Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Untuk Sayang yang Tak Mampu Aku Yakinkan

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, September 26 11 Buah Fikiran Pengunjung

Aku sayang kau, untuk setiap detik bermula saat kau kata kau sayang aku. Aku sayang kau, lebih daripada sekatan ruang dan waktu. Jarak memisah sedetikpun tak mengganggu. Terkadang jauh, tetap aku sayang. Tapi aku lemah... Aku lemah untuk buat kau faham macam mana aku sayang kau. Aku tak cukup kuat... Aku tak cukup kuat untuk buat kau yakin yang aku benar-benar sayang kau. Maafkan aku untuk setiap babak yang buat kau terluka. Aku juga sakit untuk sayang yang tak mampu aku yakinkan, untuk sayang yang aku tak mampu tafsirkan, juga untuk sayang yang tak mampu aku mengertikan. Aku mohon, maafkan aku.


P/s: Katakan apa yang kamu maksudkan dengan "aku sayang kau"? Katakan!

Melayu Ketinggalan Akibat Dokumentasi

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, September 24 6 Buah Fikiran Pengunjung
Lama benar tak jenguk blog. Sibuk mungkin. Boleh jadi malas. Tapi ketepi sahaja, nyatanya saya ada. Terus berada dalam ruang lingkup munsyi, akhir-akhir ini saya sering diingatkan tentang menulis, tulisan, penulisan. Pada saya semuanya adalah menjurus kepada pendokumentasian. 


Melayu. Campuran pelbagai, banyak peninggalan, akhirnya jadi warisan. Namun ramai mana yang menghargainya? Bukan minta diagung, namun sekurang-kurangnya janganlah diperlekehkan. Saat mencari bahan untuk rujukan pembelajaran, saya banyak jumpa penulisan orang  Inggeris, jika jumpa dalam bahasa serumpun pun, kebanyakannya penulisan orang Indonesia. Di mana orang Melayu kita?

Mat saleh, sekecil-kecil sesuatu direkod dan disimpan, apatah lagi sebesar-besar penemuan? Orang-orang lama kita dahulu banyak tinggalan, bermula daripada bait mendodoi bayi hinggalah ilmu pertahanan diri. Tapi semuanya seolah-oleh senyap, lenyap. Ditinggal zaman?

P/s: Antara Silat dan Taekwando? Tepuk dada, tanya selera.

Kesan Pil Perancang Kehamilan

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, September 21 6 Buah Fikiran Pengunjung
Setiap pasangan pastinya merancang kehamilan, khususnya bagi mereka yang berkerjaya. Namun fikirkan juga impak yang akan berlaku setelah mengambil pil perancang kehamilan.

  1. Peratusan kehamilan setelah mengambil pil perancang kehamilan akan berkurang meskipun anda telah berhenti daripada menggunakannya;
  2. Perubahan kitaran haid atau kitaran haid menjadi tidak teratur;
  3. Beberapa jenis pil perancangan kehamilan dapat membendung masalah jerawat. Namun setelah anda berhenti menggunakannya, kulit akan menjadi berminyak dan jerawat akan tumbuh di muka dan bahagian-bahagian badan yang lain;
  4. Pil perancang kehamilan ini kebiasaannya akan membuatkan berat badan anda bertambah, sekiranya anda berhenti daripada mengambil pil ini, anda mungkin akan hilang berat badan;
  5. Perubahan mood.

P/s: Sukanya baby!

...Tulisan Rakan Blogger