Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Penat Hati Dia Menanti Engkau Tak Tiba-tiba

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Mac 25 22 Buah Fikiran Pengunjung
Dia tidak pernah jumpa cara bagaimana untuk buat kamu faham tentang apa yang dia rasa, walau dia selalu cuba cari jalan yang paling mudah. Kau sesenang rasa tinggalkan dia tanpa sekelumit endah. Dia terkedu sakit berbalut resah. Tapi kau masih bersahaja pergi ke pangkuan yang lain. Dia selalu termenung keseorangan memikirkan apa lagi cara dia yang kau kira salah.
Dia bingung sampai termuntah darah menanti jernih. Dia cuba tenang memeluk angan-angan, biarkan segalanya pergi dalam cara yang sepi. Tapi tayangan kamu dengan insan lain buat hati dia hancur diubat jerih. Selamanya dia tak mampu melupakan kamu walau untuk sehari. Katanya dia sayang kamu hingga akhir nanti. Meski engkau telah lama pergi, rasa itu tidak akan pernah mati; selamanya kau dicintai. Mungkin penat hatinya dihurung lelah, tapi kasih untuk kamu bersepah-sepah tak pernah terbelah.

P/s: 3 minggu tanpa cuti hujung minggu.

22 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger