Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Akhirnya Kawan Juga Yang Dicari

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 5 20 Buah Fikiran Pengunjung
Ni macam biasa-biasa kita dengar. Cinta yang terlampau hangat sampai hangit. Segalanya cinta. Marvelous! Sila tepuk tangan. Hari ni saya nak jadi penipu. Sila maklum. Ini kisah bila saya ada kekasih. KEKASIH, bukan hanya tunang atau suami, TETAPI kekasih. Biasalah, kalau cerita tentang orang lain, orang kata mengumpat/mengata, jadi ceritalah tentang diri sendiri. Cerita ini kepunyaan saya. Ya, tipu lagi. Sambungan dibawah ini pun satu penipuan. Baca hanya jika rela ditipu.

Berbalik kepada cerita saya ada kekasih. Bukan calang-calang kekasih tapi ni yang jenis penyayang, baik hati, kacak bergaya, kaya ada serba serbi, badan tegap segak, tutur lemah lembut bicara. Oh, ada dia sebagai kekasih ni buat saya tak pandang benda lain! Rasa macam dunia ni kepunyaan saya dan dia. Orang nak cakap apa pun, persetankanlah! Asal saya bahagia.
Setahun dua hidup di sisi dia memang bahagia, masa tu kawan-kawan dah tak ada makna, segalanya dia. Ya, dia dah jadi segalanya yang saya mahukan. Tapi biasalah, tak ada benda yang kekal lama atas dunia ni kan? Tapi sayangnya saya sedar akan hakikat tu saat semuanya musnah.

Bila saya ditinggalkan atas alasan-alasan yang saya sendiri tak pasti, memang saya sakit hati. Nangis tak henti-henti, rasa macam selamanya nak menyendiri, dia memang tiada galang ganti. Tapi dia dah pilih untuk mati! Mati dalam kamus hidup saya. Apa lagi yang jadi kepunyaan saya? Saya tak punya apa-apa, lebih-lebih lagi bahagia! Lepas semuanya berakhir duka, apa yang saya ada? Akhirnya pulang ke pangkuan kawan-kawan juga.

P/s: Kalau awak sedar awal-awal, baguslah. Jangan nanti tunggu nak ucap; bodohnya saya!

20 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger