Header Ads

  • Latest Posts

    Sentiasa Bersangka Baik Kepada Tuhan

    Tadi kuliah bersama pensyarah kacak lagi. Bercerita tentang terapi-terapi dalam subjek bimbingan dan kaunseling. Ada beberapa jenis terapi; antaranya terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik, terapi biblio, dan terapi bermain. Ya, jangan pernah menyangkal yang kita sebagai manusia sememangnya perlukan bimbingan. 


    Saya cuma nak kongsikan tentang sesuatu yang manrik minat saya sekejap tadi, di bawah sub terapi biblio. Dalam olahan pembentang dan juga respon rakan-rakan itu saya tertarik dengan dua item. Pertamanya kita sebagai manusia jangan pernah sombong meminta pada Tuhan untuk  mengemudi diri sendiri dan memperkecilkan aturanNya. 


    "Ya Allah, janganlah engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun hanya dalam kadaran sekelip mata"


    Jadikanlah doa ini sebagai satu amalan. Jangan terlalu angkuh dengan Tuhan kerana hanya Dia yang maha mengetahui tentang kita dan seluruh kehidupan kita. Kita hanya manusia, daya kita lemah, ilmu kita terbatas dan kudrat kita terhad. Bila kita meminta kemudian Dia abaikan permintaan kita. Usah marah, simpan semua rajuk, yakinlah bahawa Dia tahu apa yang terbaik buat kita.


    Keduanya, tentang permintaan kita yang kita rasakan tidak diendahkan. Kadangkala apa yang kita minta, tidak ditunaikan serta-merta. Mungkin hari ini kita minta, esok lusa baru Dia tunaikan, mungkin juga minggu depan, bulan depan, tahun depan atau seterusnya. Siapa yang tahu kan? Ya, Dia maha mengetahui masa yang terbaik buat kita menerima apa yang kita order tu. Kalau order tapi tak sampai-sampai tu maknanya apa yang kita minta itu barangkali tidak elok untuk kita. Sentiasalah bersangka baik kepada Dia.


    P/s: Jom amalkan solat di awal waktu!

    20 ulasan:

    1. "Ya Allah, janganlah engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun hanya dalam kadaran sekelip mata"

      amin :)

      menarik doa ni, terima kasih sudi berkongsi ^^

      BalasPadam
    2. kadang2 bila doa kita tak termakbul,bukan Allah tak sayang kita,,tapi DIA tahu apa yang terbaik untuk kita :)

      BalasPadam
    3. bersangka baik dengan tuhan..setiap masalah patutnya mengadu dgn tuhan, bila nak ditunaikan itu bukan hak kita, insyaallah jika dah milik kita ,pasti akan jadi milik kita juga suatu hari nanti..

      suka entry ni^^

      BalasPadam
    4. kita kena selalu menginsafkan diri .. sbb kita kena sedar allah itu maha berkuasa dan allah x pernah leka .. ;)

      BalasPadam
    5. yup btul tu sebab hanya Allah tahu apa yang terbaik tuk hambaNya.. ya rabbi....

      BalasPadam
    6. @ieda
      betul akak, manusia je selalu leka, hu3

      BalasPadam
    7. dgn manusia pon sme

      cube bersangka baik lg ni

      BalasPadam
    8. huhu..apa yang kita tak dapat tu..jangan la cepat kecil hati..hehe

      BalasPadam
    9. btol2..:)

      jgn putus asa kalo doa tu xdiperkenankan..kena istiqamah..eh tersebut nama si isz tu plak..;p

      BalasPadam
    10. sngt suke entry ni.,terime ksh ats pkngsian., :)

      BalasPadam
    11. @Iffah Afeefah
      bersangka baik terhadap semua,
      tapi kalau dengan yang selain Allah,
      waspada itu perlu :)

      BalasPadam
    12. da setahun rupanya post ni.hee.skg its my turn to learnt BnK

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728