Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Cinta Diibaratkan Sebiji Limau

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Februari 27 20 Buah Fikiran Pengunjung

Saya lebih sukakan limau yang masam daripada limau yang tawar. Begitu juga cinta, terkadang saya lebih suka disakiti daripada tidak berasa apa-apa kerna sakit itu pasti memberikan saya sesuatu.

P/s: Kalau tiada yang manis, kamu lebih cenderung untuk memilih limau yang masam atau yang tawar?

Jom Join Bloglist Blogger Baru!

Posted by Ahsfantasy Ryu 521 Buah Fikiran Pengunjung

Bloglist Geng Blogger Baru Disember lalu bakal dibubarkan dan saya sedang mengumpul peserta yang baru menjelang Mac ini. Jom join bloglist blogger baru musim kedua 2011. Kamu layak menyertai sekiranya follower kamu kurang daripada 300 orang. Cara menyertai? Ikuti langkah berikut:

Yang Aku Mahu Itu Hanya Kamu

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Februari 23 12 Buah Fikiran Pengunjung
Sayang, yang aku mahu itu hanya kamu, bukan dia atau mereka!

P/s: Terkadang kamu hanya membazirkan masa untuk mendapatkan sesuatu yang kamu tak pernah perlukan.

Melakukan Kesilapan Itu Normal

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Februari 21 10 Buah Fikiran Pengunjung
Salah dan silap? Itu normal. Susulan tulisan bertajuk 'Tak Salah Kalau Salah', saya masih berminat dengan hal ini. Mengapa? Kerana saya insan biasa yang selalu melakukan kesilapan. Kita mungkin senang meminta maaf jika melakukan kesilapan, tapi mengapa perlu sukar untuk memaafkan?

Atas apa yang berlaku, kita harus ingat bahawa ia pasti menjadi 'masa lalu'. Berjalanlah dengan lapang dan tenang bersama jiwa yang memaafkan, itu lebih mudah. Barangkali kesilapan itu berpunca daripada kemalangan, mungkin juga kerana kecuaian. Namun atas apa jua alasan sekalipun, kita bukan tuhan untuk mengubah sesuatu yang telah terjadi di lembaran semalam.

P/s: Toleransi itu perlu.

Sedangkan Roda Pancit Pun Boleh Berputar

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Februari 20 23 Buah Fikiran Pengunjung
Hmm hidup ni ibarat wayang gambar yang selalu kita tonton di layar putih. Kitalah watak, kitalah penonton dan kitalah pengkritik yang hebat. Masakan segalanya diaturkan hanya untuk sia-sia?

Hidup ibarat roda... Jangan mudah lupa diri saat dihurung kesenangan dan keselesaan. Kita bukan nujum yang sempurna. Keangkuhan tatkala di atas pasti membaham segalanya saat roda terpaksa akur pada putarannya. Ada ketikanya ia terhenti di bawah.

Hidup ibarat roda... Ada masa kita senang, ada ketika sebaliknya. Harapnya dalam masa kedua-dua itu kita tak lupa tentang sesuatu yang seharusnya kita ingat; tentang roda dan putarannya. Lantas, jangan terlalu angkuh saat kita senang seolah-olah kita takkan merasa susah untuk detik yang seterusnya. Jangan pula terlalu meratapi saat di bawah kerna pasti ada esok meski di lain alam.

Life is like a wheel... Sooner or later, it always come around to where you started again. Jadi mulakan segalanya dengan hati yang rendah diri. Semoga kita tak lupa diri...

P/s: Saya belajar, walaupun saya punya kekasih hati namun saya tetap perlukan kawan-kawan. Itu jua yang seharusnya dia sedar. Peace!

Berhentilah Mencuba, Aku Selesa Begini

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Februari 17 11 Buah Fikiran Pengunjung
Tiada niat untuk menyakiti, diri ini hanya ingin kamu mengerti. Berhentilah mencuba, aku selesa begini... Jawabku jelas untuk apa yang aku tidak mahu. Jika kamu berterusan buat-buat tak mengerti dan tidak berhenti untuk meraih simpati, mengertilah bahawa bukan kedangkalan fikiran itu yang aku damba. Teman-teman, mohon maaf untuk semua khilaf yang ada.

P/s: Untuk dimengerti, kamu sepatutnya terdahulu mengerti.

YDP, Ku Harapkan Kamu Cepat Sembuh... (3)

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Februari 16 8 Buah Fikiran Pengunjung

Bakal Guru Menderita
MENTAKAB – Impian seorang bakal guru untuk mengikut jejak langkah bapa menjadi pendidik semakin pudar apabila kini dia terlantar sakit akibat jangkitan kuman pada otak.

Sejak lima bulan lalu Mohd Syafiq Abdul Manaf 22, pelajar tahun tiga Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan tidak mampu bergerak kerana lumpuh sebelah badan dan bergantung makanan melalui tiub yang dipasang di hidungnya.

Menceritakan detik awal penderitaan Mohd Syafiq, bapanya Abdul Manaf Yunus 47, berkata, anaknya seorang yang aktif tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal tetapi diserang demam panas ketika sedang belajar pada 23 September tahun lalu.

Menurutnya, selepas dibawa pulang, Mohd Syafiq kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan menjalani beberapa siri rawatan.

“Tidak lama kemudian dia kembali pulih tetapi diserang sawan hingga tak sedar dan terus lumpuh sebelah badan.

“Sehingga sekarang, dah lima bulan dia terlantar sakit dan hanya bergantung makanan pada susu. Saya terpaksa menggunakan separuh gaji saya setiap bulan bagi membeli keperluan susunya.

“Kos itu hanya untuk susu belum dikira lampin pakai buang, makanan tambahan dan ubat-ubat keperluan lain yang perlu diberikan mengikut dos ditetapkan,” katanya.

Abdul Manaf ditemui di rumah baru-baru ini semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menziarah mereka.

Mohd Sharkar berkata, beliau bersetuju membantu Abdul Manaf dan keluarga bagi pembelian susu sekali gus dapat mengurangkan sedikit beban keluarga tersebut.

Abdul Manaf berkata, Mohd Syafiq anak sulung daripada enam beradik sepatutnya menamatkan pengajian tahun hadapan tetapi akibat penderitaan ditanggung menyebabkan dia diberi cuti sakit untuk satu tempoh masa.

Menurutnya, rakan-rakan dan pensyarah maktab di Lipis tidak pernah melupakan dan sering menziarahi Mohd Syafiq yang memegang jawatan Yang Dipertua Pelajar di institut terbabit.

Abdul Manaf berkata, baru-baru ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersetuju untuk memberikan bantuan perbelanjaan RM300 sebulan kepada Mohd Syafiq dan beliau berharap supaya ia disegerakan untuk menampung belanja tinggi diperlukan.

“Saya juga mengharapkan rakan-rakan lama sudi membantu saya menampung perbelanjaan diperlukan untuk anak saya.

Mereka yang ingin membantu boleh datang terus ke rumah Abdul Manaf di alamat nombor 14 Jalan 1/5 Taman Seri Layang, Mentakab atau menyalurkan terus bantuan ke akaun Maybank 156020291063 atau berhubung dengan Abdul Manaf di talian 013-9348914.

Sumber: Sinar Harian

Percaya, dipercaya dan Kepercayaan

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Februari 15 14 Buah Fikiran Pengunjung
Susulan kewujudan post Sibuk Nak Tahu Password Kekasih, Apa Hal?! di suatu ketika dahulu, soalnya berkait rapat dengan kepercayaan dan kegedikan mungkin. Jadi pagi ni saya hanya nak cakap bahawa orang yang susah sangat nak mempercayai tu sebenarnya dia sendiri memang tak boleh dipercayai. Eh betul atau tidak? Contohnya? Silakan beri contoh mengikut pandangan masing-masing ya readers sayang. *senyum kambing*

P/s: Kita mungkin ditipu jika terlalu mempercayai, tapi hidup kita akan menderita jika tak cukup kepercayaan!

Terbengkalai. Haish!

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Februari 14 11 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau ada yang masuk saat keadaan blog ni tak sopan, maaf ya. Terbengkalai. Tadi berhajat nak tukar template kepada 100% basic template, tapi dah tak cukup masa, i got to go, geng-geng volleyball sedang menunggu. Sorry ya, nanti saya sambung balik kerja ni, sila tahan sakit mata buat seketika okay. Bye!

Hanyut; Nyaris Lemas!

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Februari 13 34 Buah Fikiran Pengunjung
Bagi melengkapkan tugasan subjek pengajian bagi semester ni, semalam saya bersama rakan-rakan ke SK Betau yang merupakan sekolah murid-murid orang asli. Sebelah petangnya selepas ke rumah Tok Batin, kami mengikut perancangan ke sungai bersama murid-murid orang asli.

Teruja melihat rakan-rakan yang lain bersama murid-murid orang asli bermandi-manda di sungai, saya pun mendapatkan jaket keselamatan bersama empat lagi rakan. Oleh sebab antara kami ni semua tak tahu berenang, jadi kami pun main air di tepian. Tak lama lepas tu, ada kanak-kanak orang asli naik rakit menikut arus sungai. Wah, menarik!

Dek kerana teruja,kami pun naik sama, saat melalui tempat rakan-rakan lain bermain tadi, mereka turut sama menumpang, totalnya 9 orang yang naik rakit tersebut. Seronok? Jangan tanya, memang seronok! Arus sungai yang sangat deras pun kami tak perasan.

Bila dah sampai di tali keselamatan yang merentangi sungai di jeti tu, keadaan jadi kelam kabut. 9 orang pegang, tali tu pun dah turut sama tenggelam dalam air. Kalau pegang, muka masih tersembam dalam air. Saya tak tahu la berapa liter air sungai yang dah saya telan, campur pula yang masuk melalui hidung.

Saya pegang tali keselamatan tu, bertahan melawan arus untuk memberi peluang rakan-rakan yang lain naik ke tebing. Dalam masa menunggu rakan lain, rakit yang berpusing tadi melanggar dan merempuh muka saya, tercalit juga goresan darah di pipi kiri. Sama ada menyelam untuk memberi laluan rakit tu hanyut dan panjat semula atas tu, saya pilih untuk panjat panjat dan turun semula. Pening!

Paling fobia bila ada rakan saya terselam dalam air, dagunya tersangkut pada tali yang tenggelam dalam air, lagi-lagi bila dia tak pakai jaket keselamatan. Cuba membantu, tapi tak terdaya bila arus sangat deras. Mujur kepalanya daripada tersangkut pada tali dalam air tak lama lepas tu. Lama bertahan melawan arus, saya dah makin tak larat. Satu tangan dah terlepas daripada pegang tali tu. Penat...

Rakan lelaki dari unit Pengajian Matematik turun membantu. Tiqz pun turut sama turun ke dalam sungai. Saya benar-benar tak larat. Daripada memaut sehinggalah dipaut, saya saya hanya ikut arahan rakan, tu pun hanya yang termampu. Berulang kali rakan mengarahkan saya supaya berpegang pada tali, namun saya tak mampu nak heret tangan kiri saya melawan arus untuk pegang tali tu semula.

Mula saya dapat kekuatan bila rakan membantu heret tangan kiri saya ke tali tersebut. Bila semua rakan dah naik ke tebing, barulah saya boleh bergerak ke kanan sungai memandangkan saya adalah mangsa yang berada paling kiri. Alhamdulillah, mangsa terakhir yang diselamatkan juga terselamat daripada hanyut dalam deras arus sungai.

Sebesar-besar penghargaan buat rakan-rakan yang membantu, Tiqz, Fadzli, Fahmi Yusuf, Fendi, Ridha, dan lain-lain. Pastinya budi kalian tak mampu dinilai jika saya hitung... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih...

P/s: Kami trip kedua yang hampir lemas. Gambar tu masa mula-mula melepasi tali, lepas tu dah tak ada yang nak snap gambar, semua dah kalut turun menyelamat. Pengalaman adalah guru yang hebat!

Cinta, Aku Bangga Dengan Kamu!

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Februari 11 14 Buah Fikiran Pengunjung

Aku tahu, kamu tidak pernah merancang untuk jatuh cinta, jauh sekali jika kamu mengatur untuk kecewa kerana cinta. Kamu baik dan mulia, itu yang aku tahu. Tapi semalam aku lihat kamu jatuh, tersungkur kerana kerana cinta, mata kamu berkaca, sambil membersihkan lutut, kamu seolah-olah kebingungan...


Aku tahu, kamu kuat. Sepanjang cinta itu, kamu telah peroleh pelbagai pengalaman dan kamu juga tahu beban kejahilan tentang cinta. Tapi apa yang paling utama, kamu punya alasan baru untuk hidup... Cinta itu membuatkan kamu sedar akan sesuatu; tentang kamu dan apa yang kamu perjuangkan. Tanpa mengira apa habuan cinta itu kepada kamu, kamu tetap sentiasa bersyukur untuknya. Aku bangga dengan kamu!

P/s: 'Kamu' itu mungkin kalian. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian semua :)

Tak Salah Kalau Salah

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Februari 10 21 Buah Fikiran Pengunjung

Kalau dah namanya manusia biasa, memang tak lari dari salah dan silap kan? Nak cari manusia yang serba sempurna memang sampai matahari terbit dari barat pun tak jumpa.

Tak salah kalau salah; tapi salah kalau dah terang-terang salah namun masih tak mahu mengaku salah. Tak salah kalau salah; tapi salah kalau dah tahu salah namun masih tak mahu betulkan. Tak salah kalau salah; tapi salah bila dah tahu salah namun sentiasa sengaja mengulanginya.




P/s: Kesalahan yang terbesar dalam hidup kamu adalah berterusan takut untuk melakukan sesuatu. Sayang, cuba dulu. Tak salah kalau salah.

Jangan Terpedaya dengan Gula-gula Media

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Februari 6 31 Buah Fikiran Pengunjung
Dulu kalau nak tahu apa-apa berita, sah-sah buka tv, dengar radio, beli surat khabar. Tapi sekarang dunia makin berkembang, kalau ada kesempatan untuk mendapatkan berita daripada sumber yang pertama khususnya mangsa keadaan, itu lebih baik kan? Bukankah berita itu lagi sohih? Tak ada penambah perisa dan tiada pencatu rasa.

Paling menyampah bila berbuih mulut pemberita lembu dan bernanah jari penulis pandir bersusah payah untuk menyusun ayat, tanam tebu, letak bunga dan macam-macam lagi dalam berita yang ingin diwartakan untuk tampak indah, tapi hakikatnya? Hampeh!

Bukan apa, bila da masuk media, banyak benda yang ditapis atas alasan yang kurang cerdik dan banyak perkara yang di tokok tambah atas alasan yang tak tak masuk akal. Apa yang nak dihairankan? ini dunia! Biasalah kalau ada yang bertindak mengikut kepentingan sendiri. Menjatuhkan sesama sendiri? Oh, kita dah lali bukan?

P/s: Dunia tidak akan aman jika tiada keadilan!

7 Perkara Yang Saya Benci Tentang Politik

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Februari 5 27 Buah Fikiran Pengunjung
Politik? Kamu jangan cepat melenting, saya hanya utarakan apa yang saya rasa. Masakan saya menolak politik sedangkan ia sebahagian daripada agama, asalnya saya suka politik! Tapi saya akan mulai benci politik bila:-
  • Orang kampung bergaduh sesama sendiri untuk perjuangkan ahli politik pujannya. Eh, kamu sepatutnya menyokong dan perjuangkan kepimpinannya. Pilih berdasarkan mulia dan baik kepimpinannya, bukan atas dasar warna!
  • Ahli politik nak jadi ahli akademik. Buat keputusan tanpa penyelidikan yang meyeluruh seterusnya muncul mata pelajaran baru, kemudian pula pemansuhan, seterusnya membazirkan duit rakyat. Jangan nak tunjuk hebat tak bertempat!
  • Bila wujud kambing hitam.
  • Calon yang bertanding tak melaksanakan tugas selepas menang. Orang-orang kita hanya terlopong mulut memerhatikan si polan calon yang diagung-agungkannya sibuk menyediakan rumahnya persis mahligai!
  • Rakyat terus-terusan tertipu dengan manifesto, mahu tunggu kali ke berapa baharu nak sedar dan serik?
  • Saat pilihanraya, ada usaha menjatuhkan lawan dengan propaganda hina, membuka aib lawan, menyebarkan fitnah dan macam-macam lagi. Eh, sepatutnya kamu berusaha untuk menunjukkan kelebihan dan meyakinkan kebolehan kamu, bukannya guna taktik kotor tu!
  • Datuk nenek, pakcik makcik terpedaya dengan sekilo gula, sehelai kain batik, sekilo minyak masak, seguni beras dan macam-macam lagi. Jangan lupa, tu pun duit kalian juga. Oh, senangnya minda orang-orang kita dibeli!
"Saya begitu pelik apabila seorang penceramah politik berceramah tentang melaksanakan hukuman zina yang diwajibkan al-Quran iaitu 100 sebatan. Pada masa yang sama dalam ceramahnya dia menuduh si polan dan si polan musuh-musuh politiknya berzina. Dia lupa, atau sengaja buat-buat lupa, al-Quran bukan sahaja menyuruh agar dihukum orang yang berzina, bahkan menyuruh untuk dihukum penuduh orang lain melakukan zina tanpa empat saksi yang adil dengan 80 sebatan seperti disebut dalam ayat 4 Surah al-Nur. Itulah politik ala jahiliyah, apabila berbalah mereka berlebih- lebihan." -Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis)

P/s: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Kalau kita tak mampu nak memaksa mereka untuk berlaku adil, tapi jangan pula kita jahil untuk berlaku adil.

Bait Kata Peneman Bayu Senja

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Februari 2 16 Buah Fikiran Pengunjung
Saat bicara, kurasakan bait kata itu hanya beredar menemani bayu senja. Biar suara sehangat roma yang menyusun kata, namun aku bukan pendeta yang mampu memeta cerita. Aku tak mampu memutar pita membuatkan kamu disisih derita, tapi aku sedaya usaha memalu rasa menginkan kamu ceria seperti biasa. Usah lagi menangisi cinta yang tak punya setia kerna kamu dicipta bukan untuk sia-sia.

Kecelaruan Identiti: Tolong Komen Kejap!

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Februari 1 22 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau ada yang perasan, sejak sebulan yang lalu blog saya ni selalu bertukar-tukar template. Kejap pink, kejap ungu, kejap hijau.. Alih-alih hijau juga. Pening. Makin diselidiki, makin banyak yang mengganggu fikiran. Berat? Rasanya memang dah berat hampir-hampir obesiti. Saiz dah mencecah 113 KB, dan masa load pun meningkat. Macam mana nak tahu? Sila timbang di: Penimbang Blog/Laman Web.

Teman-teman yang kacak jelita, cuba bagi komen, kritikan, saranan, cadangan atau kutukan yang membina untuk tuan tanah tentang blog ni boleh? Jasa kalian amat dihargai. Sayang kalian ketat-ketat! Mwah!

Senyum Februari: Harga Minyak Naik Lagi!

Posted by Ahsfantasy Ryu 31 Buah Fikiran Pengunjung

Memang menarik, harga minyak naik lagi di Februari 2011 ni. Hajat saya nak pergi sekolah naik Mercedes dan BMW rasanya perlu dihentikan. *Haha, berangan!*

Biasalah tu, seusai pilihanraya, ada-ada sahaja agenda yang akan mengguriskan hati rakyat dan sekarang kenaikan minyak RON 97 (RM 2.40 seliter naik kepada RM2.50 seliter) bermula hari ini. Takkan nak menampung balik duit pembelian umpan-umpan pengundi? Apung, mengapung, terapung pun lantaklah, yang pastinya apa yang mereka buat, kita terpaksa terima.

P/s: Sila menjadi cerdik sewaktu pilihanraya. Saya tak kisah sesiapa yang memerintah, tapi saya menyokong pemerintahan Islam! Kalau Sekalian rakyat berlapar, pemimpin yang terdahulu merasainya, bukannya berlagak sewa hotel RM 100,000 untuk semalaman di Dubai!

...Tulisan Rakan Blogger