Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

WW #3 | Friend Is A Present

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, November 30 20 Buah Fikiran Pengunjung

Pilih Jalan Untuk Menyerah

Posted by Ahsfantasy Ryu 27 Buah Fikiran Pengunjung
Semalam. Ya, semalam kawan saya datang KB. Memang gembira tapi susah hati sebab hujan lebat di rumah saya. Tapi kalau hujan turun ni jangan kutuk sebab Tuhan tak turunkan hujan untuk sia-sia, kalau tuhan bagi kemarau sepanjang tahun, macam mana?

Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.” - al-Bukhari

Ajak cinta hati saya pergi sama supaya saya tak mengarut pilih jalan nak cari kedai. Redah hujan lebat. Bila masuk kawasan Kubang Kerian, cuaca cerah. Jalan pun kering. Tak nampak gaya nak hujan. Alhamdulillah. Tak perlu berpayung ke sana sini. Bukankah itu memudahkan urusan? Jadi jangan kerana ujian yang sedikit kita kita memilih jalan untuk menyerah. Jangan kerana duka dan sedih yang sesaat membuat kita terduduk sepanjang masa.

Tuhan tak sediakan kesulitan sepanjang masa. Tuhan juga tak sediakan kesenangan sepanjang masa. Jadi tak perlu fikir untuk menjadi loser. Semua tu akan datang berselang-seli, kita yang seharusnya bersedia dan bijak menghadapinya. Berlapang dadalah. Semuanya ada hikmah.

P/s: Kesedihan itu umpama hujan, selebat manapun menyembah bumi, pasti akan ada redanya.

Semarak Rukun Negara: Jom Masuk Felda 2011

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 29 26 Buah Fikiran Pengunjung

19 hingga 23 November 2011. Jangka masa yang penuh keindahan bila sertai Program Semarak Rukun negara: Jom Masuk Felda. Apa yang seronok pun saya tak tahu. Seronoknya bila dapat jumpa kawan-kawan baru. Paling seronok bila dapat keluarga angkat yang sporting. Lagi seronok bila jumpa geng pengadil masa Karnival Sukan Wanita dulu-dulu. Oh, bahagia!

Duduk rumah mak angkat memang seronok, rasa macam tengah mengorat mak mertua. Tolong mak masak, kain terbakar. Tolong mak bakar roti, tersilap guna planta lama. Alahai bau macam nak pengsan, rasa tu tak payah cakap, pahit. Nak ambil hati, makanlah sampai habis. Macam failed kan?

Kamu salah seorang peserta program ni? Jom berkumpul dalam group Semarak Rukun Negara di Facebook. Dalam menyembang tentang program tu jumpalah geng-geng cikgu blogger yang sertai sama, jom jenguk ! Dengar cerita yang sama dalam versi yang berlainan daripada mereka.



P/s: Ada gadis kena paksa main bola masa dia tengah syok jadi penonton. Eh, comel!

Aku Buang Semua Janji

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, November 25 25 Buah Fikiran Pengunjung
Saat rasa itu kau keji seolah jiwa tak ada erti. Kau kata semua mati tak ada nyawa, cuma dusta penyedap hati. Apa kau nampak aku punya hati? Saat aku ungkap aku sayang kau sampai jantung terhenti? Kau terus ketawa tak hilang hilai. Memang tersakiti. Sekarang biar aku buang semua janji. Biar berdua sama meniti, sama-sama memerhati.

Memang sukar bila masuk tajuk hati. Kerna kau dan aku sama-sama tak mengerti. Di hati kamu aku tak pasti. Biar sampai mati, biar jenuh menanti, aku ingin kembali ke realiti. Aku tutup semua janji, moga jika ada yang menjauhi, takkan ada yang menangisi.

P/s: Biarkan berlalu sebegitu sahaja.

Aku Sayang Kau

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, November 18 11 Buah Fikiran Pengunjung
Aku sayang kau.
Kau ada apa-apa nasihat untuk aku?

P/s: Sakit.

Ayat Putus Cinta

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, November 17 10 Buah Fikiran Pengunjung
Cinta memang kadang-kadang boleh buat manusia jadi macam lembu, tak mampu berfikir dengan baik. Orang bagi hint nak ucap goodbye pun masih nak jadi kacang menggelembu. Ya, bila terlalu taksub, mata dan hati terus jadi buta. Lagi parah bila buta untuk menilai bahawa si dia langsung tidak perlu atau mahukan kita lagi.
  1. Saya sayang awak, tapi nak buat macam mana, kita macam tak ada jodoh untuk bersama. Cakap sahaja yang kamu dah ada awek/balak lain yang kononnya jodoh kau tu.
  2. Awak terlalu baik untuk saya. Awak berhak untuk dapat kekasih yang jauh lebih baik daripada saya. Hai dah 10 tahun couple baru tahu yang awek/balak kau tu baik? Yang kau pula tak ada keinginan nak jadi baik?
  3. Saya cuma anggap awak sebagai kawan, tak pernah lebih daripada tu. Hmm kawanlah, supaya mudah kau nak order sirap limau, nasi ayam? Mudah nanti kau nak keluar jalan-jalan tanpa hubungi teksi?
  4. Saya masih belajar, saya nak tumpukan perhatian kepada pelajaran saya dulu. Ada orang suruh kau bergayut 24 jam sehari sampai nak berakpun kena lapor diri?
  5. Saya perlukan ruang dan masa, perjalanan masih jauh. Macho benar ayat kau. Supaya senang nanti bila jumpa yang lebih baik, kau tinggalkan minah/mamat tu terkontang-kanting? 
  6. Mak saya suruh saya kahwin dalam tahun ni juga, tapi awak masih belajar. Saya terpaksa cari calon isteri yang lain. Mak kaulah sangat. Mak kau yang nak sangat atau kau yang dah sangap?
  7. Kita tak sehaluan, kehidupan kita jauh beza, macam Marikh dengan Pluto. Hello, setelah berapa lama kehulu kehilir sama-sama baru nak perasan?
Kadang-kadang ayat macam comel, buat kamu lagi sedih untuk berpisah, walhal itu semua adalah satu rencana. Kalau dah benar-benar cinta, tiada alasan untuk meninggalkan kecuali sememangnya takdir Tuhan.

P/s: Saya akan senyum supaya awak fikir saya sedang bahagia, saya akan ketawa supaya kamu tak nampak saya menangis, saya akan meninggalkan kamu dalam keadaan paling bergaya walaupun ia membunuh saya, saya akan senyum.

Kau Nak Salahkan Siapa Bila Dia Curang?

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 15 14 Buah Fikiran Pengunjung
Bagi aku aneh. Mungkin sebab cara kita tak sama. Kau ada ada jalan sendiri, yang kau rasa sempurna hari-hari, yang kau rasa kepunyaan sendiri. Tapi kau lupa sekarang kau dah salah berdiri. 

Kau nak salahkan siapa bila ayam peliharaan kau lari ke rumah jiran? Kau punya pilihan letak kesalahan. Salah kau salahkan pada jiran. Apa kau tak punya akal fikiran? 


Jangan melulu berjalan dengan angkuh menelan sopan sampai kau tinggal kebodohan yang nanti akan hanya jadi eceran. Nanti datang satu masa kau akan tercengang-cengang melayan bingung ingat kembali kau pernah menyinggung. Jalan kau menyimpang, lebih baik segera pulang. 

P/s: Kalau laki/perempuan kau curang, kau belasah laki/perempuan kau tu dulu sebelum belasah orang lain.


WW #2 | Doakan Yang Terbaik

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, November 9 12 Buah Fikiran Pengunjung

Bukan; Tentang Ikhlas

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 8 5 Buah Fikiran Pengunjung
Bukan hendak ajar supaya orang lain nampak, cuma nak didik supaya hati ikhlas.

Apa yang pasti, kita tak mampu nak baca hati orang, kita tak mampu nak tilik niat orang, tak mampu. Teruskan? Ya, kalau benar, beruntunglah. Tapi kalau salah? Kita juga yang merana; atau lebih malang lagi kita sudah membuat satu fitnah. 

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai keelokan wajahmu, tetapi Allah melihat  keikhlasan hatimu”. [HR. Muslim]


Tak perlu nak merapu panjang. Saya cuma berfikir tentang apa yang saya lakukan sehari-hari. Juga tentang apa yang orang lain lakukan. Saya cuba untuk melakukan sesuatu dengan ikhlas, tanpa sebarang balasan, cukuplah dengan ganjaran Tuhan. Saya cuba untuk melakukan sesuatu bukan untuk memikat pandangan orang. Tidak, saya hanya berasa bahawa melakukan sesuatu dengan alasan ingin dipandang, dipuji, disanjung itu adalah sesuatu yang keji.

Saya yakin, jika lurus niat kita, jika ikhlas hati kita, Tuhan akan menganugerahkan sesuatu yang luar biasa, yang membuatkan kita senang akannya, bukan pandangan orang yang menjadi sandaran, asalkan kita tahu batasan, itu sudah lebih daripada cukup.

P/s: Buat sesuatu jangan kerana nak menunjuk-nunjuk. Tidak elok. Tidak cantik.


Maaf Untuk Kamu | Cinta Yang Tak Terucap

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, November 5 7 Buah Fikiran Pengunjung

Maafkan aku; untuk kamu, cinta yang tak terucap. Maafkan aku; untuk kamu, cinta yang kau simpan. Aku lagi penat dihimpit dalam samar. Mungkin hanya ada dalam tiada, aku tidak pasti. Lagi merenung lagit, tiada apa yang mampu kulakukan; aku hanya mampu tersenyum. Senyum tanpa getar jiwa; yang pernah buat ia kencang sewaktu kali pertama kita berjumpa. 

“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”

P/s: Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan dia yang kamu cinta, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh dia yang kamu cinta, tapi cinta akan lebih menyakitkan saat dia yang kamu cinta tidak pernah tahu tentang apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Kawan Macam Bangkai

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, November 3 11 Buah Fikiran Pengunjung
Kawan ni ada macam-macam jenis. Jangan layan sangat kalau orang berkawan dengan kita sebab sesuatu kepentingan, lambat laun nanti dia akan kecewakan kita. Bila? Bila kita dah tak jadi kepentingan buat dia, masa tu usahkan nak minta tolong dia, batang hidung pun dah tak nampak.

Kita sebagai kawan ni pun kena faham, kawan kita tu ada kehidupan dia yang tersendiri, bukan 24 jam boleh ada dengan kita. Sebab tu kita perlu ada ramai kawan, supaya nanti hidup tak bosan. Jangan nak sombong sangatlah, dah pakai kaca mata, jalan lenggang-lenggang sampai terlanggar orang pun kita buat tak tahu, siap jeling lagi, itu masalah. Oh, no .No. No. Tak elok.

Tapi kadang-kadang kita akan jumpa kawan yang jenis tak habis-habis nak sakiti kita. Nampak tenang-tenang air, konon-konon tak ada buaya. Depan kita memang nampak jelita, pendiam sahaja, di belakan lain cerita, mulutnya sungguh puaka. Apakah?

Bila salah yang dia buat tu betul-betul nyata dah kantoi, pandai minta maaf. Itu kita kena puji, bagus. Tapi tak sampai 24 jam, dia buat lagi. Lagi ... dan lagi. Kadang-kadang kita rasa nak hantuk kepala dia laju-laju kat dinding supaya dia lupa untuk ulangi perkara sama yang menyakitkan tu. Tapi kita siapa? Sudah, diam-diam sahaja, doakan dia tak lagi kacau kita.

P/s: Kau ada kawan macam tu? Sekarang saya nak tanya, "kucing kau dah mati, kau nak simpan lagi?"

Tak Perlulah Berlagak Diva. Tak perlu.

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, November 2 11 Buah Fikiran Pengunjung

Orang cakap, kalau nak buat apa-apapun, biarlah kena pada tempatnya. Betul? Betullah. Saya istilahkan ia sebagai adil. Dia buat silap, bagus, saya puji kamu kerana kamu menegur kesilapannya. Jauh di sudut hati, saya doakan agar dia menerima teguran kamu dengan berlapang dada, yang mampu membuat dia sedar, dan sekiranya dia berubah; Alhamdulillah.

Saya tak hukum awak juga buat kesilapan, tapi saya tak senang bila awak jaja cerita dia kepada orang ramai, bagitahu semua konon-kononnya awaklah penyelamat. Awak dah tegur dia. Awak dah nasihat dia. Apa awak rasa perlu untuk buat tindakan susulan macam tu? Pada saya; tak perlu awak. Tak perlu. Itu keaiban dia.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


P/s : Mohon lindunganMu daripada segala rasa yang merosak binasa.

...Tulisan Rakan Blogger