Header Ads

  • Latest Posts

    Apa Makna Cinta Bagi Awak dan Dia

    Tentang awak (teman yang sangat saya sayang), dia dan bekas kekasih dia. Saya hairan. mengapa mesti ada 'seseorang' seperti dia. Jiwa saya dirundung hiba, saya tak mampu berlindung di sebalik kata. maafkan saya... Saya mulai rasa kecewa. Apa itu cinta bagi awak dan dia?

    Mulai saya pusing, mengapa dilalui jalan yang aneh itu saat kaki masih mampu melangkah ke destinasi yang lain. Mengapa menghapuskan kekuatan dengan rasa yang awak sendiri tak mengerti. Kesudahannya?

    Tika ini, sesaat awak berduka, banyak ketika awak ketawa, tapi apa kata mereka? mungkin tiada apa yang berharga antara kita, dan awak juga mungkin tinggalkan saya demi dia untuk apa yang saya perkata... tapi saya tidak arif untuk sembunyikan rasa, meski saya tahu akan ada jiwa yang terluka, muncul jua zahiran kata. itu yang saya rasa dan saya takkan sanggup lihat awak berduka di suatu ketika yang kita sendiri tak terjangka, apatah lagi kerana dia.

    Jangka waktu yang bagaimana lagi yang dia mahukan? sampai bila awak ingin menabur peluang? bimbang kan ada yang berjuang untuk terbuang. Cukup-cukuplah mencipta ruang jika dia bukan pejuang!

    Cerita itu mampu berlangsung walaupun tanpa saya di sisi awak, silakan menyambung layar jika itu yang awak mahukan, jika itu pilihan awak dan jika hanya itu yang awak rasa mampu membahagiakan awak...

    Maafkan jika saya langsung tidak berhak untuk 'rasa' ini,
    *kecewa*

    P/s : Oleh sebab saya pernah teraniaya dalam kisah seumpama itu, semampunya saya tidak mahu orang yang saya sayang jua terjerumus ke lembah yang sama. Tenang-tenang saja, jika ia benar-benar tercipta untuk bersama, sejauh mana ia pergi, pasti 'kan kembali...

    5 ulasan:

    1. aida:
      huhu trgpoh-gpah tu
      akn wt kte npak mcm 'terdesak' (:

      student:
      insyaallah jk kmu x mngecwakn sye,
      :P

      BalasPadam
    2. ayu, awak da kn tag. singgah blog kita yer? :-)

      BalasPadam
    3. babe:
      hehe lme da xkne tag,
      k1, klw krn kamu, i will :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728