Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Tapak Perkhemahan Sungai Pauh, Cameron Highlands

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Julai 13 18 Buah Fikiran Pengunjung
Duduk cameron lama-lama pun, terperap di rumah lebih aman. Lagi-lagi bila hujung minggu tiba. Jalan sesak nak kentut pun tak selesa. Kalau jenis yang suka travel, camping, boleh pilih Sungai Pauh CampSite. Terletak di Tanah Rata dalam kawasan Pejabat Hutan Cameron Highland berhampiran Taman Sedia. Taman sedia ni satu-satunya perkampungan Melayu di Cameron Highlands. 
Kalau malas nak memasak, di Taman sedia tu ada beberapa kebun strawberi macam YZ, Al Mashoor, KHM dan lagi satu tak ingat dah sebab yang tu tersorok sedikit. Di kebun ni fokus utamanya ialah produk-produk berasaskan strawberi. Setakat kuih, laksa, mi, bihun, nasi lemak, di kedai YZ ada.

Pengalaman pertama berkhemah di sini masa bawa anak murid menyertai Korobori Pengakap pringkat Cameron Highlands. Suhu malam memang mencabar, bangun pagi tu bercakap keluar asap. Gara-gara tak bawa sleeping bag, maka tidur malam tak lena, menggigil sampai rasa macam otak jadi beku. Selimut macam tak ada makna!

Kalau dah minat camping, biasanya akan minat hiking kan? Ada beberapa puncak yang boleh ditawan di sini, antaranya Gunung Berembun, Gunung Irau dan Gunung Berinchang. Tapi setakat ni saya hanya sempat tawan Gunung Berembun dan Gunung Berinchang. Iring anak-anak punya hal, gagahkan juga naik gunung. 

Kalau nak jimat belanja, berkhemahlah dengan membawa khemah sendiri. Sewa tapak dalam 5 Ringgit Malaysia sahaja per kepala. Boleh hubungi pihak Pejabat hutan di talian 09-3551060 atau 05-4911384.

P/s: Naik gunung punya fasal, siap ada yang terberak dalam perjalanan nak sampai puncak.

18 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger