Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Alasan Untuk Mencintai | Alasan Untuk Membenci

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 3 6 Buah Fikiran Pengunjung
Bukan dia kecewa, cuma dia sedikit terluka;
Tapi dia pecaya, engkau cuma perlukan masa.

Bukan dia patah hati, cuma dia agak berkecil hati;
Tapi dia percaya engkau punya alasan tersendiri.

Dia tetap berkira-kira untuk tetap hidup bersama kau, wahai durjana;
Meski tiap masa kau selalu hilang dan hadir hanya untuk menyakiti.

AKU
Aku tak pernah rasa kau punya asa untuk buat dia bahagia; Aku cuma lihat tiap hari dia berendam air mata, lagi-lagi bila kau BBM dia. Ada atau atau tiada engkau tetap buat dia gila. Hebat mainan kau sampai buat dia sengsara. Sehari dua mungkin aku bisa berbaik sangka. Sebulan dua juga mungkin aku tahan lihat dia berduka. Tapi saat masuk tahun ketiga, aku mulai fikir serong sahaja; engkau memang celaka. Bobrok cinta, rosak jiwa; apa kau tak pernah rasa gigi disinggahi buku lima? Dan saat ini aku fikir kau harus buka buku kira-kira.

Benar kata orang. Saat kamu membenci, kamu akan mencari satu kehinaan dalam jutaan kemuliaan untuk kamu tetap terusan membenci. Namun saat kamu mencintai, kamu akan mencari satu kemuliaan dalam jutaan kehinaan sebagai alasan untuk kamu tega mencintai.

P/s: Jika tidak perlukan dia lagi, henti-hentilah mencaci, biarkan dia pergi.
Kredit gambar: Draftpodium.

6 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger