Header Ads

  • Latest Posts

    Cara/Panduan Isi JobsMalaysia - Edisi Guru Keluaran IPG

    Terkedek-kedek kita nak isi JobsMalaysia ni. Mula-mula buka laman tu, rasa macam tikus nampak besi. Tapi bila dah kena ikut prosedur ni, maka redah sahajalah. Macam biasa, mula-mula perlu daftar akaun baharu di http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces. Kalau dah ada akaun, cuma daftar masuklah. Guna nombor kad pengenalan.

    Bila dah masuk tu, sistem akan menuntut  maklumat melalui beberapa bahagian iaitu:

    Biodata Peribadi
    Isi data-data peribadi yang dikehendaki. Pekerjaan Sekarang : Tidak bekerja. Kategori Pemohon : Lepasan Sekolah/IPT. Lain-lain semuanya berkaitan data peribadi.

    Alamat
    Alamat surat-menyurat. Tempat kita tinggal sepanjang menunggu panggilan temuduga.

    Telefon/Emel
    Telefon rumah, telefon bimbit dan emel yang aktif.

    Pengalaman Kerja
    Tidak perlu isi jika kita sememangnya tidak pernah bekerja.

    Akademik
    Ada beberapa pecahan. Bagi penuntut IPG, cuma isikan 3 bahagian sahaja, iaitu:-

    Keputusan Peperiksaan PMR / SRP / LCE atau yang Setaraf

    Isikan keputusan PMR.

    Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) / SPVM / SPM atau Setaraf)

    Isikan keputusan SPM. Kosongkat kotak 'Pangkat' dan 'Ujian Lisan Bahasa Melayu' sebab kita merupakan calon SPM sistem terbuka. Peperiksaan kali pertama sahaja. Kalau peperiksaan kali kedua tu, untuk calon yang ada mengulang. Peperiksaan Kertas Julai tu pun tak perlu isi.

    Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD / Sarjana / Ijazah / Diploma / Sijil / Pelajar Tahun Akhir)

    Ijazah dan Diploma. Isi yang 'Pertama' sahaja. Tahun Bergraduasi : 2012. Peringkat Kelulusan: PELAJAR TAHUN AKHIR (SAR. MUDA/ SAR. MUDA KEP.). Institusi yang mengeluarkan Sijil: Institut Pendidikan Guru KPM. Institusi Francais Luar Negara : Tidak. Bidang atau pengkhususan tu ikut bidang masing-masing.

    Maklumat Terperinci
    Isi bahagian tempat lahir ibu dan bapa, kemudian bahagian Pemegang Biasiswa : Penerima Biasiswa KPM.

    Kokurikulum
    Mana-mana yang tertinggi. Pastikan ada simpanan sijil.

    Maklumat Tambahan
    Kalau ada klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni, boleh isikan ruangan bakat. Bahagian 'Perakuan Diri' tu biasanya isi Tutor ataupun Mentor.

    Cetak
    Selepas selesai semua kemasukan data, cetak akuan penerimaan permohonan.

    Kemaskini
    Boleh rujuk penjelasan di sini: Cara kemaskini maklumat di JobsMalaysia.

    Terlupa Kata Laluan
    Pemohon boleh melawati laman pautan khidmat yang disediakan, iaitu, http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_jobSeeker/resetPassword.faces atau hubungi http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/contactus.faces.

    Tarikh Tutup Permohonan
    30 November 2012 (tertakluk kepada pindaan)



    Kredit Kepada: 

    12 ulasan:

    1. kita perlu isi yg jobs malaysia jew kan.......

      BalasPadam
    2. yg tgh tnggu result spm tu bleh daftar ke? sbb kan dye ade mintak kputsan spm..

      BalasPadam
    3. yg tgh tnggu result spm tu bleh daftar skali ke? kn dye ada mintak kputusan spm, n ruang tu wajib diisi

      BalasPadam
    4. @Khairil Rasyidi
      Kalau tengah tunggu SPM, kene mohon jawatan yang setaraf PMR rasanya.. Sebab kita belum ada sijil atau slip keputusan SPM.

      BalasPadam
    5. lps daftar ni, bleh kemaskini balik x? cthnya nk update kite punye mklumat

      BalasPadam
    6. mcm mane nk tukar status pencarian kerja dr TIDAK AKTIF -> AKTIF? nak bantuan semua.. :'(

      BalasPadam
    7. mcm mn nk tukar status pencarian kerja TIDAK AKTIF kpd AKTIF?

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728