Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Kejujuran Bukanlah Sesuatu Yang Mudah...

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 13 17 Buah Fikiran Pengunjung
Saya tertarik dengan status yang dikemaskini oleh seorang kakak semasa saya menuntut di IPG dahulu; Misraini Wazir. Pada saya, beliau seorang yang berkebolehan dalam bidang seni dan bahasa. Katanya; KEJUJURAN bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang sentiasa mahu kebenaran itu disembunyikan. Bait kata itu membuatkan fikiran saya ligat.

Pernah jumpa seseorang yang apabila kita bertanyakan sesuatu secara ringkas, dia akan menjawab dengan panjang lebar, sedangkan jawapan berjela-jela yang diberikan itu tidak sama-sekali relevan dengan soalan kita? Penuh auta dan putar belit. Ke Laut. Dan kesudahannya soalan kita menjadi satu kebodohan. Dan saya selalu sangat rasa macam diperbodoh.

Pernah sekali saya cuba menyembunyikan kebenaran untuk menjaga hati seseorang. Tapi saya silap dan ternyata; tanpa kebenaran, hati seseorang boleh jadi jauh lebih parah. 

P/s: Berkatalah benar meskipun pahit. Kita harap Malaysia MENANG tapi ternyata Malaysia MENANGis. Piala AFF Suzuki tahun ini bukan milik kita. Malaysia dah cuba yang terbaik. Cuba lagi pada masa akan datang :)

17 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger