Header Ads

  • Latest Posts

    Tapak Perkhemahan Sungai Pauh, Cameron Highlands

    Duduk cameron lama-lama pun, terperap di rumah lebih aman. Lagi-lagi bila hujung minggu tiba. Jalan sesak nak kentut pun tak selesa. Kalau jenis yang suka travel, camping, boleh pilih Sungai Pauh CampSite. Terletak di Tanah Rata dalam kawasan Pejabat Hutan Cameron Highland berhampiran Taman Sedia. Taman sedia ni satu-satunya perkampungan Melayu di Cameron Highlands. 
    Kalau malas nak memasak, di Taman sedia tu ada beberapa kebun strawberi macam YZ, Al Mashoor, KHM dan lagi satu tak ingat dah sebab yang tu tersorok sedikit. Di kebun ni fokus utamanya ialah produk-produk berasaskan strawberi. Setakat kuih, laksa, mi, bihun, nasi lemak, di kedai YZ ada.

    Pengalaman pertama berkhemah di sini masa bawa anak murid menyertai Korobori Pengakap pringkat Cameron Highlands. Suhu malam memang mencabar, bangun pagi tu bercakap keluar asap. Gara-gara tak bawa sleeping bag, maka tidur malam tak lena, menggigil sampai rasa macam otak jadi beku. Selimut macam tak ada makna!

    Kalau dah minat camping, biasanya akan minat hiking kan? Ada beberapa puncak yang boleh ditawan di sini, antaranya Gunung Berembun, Gunung Irau dan Gunung Berinchang. Tapi setakat ni saya hanya sempat tawan Gunung Berembun dan Gunung Berinchang. Iring anak-anak punya hal, gagahkan juga naik gunung. 

    Kalau nak jimat belanja, berkhemahlah dengan membawa khemah sendiri. Sewa tapak dalam 5 Ringgit Malaysia sahaja per kepala. Boleh hubungi pihak Pejabat hutan di talian 09-3551060 atau 05-4911384.

    P/s: Naik gunung punya fasal, siap ada yang terberak dalam perjalanan nak sampai puncak.

    18 ulasan:

    1. wah!! best gila!! lama tak pergi camping ni..

      BalasPadam
    2. waaaaaaaaaaaa... mcm best jer ni..
      mesti sejuk.

      BalasPadam
    3. @Alieza Dayasari
      boleh tahan la, rasa mcm beku otak ^^

      @Boni JLL3
      Kalau tak ada geng camping, susah nak
      bercamping ni, hehe..

      @Onitsuka_hana
      best bila dengan keluarga / kawan2 (:

      BalasPadam
    4. wahhh mesti sejuk kan? xnah g cameron highland tpi dari gambo tu nampak ohhsemm gilerr! jeles ok! heee~

      BalasPadam
    5. wah... bawa murid! best tak? tapi bawa bebudak memang byk ragam kan... haha. terberak? huhuhu.. sabarlah Cikgu...

      BalasPadam
    6. salam..
      Best main khemah2 ni mcm main pondok-pondok je

      BalasPadam
    7. wah bestnya masuk hutan.. rindu zaman nie~ heee Salam Ramadhan yg bakal menjelang tiba ;)

      BalasPadam
    8. @Nong Andy
      Hehe.. seronok tp lmbat sikit prjalann,
      sbb tunggu dorangbyk kali brhnti brehat :)

      @Mr.Clive
      camping yg lgsng tk rse brslah klw tk mnd ;D

      @HeNRieTTa JoSe
      ada masa nanti datanglah ^^

      BalasPadam
    9. @sea_lavender
      Salam ramadan dear :)


      @sarimahshaniza
      kecik2 suka main pondok2,
      dah besar ni segan ;D

      BalasPadam
    10. wah!... seronoknya camping....

      BalasPadam
    11. pernah 3 x berkemping disini dgn wife dan anak2 3 org semuanye..
      mmg terbaek dr dok hotel yg busan tuu.

      BalasPadam
    12. TEBING TINGGI BACKPACK
      GUIDE SERVICE
      ALL OVER CAMERON MOUNT
      andynafiz.blogspot.com
      ANDY 017-9997790

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728