Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Umran Samsudin - IPTAA Dalam Kenangan

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Februari 25 8 Buah Fikiran Pengunjung

Orang kata, bila ada dalam genggaman, tak adanya nak termimpi-mimpi. Tapi bila dah berjauhan, boleh tahan juga rindunya. Tiga bulan meninggalkan bumi Afzan (IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan). Bukan rindu nak pulang atau kembali ke sana, tapi rindu kenangan-kenangan yang tercipta. Lima tahun lima bulan menyemai segala rasa, dan kini masa untuk menganjak ke lembah dewasa. Terima kasih atas segala jasa, warga Afzan tercinta.

IPTAA dalam kenangan,
kasih sayang kemesraan,
jasa bakti yang dicurahkan,
tak mungkin dilupakan.

Sungguh indah alam perguruan,
tuntut ilmu pendidikan,
bakal guru gigih mulia,
sihat cergas sempurna.

Demi masa hadapan,
saat ketika untuk berpisah,
rindu rakan seperjuangan,
tunaikan baktimu.

IPTAA dalam kenangan,
kekal dalam ingatan.


P/s: Lagu ciptaan Encik Umran ni memang dah lama berhantu dalam lubuk jiwa. Terima kasih, Tuhan atas anugerah perjalanan yang indah.

Berani Untuk Katakan 'Tidak'

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Februari 20 15 Buah Fikiran Pengunjung
Dia : Kau buat apa?
Aku: Dokumen pengurusan.
Dia : Kerja Kau?
Aku: Dia punya.
Dia : Bodohnya kau.
Aku: Mungkin.
Dia : Bukan kau tengah sibuk?
Aku: Barangkali.
Dia : Temu duga?
Aku: Ya.
Dia : Kau perlu ruang. Untuk diri sendiri.
Aku: ...
Dia  : Gila.

Memang aku terus akan jadi bahan makian kau, bila aku tersepit dalam timbunan kerja. Kerja entah siapa yang punya, hingga terkadang kerja aku sendiri kucar kacir entah ke mana. Otak sentiasa ligat dan padat dengan urusan 'kerja'. Memang kau nampak aku macam seksa, sebab nak layan kau ke pasar pun aku tak ada masa. Tapi situasi ni buat aku selesa. Buat aku lega untuk sisihkan semua rasa, yang selalu buat aku terduga, yang buat aku rasa tak berguna.


P/s: Lihat dan rasa itu dua perkara yang berbeza.

Semakan Penempatan Graduan IPG | Guru Interim (SK) 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu 16 Buah Fikiran Pengunjung
Selepas redanya kemelut penempatan sejumlah graduan pendidikan keluaran IPG peringkat pertama ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) pada 16 Januari 2013, kini tiba masanya guru keluaran IPG yang menamatkan pengajian pada November lalu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan sebagai guru interim.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia, seramai 740 orang graduan IPG akan ditempatkan di sekolah kebangsaan mulai 1 Mac 2013 atas keperluan sekolah terhadap opsyen-opsyen kritikal.
Untuk penempatan guru interim di Sekolah Kebangsaan bagi negeri Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, dan Melaka, tiada pautan untuk semakan dan segala urusan akan dihubungi oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Penempatan guru interim ke Sekolah Kebangsaan (Sabah/Sarawak) boleh semak di pautan ini:
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3146

Sumber: Utusan Online 

2791 Orang Guru IPG dan IPTA Tidak Akan Ditemu Duga | 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Februari 19 10 Buah Fikiran Pengunjung

Graduan yang tidak ditemu duga ini akan menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

 Aspek yang dinilai untuk kekecualian temuduga SPP:
  1. Memperoleh keputusan Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas;
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam latihan praktikal.

P/s: Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Sumber: Berita Harian

A. Samad Said | Di Atas Padang Sejarah

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Februari 18 10 Buah Fikiran Pengunjung
Di dataran sejarah suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.
Lagu kita rindu demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.

Rumput di kaki, awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya,
kita bersama menjulang panji negara,
bangga dicium angin jati di tengah gelora kita,
sebangsa dan sejiwa murni.

Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.
Diri kita amat padu maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyuburkan kuning berseri.

Kita tenaga jati,
Gah berjuang demi keadilan;
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.

Semakan Panggilan Temu Duga SPP PISMP dan ISMP 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Februari 15 24 Buah Fikiran Pengunjung
Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013.

Semak sama ada anda layak ataupun tidak di sini:
http://anggerik.spp.gov.my/semakan/jadual_temuduga.php http://anggerik.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Senarai semak dokumen yang diperlukan: Senarai semak SPP (calon IPG). Untuk maklumat kanjut, hubungi Pusat Panggilan SPP di talian 03-8871 7330 ataupun rujuk laman web rasmi SPP.

P/s: Zon Utara dah merasa seruan SPP, lain-lain zon mohon sabar :) 

Lagu Terbaru Shila Amzah Untuk Sharnaaz | Masih Aku Cinta

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Februari 14 15 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau ikuti kisah mereka berdua ni, memang dah macam tengok drama. Media jadi produsernya. Kalau nak ulas, sebulan pun tak habis lagi. Kan? Kalau nak dengar, boleh jenguk https://soundcloud.com/shilaamzah/masih-aku-cinta-new-song. Liriknya ada di bawah ni:

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku 

P/s: Keluarga didahulukan, syariat diutamakan.
Kredit Gambar: http://n9kini.net/

Ahsfantasy24.Com Bertukar Kepada CikguAyu.My

Posted by Ahsfantasy Ryu 12 Buah Fikiran Pengunjung
Telah banyak benda yang terperangkap dalam fantasi dan kini masanya untuk mulai serius dan berpijak lebih kepada realiti. Nak tukar semuanya tentang ahsfantasy24 itu sememangnya perlukan masa. Ubah mentaliti, perbaiki diri, tingkatkan amal dan teruskan berjalan. 

Oleh sebab saya rasakan bahawa blog saya banyak mendapat perhatian daripada penduduk Malaysia, saya mengambil keputusan untuk gunakan domain .My untuk mengorat pasaran Google Malaysia. Elok sangatlah bila Cik Innanie promosikan domain percuma.

12 April 2009 saya mula tembusi maya, 13 Disember 2010 saya mula guna domain Ahsfantasy24.Com dan hari ini, 14 Februari saya mula menggunakan domain CikguAyu.My.

Salam hormat dan terima kasih buat semua teman yang telah banyak membantu dan menyokong. Mulakan semula dengan PR0. Kalau ada yang sudi war-warkan perpindahan ini, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. :)

P/s: Mula bertatih. Tapi ni tengah fikir nak cari domain lain. * Ketawa.
Kredit gambar: Aoao2

Ujian Yang Buat Kau Senang

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Februari 13 13 Buah Fikiran Pengunjung
Tidak akan ada satu orangpun yang akan hidup tanpa ujian. Ujian tanda sayangnya Dia kepada kita. Mungkin sebab Dia nak dekatkan kita yang semakin jauh daripada Dia, mungkin juga sebab Dia nak eratkan hubungan yang sedia ada. Dan.. Ada benarnya kata orang:

"Saat diuji dengan kesusahan, ramai yang tabah.  Saat diuju dengan kesenangan, ramai yang rebah."

Tarikh Luput Perkhidmatan Sim 'Broadband' SKMM Celcom

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Februari 9 18 Buah Fikiran Pengunjung

Semalam, bila dah tamat tempoh langganan bulanan SKMM dengan harga RM25 untuk satu bulan, saya terus tambah nilai dengan niat nak teruskan langganan untuk bulan yang seterusnya. Bila dah masukkan kod langganan dan hantar ke 28882 seperti biasa, ini yang saya terima:

Sorry, this plan is no longer available for subscription. To subscribe to other plan, type Broadband & send to 28882.

Sebab nak dapatkan kepastian, terus saya hubungi talian pelanggan Celcom. Hasil borak panjang tentang pakej SKMM ni, kata pegawai pelanggan tu, perhidmatan SKMM hanya sah untuk 1 tahun penggunaan sahaja. Selepas tempoh setahun, pelanggan tetap boleh melanggan tapi dengan kadar biasa (RM50 untuk satu bulan, 1.5Gb penggunaan).

P/s: Pegawai tu juga mencadangkan saya supaya menggunakan pakej Broadband 1 Malaysia Mampu Milik. Alahai bang, duit lagi? :)

Lagu-Lagu Dalam Drama Setia Hujung Nyawa

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Februari 8 12 Buah Fikiran Pengunjung
Dia dah tak jemu pengaruhi saya layan drama Setia Hujung Nyawa. Lagi-lagi bila dah masuk minggu akhir, lagilah berbakul ayat drama yang boleh dikumpulkan daripada dia. Status di laman sosial pun dah berkepuk-kepuk dia conteng segala hal tentang drama tu, layankan sahaja. Mujur dah tamat.
  1. Ada Mu - Najwa Latiff
  2. Maafkan Aku - Last Minute
  3. Mata Hati  - Nubhan
  4. Sastera Si Kupu-Kupu - Mimie Haris
Dan bila kita cakap yang kita dah download lagu-lagu dalam drama tu, dia mula sengih memanjang macam kura-kura.

P/s: Kamu memang tak macam Zain, jauh sangat beza, tapi kamu sangat manis.
Kredit Gambar : EDtv

Penempatan Guru IPG ke Sekolah Kebangsaan (SK) 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Februari 6 18 Buah Fikiran Pengunjung
Penempatan guru-guru PISMP IPG ambilan Januari 2009 ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil secara interim telahpun diumumkan pada 16 Januari 2013 yang lalu. Kini, keputusan penempatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) secara interim pula diumumkan pada 20 Februari 2013 dan 1 Mac 2013. Selepas daripada itu, tiada lagi panggilan untuk guru interim. Penempatan guru secara sah dikhabarkan akan diumumkan pada ** Mei 2013. Tertakluk kepada pindaan. Makin cepat, makin bagus.

Saya tak ada kabel. Cuma layan khabar angin sahaja. Jadi bila kenyataannya bercanggah, mohon jangan frust tertonggeng-tonggeng. Saya pun seperti anda, calon menunggu. :)

P/s: Jangan tanya kenapa penulis makin gemuk. makin bahagia barangkali :D

Titik Berat Antara Aku, Engkau dan Mereka

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Februari 1 15 Buah Fikiran Pengunjung
Kau bahagia? Aku biasa-biasa sahaja.
Kau kecewa? Aku tak rasa apa-apa pun.

Kadang-kadang, hiruk pikuk marcapada memang akan buat aku, kau dan mereka rasa haru. Haru bila kita terlalu ghairah untuk peluk apa yang kita ingin. Terlalu dan keterlaluan. Sedangkan kita tahu dunia ini punya rumus yang tersendiri. Ghairah? Mungkin akan buat kau kalah. Deras? Mungkin bisa buat kau tewas. Setiap sesuatu itu pasti termaktub pada kadarannya. Itu yang selalu aku, kau dan mereka lupa.

Apa yang aku, engkau dan mereka rasa itu mungkin ada beda. Tapi barangkali kita boleh sentiasa selesa saat masing-masing cuba memahami seadanya.

P/s: Semua orang lagi sibuk dengan masing-masing hal.

...Tulisan Rakan Blogger