Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Pengertian Bayangan

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 23 2 Buah Fikiran Pengunjung
kerna sememangnya aku memerlukan pengertian kamu tentang seusang jasad yang termiliki. Tentang rasa dan segalanya... bukan sengaja kubiarkan bayangan terlena dan sepi, namun kesima cahaya entah kemana capahnya tatkala betung terbelah tiba-tiba itu menyeka geri. Percik air tak terlihat di muka namun basahnya terasa menyinggahi rupa. Riak itu tidak menuntut apa-apa, cuma mengharapkan muara kembali mengucup kebiasaan...

Kem SUKBEL 2010

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 16 6 Buah Fikiran Pengunjung
Tahu tak Kem SUKBEL tu apa? Huhu SUKBEL merupakan akronim bagi Kem Sukarelawan dan Belia yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit merah Malaysia. Kem ini disertai oleh peserta dari seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Mongolia, Indonesia, Bangladesh, Hong Kong, Vietnam, Myanmar, Korea, dan Thailand.

Saya dan juga 42 orang rakan guru pelatih yang lain bertugas sebagai fasilitator Skill Station dan juga Aktiviti Lasakdi kem tersebut. Walaupun bekalan air untuk kegunaan di sana seringkali terputus, namun semua perjalanan aktiviti dilihat masih terkawal.

Kem ini menekankan beberapa aspek seperti:
  • Persediaan Bencana Alam;
  • Pertolongan Kecemasan;
  • Pencegahan Kebakaran
  • Pembinaan Gajet Perkhemahan;
  • Komunikasi Radio;
  • Pengenal Budaya Tempatan dan Orang Melayu Asli.
Selain tu bayak lagi selitan aktiviti ketahanan mental dan fizikal, aktiviti kemasyarakatan dan juga aktiviti kebudayaan. Namun apa yang paling membuatkan saya teruja adalah bila sampai waktunya untuk menjalankan aktiviti lasak! sangat seronok!

...Tulisan Rakan Blogger