Header Ads

  • Latest Posts

    Kutu Marayau atas Rambut/Tudung

    Bukan nak cerita tentang kutu yang mak-mak kita selalu main yang bayar-bayar duit tu, ni nak cerita tentang sejenis parasit yang selalu duduk atas kepala tu. Kalau garu-garu then terlekat kutu kat kuku tu, jangan risau, normal la tu sebab antara 6-12 juta orang di dunia dijangkiti kutu, maknanya kamu tak keseorangan la.

    Kanak-kanak ada kutu.
    Kalau di zaman kanak-kanak, tak hairanlah kalau kutu berkeliaran atas rambut tu, dah nama pun budak-budak. Kehadiran kutu bukan alasan untuk kita melabel seseorang itu pengotor kerana kutu-kutu ini sememangnya tak pilih kasih untuk membuka petempatan. Tapi kutu lebih suka kepala yang berambut panjang dan lurus, mungkin ibu bapa kutu ni fikir senang nanti anak-anak dia nak main gelongsor.

    Orang Dewasa ada kutu.
    Tapi kalau dah besar panjang, tolonglah cari ikhtiar sikit wahai sayang. Letak ubat kutu, sikat hari-hari dengan sikat khas yang rapat-rapat tu, syampu selalu. Kalau yang tak pakai tudung tu, takut nanti terang-terang nampak telor kutu satu kepala. Kalau yang pakai tudung tu pula, silap-silap haribulan merayap keluar main gimnastik atas tudung tu! Cegah sebelum kena, kalau dah terkena, berusahalah rawat. Kalau dah berjangkit satu asrama nanti bising pula rakan-rakan yang lain. Hmm masa tu jugalah nak cari si pembawa virus kutu ni, siap cheack telur kutu siapa paling banyak. Tak huru-hara? Haish!

    Kutu boleh terbang.
    Orang selalu cakap kutu ni boleh terbang. Haip! Kutu sebenarnya tak memiliki sayap. Kalau mula-mula kutu tu ada atas kepala kamu, tiba-tiba kamu nampak kutu tu ade atas kepala rakan kamu pula, tu mungkin kutu yang terpelanting semasa kamu geleng-gelengkan kepala kot. Huk3!

    P/s: Sewaktu zaman kanak-kanak ribena, mak cakap, "jaga rambut tu, kalau ada kutu nanti kutu tu usung kamu ke laut, mak tak nak tolong!"

    14 ulasan:

    1. kutu hisap dara pun ada tau.. lg bahaya.. :D
      kutu dara

      BalasPadam
    2. masa nuyu dok asrama dulu, 1bilik ngan budak ada kutu.. adooiii.. tiap2 hari sympu.. nasib baik la katil nuyu bukan sebelah dia.. kalau x, mst janggit.. hehee...

      BalasPadam
    3. hmmm ingat g zaman dulu zaman jarang guna syampoo kutu dikaitkan dgn penduduk pendalaman dan bukan di kota moden tapi kg syy tak la pendalaman sangat dulu len skrng len.skrng kutu dah tak berani dah duk di kepala sb manusia2 skrng sudah moden menggunakan pelbagai jenis syampo tak cukup dari itu ditambah dgn pelembab rambut dan minyak rambut pelbagai tranfomasi dah terjadi pada rambut menyebabkan kutu pn pening hehe
      masa sudah berubah dengan pantas sehingga kutu pun susah nak cari makan hehe yang ada skrng ialah kutu rayau tak kira dicorok kg atau di kota moden kutu rayau tetap ada ini kerana faktor2 persekitaran yang lumrah terhadap alam....ada y bek ad y buruk indahnya pencaturan tuhan.sekian sahajaa ulasan saya hehe

      BalasPadam
    4. kutu yg isap darah akan makan kepala kita....smpai terbenam masuk dlm otak..huhu..penah dengar citer ni...takot!

      BalasPadam
    5. >> cikgu ainura:

      hehhe.. lw jngkit t ley la join club
      penggaru kepala yu, hehe :)

      BalasPadam
    6. > mujahid_cinta:

      hehe mekasih ats analisis en. kai..
      tu la dlam jrang2 yg ad kutu nei,
      ade gak dpan mata kte yg ad, huhu..

      BalasPadam
    7. >> ♥..cik_mas..♥:

      hehehe.. hakikatny xmcm tu kan kak,
      lw abeh2 truk pn kradangan kulit kpla :D

      BalasPadam
    8. k.ayu.! mane ade kutu main gelongsor! main congek cakdung jah. hee

      BalasPadam
    9. >> syazwa:

      uiks..!
      hehhe yew ea? kreatf betul :D

      BalasPadam
    10. kalau kutu babi pulak macam mane ye..hehehe

      BalasPadam
    11. takutnye kutu.. sekali dia berkampung.. huru hara 1 kepala..

      BalasPadam
    12. >> Qa:

      uiks..! hee cmane lak tu ea, iqa la tlung wt resesrch, hehe..

      BalasPadam
    13. >> skieyn:

      hee owg pn takowt gak, tu yg kte kne ati2, sok t anak2 mrid ntah cmane ag, heee

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728