Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Sakit Mengenang Cinta Entah Ke Mana

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, November 19 12 Buah Fikiran Pengunjung
I Miss You, rindu, saya rindukan awak, rindu itu sakit, sakit merindu
Berulang lagi ku bahasakan rindu. Biar kamu telah tinggalkan aku beribu batu. Ruang waktu dihitung kelabu; mata. Yang kupeluk cuma asa, yang kukutip mungkin sia-sia. Bingit mereka bercanda, ada ketika katanya menikam jiwa. Mereka kata kau tak pernah ada, tapi setiap detik aku rasa kau sentiasa menjelma. Masa bersama banyak tertanam dalam lubuk jiwa. Mudik ke muara sekalipun, engkau tetap ada. Sering aku menatap durja dengan sarat cinta di jiwa, meski hanya dalam bayangan sahaja. Terkadang sakit menunggu engkau tak kunjung tiba, mengenang cinta yang entah ke mana, apatah lagi saat terbayang engkau bersama dia.

P/s: Kejar cinta manusia itu tak salah, tapi kalau kejar tanpa melalui cintaNya itu sememangnya ralat.

12 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger