Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Allah Lebih Sayangkan NURUL IMAN AB ALIM

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 17 15 Buah Fikiran Pengunjung

Petang tadi saya dikejutkan dengan perkhabaran tentang seorang junior saya semasa di SMKA Agama Melor yang telah pulang ke rahmatullah. Nurul Iman, seindah namanya, almarhumah merupakan seorang sahabat yang jarang menuturkan kata dan sangat pemurah dengan senyuman.


Hati ini tersentap dengan berita pemergiannya menyambut seruan Ilahi di wilayah tempat pengajian perubatannya, Iskandariah pada jam 9.30 pagi waktu di sana. Saya kemudiannya menguhubungi Nik Azfar Azirah, seorang lagi junior saya yang juga menyambung pelajaran di Mesir, di wilayah Kaherah untuk mendapatkan kepastian.

Iman dikhabarkan meninggal dunia akibat keracunan gas Karbon Monoksida berpunca daripada kebocoran alat pemanas air di kediamannya. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi namun inilah kenyataan yang harus diterima, Allah lebih sayangkannya. Salam Takziah daripada saya untuk Ustaz Alim sekeluarga..

Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan semoga Allah menempatkan insan yang kita cintai ini dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Umulkitab, Al-fatihah..

P/s: Karbon Monoksida (gas yang tak mempunyai bau dan warna) yang mengandungi kepekatan yang tinggi mampu membunuh dalam masa beberapa saat sahaja tanpa sempat menjerit atau meminta pertolongan, apatah lagi berlari untuk menyelamatkan diri.

Updated:
Berita tentang pemergian Allahyarhamah:
Allahyarhamah Nurul Iman telah Selamat dikebumikan jam 9.20 malam waktu tempatan pada 18 Januari 2011 di Tanah Perkuburan Kaledang, Hayyu Asyir, Keherah, Mesir.

15 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger