Header Ads

  • Latest Posts

    Sleeping Beauty and the Beast Theatre

    Buat julung-julung kali dipersembahkan teater berbahasa Inggeris di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan hasil produksi Predominant Camaraderie. Boleh tahan teruja; lama benar tak rasa teruja macam ni selepas pementasan teater Jula Juli Bintang Tujuh dahulu. Harap-harap ada masa terluang dalam kesibukan urusan Seminar Kajian Tindakan Peringkat IPG. Jom kita layan blurp sinopsis dalam membilang saat pementasan esok hari.

    Pada zaman dahulu, tinggallah seorang puteri yang cantik jelita bernama Princess Rose. Semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-17, beliau mengadakan sebuah majlis yang sangat meriah. Ramai rakan-rakannya hadir termasuklah Prince Charmless yang merupakan seorang putera kelam kabut dan sangat menjengkelkankan serta Snow White. Namun begitu, Wicked Faerie tidak dijemput dan ini merupakan satu skesilapan yang besar kerana Wicked Faerie amat terkenal dengan sikap panas baran dan sumpahannya yang kotor serta kejam. Disebabkan terlalu marah, dia membuat sumpahan sehingga menyebabkan Rose tertidur dalam jangka masa yang terlalu lama sehinggalah kekasih hatinya datang. Mujurlah terdapat pari-pari  yang berjaya mengubah sumpahan tersebut dan menghantar Prince Charmless untuk menyelamatkan Rose.

    Sepanjang perjalanannya, Prince Charmless bertemu dengan dua orang rakan yang akan menolongnya menyelamatkan Rose iaitu Puss n' Boots dan juga Headless HorsemanPrince Charmless juga terserempak dengan seorang pemuda yang hodoh tetapi peramah iaitu Beast yang merupakan seorang putera kacak namun telah disumpah suatu ketika dahulu. Sebagai balasan kerana telah membantunya, Prince Charmless menghantar Beast kepada 'bakal' kerajaannya. Prince Charmless kemudiannya bertarung dengan Wicked Faerie. Apakah kesudahannya? Berjayakah Prince Charmless meneruskan perjalanannya untuk menyelamatkan cinta hatinya? Jangan lupa untuk menonton persembahan teater ini pada 20 September 2012. Pastinya anda akan meneroka pengembaraan yang hebat serta menghiburkan hati.

    P/s: All the best darling !

    Tiada ulasan

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728