Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Sebuah Cinta Dan Segugus Pengharapan

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Jun 12 30 Buah Fikiran Pengunjung
Cinta tu kadang-kadang tak lebih daripada segugus harapan, bila kamu terlalu asyik menggantung pelbagai impian pada sebuah cinta. Tika itu, tiada satupun yang dapat menandingi cinta, melainkan sebuah pengharapan. Cinta mungkin hancur saat harapan lebur, tapi aku takkan berhenti berharap meski cinta itu telah punah!

P/s: Kadangkala, cukuplah berharap bahawa cinta kamu tidak akan padam, meski jiwamu seringkali terganggu oleh masa silam.

Blog Menghina Islam (Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara)

Posted by Ahsfantasy Ryu 23 Buah Fikiran Pengunjung
Lepas lunch, Jenguk Facebook. Nampak kat wall Ashia, tentang penghinaan terhadap Islam. Menurutnya, tu merupakan blog kedua blogger tersebut selepas blog pertamanya dihapuskan oleh SKMM. Serius, kalau jumpa siapa pemilik blog hina ni, ikat kat tiang letrik, rejam sampai mati! Tak mampu nak komen lebih tentang blog gila tu. Harap-harap dapat tindakan yang segera daripada SKMM dan pihak berkuasa.

P/s: Kecewa.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011

Posted by Ahsfantasy Ryu 18 Buah Fikiran Pengunjung
Mula-mula tengok juga perlawanan ni, semangat kenegerian tu tinggi. Tak minat bola pun, dek kerana orang sendiri yang bertarung, menghadap juga TV. Demimu Kelantanku. Dari mula perlawanan dah mula tak sedap hati. Bila sepakan kaki kiri Nurul tu dah menghasilkan gol pada minit ke-80 tu pun masih rasa tak selesa. Apatah lagi bila Daudsu menanduk masuk gol sendiri pada saat-saat terakhir, minit ke-98 tu babe! Mulut mula nak jadi tak cun. 

Memang saya masuk tidur la, tengok gaya perlawanan pun bukan makin sengit, tapi makin senyek. Masa tambahan tu malas dah nak layan, duk layan feel nak lena  pula. Tiba-tiba kawan text kata Terengganu jaringkan gol lagi. Oh, Ahmad Nordin jadi wira saat ke-110! Sampai tamat perlawanan, keputusan terikat Terengganu 2 - 1 Kelantan. Tahniah buat negeri jiran, kejayaan berpihak kepada kalian. Please try again Kelantan, penyokongmu ini tak jemu menyokong kalau kalian tak main macam lembu. 

P/s: Kelantan dah menang bilangan penonton di stadium. Kelantan dah menjaringkan 2 gol manakala Terengganu pula menjaringkan 1 gol, tapi kemenangan tak berpihak kepada Kelantan atas faktor-faktor yang memang mereka tak nak elak. Sekian.

Malaysia Lawan Myanmar di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Jun 11 17 Buah Fikiran Pengunjung
Serius, tadi mengalami kebuntuan untuk mengisi sisa masa yang ada di kampung. Lepas solat Zohor ambil kunci kereta, drive ke Kota Bharu. Alone, pemandu import outstation. Nak ke pantai area Bachok, cuaca tak cantik. Tak ada hala tuju. Pusing-pusing KB sampai kepala naik pusing. Nampak orang berduyun di stadium, ada gerai-gerai jualan, singgah. Ingat nak tengok program Ggateh Sihat, tapi ternyata dah salah lokasi.


Dahaga, beli air kelapa, RM 1.00. Tengok orang jual tiket, baru teringat malam ni ada Perlawanan Persahabatan antara Malaysia dengan Myanmar. Walaupun tanpa Khaurl Fahmi Che Mat, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Norshahrul Idlan Talaha, dan Mohd Safee Sali, harap Malaysia tetap unggul. All the best malaysia!

Dalam perjalanan pulang, baru teringat kat owner comel http://www.homemadechoc.com/. Tunggu di Pasaraya Bilal, call dia. 10 minit lepas tu dia datang dengan tart keju. Suka! Thanks akak! ^^,


Update: Malaysia menang 2-0 hasil sepakan penyudah oleh Amirulhadi Zainal pada minit ke-28 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-55.

P/s: Tuan Pengarah, boleh tak kalau cuti semester ni dipanjangkan lagi?

Jangan Kejar Rama-rama yang Dah Mati

Posted by Ahsfantasy Ryu 12 Buah Fikiran Pengunjung
Orang cakap, cinta tu macam rama-rama. Makin  kita kejar, makin ia lari. Tapi kadang-kadang kalau kita sememangnya bunga kesukaan dia, kita tak kejar pun, ia akan menghampiri. Jika benar-benar mencintai setulus hati, jadilah bunga idaman untuk sang rama-rama pujaan hati kalau tak nak penat mengejar.

P/s: Jangan kejar rama-rama yang dah mati, rama-rama tu dah tak mampu nak lari.

Ubat/Petua Sakit Gigi

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Jun 10 33 Buah Fikiran Pengunjung
ubat sakit gigi, petua sakit gigi, penawar sakit gigi, ubat
Ni cerita tentang ubat sakit gigi, bukan ubat gigi, Colgate dan Kodomo Lion bagai. Dua tiga hari menderita sakit gigi. Tidur dalam kesakitan, bangun juga dikejutkan oleh kesakitan, tenat lagi penat menakung air mata. Aktiviti harian terganggu, perancangan bersama teman jua terbantut. Macam-macam cadangan rawatan dah cuba:-
  1. Kumur dengan air sejuk dalam peti;
  2. Kumur dengan air garam;
  3. Letak bunga cengkih;
  4. Letak ubat gigi pada gigi yang sakit;
  5. Gosok gigi banyak kali;
  6. Makan ubat tahan sakit 4 jam sebiji;
Aduh, memang ulat degil betul la kat gigi ni, tak boleh pakai semua tu. Sakit gigi ni sampai tahap mengakibatkan sakit telinga dan sakit kepala. Dah namapun perempuan, nangis la kerjanya. Tapi ada satu cara yang buat gigi saya yang sakit sedikit lega. Guna getah pokok yang bercabang-cabang tanpa daun macam dalam gambar tu. Serius, saya tak tahu nama panggilan ataupun santifik pokok tersebut. Kalau ada sesiapa yang tahu, jom kongsikan.

P/s: Ada cadangan atau petua lain untuk mengubati sakit gigi?

Nak Serba Salah Atau Terus Bersalah?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 8 18 Buah Fikiran Pengunjung
Ni kisah kalau kawan kamu bercinta dengan kenalan kamu yang memang kamu dah tahu perangai dia macam mana; kenalan kamu tu kaki perempuan, kaki disko, kaki mabuk dan banyak jenis kaki lagi la.  Dalam masa bercinta dengan kawan kamu tu pun, kenalan kamu masih dengan perangan dia tu. Agak-agaknya apa yang kamu akan buat?
  1. Beritahu kawan kamu tentang perangai kenalan kamu; mungkin kawan kamu boleh terima dan waspada. Tapi ada juga kemungkinan kamu gaduh dengan kawan kamu tu. Ya, orang yang mabuk cinta memang tak nampak apa selain 'cinta' dia. Mungkin dia akan menuduh kamu cemuru dan cuba memburuk-burukkan kekasih hati dia.
  2. Buat-buat tak tahu; Oh, tahu tapi buat-buat tak tahu! Memang senang nak buat, tapi hati kamu tu mungkin akan susah dan gelisah. Serba salah? Nak tunggu kawan kamu tu  ternoda dahulu baru nak hilang rasa serba salah? Nak tunggu kawan kamu hangit dulu baru kamu ambil tahu? Atau masa tu bukan setakat rasa bersalah, tapi sememangnya kamu yang bersalah.
  3. Atau bagaimana?
P/s: Jangan melulu dalam bercinta.

Janji Yang Kau Mungkiri

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Jun 5 20 Buah Fikiran Pengunjung
Perit, untuk ribuan langkah yang kamu susuri selepas meninggalkan aku, sakit itu masih aku rasa. Aku yang tidak henti-henti tersakiti oleh masa lalu. Kau tinggalkan aku dengan berjuta keindahan rasa yang kita cipta, kau pergi dalam aku masih terpinga-pinga. Mungkin kau fikir aku cukup kuat untuk menelan pahitnya kehilangan, tapi sejujurnya aku terlalu lemah untuk mengakui bahawa kamu harus pergi. Sungguh aku cinta kamu.


Sakit, untuk setiap detik yang kamu lalui bersama dia selepas aku mencintai kamu. Hati ini semakin tenat saat aku tak mampu hilangkan segala kasih yang pernah aku relakan. Kamu cukup kejam membiarkan cinta kita menjadi serpihan rindu tanpa arah pandu. Bagaimana harus aku melupakan kamu jika setiap ketika dalam hembusan anganku, yang ada hanya kamu?

Yang aku cari itu hanya ada pada kamu, mengapa kamu pergi jika sememangnya kamu tahu? Setiap sakit yang aku rasa untuk cinta yang aku tak kuasa, dalam bayanganku hanya ada kamu. Cukup indah jika aku masih ada kamu kerna yang aku mahu hanya kamu!

P/s: Telah kau tunai seribu janji, satu kau mungkiri; hidup bersamaku.

Adinda Evans Bangga Mengaku Sudah Main dan Tiada Dara

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Jun 4 30 Buah Fikiran Pengunjung
Okay bila dah jarang blogging, ada banyak benda yang saya terlepas pandang. Pagi tadi lepas hantar Ieyda Achieda ke terminal bas, beli Harian Metro. Bila masuk muka surat 27, terpampang tajuk 'Bangga Hilang Dara, Remaja Berusia 14 Tahun Buat Pengakuan Di Interet Terima Kecaman Ramai'. Eh, ni pasti ada kaitan dengan blog dan blogger! Ya, dia seorang blogger, Nadia Elliza / Lee Milano' a.k.a. Adinda Evans.

Kisah ni bising kat media sebab kes ni berlaku pada remaja bawah umur. Adinda Evans ni pelajar tingkatan dua, budak Puchong. Kalau betul, harap-harap ada ruang dan kesempatan untuk memperbetul keadaan pada sisa umur yang masih ada. Kita bukan sesiapa untuk hukum dia kan?

Blog dia? Nah, alamat blog Lee Milano'. Nafsu membaca turun mendadak apatah lagi nak kena terang mata baca blog Adinda Evans tu. Dah siap masuk Harian Metro, tapi rupa-rupanya tu hanyalah Viral Marketing untuk filem pertama Obefiend Network yang berjudul Aku Dah Maen  yang dicetuskan oleh Amir Maharaja Lawak

Hahaha, memang lawak! Kalau betul ni hasil tangan Amir Maharaja Lawak, memang kamu hebat sebab dah buat blogger tu popular, blog tu ramai pengikut, wartawan tersentak, polis-polis terpinga-pinga dan orang kementerian kebingungan. Malas nak buat kesimpulan, bila dah jenguk blog-blog yang tulis pasal ni, pandai-pandailah buat konklusi sendiri ya teman-teman.

P/s: Cakap siang pandang-pandang.

Jangan Perasan Lebih Boleh Tak?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 1 19 Buah Fikiran Pengunjung
Hidup single memang macam ni mungkin. Kita duk berangan, pastu ade yang duk perasan. Penat dan menyampah kalau kita duk syok tulis entry untuk jejaka idaman hati kita, pastu ada orang perasan kita tulis entry untuk dia. Aiseh, masalah mental? Meluat, sumpah malas nak layan.
Serabut terima SMS, "entry rindu untuk saya?". "entry tu untuk saya?". "entry ni untuk saya?". "Hey bro, kau jangan perasan lebih boleh tak? Kau siapa yang aku nak gedik nak tulis pasal kau?", Maaf, bila saya terlalu meluat, memang saya macam ni.

Kalau semua penulis tu tulis tentang kehidupan dia, muflis la penulis-penulis novel. Sama la macam saya, kadang-kadang saya tulis tentang perasaan saya, perasaan kawan saya, perasaan jiran saya... Ah, banyak lagi la! Haha.. So, jangan nak perasan, budget lebih okay.

P/s: Kalau kene timpa dek balak, boleh juga cari kren tolong angkat. Tapi kalau dah ditimpa perasaan yang melampau nei, angkat campak ke laut la, duk kat darat pun buat menyusahkan je. *^_^*

...Tulisan Rakan Blogger