagi kamu seharusnya tidak menangisi jika dia ditakdirkan pergi walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kerna waktu kamu memerlukan dia telahpun tamat!

Seterusnya? Jangan risau, 'yang seterusnya' itu masih dalam perjalanan ke hati kamu, sabar ya.. :) Yakinlah bahawa dia bukanlah satu-satunya insan yang mampu membahagiakan kamu dan 'mereka' lebih sayangkan kamu dan hidupmu!

P/s: Diciptakan tiap sesuatu itu berpasang-pasangan dan Dia maha adil dalam mengadili tiap sesuatu.. Kuyakin pada janji Tuhanku..

Jambori 100 Tahun Pengakap Pahang

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Oktober 20 6 Buah Fikiran Pengunjung
Bagi mereka yang aktif berpengakap, pastinya perkataan Jambori tidak asing lagi bagi mereka. Tarikh 26 September hingga 30 September 2010 telah mengheret saya sekali lagi ke Kem Tanjung Gosong yang terletak di daerah Pekan. Menyandang amanat sebagai Pegawai Aktiviti di sana sememangnya satu pengalaman yang berharga.

Semua coretan hari-hari di sana amat menggembirakan. Namun ada satu kisah yang membuatkan hati saya tersentak. 3 handsets rakan saya hilang. Kalau handset buruk saya bernilai RM 400 tu, memang saya sedekah je kat pencuri tu, pelahap sangat. Tapi handset yang dicuri tu bernilai mencecah 4 angka! Alhamdulillah dengan adanya pihak pengurusan yang amat cekap dan berwibawa, serta rakan-rakan pegawai yang lain banyak membantu mengesan pencuri tu, 2 handsets yg dicuri tu ditemui walaupun 1 lagi gagal dikesan.

Hal yang saya kesalkan, si pencuri itu; pelajar sekolah, berusia awal belasan tahun, bukan pula pelajar sekolah harian biasa, golongan cerdik pandai, yang punya potensi yang gemilang. Sayangku bangsaku, bangkitlah dari kealpaan dan kejahilan yang akan meruntuhkan bangsa! Mengapa selemah itu moral orang-orang kita?

Saya sakit hati bila ada CIKGU BODOH yang membela SI PENCURI itu lantas mencalar maruah kami para pegawai di saat itu. Alahai cikgu, sila bercakap bertapiskan OTAK okay! Anak didik itu perlu dididik bukan hanya di dalam bilik darjah. Perkara yang kita fikir boleh diselesaikan dengan mudah, mengapa perlu dileret panjang? Bukankah mulia jika kamu sama-sama membantu kami menyelesaikan masalah? Bukannya menyalak bagai anjing tanpa sasar faedah seperti yang kamu lakukan tu!

Macam mana nak tuntut ketam supaya berjalan lurus bila gurunya sendiri berjalan SENGET! Erstttt, hati ini sakit teringatkan situasi itu...

P/s : Berburu di padang datar, dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi...

Pahit Manis Coklat!

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Oktober 7 9 Buah Fikiran Pengunjung

Kenapa perempuan suka sangat coklat? Saya sendiri pun tak faham. Tapi kalau orang bagi, memang bahagia rasanya!

Sebelum raya hari tu, berjalan-jalan di laman rakan-rakan blogger, secara tak sengaja jumpa blog kak Pahit Manis Coklat. Tiba-tiba teringat kat seseorang yang sedang berperang dengan emosi pada waktu tu. Macam mana harus saya biarkan dia begitu sedangkan banyak ketika dia menjadi kekuatan saya. Ya, dia harus kuat. Saya belikan coklat tu untuk dia, harap-harap dapat menghilangkan sedikit kusut dijiwanya. Aman!

Seriously, bab-bab nak bank-in duit ni saya sangat malas. Malas nak ke bank. Nasib baik terjumpa pemilik blog yang comel tu di KB Mall.. Alamak, kecilnya dunia ni!

Ayuh Berjabat Tangan!

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Oktober 4 7 Buah Fikiran Pengunjung
Bersalam-salaman, berjabat tangan, kita lihat apa kita ini penting ataupun tidak bagi mereka... Tahu tak apa yang saya nak maksudkan? Err.. teruskan membaca ya, lama benar rasanya tak mengarut di sini.
Sesetengah orang sangka, berjabat tangan tu perkara biasa. Namun bagi saya, TIDAK! Hmmm, saya suka perhatikan gelagat teman waktu bersalam-salaman tu, kadang-kadang nak tahulah juga adakah kita ni penting ataupun tidak bagi pemilik tangan yang dijabat tu kan??

Bersalam, bukan sekadar nak rasa tangan teman tu lembut atau pun tidak, then pandai-pandai pula buat spekulasi orang tu rajin buat kerja rumah ataupun tak. Haish!

Sebelum saya merapu dengan lebih panjang, saya nak balik semula kepada apa yang sebenarnya saya nak perkatakan. Bila bersalaman, saya suka tengok mata si pemilik tangan tu. Bagi saya, bila dia juga melihat mata saya, itulah hal yang menggembirakan hati saya. Rasa dihargai.

Sifir saya sangat mudah, kalau tangan dijabat, mata dilirik mesra, tu tandanya kita ni penting jugalah buat dia. Tapi kalau bersalam pun setakat bersentuh hujung jari, ditambah pula anak matanya melilau tak tentu arah macam kita ni tak wujud di dunia, faham-fahamlah ya!

Agak-agaknya kalau saya bersalam dengan Fahrin Ahmad, dia tenung mata saya tak? Hey ahsfantasy24, jangan menggatal!! Hahaha..

P/s: Teman, berjabat tangan tu sunnah! :)



...Tulisan Rakan Blogger