Header Ads

  • Latest Posts

    Puasa Dan Kita Sedang Berjurus Puasa !

    Rasa lapang bila boleh berpuasa di laman sendiri, jam 4.30 petang semalam sudahpun sampai di teratak bonda hasil kesungguhan pulang berpuasa di kampung. Puasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga, puasa ni lebih daripada itu, lebih. Puasa itu tarbiah. Mendidik kita menghayati nilai dan menilai diri sendiri. 

    Kita dan mereka sama-sama puasa namun pendapatan puasa kita dan dia barangkali berbeza. Pahala puasa bisa bertambah dan berkurang bergantung kepada amalan kita dalam menjaganya. Bertambah bila kita berusaha menyuburkannya dengan perkara mahmudah. Berkurang tatkala kita telah melakukan perkara yang boleh menyebabkan pahala puasa kita berkurang.

    Punca terbesar pahala puasa kita berkurangan ialah lidah. Jika tidak memaki hamun, berbohong dan menuduh serta mencerca orangpun sudah cukup untuk mengikis pahala puasa kita. Apatah lagi memfitnah. Mohon dijauhkan Ya Allah. Bukan saya bercakap tentang orang lain, tapi diri sendiri yang sangat selalu lalai. Sama-sama kita menjaga nikmat (lidah) untuk mendapatkan ganjaran yang indah. Jom puasa dengan berjurus !

    P/s: Orang muflis di akhirat nanti ialah orang yang yang berpuasa, solat dan membayar zakat namun ia pernah  memaki orang, menuduh orang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah dan memukul seseorang. 

    13 ulasan:

    1. tenang baca entry akak..
      bgs sbg pnduan utk smua..
      slmr bbuka kak..

      BalasPadam
    2. perkongsian yg amat bermakna :D

      BalasPadam
    3. InsyALLAH esok nak berbuka di teratak bonda juga....

      BalasPadam
    4. huuu... aku suka ini. AKu dapt sesuatu.. =D

      BalasPadam
    5. jaga lidah, jaga telinga, jaga mata, jaga tangan. insyaALLAH kita akan terpelihara dari menjadi org muflis di akhiraT :DD

      BalasPadam
    6. puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga...
      budi pekerti juga perlu diambil kira...

      BalasPadam
    7. Nice blog :)
      salam kenal sobat :)
      di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728