Header Ads

  • Latest Posts

    Sakiti Aku Dan Lakukan Apa Sahaja, Aku Tak Punya Hati

    Awak terlalu sibuk dan terlalu asyik menghitung sakit yang awak  rasa hingga jadi hebahan untuk tatapan semua. Ada pernah  awak fikir tentang sakit yang saya rasa untuk setiap apa yang  awak lakukan? Mungkin  awak terlalu sibuk, hingga terlupa untuk memikirkan hal itu. Ya, saya simpan semua sakit yang awak berikan.

    Memang sayalah makhluk yang selalu melukakan; buat  awak terluka. Memang  sayalah makhluk yang selalu mengecewakan; buat  awak kecewa. Memang sayalah makhluk yang selalu menyakitkan; buat awak sakit. Semua tentang saya adalah ironi bahagia. Memang saya tak punya apa dan jelasnya saya memang dah tak mampu buat awak bahagia.
    Ceritakan pada semua. Cananglah satu dunia. Awak tampak mulia. Kacak jelita tanpa cacat cela. Ya, saya tak ada hati untuk awak ramal kira, tak ada hati dan awak boleh buat serta kata apa sahaja. Saya tak ada hati untuk terasa apa-apa bermula pagi hingga lewat senja hingga pekat malam tiba. Saya tak punya rasa.

    Hati yang perlu dijaga hanyalah hati kepunyaan  awak. Hati yang wujud untuk dibelai manja hanya hati pelengkap jasad  awak. Bukankah berbeza dengan saya yang pada awak tak punya hati?Tahniah untuk itu. Mungkin sudah tandanya saya mengalah saat jiwa telah lelah. Saya ingat, mengalah tak semestinya kalah.

    P/s: Sudah-sudahlah melayan jiwa, jom ke kuliah bersama Puan Rogayah Osman!

    34 ulasan:

    1. mengalah tak semestinya kalah :)

      itu betul.

      BalasPadam
    2. awak hanya nampak yang saya cuma mengganggu ketenangan awak.awak rimas dengan semangat yang saya beri.baiklah..saya mengalah dan pergi


      kak,saya sedih ni.buat apa-apapun,tetap teringat.

      BalasPadam
    3. biarkan mereka terus berkata.harus terus pandang ke hadapan (:

      BalasPadam
    4. ermmm.

      jom la kita jaga hati kita dulu...;)

      BalasPadam
    5. sakitny hati bak ditusk pisau . sabo ea sabo . jiwang btul owner blog neh

      BalasPadam
    6. dan awak..saya menangis baca entri awak.saya pun suadah tak punya hati.

      BalasPadam
    7. sbr.. banyakkan berdoa agar dipermudahkan segalanya

      BalasPadam
    8. @Anisa Hang Tuah
      i know it my dear tapi jalan yang
      tebaik utk melepaskan diri adalah
      dengan cara melaluinya,

      b strong bb ~~

      BalasPadam
    9. @anisyuhada
      yeah, banyak lagi yang memerlukan kita
      di hadapan sana :)

      BalasPadam
    10. @najwa nano
      ada masa nanti kita cantum hati yang
      terbelah jom (:

      BalasPadam
    11. @uyaitusaya
      tentang kita yang dipandang jahatttt >_<

      BalasPadam
    12. kita yg layak jaga hati kita even orang cakap kita tak de perasaan..=)

      BalasPadam
    13. susah kan nak menjaga sekeping hati..

      BalasPadam
    14. orang takkan berhenti bercakap,,,mengalah mungkin jalan terbaik...

      BalasPadam
    15. apa2 pun banyk2 kena sabar.. hati kita mmg kena jaga dengan elok..hati ni akar kepada jiwa kita =) btw nice blog..do follow my blog =)

      BalasPadam
    16. @reenapple
      kadang-kadang rasa penat tapi kita harus kuat :)

      BalasPadam
    17. @nazirah
      menjaga sekandang lembu lagi senang :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728