Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

'Jangan' Kau Tu Sudah Aku Ubah Makna, Sayang!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mac 17 15 Buah Fikiran Pengunjung
Memang aneh walaupun itu hanya soal remeh temeh. Saya sering teringat tentang sesuatu yang dia suruh saya lupa. Selalu saya cakap, "Awak, saya tak boleh nak lupa, selalu teringat," belum habis ayat tu, dia dah potong, "jangan ingat." Saya diam kebingungan.  Eh, macam senang-senang boleh lupa perkara yang kita selalu ingat kan?
Perkataan atau frasa 'jangan' ni dah kena macam sumpahan. Macam sudah berubah makna. Serupalah bila anak-anak kecil dilarang untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan perkataan 'jangan', makin menjadi-jadi onarnya seolah-oleh disuruh-suruh. "Jangan panjat pokok tu mek, nanti jatuh!". Eh, makin tinggi mek tu panjat bila dengar orang cakap macam tu. Sebab tu mak abah bila tengok saya panjat pokok jambu masa kecil-kecil dahulu, mereka akan cakap "Eh, panjatlah tinggi lagi! Tu rendah sangat." Tahu pula nak berhenti memanjat masa tu.

Kesimpulannya; bila orang bercerita atau mengadu kepada kamu tentang sesuatu yang dia tidak senang akannya dan dia ingin melupakannya tetapi dia tak mampu, kamu hafal skrip ni, "Oh, ya? Kalau macam tu ingatlah. Sampai tahun depan pun kita cerita tentang hal ini hari-hari. Balik kejap lagi tulis atas kertas manila, tampal dalam bilik. Nanti kalau agak-agak nak terlupa, boleh ingat lagi. Susah nak lupa, kan? Jadi, ingatlah." Masa nak lafaz skrip ni, sediakan muka untuk dilempang laju-laju. Orang yang terdesak untuk melupakan sesuatu mungkin akan bertindak melulu. Awas! *Gelak jahat.

P/s: Tulisan yang celaru, sedang pening dengan thesis. Ada masanya, kita akan rela biarkan diri kita jadi bodoh. Aneh bukan?

15 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger