Header Ads

  • Latest Posts

    YDP, Ku Harapkan Kamu Cepat Sembuh... (2)

    Seyuman ini makin menyesakkan, perit. Semahunya aku mahu kamu cepat sembuh, sihat seperti selalu, dan kita bersama berjuang seperti di arena terdahulu. Tapi apakan dayaku, teman. Cerita yang Dia ilhamkan tak seperti yang kita dambakan, namun aku pasti Dia menyediakan sesuatu yang terbaik di sebalik semua ini.. Aku tidak pantas untuk memujuk air mata ini. Fiq, bangunlah!

    Hebatnya ujian Dia. Ketika kamu ditahan di wad Hospital Kuala Lipis pertengahan September lalu, aku masih tenang, menganggapkan segalanya hanya demam yang memanjakan kamu. Hujung September menduga kamu yang mereka yang menyayangimu, kamu dimasukkan ke Hospital Temerloh, paru-paru kamu dijangkiti kuman, hati ini dilanda gusar.

    ICU silih berganti, virus meyerang otak, kemudian kamu dipindahkan ke HKL. Derai air mata kian hebat.. dan kini aku diberitakan bahawa otak kamu telah rosak. Kenytaan itu membuatkan langkah ini longlai. Menurut doktor, biarpun umurmu panjang namun kamu takkan sembuh seperti dahulu. Hati ini tak setabah yang mereka sangka, duhai teman. Hingga kini aku takkan berputus harap, biar apapun yang dikatakan doktor, aku masih menunggu keajaiban. Allahuakbar...!

    P/s: Sentiasa berdoa dari jauh demi kesihatan dan kesejahteraanmu teman.

    21 ulasan:

    1. >> Burhanuddin Baharuddin:

      syukran,
      diri ini jua mnghrapkan bgitu~

      BalasPadam
    2. kita sama2 doakan dye cepat sembuh k.. jgn sedey2.. :)

      BalasPadam
    3. sedey nye rasa..
      harap keajaiban berlaku n die sembuh mcm biase...

      BalasPadam
    4. >> cikgu ainura:

      thanks nuyu..
      -_-

      BalasPadam
    5. >> rosesmiza:

      ameen,
      sme2 kte doakan..

      BalasPadam
    6. salam..

      Allahu Akbar...tersentuh juga hati saya...insyaAllah sahabat awk akan sembuh..yakin padaNYA.saya juga sedang melalui proses yg sama seperti awk..Alhamdulillah tunang sy semakin sembuh..

      ~pasti terselit hikmah yg tak terduga...

      BalasPadam
    7. >>Brilliant Marjan:

      sma2 kita doakan,
      smoga tunang kmu smkin smbuh,

      sebak sy mngisi teman sperjuangan,
      perit lgi kmu yg menantikan teman shdup smati..

      smoga sgalany baik2 aja~

      BalasPadam
    8. >>Qa:

      thanx qa..
      doakan yg trbaik utk dia..

      BalasPadam
    9. salam alaik...

      ya saya di kapit pon mendengar khabar saudara Fiq... sememangnya jiwa sbg Muallim tebal dlm diri Fiq.. semoga semangat dia mampu memberi kekuatan kpd diri beliau dan rakan2 utk teruskan perjuangan...

      Saya pon belum sempat nk bekenalan dgn beliau.. tapi dari khabar cerita dari adik2 sekalian, memang sgt kagum dgn beliau... smoga beliau dipermudahkan ujian ni... smoga ada ruang kita smua dapat berbakti dlm dunia pendidikan akan datang..

      wslm

      BalasPadam
    10. >>Muallim Adham:

      waalaikumussalam,
      syukran ya akhi..

      smoga doa kta smua
      trut mnjadi kkuatan dihatiny..
      insyaallah~

      BalasPadam
    11. sedih akak mengenangkan dia n family dia. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

      BalasPadam
    12. >> nasuha ahmad helmi:

      2la kak..putera sulung..
      thun lpas adk bngsu msuk
      wad kne hmpap tv..

      smoga kluarganya tbah dgn dugaan ini,
      kta hny mmpu berdoa dan trus brdoa~

      BalasPadam
    13. Salam, syafakallah syafiq. ujian yang mahal adalah utk hamba yg hebat. moga syafiq cepat2 sembuh. inshaAllah ameen!

      Ops, salam ziyarah ayu. =)

      BalasPadam
    14. InsyaAllah kita doakan semoga beliau cepat sembuh....dibulan yg baik ini...Amin...harap ko tabah..

      BalasPadam
    15. mengharapkan yg tbaik utk dia..rse sayu tu msih ada............

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728