Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Permohonan Kad Kredit BSN Khas Untuk Guru: 1 TeachersCard

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, April 4 2 Buah Fikiran Pengunjung
YAYASAN Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kad kredit 1 TeachersCard eksklusif untuk guru, pegawai serta kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Berikut merupakan info ringkas tentang 1 TeachersCard:
  1. Terdapat dua pilihan kad, iaitu Kad Kredit Islamik danKad Kredit Konvensional.
  2. Boleh membayar bil-bil utiliti, rebat dan diskaun produk YGMB untuk pelancongan dan penulisan wasiat Amanah Raya Berhad.
  3. Program Pindahan Baki kosong peratus, Pelan ansuran BSN EasyPay kosong peratus, BSN EasyCash, Insuran Perjalanan dan Kesulitan Percuma sehingga RM500,000.
  4. Caj Kewangan atau fi Kemudahan serendah 8.88 peratus setahun dan yuran tahunan percuma seumur hidup, tanpa sebarang syarat.
  5. ganjaran yang tiada tarikh luput sebanyak satu mata untuk setiap seringgit bagi perbelanjaan runcit di dalam negara dan dua mata bagi setiap seringgit untuk perbelanjaan runcit di luar negara.
Untuk memohon kad kredit 1 TeachersCard, dapatkan borang permohonan di cawangan BSN, layari laman www.mybsn.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-1900.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN
  1. Borang Permohonan.Salinan kad pengenalan
  2. Penyata gaji terkini.
  3. Salinan pas pekerja.
  4. Salinan surat penempatan mengajar.




Sumber: Utusan dan 

2 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger