Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Cinta yang Kamu Dustakan

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, April 25 20 Buah Fikiran Pengunjung
Kamu, tolong berhenti daripada menyakiti dia, aku tak sanggup lagi lihat dia terluka kerana cinta yang kamu dustakan. Kamu sungguh enak menikmati peluang kesempatan pada cinta yang dia agungkan. mungkin kamu tak pernah rasai sakitnya jiwa yang dihancurkan cinta. Aku mohon padaMu Tuhan, berilah kekuatan pada dia saat dia lemah tersungkur kerana cinta...

P/s: Seperti yang aku jangka, jiwanya akan terluka!

Sarwa Cinta Kerana DIA

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, April 22 17 Buah Fikiran Pengunjung
Serumpun rasa yang Dia cipta, untuk mereka dan juga kita... Mengapa dipersia jika ia bahagia? Cinta bukan seperti sekuntum bunga, mekarnya tak lama, layunya tiada makna. Cinta aku untuk kamu bukan untuk seminit cuma, jua bukan hanya tika kita bersua, tapi sepanjang jalan di dunia dan di sana; selamanya. Kini aku menguntai rasa dalam tarian pena, mengharapkan kita sememangnya dicipta untuk bersama berdua.

Makwe Baru Bekas Kekasih Aku Baca Blog Aku!

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, April 20 35 Buah Fikiran Pengunjung
Hey! Bajet ada kekasih? Kalau betul pun, jangan terlalu menunjuk boleh tak? Tergedik sana tergedik sini, nanti bila dah putus, nah kau bergedik tepi longkang!

Tajuk macam bangga semacam? Tidak, cuma saya ingin menghargai. Memang saya buat blog ni untuk mengatur apa yang melintasi ruang minda, untuk bacaan saya sendiri dan sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk baca. Kalau tak nak orang lain baca, lebih baik saya taip dan simpan ketat-ketat dalam My Document saja, lebih senang bukan? Terima kasih sebab kamu telah menyumbang kepada peningkatan UV saya.

Barang lepas usah dikenang.

Sudah-sudahlah memusuhi saya. Awak sangat cantik bila senyum! Jangan masam sangat, nanti Kak Limah pun nangis tengok. Dan tak payah nak jeling-jeling sangat, bimbang nanti juling. Tenang-tenang, jangan anggap orang lain macam kamu, kakak,

P/s: Kalau kita jenis yang pelahap, jangan anggap orang lain pun macam tu.

Praktikum 1 | Sekolah Kebangsaan Budu

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, April 9 23 Buah Fikiran Pengunjung

"Guru bukan sembarangan orang, harus kuat rasa bertuhan, mengajar mendidik penuh kesabaran, tidak pernah mengharap balasan"
Tempoh Praktikum bersisa lagi satu minggu. Serius, rasa tak nak tinggalkan sekolah tu. Rasa masih banyak yang belum terlaksana di situ. Encik, boleh tak kalau saya tak nak balik IPG? Saya nak terus duduk di SK Budu. Berangan!

Praktikum kali ni buat saya teguh berdikari, tanpa teman disisi. Tapi tak mengapa, semuanya adalah sesuatu yang pasti, apa jua yang saya rasa, kehidupan ni perlu diteruskan. Nyatanya, saya bahagia dengan jalan yang saya jalani.

Memang, bila pensyarah cakap nak datang tengok kita mengajar, gementar. Risau. Tapi sebenarnya tiada apa yang perlu dijadikan keluh kesah bila kita sentiasa buat yang terbaik untuk anak didik kita.

Kamu, saya mengajar bukan untuk guru besar, bukan untuk pensyarah, tapi untuk anak didik saya. Saya akan puas sekiranya melihat anak didik saya seronok belajar, gembira, dan paling penting mereka mampu memeluk ilmu yang saya sampaikan.

P/s: Rindu pada kampung halaman telah mengheret saya ke teratak bonda.

Karnival Sukan Wanita Ke-4

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, April 3 30 Buah Fikiran Pengunjung
Dalam kesibukan di sekolah, teringat banyak program luar yang selalu mengisi ruang waktu sewaktu dahulu.. Paling terkini, Karnival Sukan Wanita Kali Ke-4 di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa hasil kerjasama Malaysian Masters Athletics Association (MMAA), KBS dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 5 Mac yang lalu. Rindu.

Program ini dikelolakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita bahawa adalah penting untuk mereka menjaga kesihatan dan kecergsan diri supaya dapat menjamin kesejahteraan keluarga.

Antara aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival ialah senamrobik, ceramah kesihatan, bola jaring pakaian beragam dan larian lebuh raya 5km. Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM telah melepaskan setiap kategori larian dan juga telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah pada petang tersebut.

P/s: Akan datang, Jamboree di Jengka, tak sabar menunggu, namun pasti akan sayu untuk meninggalkan sekolah Kebangsaan Budu yang sangat memikat hati!

Mengulang Ingatan

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, April 1 18 Buah Fikiran Pengunjung

Aku sedang mengulang kembali ingatan tika kamu bisikkan kata 'selamat tinggal' dalam kesamaran. Nyatanya kamu tetap pergi meski kamu sendiri ragu-ragu tentang apa yang ingin kamu jalani. Kupejamkan mata menenangkan jiwa, mengharapkan ia menguntungkan kita terutamanya kamu. Memang sakit. Namun kamu tetap memiliki cinta aku meski jutaan langkah aku ditinggalkan, aku tetap di sini. Akan aku cuba untuk bertahan...



P/s: Sedang jenguk dunia luar di hujung minggu :)

...Tulisan Rakan Blogger