Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Daftar Churp Churp | Now I Am Churper !

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 31 8 Buah Fikiran Pengunjung
Orang dah berzaman daftar tapi kita buat jakun baru nak daftar, memang macam menyampah bila dengar. Tapi tak apalah, better late than never. Kalau ada yang belum daftar, jom sertai kominiti ni, ramai blogger yang sertai. Kalau  nak tahu lebih lanjut, google lah. Suhu 20°C, tangan rasa macam kaku nak menaip panjang. Nak kena buat fail KSSR pula ni, masa untuk bekerja. Jadi, selamat berjihad semua! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Mood: Praktikum.

Walimatul Urus Atikah & Fahmi | Fauziati & Azizi

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 27 8 Buah Fikiran Pengunjung

Bagai Sireh Pulang Ke Gagang

Posted by Ahsfantasy Ryu 21 Buah Fikiran Pengunjung
Tak tahu mana satu gagangnya, tapi dalam lima setengah tahun berusaha mendapatkan segulung ijazah perguruan ni, rasanya bergaganglah saya di negeri Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok gajah dan seangkatan dengannya. Hampir seminggu bercuti, ni kembali ke sana untuk berpraktikum.
Rasa macam banyak urusan masih belum selesai. Sisa pagi ini saya akan manfaatkan sepenuhnya. Tengah hari nanti akan bergerak pulang ke sana bersama manyhar. Semoga segalanya dipermudahkan dan moga-moga selamat perjalanan kami.

Kosa kata:
Gagang bermaksud pucuk ranting atau batang pokok yang melata (melilit), sulur.

WW #9 | Missing Someone

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 25 39 Buah Fikiran Pengunjung

Awak, Jom Kahwin? | Eh Sayang, Kau Gila?

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 24 27 Buah Fikiran Pengunjung
"Awak, jom kita kahwin?" Saya bila dengar gelombang tu, satu sahaja yang terlintas dalam hati saya saat tu, "gila," bukan dia, tapi saya yang gila dan penuh kegilaan. Saya nak uruskan diri sendiri pun masih lagi tunggang-langgang. Rasa macam masih perlukan masa untuk mendidik diri supaya jadi seseorang yang lebih rajin dan bertanggungjawab, risau nanti suami terabai dan hidup makin lintang-pukang. Macam ni jadinya bila kawan-kawan didahulukan dan enjoy diutamakan. Memang buruk kedengaran, tapi saya cuba untuk berubah. Yes, you can do it!
23 Januari 2012; kawan rapat saya masa sekolah dahulu, sama-sama memegang jawatan Majlis Tertinggi dalam organisasi asrama, Khairunnisa telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Hakimi. Serius, masa akad nikah mereka, saya yang berdebar rasa macam nak pengsan. Bila intai tengok Nisa di sebelah, nampak steady semacam. Tak tahu kenapa, saya pula yang lebih dos. Macam menyampah kan? Tapi yang paling bahagia bila dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah tak jumpa lima enam tahun. Rindu!

Oh hari ni sepupu saya, Farris sudah selamat menikahi pasangan pilihan hatinya, Izzati. Macam pinang dibelah dua. Selepas majlis akad nikah, tengah hari tadi bergeraklah kami mewakili rombongan keluarga si anak teruna ni. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, tunggu majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki Khamis ni pula. Sepupu punya kepentingan, saya rela tunda tarikh balik ke kampus Khamis ni. Semoga semuanya berjalan lancar.


Moga-moga Allah memberikan keberkatan kepadamu dan keberkatan untukmu dan menghimpunkan kamu bersama pasangan masing-masing dalam kebaikan. Amin.


P/s: Kepada kakak-kakak atau abang-abang yang bakal atau sudah mendirikan rumah tangga, ada nasihat untuk saya tentang perkahwinan? Saya mengalu-alukannya, biar hilang gemuruh yang melanda.

Kehilangan Cinta? Tenang-tenang Sayang, Bahagia Itu Ada

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 23 20 Buah Fikiran Pengunjung
Aku dengar, kamu baru hilang cinta. Ya, kamu mengakuinya. Aku perhatikan kamu. Kamu sekarang terlalu liar mencari pengganti cinta. Untuk apa? Carilah Dia. Dia yang mencipta bahagia. Bukan aku bongkak mengatur kata, aku juga pernah kecewa kerana cinta. Cinta lalu yang pada aku sekarang tak ada makna kecuali sakit yang pernah buat aku tersentap. Aku sedang berikan diri aku ruang dan masa, pasti ada yang akan datang menjelma untuk menutup semua cerita lama.

Usah terlalu sibuk mengejar cinta kedua, ketiga atau seterusnya. Kelak keterburan kamu akan membuah derita menghalang bahagia. Ambil masa, tak perlu tergopoh-gapah. Apa yang ditakdirkan untuk kamu, pasti akan jadi milik kamu. Tenang-tenang sayang, aku ada untuk teman kamu.

P/s: Minta, minta, dan minta pasti Dia kabulkan. Tapi jangan lupa untuk berusaha dengan jalan yang diredhaiNya. Happy Chinease New Year.

Saat Terkenang Silam Yang Pernah Menyakitkan

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 20 32 Buah Fikiran Pengunjung
Sayang...

Haruskah kamu terus-terusan menyesali kegagalan yang kamu miliki?
berhenti berjalan kerana sebuah kegagalan?

Sayang...
Untuk apa kamu masih berdiam diri sedangkan waktu tetap berjalan tanpa henti,
sedarkah kamu?

Ayuh segera berganjak meski kamu hanya mampu merangkak. Biar perlahan, asal kamu tak pernah menyerah. Mereka yang mahu bangkit daripada kegagalan adalah pejuang yang hebat untuk diri sendiri dan sekitarnya; ku harap itulah kamu.

Kegagalan bukanlah jalan buntu, bukan jua jalan yang sempit. Tapi ia mungkin satu-satunya jalan yang harus kamu tempuhi sebelum tibanya ke destinasi jaya.

Untuk detik ini, hanya kamu yang mampu menentukan sama ada kamu akan bangkit dan melangkah untuk kejayaan atau berterusan menyesali sebuah kegagalan yang akan menggagalkan sepanjang kehidupanmu.

Senyum, dan teriaklah, "aku kuat, aku bangkit!". Aturlah masa depan dengan lebih baik. perbaiki diri dan temukanlah kelebihan yang ada, usah termenung lama untuk satu kekurangan yang tidak mendatangkan manfaat.

Mohonlah pada Yang Mencipta agar diberikan kekuatan. Suburkan Dia dalam jiwa kerana itu sumber kekuatan. Sayang,semoga berjaya dunia akhirat.

WW #8 | Wordless

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 18 15 Buah Fikiran Pengunjung

Sakiti Aku Dan Lakukan Apa Sahaja, Aku Tak Punya Hati

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 16 34 Buah Fikiran Pengunjung
Awak terlalu sibuk dan terlalu asyik menghitung sakit yang awak  rasa hingga jadi hebahan untuk tatapan semua. Ada pernah  awak fikir tentang sakit yang saya rasa untuk setiap apa yang  awak lakukan? Mungkin  awak terlalu sibuk, hingga terlupa untuk memikirkan hal itu. Ya, saya simpan semua sakit yang awak berikan.

Memang sayalah makhluk yang selalu melukakan; buat  awak terluka. Memang  sayalah makhluk yang selalu mengecewakan; buat  awak kecewa. Memang sayalah makhluk yang selalu menyakitkan; buat awak sakit. Semua tentang saya adalah ironi bahagia. Memang saya tak punya apa dan jelasnya saya memang dah tak mampu buat awak bahagia.
Ceritakan pada semua. Cananglah satu dunia. Awak tampak mulia. Kacak jelita tanpa cacat cela. Ya, saya tak ada hati untuk awak ramal kira, tak ada hati dan awak boleh buat serta kata apa sahaja. Saya tak ada hati untuk terasa apa-apa bermula pagi hingga lewat senja hingga pekat malam tiba. Saya tak punya rasa.

Hati yang perlu dijaga hanyalah hati kepunyaan  awak. Hati yang wujud untuk dibelai manja hanya hati pelengkap jasad  awak. Bukankah berbeza dengan saya yang pada awak tak punya hati?Tahniah untuk itu. Mungkin sudah tandanya saya mengalah saat jiwa telah lelah. Saya ingat, mengalah tak semestinya kalah.

P/s: Sudah-sudahlah melayan jiwa, jom ke kuliah bersama Puan Rogayah Osman!

Seharian Di Cameron Highlands | Masih Belum Selesai

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 15 38 Buah Fikiran Pengunjung
Semalam. Seawal 8.30 pagi bertolak ke Cameron Highlands bersama 11 rakan yang lain, singgah sarapan di Koyan. Untuk apa? Misi mencari tempat untuk menginap. Selepas praktikum fasa pertama di SK Budu, praktikum fasa kedua di SK Clifford, kini tibalah musim praktikum fasa ketiga di SK Ringlet, Cameron Highlands. 3 bulan di sana.

Penempatan praktikum di Bentong dialihkan ke kawasan Cameron Highlands, lebih dekat katanya. Tak mahu dikatakan manja, kami bergerak ke sana untuk menguruskan rumah sewa. Kami cuba yang terbaik. Kawasan itu merupakan kawasan tumpuan pelancongan. Cabaran utamanya ialah kos. Kos sewa rumah dan kos makanan yang tinggi.
Penat pusing Tanah Rata dan Berinchang sampai ke petang, tempat sewa yang ada hanyalah dengan harga sekitar RM 900 - RM 1300 tidak termasuk utiliti. Itu antara yang termurah di sana. Ada yang lagi murah, RM 650 sebulan tetapi setiap hujung minggu kami perlu kosongkan rumah tersebut untuk sewaan pelancong. Rumit?

Pilihan terakhir, kami ambil bilik untuk disewa, RM 500 sebulan. Bilik, bukan rumah. Hujan mula menggila. Dalam perjalanan pulang lewat petang kami singgah di rumah keluarga angkat di Sungai Koyan, makan malam di sana. Mencecah 10.30 malam baru sampai semula ke kampus. Kepala naik pusing. Namun saya sangat terharu dengan usaha dan sokongan rakan-rakan yang ditempatkan di Cameron, sama-sama mencari solusi dan berusaha untuk kepentingan semua. Kita cuba yang terbaik.

P/s: Sampai tahap tanah tinggi itu dipandang bisu.

Jom Bicara Tentang Warna!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 14 22 Buah Fikiran Pengunjung
Aku suka warna, kerna warna itu indah. 
Aku kagumi warna, kerna warna itu ceria. 

Semua orang suka warna, kata mereka; warna mampu mengundang bahagia.
Ya, warna telah menghadirkan cerita kita. Warna mampu teguhkan kita.
Namun mengapa sekarang suram sahaja?

Lagu Terukir Di Bintang | Yuna

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 13 16 Buah Fikiran Pengunjung
Buat semua pembaca, semoga Allah merahmati kalian.
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi 
Seribu tahun pun akan ku nanti 
Kan kamu sayangku 
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku 
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.



P/s: Lagu ni macam comel dan saya suka akan kecomelannya.

Sentiasa Bersangka Baik Kepada Tuhan

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Januari 12 20 Buah Fikiran Pengunjung
Tadi kuliah bersama pensyarah kacak lagi. Bercerita tentang terapi-terapi dalam subjek bimbingan dan kaunseling. Ada beberapa jenis terapi; antaranya terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik, terapi biblio, dan terapi bermain. Ya, jangan pernah menyangkal yang kita sebagai manusia sememangnya perlukan bimbingan. 


Saya cuma nak kongsikan tentang sesuatu yang manrik minat saya sekejap tadi, di bawah sub terapi biblio. Dalam olahan pembentang dan juga respon rakan-rakan itu saya tertarik dengan dua item. Pertamanya kita sebagai manusia jangan pernah sombong meminta pada Tuhan untuk  mengemudi diri sendiri dan memperkecilkan aturanNya. 


"Ya Allah, janganlah engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun hanya dalam kadaran sekelip mata"


Jadikanlah doa ini sebagai satu amalan. Jangan terlalu angkuh dengan Tuhan kerana hanya Dia yang maha mengetahui tentang kita dan seluruh kehidupan kita. Kita hanya manusia, daya kita lemah, ilmu kita terbatas dan kudrat kita terhad. Bila kita meminta kemudian Dia abaikan permintaan kita. Usah marah, simpan semua rajuk, yakinlah bahawa Dia tahu apa yang terbaik buat kita.


Keduanya, tentang permintaan kita yang kita rasakan tidak diendahkan. Kadangkala apa yang kita minta, tidak ditunaikan serta-merta. Mungkin hari ini kita minta, esok lusa baru Dia tunaikan, mungkin juga minggu depan, bulan depan, tahun depan atau seterusnya. Siapa yang tahu kan? Ya, Dia maha mengetahui masa yang terbaik buat kita menerima apa yang kita order tu. Kalau order tapi tak sampai-sampai tu maknanya apa yang kita minta itu barangkali tidak elok untuk kita. Sentiasalah bersangka baik kepada Dia.


P/s: Jom amalkan solat di awal waktu!

Semakan Keputusan Penempatan Guru PISMP IPG | 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 9 23 Buah Fikiran Pengunjung
Memang teruja, senior-senior khabarnya akan tahu keputusan  tempat posting pada hari ni. Tapi tak pasti sejauh mana kebenarannya. Saya mengharapkan agar segalanya adalah yang terbaik buat kehidupan masing-masing. Selamat berjuang, sahabat!

Update 1

Update2
Dan lewat malam semalam, semakan dah boleh dibuat, sila semak di sini!
http://apps.moe.gov.my/gsst/gurubaru2012/Jan_SemakanSekRendah/index.cfm

Berkaitan:
  1. Semakan Atas Talian Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
  2. Pendaftaran Pekerjaan si sektor awam (SPP)
  3. Semakan Keputusan Kursus Induksi (KISSM)
  4. Semakan Status Graduan (Konvokesyen)
P/s: Merindui senior-senior. Kadangkala sunyi juga bila sedar mereka sudah tiada di kampus.

Update:
  1. Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Ppps) Sekolah Menengah. (15 Mei 2012)

Sebab Kenapa Perlu Skandal Dalam Kampus

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 8 26 Buah Fikiran Pengunjung
Skandal. Semua orang dah maklum tentang perkataan tu. Maknanya pun dah bunyi macam melawan norma hidup. Skandal ni biasanya tertumpu pada seseorang yang dah punya pasangan tetapi berada di luar kawasan kampus. Tapi orang yang masih tak ada pasangan pun, ada juga yang pasang skandal apa? 

Kalau kau jenis yang suka bergaduh dengan kawan-kawan. Bila kau dah gaduh dengan kawan, tak kiralah atas alasan apa pun, mesti kawan kau tu dah malas nak layan kau. Annoying katanya. Masa tu kau bolehlah nak berlagak jalan beriringan dengan dia sambil mata ke langit dan buat muka macam nak minta pelempang. Bolehlah kau buktikan tanpa teman pun kau masih boleh bahagia. Kawan tu meaningless kan?

Kalau kau ni jenis. Ah, ini saya tak tahu apa klasifikasinya. Tapi ini yang jenis tak boleh duduk diam di bilik. Tambah-tambah lagi bila hujung minggu kalau duduk lepak sahaja dalam bilik, kau akan jadi macam kucing nak beranak, gelisah dan resah semacam. Bila skandal bawa pergi berjalan-jalan tengok ayam itik kat Zoo Lipis pun dah kira bahagia. Lepas balik tu sumbat gambar ayam itik di Zoo Lipis tu ke dalam Facebook. Oh, bahagia! Banggalah kan?

Kalau kau ni jenis yang malas nak pergi cafe atau kantin untuk makan, bolehlah pasang skandal. Nanti hantar mesej kat dia,"Bebi lapar..." 10 minit lepas tu dia akan balas, "anjeng dah belikan nasi putih dengan tomyam campur ni, turun ambil kat tepi pagar, anjeng tunggu bawah pokok ni." Ah, manis kan tu?

Kalau kau jenis yang malas nak buat tugasan tutorial atau projek. Rogerlah dia, buat suara manja mengada-ngada, cakap yang tertekan kerja tak siap lagi, susah nak cari bahan dan apa sahajalah alasan. Kalau skandal dengan senior, untunglah. Bila tugasan kita lebih kurang sama dengan tugasan kita, UNTUNGLAH. Rembat sahaja yang lama. Copy and paste. Eh, kan mudah tu?

Bila kau rasa kau tu dah sempurna. Cukup sempurna. Bila kau rasa kau ada semua, kalau orang nak benci atau menyampah pun, tak berkudis tak bernanah pun. Sebab kau rasa kau tak perlukan orang lain. Moleknya sikap yakin pada diri sendiri kau tu kan?

Penat juga membebel ni kan? Baiklah, saya henti di sini. Sebab-sebab yang lain tu sila sambung dalam ruangan komen. Eh, skandal tu memang bahagia. Bahagia untuk si pengamalnya sahajalah. Dalam dunia skandal ni ada prinsip give and take. Orang cakap sesuatu yang berharga kena jaga baik-baik. Kalau rasa diri kita ada harga, jaga diri baik-baik.

P/s: Aku skandal. Esok belajar subjek Bimbingan dan Kaunseling, sukanya boleh jumpa pensyarah kacak lagi! Pelajar cemerlang, sila rajin sedikit!
FBuat semua pembaca, semoga Allah merahmatimu.

Bukan Ayat Nak Manis Sahaja, Memang Awak Kesayangan Saya

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 7 11 Buah Fikiran Pengunjung
Ah, rindu blog! Bila dah check-in di kampus ni, nak 24 jam dengan blog tu memang susah. Jadual punya padat setiap hari kuliah sampai 4.30 petang yang tak lagi dicampur dengan kelas malam, lepak pun punyalah sendat; lama tak jumpa kawan-kawan. Pendek kata, memang masa bergerak terlalu pantaslah! Maka, mohon maaflah jika ada komen yang tak terbalas atau kunjungan yang belum berbalas.

Otak rasa ketat walau jiwa tak kelat, nak tulis tentang apa pun saya tak ingat. Jadi saya tinggalkan tulisan ini dengan serangkap dua tulisan; untuk dia yang kurang percaya:-

Mungkin banyak ketika awak nampak saya sayang awak sambil lewa. Awak sakit hati sebab masa awak jatuh tangga tempoh hari tu saya hanya asyik ketawa. Awak rasa saya hanya permain jiwa saat banyak kata saya lepaskan sahaja tanpa fikir awak mungkin akan terluka.
FBuat semua pembaca, semoga Allah merahmatimu.
Awak lebih rela saya berdusta dan merahsia kata semata-mata nak nampak semuanya bahagia. Saya cuba untuk sayang awak dalam cara sederhana sahaja. Sebab itu yang paling bahagia katanya. Walau apa yang awak kata, walau saya tidak dipercaya, ini bukan ayat manis sahaja, saya memang sayang awak sampai bila-bila.


P/s: Hilangkan ketegangan saraf memikirkan bilik di aras 5 kolej kediaman. Memang dah takdir nak jadi mangsa keadaan. Meninjau lipis ini petang jom!

Bila Kita Terpaksa Jadi Mangsa Keadaan

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 4 34 Buah Fikiran Pengunjung
Saya mula kenal apa itu erti mangsa keadaan. Ya, kita boleh terima dengan mudah saat kita dihukum atas kesalahan yang kita lakukan. Tambahan pula hukuman untuk khilaf yang telah kita kesali. Kita cuba untuk melakukan apa sahaja untuk menebus silap yang kita lakukan. Tapi macam mana perihal sekiranya kita dihukum atas kesalahan yang tidak pernah kita lakukan? Bagaimana bila kita terpaksa menanggung sesuatu beban atas perbuatan orang lain? Kadang kala masalah tu tak ada langsung kaitan dengan kita, tapi kita disabitkan dengannya?
Orang selalu cakap sabar itu indah. Tapi kadang-kadang dalam keadaan diri dikuasai gelombang haru biru, kita mungkin akan cakap, "setakat nak ungkapkannya, memang mudah." Walau apa jua yang datang menyerang, kembalilah kepada Tuhan, Dia yang mencipta dan pencampak segala rasa ke dalam jiwa kita. Semoga kita kuat.

P/s: Sesiapa yang berusaha untuk menjadi orang yang sabar, maka Allah akan jadikannya orang yang sabar.

Ubat Tahan Sakit Gigi

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 3 20 Buah Fikiran Pengunjung
Sudah pun berada di kampus. Semalam tak sempat buka blog, ada masalah yang saya dah sememangnya jangka pada tulisan sebelum ini. Tapi malas lagi nak fikir atau cerita tentang itu; agak menyakitkan hati.

Ni kisah tentang saya kena serang sakit gigi lagi. Tampalan lama tercabut, berlubanglah. Malam-malam dah jadi ngeri bila sakit menyerang sepanjang malam. Semalam paling ngeri! Pusing kanan, pusing kiri, tidur memang tak lena sampai pagi. Nangislah kerjanya. Bangun pagi-pagi tadi mandi terus pergi klinik. Lepas trauma 2 tahun, nilah kali pertama jejak semula ke klinik gigi.
Tidur, sleep
Jumpa doktor dia cakap mungkin sebab serangan bakteria. Gigi tu dah jadi tak sihat, sama ada nak cabut atau buat rawatan akar. Tapi kalau nak cabut pun tak boleh cabut sekarang, kena tunggu surut bengkak dan hilang sakit. Jadi pulanglah dengan bekalan ubat:

  1. Papain - ubat surut bengkak;
  2. Gerskin - ubat kunyah;
  3. Metgyl Metrondazole - ubat antibiotik;
  4. Poro Acetaminophen - ubat tahan sakit.
Kalau sakit, simpan duit tu dah jadi tak ada makna. Pelaburan untuk sihat tak merugikan. Kalau menunggu giliran di klinik kerajaan tu menjadi satu masalah, berkunjunglah ke klinik swasta.

P/s: Jangan lupa jumpa doktor gigi 6 bulan sekali.

Menuju Ke Sana | Doakan Saya Selamat Tiba

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 2 13 Buah Fikiran Pengunjung
Cuti sudah tamat dan ini masanya untuk saya berangkat ke daerah sana. Rasa macam bakal berhadapan dengan masalah di pejabat kolej kediaman. Tapi orang cakap, berjuang habis-habisan. berani kerana benar. Sahabat, doakan semoga selamat sampai sebelum mentari senja. Moga-moga urusan dipermudahkan sepanjang perjalanan.

“Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kami akan kembali.”


Muhammad Safwan Anang Cedera | Perhimpunan Mahasiswa 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 1 10 Buah Fikiran Pengunjung
Mohon sama-sama doakan sahabat kita yang terlantar ini agar segera sembuh. Muhammad Safwan Anang cedera semasa menghadiri Perhimpunan Mahasiswa pagi tadi dan kini sedang dirawat di Hospital Slim River. 

P/s: Siapa kita untuk menghukum? Bagi yang tidak tahu apa-apa atau hanya tahu sekerat dua, harapnya kalian boleh diam sahaja sekiranya tidak mahu cari dan teliti rentetan kisah.

...Tulisan Rakan Blogger