Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Kembalinya Bonda Tercinta Ke Rahmatullah

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Mei 30 13 Buah Fikiran Pengunjung
Kembali ke rahmatullah, doa untuk ibu, meninggal, dunia, cikgu, ayu

Allah telah rencanakan hidup ini sebaiknya. Dialah sebaik-baik perancang meskipun kita telah bina jutaan perancangan. Ya Allah, tempatkanlah arwah ibuku dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَاب

Ya Tuhan kami, beri akeampunan kepadaku, kepada kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat). - Surah Ibrahim : Ayat 41

P/s: Allah. Allah. Allah.. Kuatkanlah hati hamba-Mu untuk menjadi insan yang sentiasa tabah dan reda dengan takdir-Mu.

Panduan dan Semakan Menduduki Ujian MEdSI ISMP 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Mei 10 4 Buah Fikiran Pengunjung
Pengenalan
Menurut Holland (1998), keselarasan antara ciri-ciri guru dengan sesuatu kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2005), pemilihan kerjaya yang baik adalah seakan-akan sama dengan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau pasak empat segi ke dalam lubang empat segi. Ini bermakna, terdapat keperluan untuk menentukan "individu yang betul untuk kerja yang betul" diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon guru. Berdasarkan matlamat ini serta parameter penting kriteria pemilihan guru iaitu personaliti, minat, pencapaian, nilai integriti, dan kecerdasan emosi. Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) digunakan untuk tujuan itu.

Semakan menduduki Ujian MEdSI bagi kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan September sesi 2013/2014 boleh dibuat melalui http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html

Format MEdSI
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item), dan Kecerdasan Emosi (60 item).

Tujuan MEdSI
Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti, dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI DAN TEMU DUGA


Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

Etika Pakaian Lelaki
  • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in). Memakai kasut dan berstokin; Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki
  • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju; 
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan; 
  • Rambut tidak boleh diwarnakan. 

Etika Pakaian Perempuan
  • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata; 
  • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan; 
  • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana; 
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan; 
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan. 

Rambut Perempuan
  • Rambut tidak boleh diwarnakan; 
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan. 

Membawa Kad Pengenalan /MyKad 
Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 

Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI 
Calon diminta membawa Slip. Slip boleh dicetak melalui laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html). Kegagalan membawa Slip boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian. 

Peralatan yang perlu di bawa untuk Ujian MEdSI 
Ujian MEdSI 
Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut : 
  • Pensil 2B 
  • Getah Pemadam (Eraser) 
  • Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru 

Calon diminta membawa dokumen asal seperti berikut: 
Kad pengenalan/MyKad calon

Keputusan Penuh Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13)

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Mei 6 10 Buah Fikiran Pengunjung
Banyak kontroversi dalam sistem Pilihanraya Umum ke-13 kali ini. Kita himpun semua cerita, simpan dalam lipatan sejarah. Sebagai rakyat Malaysia yang inginkan sebuah negara yang aman harmoni dan berdaya saing, ayuh kita berganding bahu pelihara Malaysia dengan sebaiknya. Harapnya kerajaan baharu ini bakal memberikan khidmat yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Semakan Keputusan Temuduga SPP Guru IPG/IPTA 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Mei 5 4 Buah Fikiran Pengunjung
Keputusan temu duga jawatan pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG41 bagi calon graduan institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditemu duga mulai 19 Februari 2013.

Keputusan ini akan dimuat naik secara berperingkat mengikut tarikh temu duga. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan akan dikemukakan terus kepada calon. Keputusan boleh disemak di sini: http://anggerik.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php.

Dakwat Kekal SPR Menyebabkan Tidak Sah Solat?

Posted by Ahsfantasy Ryu 0 Buah Fikiran Pengunjung
PRU13, Pilihanraya, dakwat kekal, mengundi, 2013, tempat mengundi
Dakwat kekal ataupun Indelible Ink yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang turut digunakan di beberapa buah negara lain seperti China, Ghana dan Denmark ini langsung tidak menimbulkan masalah kepada umat Islam. Berdasarkan laporan uji kaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga bahan utama iaitu airEthanol (55 %) dan Silver Nitrate

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan bahawa dakwat kekal ini sah dibawa dalam solat. Hal ini didatangkan dengan beberapa hujah berasas:
  1. Dakwat kekal tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memudharatkan kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.
  2. Penggunaan alkohol dalam dakwat kekal bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.
  3. Dakwat kekal yang digunakan telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.

P/s: Saya dah mengundi, anda bila lagi?

MB Selangor Umum Isnin 6/5/13 Cuti Sempena PRU13

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mei 4 1 Buah Fikiran Pengunjung
Cuti pada hari Isnin (6 Mei 2013) sempena Pilihanraya ke 13 dilihat sebagai sesuatu yang amat munasabah dan patut diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi. Andaikan tempat mengundi itu jauh daripada tempat kerja, memang agak haru untuk berkejar-kejaran dengan masa. 

Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian hari cuti am itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa pihak berkuasa negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.

Alhamdulillah beberapa negeri telah umum cuti, MB Selangor pun dah isytihar cuti semalam, bolehlah pengundi pulang mengundi dengan tenang, tak perlu tergesa-gesa dalam perjalanan. Tapi kalau dah dapat cuti tu jangan mengada-ngada tak balik mengundi pula. Wang saguhati kan boleh tuntut di Pusat Daerah Mengundi masing-masing.. Selamat menunaikan tanggungjawab!

P/s: Tengah tunggu Kerajaan Malaysia umum cuti pula.
Sumber: MyMetro

...Tulisan Rakan Blogger