Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Kempen Internet Toyyibah; Beringat-Ingatlah Untuk Kebaikan

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Mei 31 15 Buah Fikiran Pengunjung
Kempen Internet Toyyibah ni saya temu di blog senior sekolah saya dahulu. Saya kongsikan di sini untuk ingatan diri sendiri dan juga teman-teman yang menyinggah. Moga-moga menjadi padanan untuk saya bergerak dalam dunia blogger dengan lebih baik dan teratur. Moga sasar dan tempang dapat dipandu kembali. Nak tahu lebih lanjut tentang kempen ni, jom jenguk blog Sufi Haraki. Sama-sama kita kongsikan dan sama-sama mendapat manfaat daripada-Nya.

P/s: Jangan lupa tentang diri dan jiwa kita yang saban hari memerlukan santapan rohani.

Larian Ekiden Kali Ke-7 Peringkat Antarabangsa 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Mei 30 21 Buah Fikiran Pengunjung
Putrajaya, larian ekiden, cheras, international youth centre
26 dan 27 Mei yang telah menyakitkan pinggang. Lepas menghabiskan kertas terakhir pada 24 Mei, rehat sempena hari jadi yang ke-20 pada 25 Mei, kemudian 26 Mei bergerak ke Cheras dengan 5 pasukan pelari Ekiden. Eh, ada kesilapan angka! Bukan yang ke-20, lebih sedikit. Sampai sana petang tu, bermalam di International Youth Centre, Cheras. Rehat-rehat dan tak ada masa nak layan K-Pop atau apa-apa benda yang merapu-rapu di sekitarnya.
Putrajaya, larian ekiden, cheras, international youth centre

Awal pagi bergerak naik bas menuju ke Putrajaya, subuh di Masjid Besi kejap lepas tu terus gerak ke stesen Ekiden masing-masing. Alhamdulillah semuanya dapat sijil dan pingat. Bila dah seronok dapat top-20 tu dah lupa nak cooling down. Memang habuannya sakit badanlah. 

Putrajaya, larian ekiden, cheras, international youth centre
Keputusan Larian:
  1. IPGKTAA  Team 1 : men's open - Azan, Bidin, Yo, Sebu,  Aidil -  no.17 
  2. IPGKTAA  Team 2 : men's open - Abu, Ai, Roy, Fet n Jimmy - no.16 
  3. IPGKTAA  Team 3 : mixed team - Najib, Siew Yik, Soleh, Yi Lin, Akmal -  no.27 
  4. IPGKTAA  Team 4 : mixed team - Rey Zern, Ponmalar, Faisal, Yap, Han Yong - no.23 
  5. IPGKTAA  Team 5 : women's open - AnemKiwi, CikGadisWatakBulat, Nazwa, IekaAbid - no.14 
Tengah hari bergerak semula ke Cheras, kemas barang lepas tu terus pulang ke Pahang. 28 Mei selamat tiba di Kelantan. Insyaallah akan berada di kampung tercinta sehingga 1 Jun nanti.
  • 2 Jun - 8 Jun 2012 [Latihan Pusat untuk peserta KAGUM]
  • 9 Jun - 15 Jun 2012 [Karnival Guru-Guru Malaysia (KAGUM)]

Cuti yang sarat dengan kalung musafir. Memandangkan ini tahun terakhir bergelar pelajar institusi, maka saat ini merupakan ambang untuk bersama rakan-rakan. Esok nanti entah tercampak ke mana. Nikmati hidup yang sementara, tapi Tuhan jangan dilupa.

P/s: Larian Ekiden merupakan larian jarak jauh berganti-ganti. Larian Ekiden pertama ialah larian yang dianjurkan di Jepun seawal tahun 1917.

Tinggal Meninggalkan Sahaja Sayang Yang Ada

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Mei 27 12 Buah Fikiran Pengunjung
Sayangkan kau memang tragis. Tetap  dia sayang walau baikmu terbilis; buat dia rasa hilang persis. Setiap langkah kau puja egois, kononnya itulah yang termanis. Memang magis; bila diguris, dia hanya menangis. Hanya. 

Kau tampung janji romantis, tapi sayang kata selalu tiris. Hati dia sentiasa terhiris, gembira untuk dia selalu gerimis. Memang terkadang dia pesimis; bila mereka kata dia pengemis. Tapi dia terpaksa berpura optimis, berlagak gagah macam aktivis. Menanti engkau buat dia hampir muflis. 

Kenang semua memang tak habis, cuma hanya mengundang sadis. Kau kikis semua sampai habis. Konon hilang manis, kau buang macam najis. Gilis sahaja hati dia kau gilis. Bukan soal antagonis atau protagonis, cuma dia mohon rasionalmu secebis. Tapi tetap hatinya kau ricis. His !

P/s: Tinggal meninggalkan cinta sahaja. Lainnya sudah tiada cara.

WW #13 | Broken Promise And Lies

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Mei 23 14 Buah Fikiran Pengunjung

Dia Pilih Untuk Percaya Walau Sering Ada Dusta

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Mei 20 16 Buah Fikiran Pengunjung
Walau dia sentiasa ditipu tak kira kala dan dia punya alasan untuk hilang percaya; dia tetap pilih untuk terus percaya. Dia mungkin bodoh bila terlalu mempercaya. Tapi apa engkau rasa cerdik bergaya bila sentiasa taburkan dusta pada dia yang setia percaya?

P/s: Bodoh dan hodoh. Maaf.

Contest 2: Kata-Kata Indah

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mei 19 23 Buah Fikiran Pengunjung
Bangun pagi tadi Sis Syira datang rumah ajak sertai contest. Kalau bab-bab kata, memang tak keberatanlah nak sertai. Ringkas, senang, tak perlu nak ambil masa panjang. Bila baca syarat penyertaan tu, was-was juga quote macam mana yang Sis Syira nak, tak tahu tema. Tapi hentam sahajalah. * Senyum. Kalau ada sesiapa yang nak sertai, klik sahaja gambar mawar di atas.

Dakwah dengan kasih sayang; niat jangan menyimpang, pedoman jangan melayang. ♥

Tak ada apa yang istimewa. Quote tu saya tulis semasa update status di Facebook saya semalam. Cuma; asal saya memaknakannya, saya suka. Oleh sebab saya suka layan short entry di blog Lying To Myself, jadi saya ajak penulisnya menyertai contest ni.

P/s: Sis, terima kasih atas undangan.

Dosa dan Pahala | Syurga dan Neraka

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Mei 17 19 Buah Fikiran Pengunjung
Jika mereka tidak pernah fikirkan dosa dan pahala, apa engkau fikir mereka selalu ingat tentang syurga dan neraka? Tidak perlu gentar menghadap cela saat membela agama kerna menghindar Allah murka itu lebih besar dan bermakna. Biar hak dan batil itu menjadi suara bersama; jangan dikecoh sebelah sahaja dan jangan lenyapkan mana-mana kerna kedua-duanya perlu nyata. Kita tidak tahu tempat kita di mana. Kanan atau kiri itu pilihan sendiri.

P/s: Beringat-ingat dan berpesan-pesanlah ke arah kebaikan.

Musim Peperiksaan Tiba Lagilah Mummy!

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Mei 14 24 Buah Fikiran Pengunjung
15 hingga 24 Mei nanti bermulalah pertarungan hebat dengan diri sendiri dalam melawan sikap malas ulangkaji. Lebih tepatnya, belajar. Sebab dalam semester ini saya masih belum pegang buku, pergi kuliah pun main-main. Memang perangai macam nak minta pelempang laju-laju. Maaf. Maaf.

Ni orang tengah sibuk ulangkaji, saya masih mengada nak conteng blog. Jalan-jalan lepak di blog orang. Semester ni paling bermasalah bagi saya, dengan assignment dan proposal tunggang-langgang, dengan borang permohonan posting ditolak; memang haru. Tapi orang kata, kehidupan mesti diteruskan. Jadi, bergembiralah!
Kalau nak tengok gambar orang yang paling rajin, jenguk sini; http://cikgadisofficials.blogspot.com/2012/05/wordless-wednesday-3.html.

P/s: Doakan saya segalanya baik-baik sahaja.

Saya Manusia Yang Sering Lalai, Selalu Lupa

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mei 12 20 Buah Fikiran Pengunjung
Saya punya satu perasaan yang gelisah. Resah. Rasa yang tidak selesa. Terkadang sukar mengulit lena, ada ketika selalu awal lena dibangkit. Apakah ini petanda cinta pada Dia itu kurang upaya. Saya rasa sangat keji bila berada dalam kesusahan baru teruja mengintai Dia, memohon dikuatkan. Saya malu bila dalam senyum dan tawa, segala tentang Dia saya lupa sedang dia pemberi segala. 
Hinanya saat luka berdarah baru kucari arah bergantung sembah.

Terkadang saya sombong dan angkuh sesama manusia, beradu asa siapa yang lebih bertenaga. Tapi Tuhan maha kuasa, itu yang ada ketikanya saya lupa. Terhimpit alpa. Terkadang saya lupa siapa saya. Dunia semakin memamah jiwa, hingga ada tikanya saya terlalu leka. Tuhan, maafkan hambaMu ini yang sering lalai dan lupa. Tuhan, aku mohon peluklah aku dalam kasihMu, sesungguhnya Engkau maha pengasih dan maha penyayang.

P/s: Engkau ada Tuhan untuk bergantung harap. Doakan saya supaya menjadi hamba yang setia.

Cuti-Cuti Malaysia; Jom Jelajah Utara!

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Mei 11 22 Buah Fikiran Pengunjung
Hajat di hati cuti semester kali ini nak ke Utara Malaysia. Lama benar tak jejak ke sana. Dapat menapak di Perlis dan Kedah dua tiga hari pun dah cukup. Kata orang, Kedah dengan Kelantan ni ada keserasian. Manalah tahu dapat jodoh ada di sana. Kan?
Pasangan ini lagi menguatkan saya untuk ke sana. Teringin sangat nak ke kenduri kawan saya ni. Geng kacip sebab praktikal sama-sama dahulu. Puan Nor Khairiah ni dah diijab kabul dengan Muhamad Asyraf ni Mac lalu. Harap berbahagia hingga ke syurga. Kalau ada kesempatan nak juga ke rumah roomate saya. Alang-alang ke utara orang kata. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keadaan. Harapnya segala urusan dipermudahkan.
Bila tiba masanya cuti sekolah, banyaklah kendurinya. Sepupu-sepapat, senior-senior, kawan rapat masa budak-budak, geng bola tampar. Mohon maaf jika undangan tak disempurnakan. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian dan semoga majlis yang dilaksanakan nanti berjalan lancar.

P/s: Sedang menyeru roh ulangkaji, peperiksaan akhir semester menghampiri, ada beberapa hari lagi.

Sebab-Sebab Rakyat Malaysia Tidak Berkahwin

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Mei 8 18 Buah Fikiran Pengunjung
Ini hasil bancian yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie dalam persidangan Dewan Negara. Bancian ini telah disasarkan kepada 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur melebihi 25 tahun yang tidak berkahwin dan masih belum berkahwin. Kalah buat assignment, siap buat carta pai bagai. 60% daripada jumlah 2.5 juta itu adalah lelaki. Jom tengok kenapa golongan lelaki tidak berkahwin! 
Tengok. Masalah utama lelaki ialah masalah kewangan. Jadi pihak perempuan perlulah bertimbang rasa tentang perbelanjaan dan segala tuntutan. Pihak lelaki pula janganlah tembak sembarangan, pilih yang  berpadanan. Lain keluarga, lain gaya dan ceritanya. Kalau dah terang-terang keluarga si dia pandang darjat dan pangkat, buat apa nak tunggu buah yang tak gugur-gugur bila kita ni sememangnya tak lulus di mata mereka? Ini bukan masanya untuk tepuk dada, tanya selera. Tapi ni masanya tepuk dada, tanya upaya.
Perempuan pula tak ada calon yang sesuai katanya. Ada. Insyaallah ada. Tuhan jadikan kita berpasang-pasangan. Kadang-kadang tak boleh nak tunggu bulan jatuh ke riba, usaha tu perlu juga.  Abai semua perigi cari tiba. Jangan pula lupa tentang doa. Kalau tak doa nanti, Tuhan cakap kita sombong dengan Dia. Bukan soal suka memilih, sebab kalau nak kahwin memang kena pilih orang yang mampu bimbing kita kan? Cumanya, jangan terlalu memilih.

P/s: Selamat bertemu jodoh yang baik, kawan-kawan. Kalau yang dah kahwin tu semoga bahagia ke alam yang kekal. Doakan yang terbaik buat semua.

Hello, This Is Suki Dania!

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Mei 7 7 Buah Fikiran Pengunjung
Maaf, tajuk macam budak tadika. Entry ini bagi meraikan penjelmaan semula si dia ni yang dah lama hilang daripada dunia blogging. Tengok. Yes, dia memang seorang yang ceria. Otak gila-gila, memang buat kami sekepala.

Pernah dulu tinggal satu dorm bersama. Orang kata banyak mesra, waktu nak jeling-jeling pun ada. Masa muda-muda dulu mengutuk mengata tak kira siapa. Apa orang kata, buat tak tahu sahaja. Gelak ketawa sepanjang masa, memang masalah tu macam tak pernah ada. Bermula awal remaja kenal menyapa, hingga kini masih mengutus kata, harapnya ukhuwah sampai bila-bila, doanya sampai ke syurga.
Saya pilih untuk senyum, walaupun ada sebab muram. dan saya pilih untuk bersabar, walaupun ada alasan untuk kecewa.

Itu kata-kata dia yang saya paling suka. Mungkin sebab dia suka makan Choki Choki, bukan sahaja dia ni nampak manis, tapi susunan kata dia pun semanis Choki-Choki. Dia penulis yang baik. Hey, tiba-tiba segan sembang tentang dia. chow!

P/s: Alahai comelnya lesung pipit dia. Kahwin nanti jemput ya sayang. Xoxo!

Budaya Masyarakat Melayu; Suka Jaja Cerita?

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Mei 4 23 Buah Fikiran Pengunjung
Bila orang pakat balik kampung ni mulalah bilang kelkatu di siling. Update status Facebook laju-laju sampai orang naik meluat. Kemudian... Jom conteng blog! Baik, sekarang kita bercakap tentang budaya orang Melayu. Melayu, sayang. Bukan Cina, bukan India. Bukan.

Perasan atau tidak, masyarakat kita ni suka sangat sebar-sebar cerita. Agen penyebaran nampak gayanya. Mahu ambil beratlah kononnya. Bila ketat mulut semangat nak cerita tentang sesuatu/seseorang tu, ada pula ayat ni pada hujungnya, "tapi jangan bagitahu orang lain, setakat pengetahuan kita-kita sahaja ni." Amboi, ayat penyedap hati! 
Kebiasaannya cerita tu takkan terhenti di situ. Cerita tu akan diceritakan pula kepada orang lain dengan memetik skrip yang sama pada hujungnya, "tapi jangan bagitahu orang lain, setakat kita-kita sahajalah ni." Alahai, comel bukan? Dan begitu jugalah seterusnya cerita itu akan disebarkan. Hasilnya, semua orang tahu. Bukan setakat kita-kitalah kan?

Jadi mulai saat ini ayuh kita jangan sibuk-sibuk tentang hal orang lain tambah-tambah lagi dalam menyebarkan keburukan orang. Kalau nampak orang buat keburukan, tegurlah, tak perlu jaja cerita satu taman. Tegur menegur dengan cara yang betul tu kan comel, dapat pahala lagi.

P/s: Mengumpat adalah haram.

Dia Bukan barang Urus Niaga, Sayang !

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Mei 3 15 Buah Fikiran Pengunjung
Dia bukan barang urus niaga yang selayaknya engkau dagangkan seolah-olah langsung tidak ada padanya apa itu yang dikatakan 'perasaan'. Dia juga manusia; punya jiwa. Cinta itu tak tentu hadirnya, kadang-kadang datang tanpa di sangka. Jangan salahkan dia bila dia salah mencinta, itu bukan yang dia pinta.

P/s: Tolong jangan kejam bila engkau yang dipilih untuk disayanginya.

...Tulisan Rakan Blogger