Header Ads

  • Latest Posts

    Tentang Masa | Untung dan Rugi

    Hakikat berkejaran setiap pagi untuk ke sekolah. Jarak yang dekat namun terasa jauh dengan terpacaknya beberapa lampu isyarat dan terbentuknya beberapa zon kesesakan. Langit berubah warna dalam perjalanan. Bermula daripada brek berpandukan lampu isyarat hinggalah brek berpandukan abang polis trafik.

    Saat bertolak jam 6.40 pagi, saya mampu sampai di sekolah sebelum jam 6.50 pagi. 
    Saat bertolak jam 7.00 pagi, paling awal boleh sampai jam 7.35 pagi. 

    Dunia sarat dengan hal untung dan rugi. Begitu juga dengan masa.

    Dan saya memilih untuk bertolak jam 7.00 pagi. Sediakan sarapan dan memilih untuk sarapan di dalam kereta. Gastrik dah buat saya mula rasa sulit. Bersarapan di sekolah? Rasa macam tidak sempat. Makan dengan gelojoh boleh buat kita semput. Jadi jom nikmati sarapan pagi di dalam kereta.

    P/s: Baru Kota Bharu. Lepas ni kalau dapat posting di kawasan terlajak bandar Kuala Lumpur, tak tahulah.

    10 ulasan:

    1. hehe..cabaran dlm mendidik anak bangsa tu... carila kabel, mtak dapat posting di kb je

      BalasPadam
    2. salam,

      seronok ke mengajar?

      walaupun berkejaran tapi puas kan? ;)

      BalasPadam
    3. @Aisy Nasiha Kabel telefon pun tak ada kak.. hehe..

      BalasPadam
    4. @Syira Qahira Salam kembali.. semua kerja pasti seronok bila kita menikmatinya :)

      BalasPadam
    5. pagi tadi otw ke sek, ternampak org sbelah kereta sarapan dlm kereta. itulah lumrah skrg. sarapan dlm kereta.

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728