Header Ads

  • Latest Posts

    Kalau Betul Sayang, Jangan Gelojoh Sangat.

    Dulu dia pernah jatuh hati pada seseorang. Lepas kecewa dengan Midun, itulah satu-satunya lelaki yang buat dia kembali pandang cinta. Mereka tak pernah jumpa, cuma pernah terserempak jarak jauh di mall, dierat oleh rakan seunit dia, lelaki tu kawan kepada rakan seunit dia masa sekolah dulu-dulu. Masa tu, semua nampak indah. Kalau dengar cerita tentang keburukan lelaki itu sekalipun, memang dia tak kisah.

    Siang malam asyik senyum sendiri, hadap skrin telefon bimbit, hati macam nak menjerit, konon sweet macam romeo dan juliet. Tak pernah-pernah nak tidur lewat tapi angkara perasaan yang menggila tu dia boleh jaga sampai pukul 2-3 pagi semata-mata untuk on call dan text lelaki tu.

    Lelaki tu garang, tapi masa tu garang didefinisikan sebagai macho, alahai bajet macam hero. Memang manis, tinggi lampai, kulit hitam manis, janggut sejemput, aktif bersukan. Whoa memang jejaka idaman dia!

    Tapi bila dah rapat tu rasa macam ada sesuatu yang tak selesa, lelaki tu kuat merajuk walau gurauan hanya biasa. Lelaki tu cepat nak touching, memang dia kurang dipercaya. Lelaki tu anggap dia macam tak ada kawan-kawan dan keluarga. Dia; lelaki tu nak bersama dia sepanjang masa. Hingga terkadang selalu gaduh hanya kerana cemburu buta. Sampai bila cakap dan tuduh pun jadi macam babi yang dah lama buta. Jadi apa lagi yang dia harap untuk bahagia?

    ** Tawar hati. Itu dia.

    P/s: Kalau orang tak sukapun kita sabar,kalau orang sukapun kita kena sabar.

    7 ulasan:

    1. haish..susah gak dpt laki touching...rasa mcm dunia terbalik pulak..hahaha..

      BalasPadam
    2. garang tapi cemburu? alamak.... malunyer...

      BalasPadam
    3. erk..kuat merajook...hehe..
      xnak pujook laki cm tu..ehheheh

      BalasPadam
    4. awak.. kita tak kenal ucuk dekat muka buku.
      kita kenal dekat sekolah (tyme praktikum).. haha...

      BalasPadam
    5. salam...

      hehehhehe..ada juga ke lelaki mcm tu..?

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728