Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Julai 30 2 Buah Fikiran Pengunjung
Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk menikmati Aidilfitri kali ini. Hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Syukur juga masih diberikan kesempatan mengetuk kekunci di laman ini. Tiada ucap lain yang nak dilafazkan, cuma ucapan Salam Aidilfitri, mohon maaf untuk salah dan silap yang ada meski kita tidak pernah bersua muka.

Kad Walimatul Urus Percuma untuk Cik Gadis !

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Julai 19 5 Buah Fikiran Pengunjung

Hujung minggu bertapa di rumah, gaji dah kering, duit bonus raya dah lesap. Jadi layankan sahaja Photoshop. Untung-untung Cik Gadis nak kahwin ni, dia dapat design percuma macam ni. Berasap berapi Photoshop nak siapkan design macam yang dia nak.

Lama sangat dah tak menulis di blog rasa alahai janggal nak menulis.

Walaupun Ramadan dan main lambai-lambai dengan Syawal, saya tak nak ketinggalan ucap selamat berpuasa! Moga-moga setiap apa yang kita lakukan, mendapat reda Allah.

Nota: Design sahajalah percuma, kos cetak biar dia yang uruskan. Okay, jom Tarawih !

Spesifikasi Saiz Kad Jemputan Perkahwinan

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Julai 12 2 Buah Fikiran Pengunjung


Nak tidur, dah tak lena. Jadi sekarang rasa macam nak kongsikan tentang kad kahwin. Macam-macam dimensi saiz kad kahwin yang dapat kita pilih. Nak reka letak sendiri pun senang bila kita tahu saiz ni. Pada kebiasaanya, kita perlu tinggalkan 3mm ruang daripada hujung kertas supaya hasil kerja kita tidak terganggu semasa proses cetak dan potong kad nanti.

Jangan lupa tentang perkara ini bila kita mula design kad nanti:
  1. Gunakan format warna CYMK;
  2. Tetapkan resolusi kepada bacaan 300;
  3. Jarakkan 3mm daripada setiap hujung kad;

Nak jimat, buat sendiri sahaja kad kahwin kita. Tempah mahal-mahal sampai RM 1.50 satu kad pun nanti akan ditongsampahkan juga. Asalkan mencapai matlamat undangan dan pemandu arah, sudah lebih daripada memadai. *Senyumlah. Jangan pening-pening kepala.
Jom intai tulisan lama: Kad Kahwin Percuma

Ukuran Saiz Kertas Antarabangsa

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Julai 1 3 Buah Fikiran Pengunjung
Kebiasaannya kita akan memerlukan ukuran saiz kertas ini sewaktu percetakan. Saya juga memerlukan saiz ini dalam urusan kerja yang melibatkan cetakan. Jadi, saya tempek di sini agar senang untuk dijadikan rujukan.
Size (Saiz)
Height(Tinggi)  x Width(lebar) (mm)
Height(Tinggi) x Width(lebar) (in)
4A0
2378 x 1682 mm
93.6 x 66.2 in
2A0
1682 x 1189 mm
66.2 x 46.8 in
A0
1189 x 841 mm
46.8 x 33.1 in
A1
841 x 594 mm
33.1 x 23.4 in
A2
594 x 420 mm
23.4 x 16.5 in
A3
420 x 297 mm
16.5 x 11.7 in
A4
297 x 210 mm
11.7 x 8.3 in
A5
210 x 148 mm
8.3 x 5.8 in
A6
148 x 105 mm
5.8 x 4.1 in
A7
105 x 74 mm
4.1 x. 2.9 in
A8
74 x 52 mm
2.9 x 2.0 in
A9
52 x 37 mm
2.0 x 1.5 in
A10
37 x 26 mm
1.5 x 1.0 in


...Tulisan Rakan Blogger