Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Semakan Keputusan BR1M 2.0 | Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 30 16 Buah Fikiran Pengunjung
Saat-saat duit poket menipis dan lama-lama makin susut dan menghilang ni, eloklah buat-buat cakna tentang Bantuan Rakyat 1 Malaysia ni. Kalau ada rezeki, merasalah kita.

Talian Hotline BR1M : 1-800-222-500 / 1-800-88-2716
Talian Khas BR1M : 03 8313 8987 / 03 8313 8988 / 03 8313 8989
atau emel br1m@treasury.gov.my

P/s: rasa penat dan jenuh nak hubungi sebab talian asyik sibuk. Tunggu surat sampai. :)

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 | 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 29 11 Buah Fikiran Pengunjung
Asyik-asyik orang sembang tentang laman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ni, sekali sekala ubah angin jenguk laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Isu-isu semasa ni penting juga buat buah bicara, kan? Setakat ni tiada lagi pengumuman tentang tarikh sebenar pilihanraya, tapi saya nujumkan 30 Mac 2013. 

Tarikh akhir bagi pembubaran parlimen ialah pada 24 April 2013 - SPR

Mana-mana yang belum daftar mengundi tu, daftarlah. Ini tanggungjawab dan kewajipan. Bukan nak buat kempen ni, cuma nak berceloteh isi masa terluang... Jangan nak mudah terpengaruh. Kaji dan teliti, fikir dan halusi. Moga Malaysia terus aman dan makmur...

P/s: Main teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen pun enak juga.
Sumber Gambar : Menshi Chow

Tentang Masa | Untung dan Rugi

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 28 10 Buah Fikiran Pengunjung
Hakikat berkejaran setiap pagi untuk ke sekolah. Jarak yang dekat namun terasa jauh dengan terpacaknya beberapa lampu isyarat dan terbentuknya beberapa zon kesesakan. Langit berubah warna dalam perjalanan. Bermula daripada brek berpandukan lampu isyarat hinggalah brek berpandukan abang polis trafik.

Saat bertolak jam 6.40 pagi, saya mampu sampai di sekolah sebelum jam 6.50 pagi. 
Saat bertolak jam 7.00 pagi, paling awal boleh sampai jam 7.35 pagi. 

Dunia sarat dengan hal untung dan rugi. Begitu juga dengan masa.

Dan saya memilih untuk bertolak jam 7.00 pagi. Sediakan sarapan dan memilih untuk sarapan di dalam kereta. Gastrik dah buat saya mula rasa sulit. Bersarapan di sekolah? Rasa macam tidak sempat. Makan dengan gelojoh boleh buat kita semput. Jadi jom nikmati sarapan pagi di dalam kereta.

P/s: Baru Kota Bharu. Lepas ni kalau dapat posting di kawasan terlajak bandar Kuala Lumpur, tak tahulah.

Muat Turun Lagu Sempena Sambutan Maulidurrasul

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 27 11 Buah Fikiran Pengunjung
Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah akan dilaksanakan pada Selasa nanti, 29 Januari 20013. Tugas sampingannya, cari lagu yang berkaitan dengan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W untuk diperdengarkan sepanjang berlangsungnya majlis nanti, andai diperlukan.

  1. Raihan, NowSeeHeart & Hijjaz - Junjung Mulia
  2. Raihan & NowSeeHeart - Nabi Anak Yatim
  3. Raihan - Ya Rasulullah
  4. Raihan - Ya Nabi Salam Alaika
  5. Raihan - Ya Rasulullah Salamun Alaik
  6. Raihan - Sifat-sifat Nabi
  7. Raihan - Terima Kasih Ya Rasulullah
  8. Raihan - Utusan Terakhir
  9. Raihan - You Face Is Bright
  10. Hijjaz - Rasulullah
  11. Hijjaz - Dia Kekasih Allah
  12. Hijjaz - Hasbi Rabbi
  13. Hijjaz - Solla 'Alaikallah
  14. Hijjaz - Hasbi Rabbi
  15. Rabbani - Selawat Nabi
P/s: Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sepanjang masa.

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 | 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 25 4 Buah Fikiran Pengunjung
Dalam urusan kerja yang selalu buat kita rasa berkejaran, jangan pernah abaikan ingatan terhadap Tuhan. Maaf buat pertama-tamanya. Masa untuk bertenggek di blog sendiri mahupun rakan-rakan amat terhad. Banyak perkara perlu diusaikan. Terbarunya urusan penyerahan wang bantuan persekolahan RM100 yang telah dilaksanakan pada 23 Januari lalu. Mujur keesokannya cuti, dapat juga bersantai. Dapatlah jenguk blog rakan-rakan.

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 merupakan hadiah buat setiap murid tahun satu sehingga tingkatan 5 seperti yang telah dijanjikan oleh Pendana Menteri Malaysia.

Zaman sekarang, memang sangat memerlukan "hitam putih" dalam segala urusan yang melibatkan kerajaan, lebih-lebih lagi dalam urusan yang melibatkan kewangan. Bertugas sebagai AJK pendaftaran dan pembahagian kupon, tidaklah memenatkan, cuma memerlukan sumbangan kudrat dan masa. Alhamdulillah, segalanya selesai.

P/s: Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

WW #25 | Himpunan Guru Muda 1 Malaysia

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 23 8 Buah Fikiran Pengunjung

Tarikh Cuti Berganti Sempena Tahun Baharu Cina Tahun 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 18 12 Buah Fikiran Pengunjung
Jika merujuk kepada takwim persekolahan 2013, tarikh cuti berganti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ialah pada 26 Januari 2013 (Sabtu). Namun begitu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk meminda tarikh tersebut pada 9 Mac 2013 (Sabtu). Atur perjalanan pulang dengan bijak.

Kredit Gambar: Wallpapersshop

Bantuan Lesen 1 Malaysia 2013 (BL1M)

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Januari 17 16 Buah Fikiran Pengunjung
Rakyat dihujani jenama 1 Malaysia dan sekarang tiba masanya giliran Bantuan Lesen 1 Malaysia. Para belia yang belum ada lesen tu boleh cuba mohon. Enam tahun yang lalu saya buat lesen, melayang duit RM 1100 untuk lesen motor dan kereta. Bantuan lesen ni rasanya memang berbaloi.

Syarat Kelayakan:
  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
  9. Tiada cara pintas

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888. Bolej juga berkunjung cawangan pejabat UMNO bahagian yang berdekatan; semak di http://www.bl1m.my/download/allcontact.pdf

Ingin mendaftar? Daftar online di http://www.bl1m.my/daftaronline.html atau muat turun borang di http://www.bl1m.my/download/Form%20BL1M%20FA.pdf.

P/s: Jom beli gandum 1 Malaysia, nak buat jemput-jemput!

Semakan Penempatan Guru Interim Lepasan PISMP IPG 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 16 11 Buah Fikiran Pengunjung
Ribuan penuntut IPG seluruh Malaysia yang menamatkan pengajian pada November tahun lalu bakal ditempatkan di sekolah dijangka mulai Januari 2013. Senarai bakal guru lepasan PISMP, B.Ed. Tesl dan IPTA yang akan ditempatkan di SJKC dan SJKT telahpun dikeluarkan pada hari ini, 16 Januari 2012. Boleh semak dipautan http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002705.pdf.

Calon yang tersenarai boleh merujuk Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan untuk urusan penempatan Sekolah.

Bagi mereka yang belum tersenarai, nama kalian akan tercatat dalam kategori Sekolah Kebangsaan (SK) dan senarai tersebut bakal menyusul kemudian, mohon bersabar. Senarai penempatan bagi guru-guru SK akan diumumkan secara berperingkat.

Panduan carian:

P/s: Tidak perlulah sampai juling mata.
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dapatkan Domain .My Secara Percuma 2013!

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 15 7 Buah Fikiran Pengunjung
Asia Host berbesar hati ingin memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuota domain yang berakhir dengan .my. kali ini mereka akan memberikan lagi 2000 kuota secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kepada sesiapa yang belum tahu, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini, anda akan dapatkan domain ini secara percuma dan hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 serta tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting: domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma.

Langkah-Langkah:

  1. Daftar di AsiaHost.
  2. Klik 'Domain Names' > 'Register Domain'
  3. Tempahlah domain impian anda secara percuma !
  4. Sila gunakan promotion code "belia"

Anda boleh menggunakan fasiliti kotak carian domain idaman anda:
Domain:

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Malaysia KSSR

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Januari 14 3 Buah Fikiran Pengunjung
Sementara menunggu penempatan, isi masa terluang dengan persiapan di sekolah nanti. kurang pengalaman dalam bidang KSSR membuatkan saya perlu mengintai dunia ini dengan lebih teliti. Buat rujukan di masa hadapan; Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Malaysia Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

  1. RPT Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (1)
  2. RPT Bahasa Malaysia KSSR Tahun Dua (2)
  3. RPT Bahasa Malaysia KSSR Tahun Tiga (3)

APDM Sekolah Malaysia 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 13 12 Buah Fikiran Pengunjung
Guru-guru lagi berlumba-lumba dengan masa. Menyiapkan segala tugas dan urusan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan. Kini tiba masa untuk menguruskan seberapa segera maklumat yang perlu dikemaskini dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian 2013.

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid melalui laman http://sekolahmalaysia.com/.

P/s: Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan

Alhamdulillah | Rezeki Awal Tahun 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 12 6 Buah Fikiran Pengunjung
Permulaan yang baik dalam tahun 2013, alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tiga perkara yang memang tak saya lupa. Pertamanya, cek daripada Nuffnang dah sampai. Keduanya, menang pertandingan yang telah dianjurkan oleh KillerKips, dan ketiganya saya mula dapat kerja baharu.


  1. Nuffnang macam dah akin menyombong lagi-lagi selepas dapat cek pertama tahun lepas, tapi saya masih boleh bertahan dengan Nuffnang setakat ni walaupun dah ramai beralih arah..
  2. 'Contest: Top Referer Get RM100 Topup!' merupakan pertandingan pertama saya di tahun 2012 dan mungkin pertandingan ketiga sepanjang saya terjebak dalam dunia blogging. Terima kasih KillerKips, anda sangat pemurah dan baik hati..
  3. Selepas kerja pertama hanya bertahan selama dua hari, harapnya kerja yang baharu ini merupakan kerja kekal sementara menunggu panggilan penempatan kerja yang sebenar-benarnya. Mohon doakan..

P/s: Jom amalkan Ayat Seribu Dinar !

Beza Antara Istiqamah dan Konsisten

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 11 9 Buah Fikiran Pengunjung
Tadi pagi saya lagi berkejar-kejaran dengan masa, menyambut kedatangan nenek dan bergegas pula untuk janji temu dengan sahabat di zaman hingusan dahulu. Sambil-sambil sarapan tu, antara dengar tak dengar tutur kata ustaz dalam program Tanyalah Ustaz. Ada baiknya juga mak beli televisyen untuk diletakkan di ruangan dapur ni.

Satu hal yang buat saya pasang telinga, bila ustaz tu bercerita tentang beza antara ISTIQAMAH dan KONSISTEN. Kebiasaannya bila orang tanya kita tentang makna 'istiqamah,' laju kita menjawab, "istiqamah itu konsisten." Ya, kan?

Tapi menurut ustaz tu, 'konsisten' itu bila kita lakukan sesuatu secara berterusan, manakala 'istiqamah' pula saat kita melakukan sesuatu hal itu secara berterusan namun ada peningkatan dalam amalan tersebut. Sebagai contoh, dalam aspek sedekah, kita berterusan memberikan sedekah kepada tabung masjid namun jumlah sedekahnya meningkat seiring masa. Barangkali tahun ini RM 1, tahun hadapan boleh jadi RM 1.50.

P/s: Sekadar perkongsian, mohan dibetulkanmana-mana yang salah...

Konvokesyen Guru PISMP Keluaran IPG Tahun 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Januari 10 14 Buah Fikiran Pengunjung

Semua penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia akan berhimpun untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian pelajaran Malaysia (IPG KPM) kali ketiga pada 27 hingga 29 Mei 2013, di PICC Perbadanan Putrajaya (PPj), Putrajaya. Pada tarikh tersebut, enam sidang akan berlangsung dan majlis raptai akan dilaksanakan bermula 26 Mei 2013. 
** Tertakluk kepada pindaan.


P/s: Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak RM200.
Kredit Gambar: http://www.lmsipda.net/

Doa Setelah Bangun Daripada Tidur

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 9 13 Buah Fikiran Pengunjung
doa selepas tidur, sunnah rasulullah, baca doa selepas bangun tidur, doa harian, doa bangun tidur


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur


Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati dan kepada-Nya kami dikembalikan.

P/s: Perkara mudah, doa sebelum tidur tapi kadang-kadang kita lupa. Moga jadi amalan yang tidak pernah dilupakan.

Jom Sertai Bloglist 2013 Ahsfantasy24.Com

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 6 20 Buah Fikiran Pengunjung
Setiap blogger rasanya akan ada bloglist mereka yang tersendiri bagi memudahkan mereka untuk melihat kemaskini terbaru dan melawat ke blog rakan-rakan dengan mudah. Jom penuhkan bloglist Ahsfantasy24.Com. Tak perlu buat entry khusus dan banyak syarat bagai. Tapi kalau ada yang berbesar hati nak buat entry dan ajak kawan-kawan yang lain, saya menghargainya..

Cukup senang, cuma letakkan alamat blog anda di sini: AHSFANTASY24 FANPAGE. Tak naklah letak  berterabur merata-rata. Dialu-alukan untuk tekan butang Follow, Like atau G+ (di header). Tiada paksaaan, kalau ikhlas, silakan.. Selamat maju jaya semua!

P/s: Layan Anugerah Juara Lagu tak malam ni?

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu 12 Buah Fikiran Pengunjung
Blog NazimHassan adalah merupakan blog gaya hidup, catatan kisah sejarah, kekeluargaan, pelancongan dan perkongsian fakta menarik untuk mengisi ruang masa dalam kehidupan sebagai seorang lelaki bergelar suami, ayah dan anak. Menjadikan blog www.hasrulhassan.com sebagai blog pendidikan buat blogger, blog ini menampilkan cerita yang berinformasi untuk semua.

Ingin memeriahkan segmen Tambah Trafik Tambah Follower? Klik: http://www.hasrulhassan.com/2013/01/segmen-2013-tambah-trafik-tambah.html
Blog Pendidikan buat Blogger!

E-Vetting | Tapisan Keselamatan Kerajaan Malaysia

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Januari 5 34 Buah Fikiran Pengunjung
Prosedur seperti kebiasaan, sebelum terlanjur bertugas dan berbakti, setiap penjawat awam perlu melepasi tapisan keselamatan yang diselia oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia di Jabatan Perdana Menteri (http://www.cgso.gov.my/). Mana-mana bakal penjawat awam yang belum mengisi jom ke http://evetting.cgso.gov.my//login.php. Bermula dengan buat permohonan, sehinggalah cetak sijil pengesahan. Pengesahan mengambil masa sebulan bermula tarikh permohonan dihantar.

Segala pertanyaan boleh rujuk:
Nooreen Nordin
Unit ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
0388726066

P/s: Moga dipermudah segala urusan kita semua.

Beli Jersi Pasukan Bola Sepak Kelantan 2013 | TRW

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Januari 4 8 Buah Fikiran Pengunjung
Seperti yang dah dirancang, hari ni meronda-ronda jajahan Kota Bharu dan Bachok. Isi kelapangan yang ada, beberapa bulan nanti barang kali dah berjauhan dengan teman-teman rapat di kampung. Makan-makan isi perut di kafetaria D' Klassik White Coffee Kubang Kerian, singgah kejap di Wisma Haminah, jenguk baju The Red Warriors (TRW) musim 2012 sebelum meneruskan sesi lepak di Pantai Irama, Bachok.


Tak adalah nak beli sangat tapi bila kawan dah menggelupur nak singgah tu, terus nak cari jersi warna putih atau hitam hajatnya, tapi nasib tak menyebelahi bila di kedai tu cuma ada stok warna merah, RM89.90. Boleh datang lagi minggu hadapan, kata pekedai tu. Banyak sangat cap penajanya tapi saya tak kisah, tetap boleh senyum. Bagi yang  berminat nak dapatkan jersi ni, boleh dapatkan di:

Pejabat Warriors.com
2723 B, Wisma Haminah,
Jalan Wakaf Stan, 16150,
Kubang Kerian, Kelantan. Malaysia.
http://warriors.com.my/

P/s: Jersi 2013 untuk kebanyakan pasukan nampak menarik, selamat maju jaya buat semua.
Kredit Gambar:  AStwentytwo

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala FA 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Januari 2 14 Buah Fikiran Pengunjung
Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala FA 2013, Jadual Perlawanan Bola Sepak  2013,Jadual Perlawanan Bola Sepak. jadual, perlawanan bola sepak.
Makin meriah nampaknya arena bola sepak kita sampaikan pemain-pemain kita nampak macam dah sebaris artis. Habis semua benda nak jadi gosip. Oh, tidak tidak! Moga semuanya bergaya di posisi masing-masing, takut ke laut pula jadinya. Boleh intai-intailah pasukan kegemaran anda tu, kmpulan mana, bakal lawan siapa. Selamat maju jaya buat semua.

P/s: Majulah bola sepak untuk negara?

Budak 13 Tahun Cuba Merogol di Tahun Baharu 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Januari 1 18 Buah Fikiran Pengunjung
Kisah ini khabarnya berlaku dalam tandas perempuan di stesen minyak Jalan Munshi Abdullah . Dalam facebook dah heboh bercerita, saya ternampak berita ni di laman Oh Media, satu Malaysia barang kali sudah tahu. Pemangsa yang melakukan cubaan rogol yang berusia dalam lingkungan 13 tahun dan berasal dari Taman Bukit Rambai, Melaka itu berjaya diberkas setelah jeritan mangsa telah didengari oleh kakitangan dan pelanggan di situ.

Kesahihan berita ini tidak dapat saya pastikan, cuma mohon sejenak berfikir, betapa dunia kita semakin tenat. Situasi yang tak tercapai dek akal, tapi sekarang? Persoalannya sekarang bukan sahaja apa yang berlaku, tapi juga rentetan kepada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya kes seumpama ini. Mohon sayangi diri, keluarga dan masyarakat. Tanpa agama, kita bukan sesiapa.

P/s: Keruntuhan akhlak dan moral yang membimbangkan? Harapnya berita ini tidak benar.

Cara dan Panduan Permohonan Guru Ganti

Posted by Ahsfantasy Ryu 178 Buah Fikiran Pengunjung
Guru ganti atau Kumpuan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini biasanya akan diperlukan bagi memenuhi kekosongan sementara guru yang sedang bercuti atas sebab masalah kesihatan, bersalin, menyambung pelajaran, atau sebab-sebab lain yang berkaitan. Kelayakan minimun pemohon ialah SPM.

Saya kongsikan pengalaman saya untuk memohon jawatan guru ganti sementara menunggu panggilan ditempatkan di sekolah melalui saluran Bahagian Pendidikan Guru Malaysia. Mula-mula sekali kita perlu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di tempat kita nak mohon. Contohnya kalau nak sekolah dalam daerah Kota Bharu, mohonlah di PPD Kota Bharu di Jalan Telipot tu. Jangan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), sebab yang menguruskan guru ganti ialah pihak PPD.

Bila nak ke PPD tu sila siapkan beberapa dokumen yang diperlukan, contohnya:
  • Resume;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan surat beranak;
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan sijil-sijil atau dokumen pengiktirafan yang berkaitan;
  • Gambar Passport (1 keping).
Gambar passport tu diperlukan semasa kita mengisi borang yang akan diberikan oleh pihak PPD nanti. Semua salinan sijil dan dokumen yang hendak diserahkan tu pastikan disahkan terlebih dahulu. Sijil tak perlu nak berkepul-kepul, cukup untuk menunjukkan kelayakan kita untuk jadi guru ganti. Lepas dah siap semuanya, cuma tunggu panggilan daripada pehak mereka.

Muat turun Contoh Resume (Bahasa Melayu) yang boleh digunakan.

Sudah Ketemu Januari yang Ditunggu | 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu 7 Buah Fikiran Pengunjung
Kurang kata yang mampu disusun, cuma secebis doa, "semoga lembaran ini akan memberikan jutaan rahmat dan moga-moga kehidupan di tahun ini jauh lebih baik daripada hidupnya kita pada tahun-tahun sebelumnya."

Kena fikir elok-elok tentang azam untuk tahun ini dalam menetapkan target yang hendak digazet. Tak nak dah macam tahun-tahun yang sebelumnya; sembang lebat tapi azam berkulat. Oh!

P/s: 2013; Bismillahirrahmanirrahim.

...Tulisan Rakan Blogger