Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

12/4/12: Tragedi Di Tanah Rata, Cameron Highland

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, April 19 24 Buah Fikiran Pengunjung
Lama tak sempat nak layan blog sangat. Genap satu minggu kemalangan motosikal di Tanah Rata. Pedih perit pun sudah beransur pergi tapi goresan hati masih tersisa. Khamis lalu pulang lewat dari sekolah, Zohor Asar semua usaikan di sekolah. Sampai rumah terus tukar pakaian, pinjam motor ustazah sekolah, ajak kawan  menuju ke Tanah Rata; ambil baju yang didobi, kurang lebih pukul 6 petang.
Lepas ambil baju, hajatnya nak ke pasar, beli strawberi dan bunga sebab nak turun ke Sremban, Lipis dan Jerantut pada keesokannya. Baru 200 meter bergerak, sudah terbantut. Motor di hadapan saya menyalakan lampu signal ke kanan dan bergerak ke tengah jalan. Saya ambil keputusan untuk memotong dari kiri. Namun dengan tidak di sangka-sangka dia menukar arah masuk ke kiri. Saya tak tahu nak buat apa, bertindak di luar kawalan; tekan break dan pejam mata. Tak sempat nak fikir apa, asalkan motor tu berhenti, sudah lebih daripada cukup.

Sedar-sedar dah terjelepok atas jalan, handle motor dah ada bawah perut, kawan saya tertiarap atas belakang saya. Topi keledar dah tercabut ke belakang, badan lebam-lebam dan luka-luka. Mujur kereta jauh di belakang. Kalau kena gilis, memang 'Innalillah'. Memang dasar gedik, nangislah yang jadi aksi susulan. Biarkan kawan-kawan uruskan motor dan hal-hal berkaitan. Mujur motor yang depan saya tu bertanggungjawab juga, berhenti dan bagi bantuan. 

Baju dobi bergolek-golek tu tak layan dah, orang Jabatan Penerangan Cameron Highlands bawa ke Hospital Tanah Rata, cuci luka dan kena suntikan. Punyalah takut jarum terpekik terlolong menggelepar bagai; macam orang gila. Kalau saya jadi jururawat tu, saya dah lempang laju-laju. 2 3 orang datang pegang baru selesai semua. Alahai mengada-ngada!

Sakit luka tak fikir dah, yang ada dalam fikiran, ganti rugi yang dibayar kepada pemilik motosikal. Buku kira-kira kewangan untuk semester ini lintang pukang. 

P/s : Sila pakai topi keledar ketat-ketat ya sayang.

24 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger