Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Dia Kemalangan | Cepat-Cepatlah Baik

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Oktober 30 10 Buah Fikiran Pengunjung
Hujan.
Terus teringat yang di kejauhan.
Kelmarin dia kemalangan.
hati saya selalu tak senang.

Walau dia cakap tak ada apa-apa.
Walau dia cakap hanya luka-luka biasa.
Hati saya resah selagi saya tak tengok dia.
Harap-harap segera kita dapat jumpa.

Banyak sangat dugaan dan cabaran,
Saya tahu dia kuat untuk hadapi semua,
Tapi terkadang saya dibalut rasa kecewa,
kerna saat dia sukar, saya tak mampu buat apa-apa.

P/s: Sayang, aku sayang kamu. Pandai-pandailah bawa diri.

Kalau Betul Sayang, Jangan Gelojoh Sangat.

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Oktober 27 7 Buah Fikiran Pengunjung
Dulu dia pernah jatuh hati pada seseorang. Lepas kecewa dengan Midun, itulah satu-satunya lelaki yang buat dia kembali pandang cinta. Mereka tak pernah jumpa, cuma pernah terserempak jarak jauh di mall, dierat oleh rakan seunit dia, lelaki tu kawan kepada rakan seunit dia masa sekolah dulu-dulu. Masa tu, semua nampak indah. Kalau dengar cerita tentang keburukan lelaki itu sekalipun, memang dia tak kisah.

Siang malam asyik senyum sendiri, hadap skrin telefon bimbit, hati macam nak menjerit, konon sweet macam romeo dan juliet. Tak pernah-pernah nak tidur lewat tapi angkara perasaan yang menggila tu dia boleh jaga sampai pukul 2-3 pagi semata-mata untuk on call dan text lelaki tu.

Lelaki tu garang, tapi masa tu garang didefinisikan sebagai macho, alahai bajet macam hero. Memang manis, tinggi lampai, kulit hitam manis, janggut sejemput, aktif bersukan. Whoa memang jejaka idaman dia!

Tapi bila dah rapat tu rasa macam ada sesuatu yang tak selesa, lelaki tu kuat merajuk walau gurauan hanya biasa. Lelaki tu cepat nak touching, memang dia kurang dipercaya. Lelaki tu anggap dia macam tak ada kawan-kawan dan keluarga. Dia; lelaki tu nak bersama dia sepanjang masa. Hingga terkadang selalu gaduh hanya kerana cemburu buta. Sampai bila cakap dan tuduh pun jadi macam babi yang dah lama buta. Jadi apa lagi yang dia harap untuk bahagia?

** Tawar hati. Itu dia.

P/s: Kalau orang tak sukapun kita sabar,kalau orang sukapun kita kena sabar.

Perempuan Kadang-Kadang Memang Macam Orang Gila

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Oktober 26 11 Buah Fikiran Pengunjung

*sunyi sepi, merajuk*
Awak..
Awak sihat? Dah makan?
Awak okay tak?
Awak kenapa ni? Saya ada buat salah?
Awak, janganlah macam ni. Cuba respon sikit?
Kau diam boleh tak?!
*kerut-kerut kening, garu-garu kepala*


Perempuan kalau tengah marah, memang malas sangat nak cakap apa-apa. Asal nak cakap, mula la nak buat ayat jampi sampah, paling tidakpun menangis. Jadi kamu jangan nak buat ramah sangatlah bila dia marah tu, bimbang bertambah ribut. Cara terbaik, beri dia ruang dan masa.

"Awak, walau apa jua keadaan awak, saya akan sentiasa sayang awak. Saya sentiasa ada untuk awak, bila lapang nanti, text me okay"

Hantar tu pun dah cukup, tak perlu nak panjang-panjang, tak perlu bertubi-tubi. Yes, dia perlukan masa untuk bertenang. Ayat macam tak boleh pergi kan? Walhal kalau perempuan tu gila, ada kau nak kejar-kejar lagi bang? **Tak payah jawab.

Perempuan kalau tengah marah, memang macam kena suntik virus gila. Buat apa sahaja yang buat dia rasa puas tanpa fikir sebab dan akibat (tak sempat). Janganlah cabar dia buat apa-apa, mungkin masa tu, bunuh diri pun dia tak perasan. Bila dah dikuasai syaitan bukan?

Lelaki ni pun janganlah pendek akal sangat. Setakat nak cakap 'maaf' atau 'sorry' tu tak perlu bayar satu sen pun, tak perlu panjat Gunung Himalaya dahulu pun, tak perlu. Ringan-ringankanlah mulut, tu penyejuk hati dia. Kalau kamu tak salah sekalipun, setakat salah yang kecil tu mengaku sahajalah. Perempuan memang asyik nak menang. Nanti bila dah reda, jelaskanlah. Tu pun kalau kamu sayang perempuan tu, kalau tak sayang; lempang laju-laju, campak jauh-jauh. Dayus!


“Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

P/s: Sayang, you kena banyak sabar bila I marah, message I tu memang kadang-kadang macam puaka, lebih-lebih lagi bila you blurr tak faham-faham. Hahaha ~~

WW #1 | Selamat Pagi Cinta!

Posted by Ahsfantasy Ryu 11 Buah Fikiran Pengunjung

Biar Saya Yang Kecewa

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Oktober 25 4 Buah Fikiran Pengunjung
Maafkan saya untuk suku dekad usia yang telah awak bazirkan untuk 'sayang' saya. Sekiranya 'pergi' itu mampu buat awak bahagia, biarlah saya yang kecewa.


P/s: Memang sakit bila terpaksa melepaskan kamu pergi. Tapi lagi sakit sekiranya menahan kamu pergi sedang aku tahu kamu benar-benar ingin pergi.

Berterusan Kau Tanya, Lagi-lagi

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Oktober 19 7 Buah Fikiran Pengunjung
Merenung langit, biru kehitaman. Kerlipan sudah tiada makna, usang tanpa pengertian. Tiada kata-kata, cuma air mata. Gusar. Terpinga-pinga. Ada ketikanya sakit, jiwa bak dicincang, halus-halus. Kata dibisik angin lalu, yang aku selalu terngiang seribu. Persoalan diasak bertalu, selalu, sampai aku dibias jemu. Jangan lagi kau tanya, adakah aku sayang kamu? Jawab aku tetap sama, meski aku arif pengertianmu tetap serupa, kau tetap ragu-ragu, sakiti aku.


P/s: Tolong buat aku lagi jemu.

Sembunyi Kata Saat kau Terluka

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Oktober 18 6 Buah Fikiran Pengunjung
Teman, aku sedar kamu sedang sedih tertindih luka. Berterusan kau menangis. Aku biarkan. Sesekali air mata aku jua tertumpah, aku tak rela dia buat kau macam sampah. Benar, semuanya telah berlalu.

Malam dan siang kau kuyup air mata, seolah sudah tiada apa. Teman, aku ada. Sentiasa ada meski bahuku lenjun air mata, aku tetap teman kau. Biar apa yang aku kata, kau tetap terluka. Aku pilih untuk sembunyi kata, biar bisu semua. Cuma yang aku mahu kau tahu, aku ada untuk kau bisikkan apa jua yang kamu perlu.

P/s: Aku pasti suatu hari nanti kau akan menerima. Aku doakan moga saat itu cepat-cepat menjelma.


World Scout JOTA/JOTI 2011

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Oktober 15 0 Buah Fikiran Pengunjung
Berhadapan lagi situasi tak berkesempatan balik kampung. Bermula dengan Bengkel Monodrama, Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 4 dan minggu ni JOTA JOTI. Bila orang tanya buat apa di hujung minggu, saya jawab, "JOTA JOTI", ramai pula yang garu kepala.

Nah saya terangkan apa makna JOTA dan JOTI ni:-
JOTA merupakan akronim kepada Jamboree On The Air. Ini merupakan perhimpunan besar pengakap secara di udara, iaitu menggunakan radio amatur. Terdapat 3 jenis JOTA rasmi setiap tahun di Malaysia iaitu JOTA Malaysia, JOTA AJ dan JOTA Dunia.

JOTI pula adalah singkatan daripada Jamboree In The Internet yang merupakan acara antarabangsa yang menghubungkan pengakap di serata dunia melalui laman sesawang, emel, blog, Facebook dan komunikasi suara.

P/s: Rasa macam nenek dah, rasa nak jadi urus setia sahaja~

Ahsfantasy24 Jatuh Cinta Dengan Encik Mimpi!

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Oktober 14 5 Buah Fikiran Pengunjung
Lama tak bercerita tentang cinta ni. Entah. Cinta? Tapi pagi tadi buka muka buku, tengok pautan ke blog dia; Encik Mimpi. Orang tahu, saya blogger yang pemalas untuk berjalan-jalan di blog, cukup-cukup bawah tempurung kalau orang bersembang tentang blogger itu dan ini, saya diam sahaja. Dah terlajak, sampai di blog  Encik Mimpi, jatuh hati, terus klik join this site! Sebab... Saya dah jatuh cinta dengan lagu Putus di Twitter! Lagu tu sangat comel. Euww~

Lirik lagu Putus di Twitter:-

Dulu kita berkenalan hanya dengan muka buku, ku hantar pesan cinta tiap hari padamu, ohhh indahnya saat itu... Tapi bila ku katakan nak follow twittermu, kau cuba mengelak dengan alasan seribu, ohhh curiga rasa hatiku... bagaimana sakitnya rasa, bila mendapat tahu kau ada twitta. Rupa-rupanya kau dan orang ketiga di belakangku sedang bermanja mesra. 

Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja. Hati kata, "jangan". Otak pula kata, "ya". Resah kerna kau sedang main kayu tiga. Banyak soalan yang ku tujukan padamu,"Eh, lelaki mana yang you selalu tweet itu?". "Setiap yang berlaku patut ke patut tanya?". Itu jawapan yang engkau beri padaku. 

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku, ku tahu kau dah bersedia nak putuskanku. Ohhh geramnya sungguh hatiku... Dan pabila kau katakan kau dah tak suka ku, ku terdiam terkedu dan terus tumbuk mukamu, lebam. Baru kau tahu apa itu, cinta di buku lima.

P/s: Buah hati pengarang jantung  Encik Mimpi harap tak marah, kita jatuh cinta dengan lagu dia tu je :)

Teman tapi Mesra

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Oktober 8 2 Buah Fikiran Pengunjung
Siang tadi kau menjelma, khabarnya ingin mendengar berita. Indah rasanya saat berkongsi cerita semula. Bersama berdua bergelak ketawa setelah sekian lama terhenti bersuka. Ya, kau dan aku bisa bahagia. Memang dulu hati ini kau yang punya. Tapi sayangnya setia dipanah masa. Retak berkecai dipandang biasa. 


Saat aku kau biarkan saja. Bukan sehari dua, tapi kadar masa yang lama. Silih berganti puluhan purnama dan kau tetap sama; diam membisu tanpa kata. Akhir cerita yang membuat kau rasa tiada apa sehingga kini kita bersua saling menduga. Langit ungu. Akhirnya aku memutus kata, tak perlu membuang masa untuk sketsa yang terumbang ambing pentasnya. Dan kini aku rasa kau ada, namun bukan lagi si pemilik jiwa. Kau teman, aku selesa.


P/s: Kita berteman saja, teman tapi mesra.

Guru Vs Bajet 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Oktober 7 1 Buah Fikiran Pengunjung
Penat sangat tadi, lepas Zohor, tidur. Kemudian terjaga bila pihak HEP telefon nakkan rumusan kehadiran individu. Balik tu layan kejap Bajet 2012 online. Alahai cuaca tak cun, alamatnya tunggu Hmetro jugalah. Apa yang saya suka dengar tentang Bajet 2012 ni:
  1. Bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 dan bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
  2. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 dan gred 48 pd tahun ke-16.
  3. Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.
  4. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
  5. 600000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
  6. Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.
  7. RM13.6 bilion disediakan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
Kalau ada masa, boleh baca teks ucapan bajet 2012 dan lampirannya di laman http://www.treasury.gov.my/.

P/s: Usia semakin lanjut, tak perlulah rasanya umur persaraan wajib turut dilanjutkan. Opppsss...!

Raja Lawak Positif Dadah

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Oktober 6 8 Buah Fikiran Pengunjung
Seorang Pelawak. Berusia 20-an. Berlawak secara berkumpulan. Pernah jadi juara Raja Lawak. Ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan najis dadah. Pelawak tersebut dikatakan positif dadah setelah menjalankan ujian air kencing. Siapa dia? Kata Nabil, "Lu pikir la sendiri!". Ini bukan lawak, harap maklum. Sumber: Harian Metro.


P/s: “..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195

Semoga Bahagia Sampai Syurga

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Oktober 5 10 Buah Fikiran Pengunjung
*Godek-godek external hard disk tadi, hati tercuit dengan gambar ni.

Pada cuti sempena penubuhan Malaysia yang lalu, saya berkesempatan untuk ke Majlis Penyatuan roomate saya sewaktu praktikum di zon Benta dengan suaminya yang merupakan skuad yang sama-sama membawa misi yang serupa semasa menyertai perlawanan hoki wakil institut bagi KAGUM peringkat kebangsaan pada tahun 2009 lalu. Alhamdulillah, dua insan ini telah disatukan dengan ikatan suci; pernikahan. 

"Ya Allah, berkatilah pernikahan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada pasangan suami isteri ini, Azlan dan 'IzzahKurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini."

P/s: Mak, bila orang boleh kahwin? (◕‿◕✿)

...Tulisan Rakan Blogger