Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Di Ambang Tahun Baru 2012 | Selamat Tinggal 2011

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 31 38 Buah Fikiran Pengunjung
2012. Rasa macam berdebar. Menginjak tahun terakhir saya bertapa di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan; tahun terakhir saya bergelar pelajar sarjana muda; insyaallah. Masuk tahun keempat saya mengenali apa itu blogger dan blogspot. Mohon ampun dan maaf untuk semua gaya dan kata yang menginggung perasaan teman-teman. Ayuh melangkah ke 2012 dengan roh yang baru; yang sentiasa ada kejiwaan kepadaNya. 

Saya segan dengan diri sendiri. Sentiasa meletakkan azam, bersemangat pada mulanya, lupa pada pertengahannya dan pada akhirnya tiada apa-apa. Ramai perempuan memang termasuk dalam golongan boros, tambah-tambah lagi bila berhadapan dengan apa yang digemarinya. Azam saya pada tahun-tahun yang sebelumnya; tak mahu lagi boros. Tapi ternyata hingga kini realitinya saya memang seorang yang boros. *Kecewa untuk itu.

P/s: Mohon ampun dan maaf untuk semua khilaf yang ada. Selamat tahun baru, semoga esok lebih indah memberi lebih pengajaran buat kita semua untuk menjadi insan yang lebih baik.

Ketakutan Itu Akan Berubah Seiring Masa

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 29 25 Buah Fikiran Pengunjung
Sepuluh tahun yang lalu. Sepuluh. 10. Bukan sekadar angka. Sekitar umur saya yang masih lagi dalam satu angka. Juga bukan sekadar angka. Budak kampung, kehidupan di kampung, semuanya kekampungan, jiwa kampung takkan hilang walaupun segalanya dah ditelan zaman. 

Satu waktu dahulu, setiap Sabtu atau Ahad seingat saya, saya selalu nangis, tak mahu ke tempat mengaji. Sebab saya tak nak terlepas peluang tengok cerita Keluang Man dan Doraemon. Mak tak pernah bertolak ansur dengan anak-anaknya bila masuk bab belajar. Memang saya kena lupakan Doraemon. Saya bangga ada Mak yang sangat menjaga. Pergi mengaji jalan kaki dan kadang-kadang naik basikal, itu pun sangatlah jarang-jarang, antara rakan yang akan berjalan bersama saya ntuk ke tempat mengaji ialah Udin
Di tempat mengaji, saya perlu sampai sebelum Maghrib. Solat maghrib, mengaji dan solat Isyak semua di rumah Pak Su. Tiba masa nak balik, dalam kurang lebih 9.30 malam. Yang ada dalam fikiran saya, hanya takut. Walaupun cerita-cerita hantu di televisyen ketika itu tidaklah meriah seperti sekarang, saya amat takutkan hantu. Macam-macam bayangan hantu yang ada dalam fikiran saya. 

Hantu raya, hantu galah, hantu bungkus, langsuir. Kisah lelaki muka buruk yang perlu hisap darah manusia pun ada. Macam-macam nama ada tapi masa tu nama pontianak, penanggal dan kuntilanak belum popular di kampung saya. Takut bukan kepalang, tambah-tambah lagi bila ada remaja kampung tu sengaja mengusik; mennyorok di sebalik lalang, buat bunyi-bunyi aneh sambil baling batu-batu kecil ke arah kami. Ah, seram!

Bila dah namanya budak, bila ada seorang dalam kalangan kami, semua akan berlari. Kalu ada yang jerit cakap, "hantu!" Lagilah laju kami lari. Masa tu kain baju kurung terselak sampai peha pun dah tak kisah. Selipar tercabut tengah jalan pun dah tak layan, janji dapat sampai rumah dengan cepat. Punyalah takut hantu.

Panjang cerita kan? Maaflah sebab banyak membazir masa kalian. Tapi tu cerita sepuluh tahun dahulu. Jom lihat dalam dunia masing-masing untuk masa sekarang. Apa ketakutan yang paling kita takutkan? Saya tak arif tentang semua orang, tapi bagi saya sekarang hantu jatuh tangga. Sekarang kalau jalan keseorangan atau dalam kelompok yang kecik di kawasan yang terpencil, saya akan terbayang perogol bersiri, pembunuh, perompak, penjenayah. Oh, takut yang amat!

P/s: Ketakutan tu berubah seiring masa.

WW #7 | Pengkalan Kubor Duty Free Zone

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Disember 28 42 Buah Fikiran Pengunjung

Bukan Tak Nak Teman, Cuma Tak Mahu Kongkongan

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 27 18 Buah Fikiran Pengunjung
Yang itu tak boleh, ini tak boleh, yang tu jangan, yang ni jangan, yang tu larangan, yang ni larangan. Ya, jika semua yang tidak itu sememangnya telah termaktub dalam hukum sejak awal penciptaan kita, tak sukar untuk kita terima. Sesuatu yang seiring dengan norma masyarakat, tak susah untuk kita patuh. Jangan buang sampah merata-rata; itu jelas, memelihara kebersihan sekeliling kota, beri kebaikan buat semua. Jadi senang kita nak terima, bukan?

Tapi macam mana pula bila kita ditegah, dilarang, dihalang untuk melakukan sesuatu yang biasa dan tak salah melalui pandangan sisi sesiapa melainkan dia yang entah apa-apa? Kalau untuk kebaikan kita, tak mengapa, itu patut disyukuri dan dibangga. Tapi bila keselesaan itu berat sebelah dan kita yang menanggung seksanya, mengapa perlu menyeksa diri?

Tak ada langsung perasaan bongkak, tapi rasanya hidup kita sememangnya lebih aman tanpa telunjuk orang. Terkongkong itu terlalu memenatkan bila batasnya melampaui yang sepatutnya. Hidup biar tak berteman asalkan ada pedoman, tapi itu bukan alasan untuk kita memilih hidup keseorangan.

Kalau kongkongan yang terpaksa dilalui itu tak relevan dengan kita, buat tak tahu sahaja. Kalau kita tak ikut, dia merana. Kalau kita ikut, kita yang merana. Adil pada diri sendiri. Kalau betul tindakan kita, teruskan sahaja. Lama-lama dia akan faham, tindakan kita bukanlah untuk menyakiti dia.

P/s: Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan, berdua jalan kaki saat turun hujan.

Melayu Berniaga Macam Pelahap Muflis

Posted by Ahsfantasy Ryu 36 Buah Fikiran Pengunjung
Makluman, entry ini panjang, luahan rasa saya sebagai pelanggan yang sangat tidak berpuas hati. Borang OKU kakak saya memerlukan gambar berukuran pasport. Nak bawa kakak saya ke kedai gambar memang sukar kerana dia berbadan besar orangnya. Jadinya sayalah yang jadi jurugambar, adik beradik yang lain pula jaga bahagian props dan lighting.

Bila semua dah selesai pagi tadi abah ke Pasir Tumboh untuk cuci gambar. Saya biarkan sahaja sebab waktu itu saya masih belum mandi. Saya tuliskan semuanya atas sekeping kertas, lokasi gambar dalam pendrive, saiz, dan salinan. Biasanya kalau hal yang berkaitan dengan gambar, saya yang akan uruskan semuanya dan saya memang tak suka masuk kedai gambar yang abah pergi tu.

Macam biasa, saya akan susun gambar tersebut macam susunan gambar Lisa Surihani kat atas tu, empat keping gambar atas satu layer kemudian minta kedai cetak saiz 3R. Harganya kalau cetak lebih daripada 10 keping boleh jadi paling rendah 45 sen sekeping. Kalau sekeping dua kemudian nak ekspres, paling mahal pun 2 Ringgit Malaysia sekeping.

Tadi bila abah balik, abah cakap RM 16. Memang saya terperanjat. 2 keping gambar 3R dengan harga RM 16. Gila kau tak terperanjat? Saya memang sakit hati. Senangnya orang kampung jadi mangsa eksploitasi. "Bro, abah aku memang tua, warga emas, tapi tu bukan alasan kau senang-senang ambil kesempatan!"
Saya segera mandi, ambil gambar yang abah bawa balik tadi, pergi semula ke kedai gambar tu. Nak tanya apa yang membuatkan gambar tu mahal sangat. Macam-macamlah alasannya. Dia siap tanya saya kenapa abah tadi awal-awal tak tanya tentang harga? Ni saya nak tanya, "kau tu nak berniaga, nak sediakan perkhidmatan, nak memudahkan urusan orang tanpa aniaya orang atau nak memampuskan orang?"

Sakit hati yang sangat melampau. Masa tengah bersoal jawab tu, abah sampai. Abah follow saya dengan motor rupanya, takut saya buat kecoh tempat orang atau takut saya dibelasah orang mungkin. Saya bukan nak buat kacau. Saya cuma nak tahu, itu hak saya sebagai pelanggan/pengguna. Kalau abah tak ada, ingin sahaja saya campak gambar yang dicetak tu atas muka peniaga tu. Pelahap sangat duit orang. "Aku lagi suka kau muflis awal-awal. Nanti tak adalah orang-orang kampung terkena auta kau macam situasi abah aku terkena tu."

P/s: Jom belajar tentang hak kita sebagai pelanggan! Buat aduan di laman ini.

Bukan Manja Gedik Mengada-ngada Selalu Nak Berteman

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 26 26 Buah Fikiran Pengunjung
Dia cakap saya gila bila selalu nak berteman walau ke mana mata menghala. Tolong buang perkataan tandas dan bilik air sekiranya anda terbayangkannya pada saat ini.

Betul juga kata pujangga, jangan cepat menghukum orang sebab apa yang kita lihat pada seseorang itu, bukanlah gambaran dia pada keseluruhannya. Misalnya orang yang pakai comot dan selekeh tak semestinya miskin dan tidak berharta.

Baik, kembali pada akar cerita. Teman. Keseorangan. Teman tak semestinya menemani dan alone tak semestinya lonely. Fokus macam dah pecah, tercapah. Saya sendiri dah tak tahu apa yang saya tulis. Maaf kalau tak jelas. Banyak orang, banyak ragam. Ada yang jenis suka hidup berteman, ada yang yang jenis suka hidup keseorangan.

Saya sendiri dalam banyak ketika memerlukan teman meskipun hanya untuk mendengar angin sepi. Contohnya saya cukup selesa bila roomate saya ada untuk temankan saya walaupun hanya duduk bersama tanpa sepatah kata. Sekurang-kurangnya dia ada untuk ingatkan saya tentang waktu solat, tugasan dan ulangkaji saat saya leka menghadap komputer riba.

Tapi bukan sepanjang-panjang hidup saya yang singkat ini saya manja gedik mengada-ngada nak selalu berteman, ada kalanya saya perlu berkeseorangan, saat saya rasa tiada siapa yang faham saya dan saat saya rasakan setiap kata dan geri saya akan menyakitkan semua di sisi saya.
Sesiapa nak berteman dengan para malaikat yang mulia akhirat nanti, jom jadi mukmin yang mahir baca Al-Quran!
P/s: Roomate, aku rindu!

Gambar Rozita Che Wan Bertudung Di Kelantan

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Disember 25 28 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau sebut nama Rozita Che Wan ni, susah dah nak jumpa orang yang tak kenal dia. Sekarang dah macam sinonim dengan produk Safi Rania; dutalah katakan. Tadi hantar adik ke mall jumpa kawan-kawan dia. Masa pergi, tak kesiklah ada dia jadi teman, bosan tahu tak bila memandu keseorangan? Masa adik tengah lepak dengan kawan-kawan dia tu, mujur ada kawan yang datang temankan saya, lepak-lepak, makan-makan. Paling best, bila dia yang belanja. Oh, ligat bahagia! 

Pukul 3 petang kawan tu nak kena pergi kenduri di Pasir Putih. Bila call adik, dia cakap tak nak balik lagi. Kalau dah jumpa kawan tu memang tak ingat dunia. Rasa macam buang masa duk bertenggek macam tunggul di mall tunggu dia, saya baliklah duhulu. Masa balik ni buat jakun la pandu kereta sambil snap gambar. Bosan bila memandu tanpa teman, tahu tak?

Nampak pula gambar Rozita Che Wan di tiang-tiang letrik. Tak daya la nak turun kereta, gila pula orang cakap bila terlebih semangat. Kamera dari dalam pun jadilah. Jadi, silalah menikmati gambar Rozita Che Wan manis anggun bertudung hasil tangan saya di waktu melayan kebosanan atas kereta tu. Kalau ada yang nak jumpa Rozita Che Wan bertudung tu, jumpalah dia di Mydin Mall Kubang Kerian 30 Disember 2011 ni jam 3 hingga 4 petang. Sekian!

P/s: Kamu, terima kasih untuk Pizza Ultimate Cheesy dan diari 2012 tadi!

Kenang Tangis 14 Disember 2011 | Maaf Untuk Kesekian Kali

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 24 26 Buah Fikiran Pengunjung
Gambar | tiada kaitan dengan tulisan dibawah. Mencapap semata-mata.

Aku telah buat kamu lagi sakit dalam langkah untuk jadikan kamu lega. Aku tidak akan hadir melainkan untuk buat kamu selesa, percayalah. Untuk setiap kata dalam tutur bicara yang telah buat kamu terluka, hingga buat kamu mengalir air mata, maafkan aku untuk jiwa yang tidak peka, dalam lantang dihurung gelita. Bahasa itu buta terkadang menusuk jiwa manusia, dan saat itu malang panah kata tertusuk di jiwa kamu. Tak pernah terniat dan tak pernah terlintas namun saat ini aku hilang kata.

P/s: Aku tak cukup baik untuk hukum kamu jahat. 

Tuan Hakim Tolonglah, Dia Tu Psiko!

Posted by Ahsfantasy Ryu 14 Buah Fikiran Pengunjung
Hey!
Kenapa kamu memanggil aku
Bagaimanakah kau
Ada nombor ku
Hey!
Mungkinkah engkau sudah tersilap sangka
Ku langsung tak kenali siapa kau siapa kau
Apa yang kau cari
Mungkinkah aku hanya objektif obsesi cuma bersabar

Fikirkan dulu
Jangan kau menuduh
Ini semua muslihatmu

Chorus:
Tuan hakim tolonglah
Dia tu psiko
Aku tidak bersalah
Dugaannya palsu
Ku dituduh meragu
Cinta yang luhur
Dia psiko dia psiko

Hey!
Kenapa engkau asyik ketawa
Senyumanmu sinis 
Ku sukar diketah

Hey!
Walaupun kononnya ada saksi mata
Mungkinkannya kita pernah berdua berdua
Apa yang kau cari
Apa tujuan disebalik aksi mu

Apa kau mahu oh
Hakikatnya ku
Dan kau semestinya
Tahu ini muslihatmu

Tuan hakim tolonglah izinkanku menyapa
Berikan penyata penutup oh
Wahai juri dengarlah kisah sebenarnya
Ku tidak bersalah disisi cinta

Menarik Mengenai Keputusan PMR 2011. Terbaik?

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Disember 23 20 Buah Fikiran Pengunjung
Semalam semua yang berkaitan dengan calon PMR kelam kabut nak tahu keputusan. Memanglah calon PMR berdebar-debar, tapi rasanya para guru dan ibu bapa kepada calon-calon ini lebih kencang debarannya dalam menantikan pengumuman keputusan anak dan anak-anak didik mereka. Dalam banyak-banyak isu tentang PMR, inilah antara hal yang menarik bagi saya. Kalau ada tambahan, rakan-rakan bolehlah menambah.
  • Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional.
  • 9.48 % atau 64102 orang calon PMR di seluruh Malaysia mendapat A dalam semua mata pelajaran. 
  • Pencapaian calon cemerlang semua A mengalami penurunan berbanding tahun lepas. 
  • Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam menurun.
  • 8.56% atau 1850 orang calon PMR di Wilayah Persekutuan mendapat A dalam semua mata pelajaran.
  • 7.41 % atau 333 orang calon PMR di Perlis mendapat A dalam semua mata pelajaran. 
  • 6.76 % atau 2021 orang calon PMR di Kelantan mendapat A dalam semua mata pelajaran.
  • 6.73 % atau 3,575 calon PMR di Johor mendapat A dalam semua mata pelajaran.
  • 5.52% atau 1981 orang calon PMR di Kedah mendapat A dalam semua mata pelajaran.
  • 1641 calon PMR di Pahang mendapat A dalam semua mata pelajaran.
  • 2103 orang calon PMR di Pulau Pinang mendapat A dalam semua mata pelajaran.
  • 1482 orang calon PMR di Negeri Sembilan mendapat A dalam semua mata pelajaran.
  • 40.9 % atau seramai 167 pelajar yang menduduki PMR di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Kelantan telah memperolehi 9A dan menyandang gelaran sekolah terbaik bawah naungan Yayasan Islam Kelantan.
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman merupakan sekolah terbaik di Perak dengan catatan 88 orang calon mendapat A dalam semua pelajaran.
  • Khabarnya sekolah lama saya berada di tangga kelima dalam jajahan Kota Bharu dalam usaha mencabar adik beradiknya iaitu SMKA Naim Lilbanat yang berada di tangga kedua dalam jajahan ini.
P/s: Dahulu kakak dan abang senior pesan jangan nak honeymoon lepas PMR tapi saya tak ambil pusing. Masa nak SPM baru sedar dan insaf bila banyak benda yang masih belum dapat dikuasai. Budak-budak memang degil.

Memang Sudah Ditakdirkan Untuk Sementara

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 22 24 Buah Fikiran Pengunjung
Dalam kehidupan kita memang tak boleh nak lari daripada frasa datang dan pergi. Memang dah ketentuan, setiap yang datang akan kembali. Ada sesuatu yang perlu kita faham dalam hidup ni sekiranya kita terus-terusan menangisi yang telah pergi. Kita perlu faham bahawa tidak semua yang datang itu sememangnya hadir untuk kita, untuk sepanjang hidup kita.

Mungkin apa yang hadir dalam hidup kita itu hanyalah satu lintasan. Ya, dia melintas dalam hidup kita. Terlalu singkat waktunya untuk bersama kita. Mungkin juga ia hadir ke dalam hidup kita sebagai satu persinggahan. Kehadirannya cuma ingin memberikan kita sesuatu. Suatu pengajaran yang boleh buat kita belajar. Kehadirannya hanya untuk itu. Terima seadanya. Sekurang-kurangnya ia mengajar dan menjadikan kita lebih kenal dunia.


P/s: Tiba-tiba teringat dan rindu akan Restoren Natam. Eh, esok ulang tahun kelahiran Maira! Oleh sebab  saya ni spesies tidur awal, saya ucap siap-siap, Selamat hari jadi, semoga mejadi isteri yang solehah! *sedang perasan yang dia akan membacanya. 

Pengkelasan Gred Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG Bermula 2011

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Disember 21 19 Buah Fikiran Pengunjung
Hari yang agak sibuk. Hantar dan ambil anak dari pusat tuisyen, kenduri kesyukuran, uruskan masalah celcom broadband, bank-in gaji-gaji pekerja. Kerja-kerja yang memerlukan saya untuk pusing-pusing kota sampai kepala dah naik pusing. Bila sampai rumah, rindu nak hadap blog, jadi jenguklah kejap.

Tak tahu nak tulis apa tapi status mukabuku adik angkat saya sedikit mencuit hati saya. Tentang pengkelasan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia bermula 2011. Tengok pegkelasan ni kadang-kadang buat saya patah hati. Kalau pasang angan-angan nak kejar Ijazah Kelas Pertama, memang akan jadi angan-angan semata-mata.  Jom layan tuntutan ni!
  1. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Pertama; 3.80 - 4.00.
  2. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi; 3.60 - 3.79.
  3. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Rendah; 3.00 - 3.59
  4. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Ketiga; 2.00 - 2.59.
  5. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Tiada Kelas Langsung; 0.00 - 1.59.
Adik-adik yang masih muda dalam pengajian ni, berusaha kuat sejak dari awal sebab pointer setiap semester akan mempengaruhi CGPA. Selamat menjadi pelajar dan guru yang berkualiti dan dinamik serta selamat maju jaya!


Kemaskini:

P/s: Walau apapun target yang ingin dicapai, ingatlah setiap langkah kita hanya untuk Dia.

WW #6 | Adam Adli [Love or Hate]

Posted by Ahsfantasy Ryu 12 Buah Fikiran Pengunjung


Laman Sesawang IPGKTAA Digodam

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 20 15 Buah Fikiran Pengunjung
Semalam dikejutkan dengan berita melalui status Facebook Naib Yang diPertua 1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar tentang Laman sesawang rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang telah digodam. Kali terakhir saya masuk ke laman tersebut ialah dua minggu yang lalu untuk semakan keputusan akhir semester.

Bila masuk ke laman tersebut semalam, rasa sedih, memang benar laman tersebut telah digodam. Saya pernah jadi legasi pembangunan laman sesawang tersebut beberapa tahun dahulu. Mungkin sebab itulah saya rasa terkilan bila laman tersebut digodam. Membangunkan website, bukanlah sesuatu yang mudahMasa tu rasanya laman tersebut masih menggunakan PHP-fusion sebelum bertukar kepada Joomla seperti sekarang.

Sempat menghubungi webmaster, beliau menyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama laman tersebut digodam. Minggu lepas pun sudah berlaku kes umpama ini dan kali ini penukaran semua kata laluan akan dilakukan. Penyelenggaraan rapi sedang dilaksanakan dan laman ini akan pulih seperti biasa dalam masa terdekat.

P/s: Hargai usaha orang lain.
Update: Sudah pulih petang tadi, alhamdulillah.

Aku Tak Mahu Buat Sebab Aku Tak Pernah Buat

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 19 40 Buah Fikiran Pengunjung
Menulis dalam kedinginan, mungkin sebab hujan masih bersisa di luar sana. Saya selalu dengar ayat tu, "aku tak nak buat sebab aku tak pernah buat. Kalau aku buat, entah apa yang akan jadi nanti". Dan saya juga pernah ungkapkannya. Sebab? Mungkin kita pada waktu tu sedang khuatir, takut, ragu-ragu, atau malas. Normallah, bila kita diminta untuk buat sesuatu yang tak pernah kita buat, kita akan teragak-agak untuk menerimanya. Tak ada siapa yang salah, itu memang satu kebiasaan. Kalau silap? Melakukan kesilapan itu normal.

Tapi adakah itu satu alasan untuk kita menolak sesuatu tugasan yang diberikan walaupun tugasan itu tak sedikitpun memberi impak yang negatif buat diri kita? Kita sedang diberikan kepercayaan. Ya, kadang-kadang tugasan yang pertama kali kamu buat tu mungkin akan memberikan impak yang negatif buat orang lain, tapi tiadakkah kita rasa yang kita harus mencuba yang terbaik? 

Guru besar masa saya ross dahulu pernah menyindir seorang guru perempuan yang tidak mahu melakukan satu tugasan yang saya kira boleh dilakukan oleh semua orang. Guru tersebut terlalu sibuk nak menafikan dia boleh melakukannya atas alasan dia tidak pernah buat. Ada satu ayat guru besar tu cakap yang buat semua diam, "yang kamu kahwin dengan suami kamu dulu tu, kamu pernah kahwin dah sebelum tu?". The shortest answer is doing. 

Bila masuk musim praktikum, cikgu besar minta buat mural, kami sanggupkan sahaja. Berpandukan lukisan Cik Azah, kami redah buat-buat yakin. Mujur ada Cik Nynah yang pandai sketch. Kalau nak harapkan kami, lukis gambar perempuan pun dah nampak macam singa. 

P/s: Saya lakukan sesuatu yang saya tidak penah; saya sedang belajar sesuatu yang baharu. Think positive.

Melupakan Cinta Lama. Kau Boleh?

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 17 40 Buah Fikiran Pengunjung
Memang tak susah untuk cakap cinta lalu tu dah tak relevan. Memang senang bila cakap cinta lalu tu dah tak ada guna. Memang tak susah untuk cakap cinta lalu tu perlu dibiar berlalu. Memang mudah bila cakap cinta lalu tu perlu dilupa. Tak relevan, tak ada guna, biarkan berlalu dan perlu dilupa tu adalah frasa-frasa yang mudah diungkapkan kepada mereka yang telah meninggal atau ditinggalkan cinta. Tapi...

Tapi bagi saya, ingatan tentang cinta lalu yang menerpa tanpa rasa sakit itu pun sudah lebih daripada cukup. Senyum.

P/s: Lupa? Mustahil. Melainkan alzheimer.

Rasanya Lebih Baik Kalau Kau Hilang Tanpa AKu Sedar

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Disember 16 22 Buah Fikiran Pengunjung
Betullah apa yang orang cakap, kita akan rasa kehadiran sesuatu bermakna apabila ia dah mula pergi. Tak kisahlah pergi sekelip mata atau beransur-ansur. Sakit kan bila kita mula kenal makna akan sesuatu saat kita sedar yang kita sudah kehilangannya? Memang sakitlah, kawan! 

Dua tiga hari lepas saya rasa macam duduk tanpa punggung. Macam mana? Duduk yang dirasakan serba tak kena. Sebab ahsfantasy24.com hilang; domain belum diperbaharui. Sedih. Sampaikan akaun Muka Buku pun saya hapus aktif. Entah, tak ada blog buat saya patah hati. Walhal kalau ada, bukan nak buat apa pun. 

Hari-hari renung siling, mata berkelip-kelip, pandangan kosong. Mula fikir kalau saya tak tahu yang blog saya hilang, taklah saya resah dan susah hati macam ni. Mula buat-buat sibuk dengan urusan sendiri, pantang orang ajak ke sana ke sini, mula sengih lebar walau gigi tak cukup satu. Tapi kan, pergi Majlis Perasminan Pra Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2011 di Renaisanse Hotel tu best! Nanti saya cerita kemudian. 

P/s: Cuba cakap siapa yang tak sakit hati bila blog dia hilang masa BE tengah hinggap?

WW #5 | There's Always A Little

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Disember 14 18 Buah Fikiran Pengunjung

Hitung Kira kebaikan dan Keburukan Orang Jom!

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 13 14 Buah Fikiran Pengunjung
Sekiranya nak hitung kebaikan, ada sahaja, berjuta-juta. Kalau nak hitung keburukan pun ada juga, beberapa. Lumrah manusia, ada lebih dan kurangnya, ada kuat dan lemahnya, ada baik dan buruknya. Tapi lumrah manusia juga lebih suka bercerita tentang keburukan orang. Kebaikan yang beribu-ribu tu kadang-kadang dipandang sepi dek kerana kesalahannya yang satu. Adilkah?
[HoneymoonIekaabid]

Lumrah manusia yang ketiga, suka akan puji-pujian. Tapi ini bukan alasan untuk kita mudah perasan dan membangga diri. Bukan mahu kebaikan kita disebut-sebut namun cukuplah bila kehadiran kita dirasai dan disenangi. Tak rugi bercerita tentang kebaikan orang, tak rugi bercerita tentang benda yang baik-baik.

Tidakkah lebih harmoni saat rakan kita mendengar khabar tentang kita yang memuji kebaikannya? Jika nak dibandingkan dengan orang bercerita tentang kita yang suka bercerita tentang keburukan orang lain? Tepuk hati, tanya minda. 

P/s: Nak tengok episod terakhir Cinta Elysa. Tapi tiba-tiba teringat Shanas. Blog Shanas ni lain daripada yang lain. Tak percaya? Jom jenguk!

Macam Ada Yang Tak Kena. Komen?

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 12 25 Buah Fikiran Pengunjung

Semakan Keputusan Peperiksaan November 2011 IPGKTAA

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Disember 11 25 Buah Fikiran Pengunjung
Musim terima keputusan peperiksaan sesi November 2011 tiba sudah. Perangai seperti kebiasaan; bila musim study week, malas. Tapi bila dapat result rendah tu pandai pula nak sedih-sedih. Memang perangai macam nak minta pelempang laju-laju kan? Jom semak keputusan! http://ipgktaa.unitpen.edu.my/umum/utama.php. Pensyarah kesayangan yang berada di tangga teratas dalam hati saya untuk semester ini jatuh kepada Puan Hima Devika a/p Raman. Yahoo! Sila tepuk tangan. 

P/s: Bersyukur dengan apa jua angka yang tersusun. Alhamdulillah.


Kemaskini:
Semakan Keputusan Peperiksaan Mei 2012 IPGKTAA

Perubatan Tradisional Kak Lah Besut

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 10 16 Buah Fikiran Pengunjung
Cerah tak menjaminkan tak ada mendung bukan? Memang tuhan sedang menguji, mak kurang sihat. Berubat hospital, sudah. Berubat kampung pun sudah. Ikhtiar tu kita yang punya, kuasa penyembuh tu Dia yang pegang. Jadi berusahalah selagi terdaya. Jangan lupa untuk bersyukur dengan setiap nikmat yang Dia berikan. Kita hanya peminjam.

Jam 3 pagi tadi saya bangun tidur, bersiap dari Kota Bharu ke Besut, kira-kira 60 kilometer perjalanan. Hujan. Kurang lebih jam 4, sampailah ke rumah Kak Lah. Orang dah ramai, bila daftar, dapat giliran ke 53. Dapat tengok macam-macam jenis penyakit, orang dari rata-rata pelusuk Malaysia. Kanser, batu karang, kencing manis, darah tinggi, ketumbuhan, resdung, air tawar, mandi bunga, pembedahan batin dan macam-macam lagi.

WAKTU OPERASI
Ahad
6.30 Pagi – 10.00 Malam
Khamis
6.30 Pagi – 6.30 Petang
Isnin
6.30 Pagi – 10.00 Malam
Jumaat
Cuti
Selasa
6.30 Pagi – 2.00 Pagi
Sabtu
6.30 Pagi – 12.00 Malam
Rabu
6.30 Pagi – 10.00 Malam
-
-
Bila risik tanya orang-orang yang dah pernah datang, banyak respon positif. jadi cubalah. Usaha dan ikhtiar itu perlu. Buat sesiapa yang berminat untuk bawa kawan-kawan, saudara-mara atau kenalan yang ada masalah kesihatan bolehlah cuba ke sana. Beroperasi setiap hari kecuali Jumaat. 
Hari pembedahan ialah hari Selasa manakala hari buka jahitan ialah hari Sabtu. Bila dah buat pembedahan, adalah beberapa pantang larang dalam tempoh berpantang selama 4 hari sebelum jahitan dibuka. Antaranya ialah:

  1. Hanya boleh makan nasi putih dan ikan bakar dan ayam bakar kunyit, lauk-pauk lain tidak dibolehkan;
  2. Hanya boleh minum air kosong, milo kosong dan susu kosong yang tidak berperisa. 
  3. Tidak boleh makan sebarang buah-buahan, sayur-sayuran, kuih-muih, ulam-ulaman;
  4. Tidak boleh merokok;
  5. Tidak boleh makan sebarang jenis roti dan biskut, kecuali biskut tawar yang betul-betul tawar (biskut mayat). 
  6. Tempat pembedahan tidak boleh terkena air;

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi pengamal perubatan tradisional tersebut - 0129513936 (Kak Lah). Perkongsian dalam mencari erti kata 'sembuh'. Semoga bermanfaat.

P/s: Semoga mak cepat sembuh.

Kalau Tuhan Pisahkan, Awak Marah Tuhan?

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 8 33 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau malam-malam yang sebelumnya, masa ni saya dah dibuai mimpi. Tapi saya ambil masa kejap. Cerita tentang orang yang saya sayang. Orang cakap bila kita sayang seseorang, kita tak perlukan sebab. Macam saya sayang dia, saya tak tahu kenapa saya sayang dia.

Oleh sebab sayang dan tak nak kehilangan, saya selalu pesan pada dia nanti janji jangan tinggalkan saya sebab saya cukup gembira bila bersama dia. Saya tak nak berpisah dengan dia. Kemudian dia pandang saya dengan muka yang selamba macam tak ada dosa sambil cakap, "kalau Tuhan pisahkan kita, awak marah Tuhan?" Saya senyap, semua kata yang tersusun lenyap.

Alih muka, pandang jauh sedepa, buat muka macam manusia yang tak pernah ada perasaan apa-apa. Dalam hati saya cakap, "saya tak marah Tuhan, saya tahu Tuhan dah aturkan yang sebaiknya dan segalanya adalah ketentuan. Cuma saya nak tengok kesungguhan awak untuk betul-betul selalu ada untuk bersama saya. Selebihnya saya berserah." Ya, saya kalah dan saya pilih untuk mengalah.
P/s: Banyak ketika perempuan ni banyak mengada-ngada; macam saya. MyEm0.Com

WW #4 | Someone Means So Much

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Disember 7 24 Buah Fikiran Pengunjung

Makna Kosa Kata Dalam Lagu Aku Maafkan Kamu

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 6 26 Buah Fikiran Pengunjung
Lagu yang Famous Amos dikongsikan di Facebook sekarang ialah lagu Aku Maafkan Kamu. Eh, lupa nak bagitahu, itu hari saya nampak ada Famous Amos di KB Mall! Lambat betul. Baik, balik ke topik lagu dendangan Jamal Abdillah dan Malique.

Lagu ni mula-mula saya dengar tu macam lagu pendodoi tidur la sebab dia bagi saya dengar lagu tu masa saya sedang mamai nak tidur. Tapi bila naik kereta sama-sama sebelum sampai ke Cameron, dia asyik ulang lagu sama, baru rasa nak hayati. Boleh tahan. Tercabar roh semantik dalam otak.
Intro entry ni panjang sangat? Sekeh segugus! Eh, abaikai gambar budak tak cukup gigi kat atas tu, dia sedang teruja grooming kuda dengan Datin Z tu. Kalau ada yang tak tahu tentang lagu yang sedang diperkatakan, sila ke bilik abang Youtube. Lagu tu saya tak tahu bagus atau tak sebab saya tak belajar selok-belok muzik. Tapi lagu tu menarik. Kenapa? Sebab lagu ni banyak pengajaran. Contoh? Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Lagi, dengarlah sendiri.

Saya tampilkan kosa kata yang telah buat penyiul lagu ni tergaru-garu kepala macam dah naik kutu 125 ekor. Nah:-
  1. Kopak; pecah.
  2. Daktil; jari tangan.
  3. Batil; tidak benar
  4. Isolasi; pengasingan.
  5. Dalil; keterangan yang menjadi bukti sesuatu kebenaran.
  6. Aspirasi; Keinginan yang kuat.
  7. Paksi; garis.
  8. Guni; karung.
  9. Halusinasi; pengalaman melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan fikiran.
  10. Ihsan; perbuatan yang baik.
  11. Artileri; pasukan tentera yang bersenjata meriam.
  12. Jitu; tepat.
  13. Rahi; berahi.
  14. Hak Miranda; hak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung di Amerika yang memberikan hak kepada pihak tertuduh untuk berdiam diri di luar mahkamah.
P/s: Diri kita punya banyak kelemahan, jangan sesenang hati sesedap rasa menghukum situasi sebab banyak ketika kita rabun dan buta untuk menilai sebuah kemuliaan.

Akhirnya Kawan Juga Yang Dicari

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 5 20 Buah Fikiran Pengunjung
Ni macam biasa-biasa kita dengar. Cinta yang terlampau hangat sampai hangit. Segalanya cinta. Marvelous! Sila tepuk tangan. Hari ni saya nak jadi penipu. Sila maklum. Ini kisah bila saya ada kekasih. KEKASIH, bukan hanya tunang atau suami, TETAPI kekasih. Biasalah, kalau cerita tentang orang lain, orang kata mengumpat/mengata, jadi ceritalah tentang diri sendiri. Cerita ini kepunyaan saya. Ya, tipu lagi. Sambungan dibawah ini pun satu penipuan. Baca hanya jika rela ditipu.

Berbalik kepada cerita saya ada kekasih. Bukan calang-calang kekasih tapi ni yang jenis penyayang, baik hati, kacak bergaya, kaya ada serba serbi, badan tegap segak, tutur lemah lembut bicara. Oh, ada dia sebagai kekasih ni buat saya tak pandang benda lain! Rasa macam dunia ni kepunyaan saya dan dia. Orang nak cakap apa pun, persetankanlah! Asal saya bahagia.
Setahun dua hidup di sisi dia memang bahagia, masa tu kawan-kawan dah tak ada makna, segalanya dia. Ya, dia dah jadi segalanya yang saya mahukan. Tapi biasalah, tak ada benda yang kekal lama atas dunia ni kan? Tapi sayangnya saya sedar akan hakikat tu saat semuanya musnah.

Bila saya ditinggalkan atas alasan-alasan yang saya sendiri tak pasti, memang saya sakit hati. Nangis tak henti-henti, rasa macam selamanya nak menyendiri, dia memang tiada galang ganti. Tapi dia dah pilih untuk mati! Mati dalam kamus hidup saya. Apa lagi yang jadi kepunyaan saya? Saya tak punya apa-apa, lebih-lebih lagi bahagia! Lepas semuanya berakhir duka, apa yang saya ada? Akhirnya pulang ke pangkuan kawan-kawan juga.

P/s: Kalau awak sedar awal-awal, baguslah. Jangan nanti tunggu nak ucap; bodohnya saya!

Nak Salahkan Siapa Kalau Kau Sakit?

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 3 28 Buah Fikiran Pengunjung
Tahu tak sakit tu apa? 
Soalan ni macam soalan nak minta pelempang. Serius. 

Luka di jari nampak berdarah, luka di hati nampak apa? Tak nampak apa-apa, cuma nampak dia terduduk dengan mata terpejam paksa, dahi berkerut-kerut dan mulut separuh ternganga. Biar orang kata dia tak cantik ketika tu, dia tak peduli, yang dia tahu, dia sedang sakit, menahan sakit. 

Saya pernah rasa sakit, tapi saya tak tahu sama ada sakit saya itu sama atau tidak dengan sakit yang dia tanggung. Sakit tu ada kat mana-mana. Walau tak cari, kadang-kadang terjumpa. Kalau lari, kadang-kadang makin menghampiri. Memang kita akan jadi bahan uji kaji yang akan sentiasa diuji. Kadang-kadang kita rasa kita dah buat dengan sempurna, kita dan cuba yang terbaik, kita dah memberi terlalu banyak. Sebab tu kita rasa amat sakit dan kecewa sekiranya apa yang berlaku itu tak seperti yang kita harapkan. 

Dalam masa tu kita sering letakkan kesalahan pada yang lain tanpa lihat cermin yang tergantung di dindang; ya, cermin diri sendiri terlebih dahulu. Kenapa? Sebab kita tak boleh sesenang mengubah rentak yang lain, tapi kita boleh ubah suai diri kita sendiri. 

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." - 
Abdullah bin Mas'ud r.a
Kita punya kelemahan, akuilah. Ambil masa untuk renung dan muhasabah diri. Bukan bazirkan masa untuk mencari salah dan masalah orang lain seterusnya menyalahkan mereka. Mereka tak salah jika mereka bahagia dengan hidup mereka, mereka punya hidup mereka yang tersendiri. Asal mereka tidak melanggar hukum tuhan, biarkan. 

P/s: Siapa kita untuk kecewa bila kita tak diterima dalam hidup seseorang?

Jom Sertai 'Bloglist' ahsfantasy24 2012!

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Disember 2 77 Buah Fikiran Pengunjung
Bersawang sudah bloglist ahsfantasy24.com. Rasanya sekarang saya memerlukan URL blog rakan-rakan untuk dimuatkan dalam bloglist tersebut. Jom sertai! Mudah sahaja.
  • Buatlah entry tentang apa pun, cuma letakkan gambar dalam post ni ke dalam entry tersebut beserta pautan ke entry ni.
  • Tak perlu tag sesiapa. Tapi kalau tag juga, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih, saya menghargainya.
  • Akhir sekali tinggalkan link entry anda di ruangan komen post ni.
Masa cuti ni memang adalah ruang untuk blogwalking. Memang bahagia. Tapi sehari dua ni saya mungkin sibuk dengan janji temu. Kawan-kawan tu penting, bukan? Eh, saya tinggalkan kalian dengan undangan menyertai bloglist ni. Okay? Peace!

P/s: I Love You.

Bukan Ombak Rindu Tapi Tsunami Rindu: Maksud Rindu?

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 1 28 Buah Fikiran Pengunjung
Yang awak tengok di panggung tu hanya ombak rindu, tapi dalam hati saya sekarang bukan setakat ombak, tapi dah ada tsunami rindu. Memang terkehadapan sedikit daripada Fauziah Ashari dan Osman Ali. Yes!

Ombak rindu lakonan jejaka idaman Malaya tu bukan fokus utama saya. Bukan. Ini kisah tentang kebengangan kita bila kita cakap kat seseorang bahawasanya kita rindukan dia dengan harapan reaksi yang akan dia berikan itu menggembirakan kita namun malangnya dia hanya pilih untuk menjadi kayu. Rindu. Sebelum ni saya tak pasti, tapi sekarang baru saya benar-benar pasti tentang adanya manusia yang tak faham apa ertinya rindu.

Ni sayang, dengar elok-elok. Kalau awak tiba-tiba teringatkan seseorang tu, namanya ingatan. Ingat. Kalau atas alasan ingat tu awak call seseorang dan cakap bahawasanya awak sedang teringatkan dia, kemudian dia jawab; Oh, terima kasih! Saya amat menghargainya. Terima kasih dia tu tanda penghargaan sebab awak tak lupakan dia. Itupun dah cukup manis.

Rindu. Rindu ni satu ingatan yang didukung oleh perasaan ingin sangat bertemu. Bukan sekadar bertenggek di tangga sambil goyang kaki, bukan sekadar suka-suka yang awak boleh gelak-gelak kononnya gembira, tapi perasaan ingin benar ketemu seseorang! Dah kalau nak jumpa tu, tak ada langsung usaha untuk bertemu? Cakap rindu, tapi rindupun awak tak faham. Alahai comelnya. Balik nanti awak buka Kamus Dewan, macam tak ada guna awak beli kamus mahal-mahal kalau tak guna, kan?

P/s: Saya sayang awak. Jangan buat rindu berombak ni jadi tsunami, boleh?

WW #3 | Friend Is A Present

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, November 30 20 Buah Fikiran Pengunjung

Pilih Jalan Untuk Menyerah

Posted by Ahsfantasy Ryu 27 Buah Fikiran Pengunjung
Semalam. Ya, semalam kawan saya datang KB. Memang gembira tapi susah hati sebab hujan lebat di rumah saya. Tapi kalau hujan turun ni jangan kutuk sebab Tuhan tak turunkan hujan untuk sia-sia, kalau tuhan bagi kemarau sepanjang tahun, macam mana?

Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.” - al-Bukhari

Ajak cinta hati saya pergi sama supaya saya tak mengarut pilih jalan nak cari kedai. Redah hujan lebat. Bila masuk kawasan Kubang Kerian, cuaca cerah. Jalan pun kering. Tak nampak gaya nak hujan. Alhamdulillah. Tak perlu berpayung ke sana sini. Bukankah itu memudahkan urusan? Jadi jangan kerana ujian yang sedikit kita kita memilih jalan untuk menyerah. Jangan kerana duka dan sedih yang sesaat membuat kita terduduk sepanjang masa.

Tuhan tak sediakan kesulitan sepanjang masa. Tuhan juga tak sediakan kesenangan sepanjang masa. Jadi tak perlu fikir untuk menjadi loser. Semua tu akan datang berselang-seli, kita yang seharusnya bersedia dan bijak menghadapinya. Berlapang dadalah. Semuanya ada hikmah.

P/s: Kesedihan itu umpama hujan, selebat manapun menyembah bumi, pasti akan ada redanya.

Semarak Rukun Negara: Jom Masuk Felda 2011

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 29 26 Buah Fikiran Pengunjung

19 hingga 23 November 2011. Jangka masa yang penuh keindahan bila sertai Program Semarak Rukun negara: Jom Masuk Felda. Apa yang seronok pun saya tak tahu. Seronoknya bila dapat jumpa kawan-kawan baru. Paling seronok bila dapat keluarga angkat yang sporting. Lagi seronok bila jumpa geng pengadil masa Karnival Sukan Wanita dulu-dulu. Oh, bahagia!

Duduk rumah mak angkat memang seronok, rasa macam tengah mengorat mak mertua. Tolong mak masak, kain terbakar. Tolong mak bakar roti, tersilap guna planta lama. Alahai bau macam nak pengsan, rasa tu tak payah cakap, pahit. Nak ambil hati, makanlah sampai habis. Macam failed kan?

Kamu salah seorang peserta program ni? Jom berkumpul dalam group Semarak Rukun Negara di Facebook. Dalam menyembang tentang program tu jumpalah geng-geng cikgu blogger yang sertai sama, jom jenguk ! Dengar cerita yang sama dalam versi yang berlainan daripada mereka.



P/s: Ada gadis kena paksa main bola masa dia tengah syok jadi penonton. Eh, comel!

Aku Buang Semua Janji

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, November 25 25 Buah Fikiran Pengunjung
Saat rasa itu kau keji seolah jiwa tak ada erti. Kau kata semua mati tak ada nyawa, cuma dusta penyedap hati. Apa kau nampak aku punya hati? Saat aku ungkap aku sayang kau sampai jantung terhenti? Kau terus ketawa tak hilang hilai. Memang tersakiti. Sekarang biar aku buang semua janji. Biar berdua sama meniti, sama-sama memerhati.

Memang sukar bila masuk tajuk hati. Kerna kau dan aku sama-sama tak mengerti. Di hati kamu aku tak pasti. Biar sampai mati, biar jenuh menanti, aku ingin kembali ke realiti. Aku tutup semua janji, moga jika ada yang menjauhi, takkan ada yang menangisi.

P/s: Biarkan berlalu sebegitu sahaja.

Aku Sayang Kau

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, November 18 11 Buah Fikiran Pengunjung
Aku sayang kau.
Kau ada apa-apa nasihat untuk aku?

P/s: Sakit.

Ayat Putus Cinta

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, November 17 10 Buah Fikiran Pengunjung
Cinta memang kadang-kadang boleh buat manusia jadi macam lembu, tak mampu berfikir dengan baik. Orang bagi hint nak ucap goodbye pun masih nak jadi kacang menggelembu. Ya, bila terlalu taksub, mata dan hati terus jadi buta. Lagi parah bila buta untuk menilai bahawa si dia langsung tidak perlu atau mahukan kita lagi.
  1. Saya sayang awak, tapi nak buat macam mana, kita macam tak ada jodoh untuk bersama. Cakap sahaja yang kamu dah ada awek/balak lain yang kononnya jodoh kau tu.
  2. Awak terlalu baik untuk saya. Awak berhak untuk dapat kekasih yang jauh lebih baik daripada saya. Hai dah 10 tahun couple baru tahu yang awek/balak kau tu baik? Yang kau pula tak ada keinginan nak jadi baik?
  3. Saya cuma anggap awak sebagai kawan, tak pernah lebih daripada tu. Hmm kawanlah, supaya mudah kau nak order sirap limau, nasi ayam? Mudah nanti kau nak keluar jalan-jalan tanpa hubungi teksi?
  4. Saya masih belajar, saya nak tumpukan perhatian kepada pelajaran saya dulu. Ada orang suruh kau bergayut 24 jam sehari sampai nak berakpun kena lapor diri?
  5. Saya perlukan ruang dan masa, perjalanan masih jauh. Macho benar ayat kau. Supaya senang nanti bila jumpa yang lebih baik, kau tinggalkan minah/mamat tu terkontang-kanting? 
  6. Mak saya suruh saya kahwin dalam tahun ni juga, tapi awak masih belajar. Saya terpaksa cari calon isteri yang lain. Mak kaulah sangat. Mak kau yang nak sangat atau kau yang dah sangap?
  7. Kita tak sehaluan, kehidupan kita jauh beza, macam Marikh dengan Pluto. Hello, setelah berapa lama kehulu kehilir sama-sama baru nak perasan?
Kadang-kadang ayat macam comel, buat kamu lagi sedih untuk berpisah, walhal itu semua adalah satu rencana. Kalau dah benar-benar cinta, tiada alasan untuk meninggalkan kecuali sememangnya takdir Tuhan.

P/s: Saya akan senyum supaya awak fikir saya sedang bahagia, saya akan ketawa supaya kamu tak nampak saya menangis, saya akan meninggalkan kamu dalam keadaan paling bergaya walaupun ia membunuh saya, saya akan senyum.

...Tulisan Rakan Blogger