Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Banner Alas Meja Murid Sekolah Cantik dan Murah

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, April 1 0 Buah Fikiran Pengunjung
Suasana bilik darjah yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten perlu diberikan penekanan oleh guru kelas. Guru-guru perlu mewujudkan bilik darjah yang bersih, ceria serta bermaklumat yang pastinya dapat memotivasi dan mendisiplinkan murid-murid kelak. Persekitaran yang sihat dapat membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk menjadikan kelas bersih dan ceria. 





Kos memang agak besar, namun jika murid dididik untuk menghidupkan tabungan keceriaan, bulan keempat persekolahan, guru telah boleh mendapatkan alas meja murid dengan kos minimum. Memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati adalah penting dalam mendidik murid menghargai kelas mereka.





Sekiranya guru-guru tidak berminat untuk menggunakan kata-kata motivasi pada alas meja, boleh juga memilih item bermaklumay yang boleh dijadikan rujukan kepada murid sepanjang sesi pembelajaran. Alas meja berkonsep aksara seperti abjad dan nombor serta carta sifir pastinya membuatkan murid lebih mudah belajar dan membuat rujukan.





Terdapat juga alas berbentuk permainan. Melalui alas meja ini, guru boleh memanfaatkannya dengan membina sesi pembelajaran yang menarik dan menggalakkan persaingan sihat. Murid boleh bermain sambil belajar. :)





 Material Banner (Tarpaulin).
 Standard ; 300gsm
 RM 4.50 / 1pcs 

 Ukuran ; +/− 20 x 28 (inch)
 Lebihan 1inci sekeliling
 Postage ; RM20/20pcs - SM
 RM26/20pcs - SS






❤ O ORDER Via Whatsapp - http://GenY.wasap.my

Banner Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Posted by Ahsfantasy Ryu 0 Buah Fikiran Pengunjung

Program Anti Dadah adalah satu bentuk pendidikan awal kepada anak-anak murid untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah dan terjebak dalam masalah sosial. Berdasarkan senario semasa, ramai anak muda yang terlibat dalam penagihan dadah adalah merupakan mereka yang tidak mendapat didikan awal berkaitan dengan bahayanya dadah.

Kebanyakan jenayah dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah di kalangan mereka yang tidak mendapat didikan awal berkaitan dengan bahayanya penyalahgunaan dadah. Pendedahan awal dalam pencegahan dadah ini adalah sangat penting memandangkan murid di sekolah adalah gologan yang paling sesuai. Semua sekolah perlu mengadakan kempen kesedaran ini dengan menganjurkan program-program khas dan juga sebaran maklumat secara konsisten.

 Beli satu set (6 banner) 
 RM 90 - Tebal 380gsm 
 RM 75 - Normal 300gsm 
 Saiz ± 12"x60"
 PVC Pipe atas dan bawah

❤ O ORDER Via Whatsapp - http://GenY.wasap.my

Semak Perniagaan / Syarikat Berdaftar dengan SSM

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Oktober 24 7 Buah Fikiran Pengunjung
Urusan jual beli di internet semakin rancak, perniagaan melalui atas talian ini semakin mendapat tempat di hati para pelanggan kerana urusan ini mampu menjimatkan masa, tenaga dan kos sampingan untuk mendapatkan barangan yang dihajati mereka. Sebagai contoh, sekiranya kita mahu membeli sepasang kain untuk dibuat baju kurung, mahu ke Jalan TAR pun sudah memakan masa dengan kesesakan lalu lintas dan sitambah pula dengan kos minyak petrol dan caj tempat letak kereta, tambah lagi dengan terpaksa berebut kotak tempat letak kereta. Kalau parking jauh daripada kedai, telan lagi tenaga dan masa. Rumit bukan?

Jadi, gunakan sahaja medium internet. Bina kepercayaan anda melalui testimoni pelanggan terdahulu. Mahu lagi yakin, semak juga pendaftaran perniagaan mereka di lama sesawang SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Sebelum saya melalut panjang, ikut sahaja langkah semakan ini:
  1. Masuk ke portal Suruhanjaya Syarikat Malaysiahttps://www.ssm-einfo.my/
  2. Kemudian daftar sebagai ahli melalui pautan Register Now as e-Account Member !
  3. Selepas mendaftar, boleh daftar masuk menggunakan Username dan Password yang anda cipta.
  4. Seterusnya, anda boleh membuat semakan melalui butang 'Search' menggunakan nama atau nombor pendaftaran syarikat yang anda ingin semak.
  5. Semudah ABC.

Tunggu Sahaja

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 20 2 Buah Fikiran Pengunjung
Tunggu sahaja sampai mati, sampai dia hilang gerak tari,
Tunggu sahaja sampai mati, sampai dia bosan jalan ke lobi,

Tunggu sahaja sampai mati, sampai dia penat jadi pemerhati.
Tunggu sahaja sampai mati, sampai dia lelah berdiri sendiri, 

Tunggu sahaja dia ke mari, sampai mimpi pun takkan kembali,
Tunggu sahaja sampai sepi, sampai dia rela dipeluk pengganti.
Tunggu sahaja.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Julai 30 2 Buah Fikiran Pengunjung
Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk menikmati Aidilfitri kali ini. Hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Syukur juga masih diberikan kesempatan mengetuk kekunci di laman ini. Tiada ucap lain yang nak dilafazkan, cuma ucapan Salam Aidilfitri, mohon maaf untuk salah dan silap yang ada meski kita tidak pernah bersua muka.

...Tulisan Rakan Blogger