Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Kek Lapis Sarawak Mengandungi DNA Babi

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Ogos 4 10 Buah Fikiran Pengunjung
Aduh, sakit mata tengok haiwan ni, tapi nak juga tempek kat sini. Biarlah, memang kita sedang cakap tentang spesies haiwan ni kan? Menyandang panggilan 'babi' ni, bila sah bahawa haiwan ini adalah seekor babi, memang haramlah! Eh, kasar ya? Okay, khinzir.


Sebelum berbuka tadi, saya belek-belek myMetro, kalau nak harap beli surat khabar, memang susah. Bila terbaca tajuk dilema pengusaha kek lapis Sarawak tu, saya tertarik. Berita tu mengisahkan tentang penggunaan mentega yang mengandungi asid deoksiribonuklik (DNA) babi dalam kek lapis. 

Menurut pengusaha kek lapis tu, sebelum ini pihak Jakim menyatakan bahawa mentega tersebut halal. Namun semalam Jais dan Jakim kembali membuat pengesahan bahawa mentega tersebut mengandungi DNA babi. Isu DNA babi dalam mentega ini timbul selepas Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Johor, mengesannya dan mengeluarkan amaran kepada pengguna Islam, pada 18 Mei 2011.

Jangan risau kerana Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Jakim akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan bagi mengelak kekeliruan orang ramai mengenai penggunaan mentega itu tidak lama lagi. Hati-hati dengan mentega berjenama Golden Churn Creamery Butter.  risau terbuat biskut raya dengan mentega tu pula. Ah!


Bukan seorang dua pengusaha yang menggunakan mentega tersebut namun lebih 400 pengusaha telah menggunakannya. Para pengusaha harapnya melupuskan semua stok yang ada di samping menyamak semua peralatan untuk memproses kek lapis tersebut.

P/s : Mencari yang halal itu adalah sesuatu yang wajib.

10 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger