Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Terkini: Krisis dan Darurat di Mesir, Butakah Kita?

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 31 25 Buah Fikiran Pengunjung

Sila tutup akhbar yang sarat dengan kontroversi artis, hilai tawa pilihanraya dan kekalutan sektor sukan. Buka mata dan segala deria untuk isu global yang dibisukan media kita. Sama-sama kita sebarkan berita perjuangan orang-orang kita di sana yang sememangnya memerlukan doa daripada kita. Hanya itu senjata kita dari kejauhan.


Kenapa Berlakunya Krisis dan Darurat di Mesir?
Pada pemahaman saya, rakyat cuba membuat revolusi menentang pemerintahan Hosni Mubarak, seorang pemerintah diktator yang merupakan kroni Amerika Syarikat. Hosni Mubarak merupakan pemerintah yang sering merampas harta rakyat. Kejam? Semestinya.

Kesan daripada Krisis dan Darurat di Mesir?
Pastinya bukan kenaikan minyak, tapi kesan daripada penunjuk perasaan yang berlaku, mesir diisyhtiharkan darurat. Pembunuhan berlaku di mana-mana. Ayuh lihat kesannya:
  1. Rusuhan berlaku hampir seluruh mesir khususnya Iskandariah, kaherah dan Suez;
  2. Pelaksanaan perintah berkurung pada waktu malam;
  3. Banyak bangunan dan kereta dibakar oleh penunjuk perasaan;
  4. Lapangan terbang, balai polis, dan penjara diceroboh dan dibakar;
  5. Ribuan tahanan penjara terlepas;
  6. Internet dan rangkaian telefon disekat;
  7. Berlakunya kes rogol dan rompakan;
  8. Ancaman tempat tinggal dan makanan;

Usaha Kita untuk Mereka?
Utamanya, ayuh sama-sama berdoa agar pejuang kita di sana dilindungi oleh Allah dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Ayuh sama-sama sebarkan berita ini: kongsi di blog dan laman-laman sosial kalian agar yang terlena itu akan terjaga dan sama-sama cakna tentang orang-orang kita di sana.

Jika ada cadangan membantu rakan-rakan kita di sana untuk mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923, atau melalui:

Buat yang buta tentang hal ini: Mereka tak rasa jika tak ada kesayangan mereka kat sana, tu yang mereka buat endah tak endah. Kalau ibu bapa, anak, adik beradik, saudara mara atau kawan baik mereka ada kat sana rasanya media kita tak jadi siput khinzir seperti sekarang. Mereka sedang sibuk mengorek punca keruntuhan rumah tangga artis dan kes putus tunang artis. Oh, abaikan mereka!

P/s: Jangan terlalu sibuk dengan urusan yang tak penting.

Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd.

Posted by Ahsfantasy Ryu 5 Buah Fikiran Pengunjung

Jangan tanya kenapa saya menyepi sedetik dua ini sebab sekarang saya sedang cuba untuk menjawab. Rindu? Memang. Ada orang yang tak rindu bila tak blogging? Macam mustahil.

Bila dah balik kampung, macam tipu la kan kalau asyik menghadap laptop 24 jam macam kat kampus. Dah kat kampung ni, masa untuk bersama keluarga dan kawan-kawan lama. Kan dah lama tak jumpa? 

Semalam seharian duk goda abang blogger, create blog untuk Syarikat Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. Sila klik banner kat ats tu untuk lihat apa yang dah saya godek di sana. Kalau tak keberatan, follow sekali ya sayang. Insyaallah contest akan menyusul sama seperti pembukaan blog Dunia Beli Belah. Cun SEO jom?

P/s: Mengharapkan cuti yang berpanjangan dengan elaun yang berterusan.


Bukan Lagi Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 29 21 Buah Fikiran Pengunjung

Setelah setahun menyandang jawatan Exco Seranta dan Teknologi Jawatankusa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sesi 2010/2011, semalam tamatlah tanggungjawab saya seusai Pembubaran JPP sesi 2010/2011 oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal pelajar IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Kembalilah tugas tersebut kepada yang lebih berhak, selamat berjuang untuk legasi JPP yang akan datang! Terima kasih buat yang banyak menyokong dan membantu saya serta maaf buat segala khilaf dan kekurangan yang ada...

Ada sesuatu yang membuatkan saya pilu saat majlis pembubaran tu, saat YDP kesayangan tak berada di sisi kami. Ramai yang mengalirkan air mata kerna terkenangkan, tapi kami harus akur bahawa dia sedang menghadapi ujian dari Ilahi... Tentang dia:


Contest | Professional Header untuk masterfaiz.com

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 28 14 Buah Fikiran Pengunjung
Tengah BW tadi baru perasan yang Faiz kacak ni tengah cari header untuk blog dia, dan pencarian ini akan berakhir pada 1 Februari 2011. Jom sama-sama kita join contest yang julung-julung kali diadakannya ni di post Contest: Proffessional Header. I Love Photoshop! Saya ni bukan pandai sangat buat header tapi bila dah ada masa terluang ni, tak salah kalau mencuba kan? :)

Ni Header Faiz yang sedang digunakan sekarang...

Ni pula100% original design penyertaan daripada ahsfantasy24.com...

P/s: Doakan saya semoga selamat sampai ke kampung hari ni.. :)

Kesucian yang Menyucikan dan Kemuliaan yang Memuliakan

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 26 18 Buah Fikiran Pengunjung

Asyik-asyik berita tentang televisyen secara online, beli-belah di butik secara online, dengar radio secara online, bayar bil secara online, jom kita jenguk laman ayat-ayat suci beserta tafsiran secara online pula. Selepas berkunjung ke blog Incik Azuan tadi, saya sajikan buah tangan daripada sana tentang Laman Sesawang Tafsir Al-Quran. Klik laman sesawang tersebut jika berminat dan alhamdulillah hati kamu masih hidup. [http://www.surah.my/]

Sebolehnya kamu jangan jadi macam watak filem 'Aku Masih Dara' tu, persepsinya tentang Al-Quran. Al-Quran yang ada tu pun semata-mata barang hantaran perkahwinan masa dulu-dulu. Tapi alhamdulillah masih ada kan? Semoga menjadi pengajaran buat kita yang seringkali lupa tentang mukjizat untuk mendekatkan diri kepada kitab suci ini.

Pada saya, Al-Quran adalah lambang kesucian dan Kemuliaan Agama bagi semua umat Islam. Mendengar bacaannya pun sudah dikira pahala, inikan pula membacanya. Subhanallah. Al-Quran sangat menenangkan meskipun maksud kalimah yang dibaca itu tidak difahami. Allahuakbar...

P/s: Al-Quran mampu menyucikan hati dan memberikan kita kemuliaan, jom sama-sama berdamping dengan surat cinta Dia!

Elaun: Aku Nak Beli Selipar Jepun Pun Tak Mampu!

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 25 45 Buah Fikiran Pengunjung

Kalau fikir tentang elaun memang pening, lebih-lebih lagi bila kita diberi harapan yang plastik. Lepas tak masuk Isnin, cakap masuk hari selasa. Lepas tak masuk hari selasa, cakap hari rabu. Begitulah keadaannya sampai berlarutan bermingu-minggu. Tapi tak mengapa, kesabaran tu tetap indah kan?

kalau tak makan tu tak kisah sangat tapi kalau duk dengar:
  1. Hoi, esok bayar duit buku 30 ribu!
  2. Weh, jangan lupa bayar duit fotostat 20 juta esok!
  3. Lusa bayar duit BBM 20 bilion!
  4. Duit jamuan bila nak bayar?
  5. Untuk program tu kita wajibkan beli baju 15 sen!
Ha tu contoh la kan... Tak sakit telinga dengar? Dengan hati pun sakit kan? Lagi-lagi bila pemilik suara berkenaan tu tak tahu budi bahasa. Simpati kepada mangsa keadaan, kita sama-sama terhimpit. Sila berdoa semoga elaun cepat-cepat masuk, sekian terima kasih..

P/s: Duit elaun atau duit pinjaman ni perkara yang paling pelajar cakna bila kat kampus. Ya, duit bukan segalanya, tapi sekarang nak masuk tandas pun kena bayar kan? Huhu..

Blog Cikgu Shida Ratu Miming Dari Parit

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 24 24 Buah Fikiran Pengunjung

Cik? Teacher? Cikgu? Entah mana satu panggilan yang sesuai, saya tak pasti. Dulu hot, lepas tu suam-suam kuku dan sekarang nampak semakin meriah. Bila blogwalking kat blog Iqakiko, barulah saya dapat tahu yang Cikgu Shida dah ada blog pribadi sejak Disember lalu. Aduh, saya agak ketinggalan! Teringin nak jenguk? Sila klik http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/.

Saya suka bila Cikgu Shida bercakap tentang keberanian, kebolehan dan keyakinan diri. Saya kagum dengan kebolehan yang ditonjolkan. Namun setiap manusia punyai kurang dan lebihnya yang tersendiri dan terkadang terpalit khilaf yang tak disedari. Sejenak saya singgah, rasanya post ...Seolah-olah Islam Itu Sempit tu agak hot. Entah bila akan reda.

Bukan ingin mengatakan saya baik atau sebagainya kerana saya juga manusia biasa, tapi jika Cikgu Shida dapat memotivasikan orang lain dengan cara yang lebih 'mesra alam', saya amat menghargainya. Saya suka bila video yang kurang enak dipandang itu sudah tidak berleluasa, bukan kerana saya cemburu tapi kerana saya sayang guru.

Setiap orang punyai pandangan yang berbeza bukan? Orang boleh cakap kalau tak suka jangan tengok, tapi saya cuma nak cakap yang saya sayang golongan guru. Saya tak suka orang menghina dan mengherdik golongan guru. Hanya itu.

P/s: Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sebagaimana Awak Telah Berjaya Melakukannya

Posted by Ahsfantasy Ryu 31 Buah Fikiran Pengunjung
Tolong ajar saya untuk melupakan awak seperti mana awak telah melupakan saya, dan tolong ajar saya macam mana untuk berhenti daripada merindui awak seperti mana awak sudah tidak merindui saya lagi.

Tolong ajarkan saya kerna sesungguhnya saya jahil tentang itu...

P/s: Orang kata biar masa yang merawat segala, tapi awak pernah kata sesaatpun sudah mampu membuatkan seseorang derita bila terpaksa menanti. Bagaimana harus saya tega menanti sehingga segalanya pergi jika ia adalah sesuatu yang menyakitkan?

Cinta Bukan Sembarangan, Cinta Adalah Penghormatan

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 22 18 Buah Fikiran Pengunjung

Jika dia mengakui bahawa dia mencintai kamu namun tutur kata dan perlakuannya langsung tidak menghormati kesucian peribadi kamu, maka sebenarnya dia bukanlah mencintai kamu dengan setulusnya. Dia mungkin ingin memiliki kamu, namun pasti itu bukan cinta kerna cinta adalah penghormatan walau atas apa jua alasan sekalipun yang diberikan.

Cinta adalah anugerah daripadaNya. Mana mungkin orang yang seharusnya memuja anugerah itu menyakiti dan menghina apa yang dianugerahkan kepadanya.

P/s: Mendambakan pencinta yang akan menguatkan cinta ini kepadaNya...



Maksud Lagu Tolong Ingatkan Aku : Ana Raffali

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 21 32 Buah Fikiran Pengunjung
Ana raffali, ana rafalli, bertudung, kahwin,ana raffali bertudung
Kita ketepikan dulu tentang bantahan kejuaraan lagu Tolong Ingatkan Aku di AJL lepas sebab pada saya bila rumah dah siap, pahat tak seharusnya berbunyi apatah bagi bila awal-awal dikatakan keputusan juri adalah muktamad. Tapi sekarang saya dah jatuh cinta dengan lirik lagu Tolong Ingatkan Aku. Ketinggalan zaman betul! Jom selami makna lirik lagu tersebut:-

Jangan disusun kata-kata penamat, jangan disebut baris ayat keramat, biar lenyap diserap sunyi, biar senyap yang tak menyepi..
Ungkapan kita putus umpama ayat keramat yang mampu menghancurkan hati yang bercinta. Jangan kata apa-apa yang mungkin memudaratkan keadaan, lebih baik diam tapi bukan untuk menarik diri, menyepikan diri dari hubungan itu. Sebaliknya berikan ruang dan masa untuk memikirkan dengan tenang.

Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa, kau dampingi aku setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Semua orang boleh ungkap kata sayang tapi belum tentu dapat buktikan. "kau" sanggup menyeluk masa, mencari dan mencuri detik hanya untuk dampingi "aku" selagi hayatku ada, untuk setiap nota dalam lagu yang mengiringi hidupku. Kiranya, penyeluk masa ini dapat diimaginasi sebagai seseorang yang mempunyai waktu yang banyak dalam poket yang boleh digunakan sesuka hati. Dan hatinya mahu menghabiskan waktu dengan orang yang dia sayang.

Mari patahkan papan markah lama, mari padamkan buku tiga lima, biar luka sembuh sendiri, biar lupa ditebus hari
Jangan kira kalah menang, jangan berkira atau rasa berhutang/menghutang dengan orang yang kita sayang dan sayang kita. Biar masa memulihkan keadaan.

Bila marah merasuk minda, kecewa menyelubungi jiwa, aku lupa
Kita lalai, leka, alpa bila kita biarkan emosi, perasaan negatif menguasai pertimbangan.

Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar, dengan kasih memeluk rasa. Ku teringatkanmu setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Kadang-kadang kita tak sedar betapa kita sayang akan seseorang sehinggalah kita berani berdepan, berlaku jujur dengan perasaan sendiri. Sesetengah orang hidup menafikan rasa kasih atau cinta pada seseorang atas sebab-sebab berbeza, malu, takut, ego, marah dan sebagainya. Dan kita sedar bahawa kasih sayang itu ada dan dapat dirasa hanya bila dia tiada disisi dan kita masih memikirkannya.

Ketahui Kenapa Kamu Dibenci

Posted by Ahsfantasy Ryu 18 Buah Fikiran Pengunjung
Benci... Benci.... Benci...!

Rasanya ada dua perkara sahaja yang menjadi sebab kenapa kita dibenci. Pertama kita dibenci sebab perangai, percakapan dan perwatakan kita tu sememangnya melayakkan kita untuk dibenci oleh segenap lapisan masyarakat. Contohnya? Batu api, talam dua muka, panjang tangan, penghipokrit tegar, kegedikan melampau dan jawatan yang sekutu dengannya.

Keduanya, kita dibenci kerana mulut orang. Bagaimana? Bila kita difitnah oleh orang yang tak betanggungjawab, orang yang iri hati terhadap kita ataupun orang yang menyimpan dendam terhadap kita. Ni biasanya berpunca daripada makhluk si mulut berus, si mulut kepoh, si mulut tempayan, si mulut longkang, dan spesies-spesies yang seangkatan dengannya. Bagi yang pernah teraniaya, harap bersabar...

Lagi satu tambahan, kita dibenci kerana pembenci kita adalah pesakit mental. Kalau kita dibenci tanpa sebab, bukankah pembenci kita tu adalah seseorang yang mempunyai masalah mental? Tolong jaga kesihatan mental, nanti kesian kat kerajaan kena bina lebih banyak bangunan untuk wad pesakit mental.

Firman Allah yang bermaksud: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

P/s: Bencilah kepada kekufuran, I love my friends!

Paksa Kekasih untuk Tinggalkan Kawan Dia?

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Januari 20 26 Buah Fikiran Pengunjung

Sila jangan nampak sangat kamu ni queen/king control... Baru seminggu dinobatkan jadi kekasih hati si dia, dah mula berani nak larang si dia bergaul dengan kawan-kawannya. Ya, mungkin kamu tengok kawan-kawan si dia tu dapat mempengaruhi si dia berperangai kurang cantik, apa kamu punyai scanner untuk melihat hati manusia? Tolong jangan terlalu cepat menilai dan menjatuhkan hukuman.

Si dia dah 10 tahun kenal kawannya, tapi si dia baru 1 mnggu kenal kamu. Si dia dah 10 tahun kenal kawannya, tapi kamu baru 2/3 hari kenal kawan si dia tu. Jadi siapa yang lebih berhak untuk mengatakan 'ya' atau 'tidak'? Kalau kamu berdegil menyuruh si dia tinggalkan kawan-kawannya, mungkin si dia akan menganggap hamu ni berhati busuk atau suka berprasangka buruk terhadap orang lain.

Jangan terburu-buru kerana segalanya memerlukan masa.

Ni untuk kes yang tidak berat la, tapi kalau buah hati kamu tu merupakan kawan baik kepada seorang perompak, penagih dadah atau yang sejawat dengannya, errr sila fikir berjuta kali untuk meneruskan hubungan itu.

P/s: Sila jadi detektif cinta buat seketika! Perhati, siasat, analisis, bertindak. Kalau benar-benar sayang, bertindaklah dengan cara yang betul...

Kanak-Kanak 22 Bulan Hilang 18 Jam di Hutan

Posted by Ahsfantasy Ryu 11 Buah Fikiran Pengunjung

Saat baca berita di Harian Metro, saya tertarik dengan gambar Si Comel ini yang dikatakan berjalan di dalam hutan bersendirian sejauh 3 kilometer. Kanak-kanak tersebut hilang daripada jagaan neneknya kira-kira jam 12 tengah hari dan kemudiannya ditemui selepas 18 jam kemudian. Alhamdulillah segalanya terkawal dan kanak-kanak tersebut disahkan sihat.



P/s: Sila pantau anak-anak kecil, bimbang nanti jatuh sungai atau tali air serta lain-lain kemalangan yang membahayakan.

Murid atau Cikgu yang Bakal Gila?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 19 15 Buah Fikiran Pengunjung

Selepas kerancakan wujudnya mata pelajaran Pendidikan Reproduktif dan Sosial, kini masyarakat disua pula dengan modul kesihatan mental untuk pelajar sekolah menengah. Apa itu Pendidikan Reproduktif dan Sosial? Pada awal kemunculannya, ia digelar Pendidikan Seks! Jelas? Bagus. Modul kesihatan mental ni wujud selepas bilangan pesakit mental meningkat 15.6 % kepada angka 400227 orang di hospital kerajaan.

Bila ramai murid kena langgar, kita buat mata pelajaran lalu lintas, cetak buku aktiviti untuk murid-murid. Bila timbul kes jenayah seks, kita wujudkan Pendidikan Reproduktif dan Sosial, cetak lagi buku. Bila kes pesakit mental meningkat, kita perkenalkan pula Modul Kesihatan Mental, cetak lagi. Tahniah, Malaysia memang cekap! Tapi dalam konteks apa? Sila fikir sendiri...

Segalanya bermula daripada nilai agama dan nilai moral. Itu yang seharusnya kita tekankan, ajar anak-anak Malaysia atas landasan hukum Tuhan. Berbalik kepada jiwa, jiwa perlukan santapan rohani bukan sekadar keduniaan. Perubahan itu perlu, tapi penelitian itu sejuta kali lebih perlu. Haruskah kita mempertaruhkan nasib bahan-bahan eksperimen yang merupakan nadi kecintaan kita? Sama-sama kita fikirkan.

P/s: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang sedang diajar di sekolah kini bakal dihapuskan beberapa tahun lagi. Itu adalah mata pelajaran minor kedua dalam Pengijazahan saya nanti!

Kita Bukan Watak Utama dalam Surat Takdir Itu

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 18 23 Buah Fikiran Pengunjung
Betul, saya dah jatuh hati pada awak...

Kenapalah saya lambat kenal awak...
Tak mengapalah kalau awak tak faham, good night...

Getar jiwa ini semakin kencang, saya sedang cuba menafikan rasa tapi setulusnya saya tak mampu. Saya juga sedang dilambung ombak yang sama, tapi kisah kita penuh liku dan saya tak mahu awak melukai dia kerana saya. Biar saya simpan apa yang saya rasa ni seadanya, mungkin ia akan bererti di suatu suratan yang saya sendiri tak mampu nak baca. Semoga awak bahagia bersama dia, insan yang terdahulu sebelum saya.

Maafkan saya untuk rasa yang mengganggu tenang di muara jiwa. Saya tak mampu nak menghalang susunan takdir, namun atas nama cinta yang menghuni rasa, saya sedang mencuba untuk tidak melukai. Saya harus akui, cinta ini tak harus memiliki...

P/s: Tuhan sedang menduga kita...

Isu Laungan Azan yang Dipertikaikan Seorang Peguam Cina

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 17 24 Buah Fikiran Pengunjung

Pada akhir Disember lalu yang lepas kita digemparkan dengan memorandum seorang peguam cina iaitu Ng Kian Nam bengang dengan laungan azan yang dikatakan mengganggu tidurnya. Sudahlah datang kat sini, orang bagi kerakyatan, eh pandai nak mengada-ngada pula!


Kalu rasa nak aman sangat tidur tanpa gangguan azan, sila pergi cari negara-negara jahiliyah. Rasanya kamu sebagai peguam, kamu lebih arif tentang undang-undang dan perlembagaan sesebuah negara, apatah lagi Malaysia tempat kamu mencari nafas.

Siapa tak kecewa dan marah bila orang mengeji sesuatu yang kita muliakan? Azan tu syiar islam bukan? Tambah kecewa bila ada pihak yang terlalu memberi muka dan mengikut sahaja kemahuan peguam yang jahil tentang agama kita tu. Banyak sangat dah berita tentang peguam yang cari pasal ni. Agama rasmi Malaysia itu apa? Semua sila jawab dalam hati.

P/s: Lega sikit bila dia dah minta maaf, tapi tetap gusar dengan status kemelayuan dan keislaman negara yang kian terancam.

Allah Lebih Sayangkan NURUL IMAN AB ALIM

Posted by Ahsfantasy Ryu 15 Buah Fikiran Pengunjung

Petang tadi saya dikejutkan dengan perkhabaran tentang seorang junior saya semasa di SMKA Agama Melor yang telah pulang ke rahmatullah. Nurul Iman, seindah namanya, almarhumah merupakan seorang sahabat yang jarang menuturkan kata dan sangat pemurah dengan senyuman.


Hati ini tersentap dengan berita pemergiannya menyambut seruan Ilahi di wilayah tempat pengajian perubatannya, Iskandariah pada jam 9.30 pagi waktu di sana. Saya kemudiannya menguhubungi Nik Azfar Azirah, seorang lagi junior saya yang juga menyambung pelajaran di Mesir, di wilayah Kaherah untuk mendapatkan kepastian.

Iman dikhabarkan meninggal dunia akibat keracunan gas Karbon Monoksida berpunca daripada kebocoran alat pemanas air di kediamannya. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi namun inilah kenyataan yang harus diterima, Allah lebih sayangkannya. Salam Takziah daripada saya untuk Ustaz Alim sekeluarga..

Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan semoga Allah menempatkan insan yang kita cintai ini dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Umulkitab, Al-fatihah..

P/s: Karbon Monoksida (gas yang tak mempunyai bau dan warna) yang mengandungi kepekatan yang tinggi mampu membunuh dalam masa beberapa saat sahaja tanpa sempat menjerit atau meminta pertolongan, apatah lagi berlari untuk menyelamatkan diri.

Updated:
Berita tentang pemergian Allahyarhamah:
Allahyarhamah Nurul Iman telah Selamat dikebumikan jam 9.20 malam waktu tempatan pada 18 Januari 2011 di Tanah Perkuburan Kaledang, Hayyu Asyir, Keherah, Mesir.

Mengapa Timbul Masalah Penempatan Guru 2011?

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 16 18 Buah Fikiran Pengunjung

Jiwa dilanda tempias kerisauan tentang masalah yang melanda guru-guru pelatih IPG yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2010 dan masih belum mendapat tempat di sekolah seperti produk IPG yang sebelumnya. Kalau dahulu pelajar Institut Pendidikan Guru diberikan jaminan penempatan, mengapa situasi sekarang mencetuskan kebimbangan atas kelewatan yang berlaku?

Jika lambakan guru di sekolah punca situasi ini berlaku, mengapa masih berterusan pengambilan KPLI dilakukan, mengapa KPLI masih ditempatkan di sekolah-sekolah, dan mengapa permohonan GSTT masih dibuka sampai sekarang? Bagaimana nasib mereka yang telah bertungkus lumus dalam pengajian profesyen perguruan selama lima tahun setengah?

Baru enam bulan yang lalu digembar-gemburkan khabar kekurangan guru di media massa, masakan sudah penuh? Meski Sabah sekalipun Sarawak, jiwa seorang bakal guru telah dididik untuk kental mendidik anak bangsa bukan?

Masalah ekonomi? Masalah kewangan? Mungkin. Tapi apa gunanya lambakan buku teks, cendawan makmal komputer dan popular kemunculan subjek baru jika kita miskin dengan sesuatu yang bergelar insan pendidik.

Masalah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Ini juga satu kemungkinan sebab MQA khabarnya sedang sibuk mengakredit Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditawarkan oleh OUM. Tapi rasanya kerja-kerja MQA telah selesai Disember yang lalu, sila rujuk laman MQA.

Terbaca tentang surat maklum balas di laman Cikgu 24, rasa simpati, mungkinkah lapisan guru pelatih yang lain bakal menghadapi nasib yang serupa? Setakat ini, tiada jaminan penetapan tarikh penempatan dan penempatan guru hanya berlaku sekiranya terdapat kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan. Jadi kena rajin-rajinlah jenguk laman KPM.

P/s: Ada kaitan tak dengan post saya 15 bulan yang lalu? Kalau berkesempatan sila jenguk post pembekuan penempatan. Saya doakan agar kesulitan ini segera dapat diatasi. Sabar, pasti ada hikmah di sebalik penyembunyian udang.

Bila Dimarahi Tanpa Sebab dan Alasan yang Rasional

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 15 20 Buah Fikiran Pengunjung
Tanpa memberikan pendefinisian marah, saya rasa semua orang sedia maklum mengenainya. Kenapa? Sebab saya rasa semua orang pernah memarahi dan dimarahi kan? Kalau tak, status 'manusia' kamu akan diragui.

Kita boleh terima kan kalau kita kena marah, tapi dengan syarat bila kita telah buat salah dan silap atau ada sebab yang munasabah. Mungkin khilaf yang telah kita lakukan itu telah melukakan, jadi kita kena terima natijah daripadanya, dimarahi. Itu pengajaran meski ada ketika ia tak setimpal dengan apa yang telah kita lakukan.

Tapi bila berdepan dengan seseorang yang selalu sahaja memarahi kita, terkadang hanya kerana soal yang remeh dan kadangkala tanpa sebarang sebab dan alasan, sememangnya aneh dan menyesakkan bukan? Rasanya bulan bukan mengambang sepanjang masa. Tiba-tiba nak jeling-jeling, nak tarik muka empat belas,nak mendengus kencang, nak tengking-tengking tanpa sebab.. Apa masalahnya? Oh, sungguh hairan!

P/s: Senyumlah saat dimarahi, mungkin itu sifat semula jadi dia yang harus kita terima seadanya...

Cabutan Bertuah Sempena Pembukaan DBB

Posted by Ahsfantasy Ryu 4 Buah Fikiran Pengunjung

Sempena pembukaan blog Dunia Belibelah, pemilik blog ini telah menganjurkan aktiviti cabutan bertuah, kalau berminat sila ke http://duniabelibelah.blogspot.com/.

P/s: Selamat malam.

Guru Buat Hubungan Seks dengan Pelajar

Posted by Ahsfantasy Ryu 13 Buah Fikiran Pengunjung

Biasa kita dengar cikgu lelaki yang selalu timbulkan masalah jenayah seksual dengan pelajar contohnya kes cikgu muzik di Kuantan. Jenayah? Hmm, Kalau dengan remaja atau kanak-kanak bawah umur, memang jenayah la walaupuan mangsa merelakan. Tapi ni lain, sebab kes ini melibatkan guru wanita berusia 27 yang mengadakan hubungan seks dengan pelajarnya yang berumur 16 tahun. Bukan di Malaysia ya, tapi di Plainfield.

Perbuatan guru dan pelajar tersebut tertangkap apabila dia dilihat berada berdua-duaan di dalam sebuah kereta di belakang sebuah pusat membeli-belah dalam keadaan separuh bogel. Kes ni dah berlaku seminggu yang lalu tapi hari ni baru saya tertarik untuk menulis, segalanya kerana kobosanan berada di asrama pada hujung minggu!

P/s: Sedang berfikir tentang Malaysia.

Kes Ibu Bapa Gila Vavi Minggu Ini

Posted by Ahsfantasy Ryu 29 Buah Fikiran Pengunjung

Semalam kecoh tentang bayi yang ditumbuk oleh ibunya. Kesannya, bayi tersebut lebam di seluruh muka, patah tulang pelipis, cedera di kepala dan menghadapi risiko buta mata kanan. Eh, kalau nak lawan Sapo Biki pun janganlah anak yang baru berusia setahun tu yang jadi mangsa! Kamu ni memang gila, tak berhati perut!


Hari ni pula kita digegarkan dengan kes bapa hempas anaknya yang berusia 18 bulan ke atas tilam nipis akibat sikap panas baran melampau. Kesannya, bayi yang berusia 18 bulan tersebut patah peha kanan. Lelaki macam ni elok jadi makanan buaya dalam zoo, hidup langsung tak menguntungkan!

Alahamdulillah kita dilahirkan dalam keluarga yang sarat kasih sayang dan mampu hidup dengan harmoni. Saya sayang Mak dan Abah saya dulu, kini dan selamanya...

P/s: Rindukan baby!

Bro, Kau Dah Ketinggalan Zaman!

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 14 21 Buah Fikiran Pengunjung
Mungkin kamu rasa kamu dah hebat, bila orang block kamu, bila orang malas nak layan kamu, kamu mula menukar identiti dengan menggunakan profile palsu. Paling lucu bila identiti palsu kamu sering syok memuji dan memuja diri kamu sendiri. Tidakkah kamu berasa malu saat kepalsuan kamu sudah dihidu sejak dari awal? Insaflah! Jangan suka sangat kacau ketenteraman hidup orang lain.

P/s: Cukup-cukuplah melakukan perkara di luar kecerdikan.

Kalau Dah Putus Cinta Tu, Mulut Sila Cun

Posted by Ahsfantasy Ryu 20 Buah Fikiran Pengunjung

Oh, kes apakah ini? Cinta datang dan pergi, normal la sebab cinta memerlukan keserasian. Ada yang bernasib baik dan ada yang kurang bernasib baik bila harus mencuba berulang kali. Allah berhak untuk menguji kita. Sememangnya tak ada masalah bila baik niat kita dan betul perjalanan kita. Cinta tu indah bukan?


Masa bercinta, dunia pun kadang-kadang kamu dah lupa. Syoknya cinta? Mungkin. Tapi bila putus cinta? Mula nak jaja cerita buruk tak tentu hala atas dorongan marah dan kecewa. Nak burukkan nama bekas kekasih kamu, apa faedahnya? Sangat saya hairan, yang sudah tu, sudahlah. Jangan buat suara langau kat belakang apatah lagi tentang seseorang yang kamu pernah sayang. Kalau nak mengutuk mengata, biar semuanya ketika in a relationship, bukan setelah berpisah. Perjalanan masih jauh.

Kalau orang tanya tentang hubungan kamu dan dia, susah ya nak cakap:
  • Jodoh kami tak panjang, tak ada jodoh nak buat macam mana...
  • Mungkin dia boleh dapatkan pasangan yang lebih baik daripada saya..
Buruk-burukkan nama bekas pasangan kamu, apa yang kamu akan dapat? Kepuasan? Mungkin untuk sebulan dua.Jangan nanti nak menyesal bila Yang Berkuasa dah putarkan roda. Semudah kamu memfitnah, mencela, dan memburuk-burukkan dia, tidak semudah itu bagi kamu untuk mengembalikan sebuah penghormatan. Sama-sama memaafkan, itu yang sebaiknya.

P/s: Ni bukan sahaja kamu yang buat suara langau, kekasih baru kamu pun sama menyebarkan fitnah. Ah, lelaki/perempuan yang baik untuk perempuan/lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Jadi, senyumlah!

Kalau Saya Senyum, Awak Mesti Senyum Sekali

Posted by Ahsfantasy Ryu 31 Buah Fikiran Pengunjung
Cantik luar cantik dalam, cantik dengar sini, kalau cantik, senyum cantik, mesti cantik lagi. Minggu ni rasanya asyik dengan siulan lirik lagu Senyum ni. Pasal kecantikan, semua orang cantik. Ciptaan Allah, masakan tidak cantik? Lebih dan kurang tu biasalah, kalau serba sempurna kan dah tak jadi manusia kan?

Ya, semua orang cantik bila senyum. Kalau mencuka sepanjang masa tu memang masalah besar, orang gila pun reti senyum. Haish! Kalau jurujual atau penjaga kaunter yang buat muka cuka dan kedekut senyuman, memang hangat hati la kan? Kalau malas sangat nak senyum, sila mohon kerja susun barang kat stor atau kerja bagi makanan haiwan kat zoo...

Senyuman boleh merendahkan tekanan darah dan memaksimumkan kemasukan oksigen dalam darah, dalam erti kata lain, kita bukan sahaja menyenangkan orang lain saat tersenyum tapi juga memberikan manfaat kepada tubuh badan sendiri. Jadi sama-samalah kita senyum untuk menceriakan hari. Tapi jangan over senyum 24 jam, senyum sendirian berpanjangan, nanti orang angkut kamu ke hospital sakit jiwa.

P/s: Senyum itu sedekah yang paling mudah. Senyum, tak perlu kata apa-apa!

Dr Mohamad Khir Toyo Hilang Gelaran Dato' Seri

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Januari 13 24 Buah Fikiran Pengunjung
Susulan pertuduhan kes rasuah yang menyelubungi hidup Dr Mohamad Khir Toyo sejak Disember tahun lalu, Sultan Sharafuddin Idris Syah menitahkan penggantungan ahli Darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (Dato' Seri) ke atas bekas Menteri Selangor itu yang telah menerima darjah kebesaran tersebut pada tahun 2001 lalu.

Pemulangan semula pingat ini adalah berikutan untuk mengelakkan darjah kebesaran negeri terpalit dengan sebarang keaiban berhubung kes tuduhan rasuah pemilikan 2 lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen Tujuh, Shah Alam. Pokok bergoyang-goyang? Apakah?

P/s: Kalau saya jadi menteri, agak-agak boleh tak nak buat banglo mewah 8 angka macam ni? Opppsss...!

Terluka dipanah Impian yang didustakan

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 12 34 Buah Fikiran Pengunjung
Saat terkenang apa yang ditakdirkan untuk kamu, aku terlupa akan kesedihanku yang masih tersisa sendu. Aku tahu, kamu sedang terluka dipanah impian yang telah didustakan. Aku mohon semoga Allah menganugerahkan keindahan atas segala kepedihan yang dideritaimu. Teman, kegelisahan di wajahmu sentiasa membuatkan hati ini gusar. Aku sayang kamu, itu yang seharusnya kamu tahu.

Kau Bila Nak Kahwin?

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 11 28 Buah Fikiran Pengunjung

Okay bila umur dah semakin meningkat, bila waktu untuk menghabiskan zaman kampus semakin dekat, maka semakin ramailah orang duk tanya kita tentang berumah tangga kan? Kalau sekali sekala tanya tu, boleh dikira sebagai penyeri hidup yang suram kan. Tapi kalau dah sepanjang masa duk tanya benda yang sama, tersekat nafas juga dibuatnya.

  • Kau bila nak kahwin, dia dah kahwin, classmate dia dah kahwin, roomate dia dah kahwin, adik dia dah kahwin, kau bila lagi?
Kamu bilanglah seramai mana insan yang telah berkahwin pun, saya tak pandang semua tu. Saya tak kahwin kerana pengaruh rakan-rakan yang telah menempuh alam tersebut, tapi saya akan mendirikan rumah tangga saat sampai jodoh saya dan saya bersedia ke arah itu. Mudah kan?

P/s: Tahniah buat yang dah menempuh alam rumah tangga, semoga bahagia sampai syurga.

Jangan Sesekali Biarkan Hati Itu Mati

Posted by Ahsfantasy Ryu 17 Buah Fikiran Pengunjung

Kalau setitik dosa telah menyebabkan satu tompok hitam di hati, banyangkanlah natijah perjalanan kehidupan kita kepada hati di hari ini. Hati tu raja dalam diri kita bukan? Jika baik hati kita, maka baiklah keseluruhannya. Itu katanya Rasulullah.

Namun begitu, bisikan nafsu dan hasutan syaitan adalah musuh utama yang harus diperangi. Syak wasangka dan spekulasi melulu adalah racun yang berbisa, namun marilah sama-sama kita mengubati hati:
  • Perbanyakkan membaca surat cinta Ilahi dan mendalami maknanya.
  • Rajin-rajinkan diri untuk qiamullail dan beristighfar.
  • Bersederhanalah dalam makan dan minum, berhenti sebelum kenyang.
  • Sering bergaul dengan orang soleh dan berdamping dengan ulama'.
  • Menambahkan kecerdikan akal dan gigih mencari ilmu.
  • Meninggalkan perkara yang sia-sia dan menghiasi diri dengan sifat ikhlas.
  • Senymlah selalu dan lakukanlah sesuatu itu kerana Allah.
P/s: Mohon supaya dijauhkan daripada penyakit lalai dan lupa.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 10 8 Buah Fikiran Pengunjung

Waktu kecil dulu memang satu kebanggaan bila dapat tengok Anugerah Juara lagu sampai habis then pagi esok bersembang dengan kawan-kawan dalam kelas pasal tu. Tapi sekarang mood tu dah berkurangan akibat kekangan masa. Semalam terlalu sibuk dengan tugasan yang tertangguh, dapat tahu keputusan pun kira okay dah. Kalau tak ambil tahu langsung nanti orang panggil kita katak bawah tempurung pula kan?

  • Pesembahan Terbaik : Hanyut – Faizal Tahir (RM 10,000 dan trofi)
  • Vokal Terbaik : Noktah Cinta – Hafiz AF (RM 10,000 dan trofi)
  • Tempat Ketiga : Noktah Cinta - Hafiz /Ajai/Sheikh Qalam (RM 12,000 dan trofi)
  • Tempat Kedua : Drama King – Meet Uncle Hussin & Black (RM 15,000 dan trofi)
  • Juara : Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali (RM 35,000 dan trofi)
Orang kata, lagu-lagu persembahan jauh lebih best daripada lagu-lagu yang dipertandingkan, betul ker? Jangan frust tertonggeng pula kalau artis pujaan kamu tak menang, dia bukan belanja kamu makan pun kalau dia menang okay. stay cute, peace...!

Tugas Ustaz dalam Filem Melayu: Sekadar Halau Hantu

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 9 14 Buah Fikiran Pengunjung

Wah! Hantu raya, hantu pocong, pontianak, kuntilanak, toyol dan macam macam lagi menghantui fikiran kanak-kanak sedangkan mereka tak pernah jumpa hantu. Jadi, siapa hantu sebenarnya? Kalau saya yang nak ulas, takut mengarut pula memanjang, jadi saya petik di laman Berta Harian. Lepas tu, sila bagi pandangan masing-masing kalau sudi.

Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, namun di kalangan sesetengah pendakwah, watak uztaz yang sebegitu telah disalah guna dan fungsi sedemikian perlu dibetulkan.

"Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau mahluk halus semata-mata.

"Sedangkan peranan sebenar seorang ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan yang benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini," kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf.

Beliau juga menegur mengenai elemen jampi serapah yang disebut oleh watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan sebegitu.

Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, peranan watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan pengunaan ayat suci al-Quran sekadar mentera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

"Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram telah membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya telah dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti manusia.

"Unsur seram dan ganas yang terdapat dalam filem menyebabkan orang ramai khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu dalam filem daripada Tuhan dan perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana ianya bakal melemahkan minda umat Islam," katanya.

P/s: Takutkan hantu atau takutkan Tuhan? Tepuk hati, tanya iman..

Ketahui Sebab Kenapa Kita Join Contest

Posted by Ahsfantasy Ryu 16 Buah Fikiran Pengunjung

Bagi blogger yang masih berjinak-jinak dengan dunia ni, jom kita ketahui kenapa kita memeriahkan segmen giveaway, contest, award dan sebagainya. Kalau kita tengok, setiap segmen atau contest ni dia ada chain reaction kan? Tersebar meluas.

Ya kita dapat tambah lebih ramai kenalan, boleh jalinkan hubungan antara penganjur dan peserta dan juga sesama peserta. Perserta yang join ni kebiasaan mereka aktif. Bila kita join, sapa peserta tu mungkin dapat menambahkan pelawat dan pengikut blog kita. Jadilah blogger yang peramah, pulangannya hebat!

Bila dah menyertai, sah-sah penganjur akan jenguk blog kita, kalau dia berkekan, dia follow. Antara peserta pun ramai yang jenguk-jenguk ni, apatah lagi kalau contest. Peserta mesti nak tengok tahap saingan penyertaannya.

Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Silap-silap hari bulan kita jadi pemenang kan? Bila dah menang tu sah-sah penganjur akan letak list pemenang kat blog dia dan sah-sah pengikut blog dia akan jenguk blog kamu untuk tengok apa lebihnya kamu bagi penganjur.

Jangan cebik bibir bila hadiahnya tak lumayan. "setakat topup RM 5 tu, aku mampu beli sendiri" Hey...! Jangan pandang semua tu, sila fikirkan masa depan blog dan trafik yang akan berjalan. Blogging untuk suka-suka kan, so kita enjoy!

P/s: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

AdukaTaruna Kena Belasah!

Posted by Ahsfantasy Ryu 23 Buah Fikiran Pengunjung

Saya tak tahu apa motif Kahirul Nizam Abdul Ghani a.k.a AdukaTaruna ni, dulu gegar media dengan kontoversi hina institusi Kesultanan Johor sekarang ni pula muncul berita dikepung dan dipukul di depan Masjid Rusila, Marang Terengganu.


Merurut sumber, AdukaTaruna ni nak menemubual Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Nak jadi wartawan pula ya? Pada masa tu pula, Presiden Pas tersebut pula sedang ingin menghadiri majlis. Akibat menghalang Presiden Pas tersebut, AdukaTaruna dikepung dan dipukul.

Kalau nak temuramah Makcik Limah yang jual pisang goreng tu boleh la main serbu-serbu, tu pun kalau dia tak sibuk. Kalau ya pun kemaruk nak temuramah, pilih masa yang sesuai dan buatlah janjitemu.

P/s: Pada siapa kita nak persalahkan?

GiveAway EdY : Awak Busuk!

Posted by Ahsfantasy Ryu 6 Buah Fikiran Pengunjung
Masih dalam mood melunaskan hutang, saya sertai Giveawal Edy Handsome ni. Kalau nak join sama, jom jenguk entry GiveAway EdY : Awak Busuk! Edy, saya busuk ya? Cepat bagi perfume tu! :)

Jemput Fahmi Macho, Edhayaa cute dan sesiapa yang berminat untuk sama-sama menyertainya! Untung sabut, timbul...

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

Posted by Ahsfantasy Ryu 6 Buah Fikiran Pengunjung
Dah dua kali kena tag (Cik Gadis dan Lulu Comel), kalau buat-buat tak tahu, memang kejam kan? Bukan buat-buat tak tahu, tapi agak sibuk dengan geng Blogger Peramah dan Blogger Baru. Jom sertai!

Tak susah kan? Jom join! Hadiahnya pendrive Kingston Data Traveler 101 G2 berkapasiti 4GB dan pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah menggunakan sistem di laman random. Saya berbesar hati untuk mengajak En. Ridhuan, Atien, Chegu 24, Fyqa dan sesiapa yang berminat.

P/s: Jom meriahkan segmen ini !

Poligami: Padah Tinggal Sebumbung, Madu Ditetak

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 8 17 Buah Fikiran Pengunjung

Ni tentang madu poligami ya, bukan madu lebah, madu bunga atau sebagainya. Hari ni dah hangat pasal peperangan antara madu yang berusia 26 dan 50 tahun di kedah.

Dalam kes tersebut, isteri muda yang berusia 26 tahun telah menetak isteri pertama yang berusia 50 tahun dan anak isteri pertama itu juga mengalami kecederaan akibat terkena libasan parang sewaktu cuba meleraikan pergaduhan.


Si suami ni mengatakan bahawa sebelum ni isteri-isterinya tak pernah mengalami masalah tapi bertentangan dengan kenyataan jiran dan anaknya yang menyatakan bahawa kedua-duanya selalu bertengkar kerana cemburu. Malas nak ulas panjang, kalu nak tahu lebih lanjut, jenguk kat Laman Metro dan Laman Utusan.

Saya sebagai perempuan rasa geram, kenapa si suami tak sediakan dua buah rumah yang berasingan untuk isteri-isterinya. Dulu beriya-iya sangat nak kahwin kan? Kalau tak mampu jangan nak mengada-ngada pak cik!

Aisyah isteri Rasulullah yang miliki iman menebal tu pun selalu cemburukan isteri baginda yang lain terutamanya Khadijah dan Zainab, apatah lagi kita perempuan biasa. Rasulullah tak tempatkan isterinya di bawah satu bumbung okay, sila ingat tu! Islam mementingkan penjagaan hati, meski madu setuju sekalipun, tinggal satu bumbung tu tak digalakkan untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku.

P/s: Semoga segalanya menjadi iktibar untuk kita semua.

Logo Rasmi Institut Pendidikan Guru (IPG)

Posted by Ahsfantasy Ryu 6 Buah Fikiran Pengunjung

Dahulu setiap IPG ada logo masing-masing tapi sekarang semua IPG di seluruh Malaysia akan menggunakan logo yang sama. IPG telah mempunyai induk sendiri dan terpisah dengan induk asalnya iaitu BPG yang fokus kepada guru yang telah posting. Jangan tertukar dengan logo lama iras kacang tu pula. Perkongsian untuk kemudahan dan kepentingan bersama dan semoga memberikan manfaat. Guna jika perlu.

P/s: Teman, tolong doakan saya untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber :)

Kemaskini:

Mangsa Tikam 19 Kali Telah Meninggal Dunia

Posted by Ahsfantasy Ryu 20 Buah Fikiran Pengunjung

Rasanya semua tak lupa dengan berita adik Nur Ain Ashiqin Jamedi, 17 tahun yang ditikam 19 kali serta disimbah asid oleh Habin Noor Sulaiman, 42 tahun kerana cinta dan cemburu sehingga 75% tubuhnya melecur. Menerusi laporan kedua akhbar pula, Nur Ain Ashiqin mengandung 5 bulan. Selepas 23 hari bertarung nyawa dengan penderitaan itu, Nur Ain Ashiqin akhirnya disahkan meninggal dunia di ICU Hospital Sultan Ismail pada jam 8.32 pagi semalam. Al-fatihah...

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati: Laman Utusan dan Laman Berita Harian.


P/s: Semua orang pernah melakukan kesilapan, namun pintu taubat itu juga tidak pernah tertutup sehinggalah terbitnya mentari dari barat.

Kemaafan adalah Dendam Terindah

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 7 27 Buah Fikiran Pengunjung

"Buat apa nak jaga hati dia, dia tu pun bukan pernah nak jaga hati kita," Okay, itu jawapan yang sangat popular sebagai tiket untuk menyakiti. Tapi kalau berterusan macam tu, sampai bila segala kesakitan yang sengaja diadakan itu harus berulang kali menyakiti? Ya, kita bukan budak tadika nak saling jelir lidah untuk puaskan hati masing-masing. Tapi sabar tu indah bukan?


Nak jaga hati orang, bukan suatu perkara yang mudah namun harus ada timbang rasa dan kepercayaan. Terkadangdek kerana ingin menjaga hati seseorang, kita telah menyakiti yang lain tanpa sengaja. Ya, kita bukan manusia yang serba sempurna pada gerak diri untuk menyenangkan semua tapi seharusnya kita bijak menghalusi dan cuba untuk melakukan yang terbaik buat semua.

P/s: Saya sedang cuba untuk tidak menyakiti walaupun hati ini remuk diperlakukan sedemikian rupa. Kemaafan adalah dendam yang terindah, saya pasti.

Kebaikan dan Keburukan Pasang Lagu di Blog

Posted by Ahsfantasy Ryu 30 Buah Fikiran Pengunjung

"Eh, ni blog aku, suka hati aku la nak pasang lagu ker tak, yang kau sibuk apa hal?" Okay tu saya petik kata-kata yang seringkali diucap oleh blogger sewaktu melenting apabila dibangkitkan soal pasang lagu di blog. Macam mana tak marah, kalu dia habis feeling letak lagu tema kisah percintaan dia, kemudian kamu pergi complain bising, bingit, berat and so on, wajar la kena marah kan? Huhu..


Saya masa dulu-dulu memang pernah pasang lagu tapi tu hampir 2 tahun yang lalu. Saya tak kisah pun kalau blogger pasang lagu atau tak sebab kalau saya tak suka, saya akan mute saya punya komputer. Tapi tak semua orang macam tu. Mungkin sesetengah orang suka blogwalking sambil dengar lagu kegemaran dia yang tersendiri. Ada juga yang suka buka blog banyak-banyak dalam satu masa untuk blogwalking dan bila beberapa lagu berjalan serentak dalam satu masa, boleh bayang kan macam mana bunyinya?

Kita boleh cakap, "kalau tak suka, sila blah dari blog aku!" Tapi kita kena ingat, kalau dia adalah penyumbang tegar trafik blog kita, tidakkah itu satu kerugian? Segalanya di tangan kita kan, kalau nak pasang lagu tu, pasang yang bukan autoplay pun cun jaga. Maknanya orang boleh buat pilihan untuk mendengar atau tidak.

P/s: Dulu saya suka blog Nuyu sebab di pasang lagu favourite saya, tapi sekarang dia dah tukar lagu lain. Love you Nuyu...!

...Tulisan Rakan Blogger