Header Ads

  • Latest Posts

    Pengalaman Berasaskan Sekolah



    Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu tugas yang perlu dilakukan oleh setiap guru pelatih dari institut-institut perguruan di seluruh Malaysia. Oleh itu, ku menerima tugas ini sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi agar dapat mendedahkan diri dengan persekitaran sekolah. Sebagai Budak Baru Belajar (3B), pengalaman dan pengetahuan amat kudambahan dalam profesion keguruan. Hatiku terpaut pada Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) sebagai destinasi menimba pengalaman.

    Tugasan ini menuntut beberapa objektif seperti:
    1. Memahami budaya sekolah; 
    2. Menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah; 
    3. Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid; 
    4. Memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran; 
    5. Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kaki tangan sekolah; 
    6. Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; 
    7. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal;
    8. Membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
    9. Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; 
    10. Mendokumentasi pengalaman yang dilaui untuk perbincangan semasa refleksi.

    P/s: Ku rindu masa-masa yang berlalu, saat keberadaanku di sana. teguh hatiku mengharapkan moga-moga terjejak kembali untuk ke sekian kalinya sebagai coretan di hari muka.


    Tiada ulasan

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728