Header Ads

  • Latest Posts

    Masalah SKMM 1 Malaysia Celcom Broadband

    SKMM 1 Malaysia Celcom Broadband. Saya percaya ramai rakan-rakan blogger menggunakannya tak kiralah talian Celcom mahupun Maxis. Setelah hampir 7 bulan saya guna, tak ada masalah. Fasal kelajuan tu memang kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Kalau orang cakap unlimited tu sila fikir dua tiga kali untuk percaya. Memang ada had penggunaan, cuma bila dah langgar had tu bukan bermakna dah tak boleh guna tapi kelajuannya jadi minima.

    Tapi sejak dua tiga minggu yang lalu selepas kredit tamat, sim saya hilang punca. Line bar lenyap. Macam dah tak boleh nak guna walhal normalnya perkhidmatan akan diberhentikan sekiranya kita tak tambah nilai selama dua bulan selepas tarikh kredit tamat kan?

    Malas nak fikir banyak tentang tu, mungkin sim card ada masalah atau registration ada kacau. Hidup jauh dari celcom centre memang macam ni gayanya. Buat sementara waktu ni menumpang kasih dengan wi-fi sekolah dan broadband orang bahagia. Jadi mohon maaf kalau ada jejak yang tak terbalas kunjungan. Masa untuk berada di atas talian sangat terhad.

    P/s: Ustaz Azhar Idrus datang Cameron Highlands. Jom?

    14 ulasan:

    1. dni nyer bokbeng ni akhir bulan slow la hehe

      BalasPadam
    2. walk-in celcom centre replace sim atau cuba tanya seller dia bleh tolong setllekan tak masalah sim rosak tu.. :)

      p/s: nak lebih laju + unlimited gunalah streamyx.. :P

      BalasPadam
    3. @student
      susah bro, hidup nomad lg skrg. haha..

      @Ardini Humaira
      banyak melancong di awal bulan lah tu :D

      BalasPadam
    4. Slm alaik.. Kita pon budak sekoloh guna jugak benda ni.. ok ja d kapit..

      BalasPadam
    5. iklan dorang ni kadang2 terlalu hebat.. tapi bila da pakai, hampeh je..

      BalasPadam
    6. @Boni JLL3
      mungkin sebab masih baru,
      adalah masalah tu serba sedikit.. huhu~

      BalasPadam
    7. Duduk cameron ke?.. Takpe2 next time dtg sy roger.. Mana tahu leh dpt strawberry murah.. He3..

      Pasal celcom skmm tu.. Bukan untuk student ke?.. Tapi rasanya mcm ada pasaran gelap yg jual pada umum.. Tapi tu takpelah biz kan. Setahu saya memang ada limit.. Kalau data yg guna tu dah sampai had kelajuan akan drop betul tak

      BalasPadam
    8. @Myvitrd
      4 bulan je ada sini sis, buat kajian
      murid-murid sekolah sini, hehe tu lah,
      bersesuaiandengan harga kot ^^

      BalasPadam
    9. owh kat opis saya ramai lecturer yg pakai kad sim nie...so far tak der pulak dengar dia org komplen masalah nie huhu...

      BalasPadam
    10. anak buah kak munna yg dpt laptop dan skim broadband ni sampai skrg tak boleh guna sim kad tu... last2 tikar yg lain je

      BalasPadam
    11. ini telah berjaya mempengaruhi keputusan nak ambek broadband...@_@

      BalasPadam
    12. @Mr.Clive
      strmyx shjalah ^^

      @munna
      kalau sim problem, boleh g tukar kt centre sis ^^

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728