Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Jom Isi Borang Penempatan Guru IPG Secara 'Online' !

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, April 30 13 Buah Fikiran Pengunjung
Lama orang duk sembang tentang posting/penempatan, tapi hari ni baru dapat maklumat yang jelas mengenainya. Berdebar-debar, macam serba tak kena. Memang bila kita diberi pilihan ni, rasa macam takut-takut nak memilih, walhal apa yang kita pilih tu tak semestinya kita dapat.

Mak abah tu yang utama bagi saya, 'ya' atau 'boleh' kata mereka, itulah kekuatan saya. Semoga ditempatkan di kawasan yang baik-baik untuk saya walau bukan yang terbaik dalam kalangan semuanya. Harap-harap saya mampu bawa diri.
  1. Kad pengenalan;
  2. Surat beranak;
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  4. Sijil tertinggi kokurikulum;
  5. Sijil nikah;
Semak semula salunan dokumen yang di perlukan. Alahai, jom isi di http://219.92.7.18/penempatan/index.php sekarang, jangan banyak sembang! Kencang tak kencang, penentunya Januari nanti. Tak perlu nak perasan hot bila ada kabel ya sayang, nanti orang menyampah. Rezeki ada di mana-mana. Kalau adapun sedih nanti, semuanya akan berakhir juga.
P/s: Saya cuba merancang yang terbaik, namun perancanganNya adalah sebaik-baik aturan.

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM / PISMP IPG Jun 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, April 28 3 Buah Fikiran Pengunjung
Kadang-kadang rasa macam terpinga-pinga macam mana boleh layan PISMP atau dahulunya dikenali KPLSPM dan masuk IPG ni. Memang seawal pakai uniform pergi ke tadika atau sekolah, tak pernah pasang angan-angan nak jadi cikgu. Aneh. Tapi, inilah yang dikatakan ketentuan.

Isi borang nak mohon IPG pun tak bagitahu mak abah, semuanya sebab ikut teman kawan beli nombor pin dan online semua. Temuduga pun pergi acuh tak acuh, memang masa tu, orang kata suka-suka buat isi masa senggang.
Bila masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, otak serabut bukan kepalang. Tambahan pula itu kali pertama berjauhan daripada keluarga. Macam-macam tekanan menghimpit rasa. Ditakdirkan pula kawan rapat masa di sana nak sangat masuk IPG. Bila sama-sama pergi semak tu, kita disahkan berjaya, mula punggah barang balik ke kampung laman tercinta. Kawan saya masa tu tak lepas temuduga. Rezeki masing-masing tu penyedap hati.

Setahun dua duduk di IPG, memang roh pendidik tu tak ada dalam jiwa, langsung tiada. Rasa macam hidup ni hanya untuk suka-suka. Tapi Dia telah mencampak rasa, sekarang rasa dah boleh menerima dan menjiwai. Hidup adalah tanggungjawab. Apa jua kerja memang perlukan tanggungjawab. Walaupun kerja guru boleh buat orang jadi gila, saya tetap percaya pada diri, saya mampu dan saya perlu cuba.
Buat adik-adik yang dah isi borang dan dapat panggilan temuduga nanti, jangan sedih-sedih kalau itu semua hanya paksaan ibu bapa. Kalau Tuhan takdir kita untuk belajar di IPG, itulah yang terbaik buat kita. Semua orang berebut nak, takkan kita nak sia-siakan? Doa moga-moga diberikan petunjuk dan ketenangan jiwa.

P/s: Baby, jangan sedih-sedih. Kehidupan baru bermula. 30 April 2012; Jom semak keputusannya!

Hari Terakhir Bersama Kesayangan Saya

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, April 27 7 Buah Fikiran Pengunjung
Macam-macam titik terlakar pada kanvas Mac dan April pada tahun ini. Segalanya tertumpah di Cameron Highlands. Macam-macam kenangan, pengajaran, pahit dan manis yang terpaku. Kata orang, lain padang, lain belalang. Macam tu jugalah bila kita berada di tempat orang. Seoronok, dapat merasa iklim yang berbeza.
Guru-guru yang sangat peramah dan murid-murid yang selalu memberikan komitmen yang terbaik sangat sukar untuk ditinggalkan. Rasa tertaut. Ukhuwah itu indah. Semuanya memberikan kesan, berat hati untuk meninggalkan.

P/s: Selamat tinggal Ringlet, Jumpa lagi Julai nanti.

Terbelit Dusta

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, April 24 14 Buah Fikiran Pengunjung
Terputar cerita hingga terlihat kau yang teraniaya. Tahniah sayang, kau memang hebat, kata kau tampak benar belaka. Cereka kau mampu buat mereka ternganga. Biar aku sahaja yang terbelit dusta. Menangis ketawa dalam tak lena. Selangkah menapak dihurung cela. Dicemuh dicerca memang aku tak rela. awal cinta katanya setia, tengahnya rasa tertimpa bala. Henti terus sama sahaja, dua-dua tercarik dada. Tertikam luka, terhiris derita. 

Sarung percaya dikhianat durja. Tidak perlu lagi menyusur kuala, kita sememangnya bermasalah percaya. Kaki melangkah, sinarnya entah di mana. Terus sahaja tidak akan kemana. Berhenti segala; kita cuba. Biar segala rasa dan usaha dipanah sirna. Moga engkau akan bahagia.

P/s: Saya memang tak sempurna.

12/4/12: Tragedi Di Tanah Rata, Cameron Highland

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, April 19 24 Buah Fikiran Pengunjung
Lama tak sempat nak layan blog sangat. Genap satu minggu kemalangan motosikal di Tanah Rata. Pedih perit pun sudah beransur pergi tapi goresan hati masih tersisa. Khamis lalu pulang lewat dari sekolah, Zohor Asar semua usaikan di sekolah. Sampai rumah terus tukar pakaian, pinjam motor ustazah sekolah, ajak kawan  menuju ke Tanah Rata; ambil baju yang didobi, kurang lebih pukul 6 petang.
Lepas ambil baju, hajatnya nak ke pasar, beli strawberi dan bunga sebab nak turun ke Sremban, Lipis dan Jerantut pada keesokannya. Baru 200 meter bergerak, sudah terbantut. Motor di hadapan saya menyalakan lampu signal ke kanan dan bergerak ke tengah jalan. Saya ambil keputusan untuk memotong dari kiri. Namun dengan tidak di sangka-sangka dia menukar arah masuk ke kiri. Saya tak tahu nak buat apa, bertindak di luar kawalan; tekan break dan pejam mata. Tak sempat nak fikir apa, asalkan motor tu berhenti, sudah lebih daripada cukup.

Sedar-sedar dah terjelepok atas jalan, handle motor dah ada bawah perut, kawan saya tertiarap atas belakang saya. Topi keledar dah tercabut ke belakang, badan lebam-lebam dan luka-luka. Mujur kereta jauh di belakang. Kalau kena gilis, memang 'Innalillah'. Memang dasar gedik, nangislah yang jadi aksi susulan. Biarkan kawan-kawan uruskan motor dan hal-hal berkaitan. Mujur motor yang depan saya tu bertanggungjawab juga, berhenti dan bagi bantuan. 

Baju dobi bergolek-golek tu tak layan dah, orang Jabatan Penerangan Cameron Highlands bawa ke Hospital Tanah Rata, cuci luka dan kena suntikan. Punyalah takut jarum terpekik terlolong menggelepar bagai; macam orang gila. Kalau saya jadi jururawat tu, saya dah lempang laju-laju. 2 3 orang datang pegang baru selesai semua. Alahai mengada-ngada!

Sakit luka tak fikir dah, yang ada dalam fikiran, ganti rugi yang dibayar kepada pemilik motosikal. Buku kira-kira kewangan untuk semester ini lintang pukang. 

P/s : Sila pakai topi keledar ketat-ketat ya sayang.

Sistem Pangkalan Data Murid Sekolah Malaysia 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, April 17 11 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau orang cakap golongan guru ni memonopoli wad psikiatri pun, tak ada apa yang nak dihairankan. Tengok keadaan di sekolah sekarang memang dihurung kesibukan. Macam-macam benda nak diuruskan, macam-macam sistem diwujudkan, pengurusnya ialah guru. Kalau ada yang mempertikai tentang penghargaan yang diberikan kepada guru, memang rasa macam nak lempang laju-laju.

Jom uruskan APDM di http://sekolahmalaysia.com/!

Tengok guru-guru senior kena uruskan LINUS, GALUS, PROTIM, BMI, SAPS, IPDM dan macam-macam lagi tu, rasa simpati empati semua ada; sebab kita sedar nanti kita juga akan mengalaminya. Jadi bantulah sekadar yang mampu.

Aku Tetap Ada Saat Kau Ditimpa Hiba

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, April 16 2 Buah Fikiran Pengunjung
Kadangkala aku menangisi biarpun derita itu bukannya aku. Ada kala aku menangis dalam tertawa, terkenang kelukaan yang tak mampu ku halangi. Telahku pujuk, memohon agar tak ditempah derita yang mendatang, moga tak tersakitihati yang selayaknya dicintai namun ia tetap jua begitu, terpukau oleh sebuah keindahan sandiwara dalam jiwa dibuai alpa. Lalu apa lagi yang mampu aku lakukan? Aku ini manusia yang tak punya kuasa, takkan mampu menghalang sekeping hati yang menyayangi dengan sepenuh jiwa meski apa yang dia peluk hanya bayangan sahaja. Seandainya dia tersungkur, aku harap agar dia masih lagi percaya tentang aku yang sentiasa ada, menemaninya atas nama seorang sahabat yang setia.

Belikan Saya 100 Kilogram Ikhlas

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, April 10 26 Buah Fikiran Pengunjung
"Kau ikhlas tak ni?" Bila masuk bab ikhlas, memang saya malas nak cakap banyak. Kadang-kadang buat penat semata, sia-sia. Bila kita cakap kita ikhlas, orang tanya lagi, "kau betul-betul ikhlas?" Tak jumpa sudahnya. Kalau kita cakap ikhlas lagi sekali, orang tanya pula "Eh, betul kau ikhlas?"  Nampak tak pandir ada dalam situasi tu? Jadi kalau malas nak membazir tenaga, senyum sahajalah.

Belikan saya 100 kilogram ikhlas untuk saya yakinkan dia bahawa saya benar-benar ikhlas sayangkan dia. Cukupkah? Jika tidak, mohon tambah timbangan.

Memang susah bila masuk bab ni. Kenapa? Sebab kalau ikhlas ni merupakan sesuatu yang boleh disukat kira, memang senang. Boleh cakap ikhlas kita ada berapa kilogram. Kalau ikhlas ni sesuatu yang boleh kita bungkus-bungkus pun senang. Bila orang tanya, keluarkan sahaja ikhlas tu daripada kocek lima enam bungkus, biar semua ternganga dan angguk kepala. Bukankah senang?
Saya cuba ikhlaskan diri saya untuk setiap yang saya lakukan, kerana saya percaya bahawa melakukan sesuatu tanpa keikhlasan itu adalah satu kebodohan, kepenatan, sia-sia dan buang masa.

P/s: Ikhlas aku sayang kau. Eh, nampak tak? Nampak tak berapa bungkus sayang aku? Tu pun kau dah senyum. Selesai. Okay, bye!

Edisi Mengarut: Analisa Kejatuhan Cinta

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, April 6 15 Buah Fikiran Pengunjung
Ini bukan kes cinta yang tercicir, cuma kes jatuh cinta; jatuh hati. Bunga cinta tu akan menjadi harum bila berputik pada keadaan, pemilik dan masa yang tepat. Bila mula rasa hampir jatuh cinta, selidiki dahulu siapa dia, si cinta hati kita. 

Perempuan mudah perasan, itu saya akui. Bila orang mula ambil berat sedikit, mula lakar angan-angan, perasan sediri. Eh, ini bukan golongan perempuan sahaja, lelaki pun lagilah kuat perasan. Orang bertanya khabar kita, orang tolong waktu kita susah, orang ada bila kita memerlukan; itu manis. Boleh membuat kita jatuh cinta.

Tapi tolong jangan cepat perasan. Tolong. Kalau memang dia buat semuatu hanya untuk kita, ada juga rasional kita jatuh cinta pada dia sebab dia mungkin menyimpan perasaan terhadap kita. Tapi kalau memang perangai dia macam tu, bukankah sengsara? Syok sendiri.

P/s: Camping pengakap lagi 4 hari bermula hari ini! Yahoo!

WW #12 | Never Look Back

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, April 4 11 Buah Fikiran Pengunjung

...Tulisan Rakan Blogger