Header Ads

  • Latest Posts

    Maksud Lagu Tolong Ingatkan Aku : Ana Raffali

    Ana raffali, ana rafalli, bertudung, kahwin,ana raffali bertudung
    Kita ketepikan dulu tentang bantahan kejuaraan lagu Tolong Ingatkan Aku di AJL lepas sebab pada saya bila rumah dah siap, pahat tak seharusnya berbunyi apatah bagi bila awal-awal dikatakan keputusan juri adalah muktamad. Tapi sekarang saya dah jatuh cinta dengan lirik lagu Tolong Ingatkan Aku. Ketinggalan zaman betul! Jom selami makna lirik lagu tersebut:-

    Jangan disusun kata-kata penamat, jangan disebut baris ayat keramat, biar lenyap diserap sunyi, biar senyap yang tak menyepi..
    Ungkapan kita putus umpama ayat keramat yang mampu menghancurkan hati yang bercinta. Jangan kata apa-apa yang mungkin memudaratkan keadaan, lebih baik diam tapi bukan untuk menarik diri, menyepikan diri dari hubungan itu. Sebaliknya berikan ruang dan masa untuk memikirkan dengan tenang.

    Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa, kau dampingi aku setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu
    Semua orang boleh ungkap kata sayang tapi belum tentu dapat buktikan. "kau" sanggup menyeluk masa, mencari dan mencuri detik hanya untuk dampingi "aku" selagi hayatku ada, untuk setiap nota dalam lagu yang mengiringi hidupku. Kiranya, penyeluk masa ini dapat diimaginasi sebagai seseorang yang mempunyai waktu yang banyak dalam poket yang boleh digunakan sesuka hati. Dan hatinya mahu menghabiskan waktu dengan orang yang dia sayang.

    Mari patahkan papan markah lama, mari padamkan buku tiga lima, biar luka sembuh sendiri, biar lupa ditebus hari
    Jangan kira kalah menang, jangan berkira atau rasa berhutang/menghutang dengan orang yang kita sayang dan sayang kita. Biar masa memulihkan keadaan.

    Bila marah merasuk minda, kecewa menyelubungi jiwa, aku lupa
    Kita lalai, leka, alpa bila kita biarkan emosi, perasaan negatif menguasai pertimbangan.

    Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar, dengan kasih memeluk rasa. Ku teringatkanmu setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu
    Kadang-kadang kita tak sedar betapa kita sayang akan seseorang sehinggalah kita berani berdepan, berlaku jujur dengan perasaan sendiri. Sesetengah orang hidup menafikan rasa kasih atau cinta pada seseorang atas sebab-sebab berbeza, malu, takut, ego, marah dan sebagainya. Dan kita sedar bahawa kasih sayang itu ada dan dapat dirasa hanya bila dia tiada disisi dan kita masih memikirkannya.

    32 ulasan:

    1. hehe.. sume org tak expect die nk mnng.. hehehehe

      BalasPadam
    2. http://honeytulipsite.blogspot.com/2011/01/bloglist-istimewa-untuk-blogger-baru.html#links

      BalasPadam
    3. Aslmkm.
      Sudah resam manusia begitu.
      Cuba2lah saling mengingati.
      Kita juga baiki diri dulu.
      Yang penting iman kita semakin kukuh teguh & diri kita sentiasa fikir yang baik, terima segala yang baik, dan lakukan yang terbaik.
      Insya Allah jiwa kita akan sentiasa tenteram, hidup damai & suasana pun permai.

      BalasPadam
    4. gue memang dah teka dia menang...
      lirik tu kalau buat dengan nada puisi..
      ada sentuhannya

      BalasPadam
    5. >> ANATI SOKI:
      kite xtgk pn AJL tu nat..huhu

      >> Julia:
      kte tngu msim strusny k :)

      BalasPadam
    6. >> DDrfauziah:
      w'salam.. thanks kakG,
      sama2 brubah tuk kbaikan :)

      >> mie:
      mndalam mkna die :)

      BalasPadam
    7. >> DeCrewz:
      hehe suke lagu tu ^_^

      >> Miecyber:
      yewp best :)

      BalasPadam
    8. akak minat biasa2 jer .. suke tgk muke dia .. lagu .. kureng sikit heheheh enjoyyy :)

      BalasPadam
    9. >> ieda:

      hehe, ley than la sopan die klw nk
      dibandingkan ngn artis len.. kte suke
      lirik lagu tu :)

      BalasPadam
    10. IM lebih mendalami lirik, kemudian muzik dan suara..

      BalasPadam
    11. >> Insan Marhaen:
      huhu same la, kite jenguk lirik :)

      >> gabanMorka:
      ha tu dya, siap cnta..hee

      BalasPadam
    12. kakD pun skg dah suka kat dia...kakD pun hairan knapa la lepa membenci dia..itu dah rezeki dia nk buat mcmana kan...

      BalasPadam
    13. >> LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™:

      huhu tu la kakD.. lw ad yg complain,
      elok die jek yg anjurkan AJL thun dpan
      pastu die la pngacara, juri n so on :)

      BalasPadam
    14. Suka ana Rafali waktu dia senyum..hahaha!

      BalasPadam
    15. XHABIS LAGI KER HAL DIA NI...ADES.. KECIAN DIA

      BalasPadam
    16. wah hebat lagu tuh...ada kaitan dengan kehidupan juga kah..

      BalasPadam
    17. dla suke la lagu ni..siyes..bajet jugakla aritu dpt no.2@3..

      dla nk bg award kat ahs ni..kalo sng2 meh amik yer :)

      AWARD COOL

      BalasPadam
    18. >> relevan:
      time snyum jep? :P

      >> mardhiah ismail (::
      yewp tuk yg mnyelami, hehe..

      >> A'IM:
      slagi ada yg xde keje, huhu~

      BalasPadam
    19. >> S..U..D..@..I..S:
      hidup sape tu? hehehe~

      >> d_LA:
      ehehehe.. ok syg t i p sane :)

      BalasPadam
    20. baru dapat tangkap isi tersirat lagu ni bila baca en3 kamu.. ^_^

      BalasPadam
    21. >> cikceriacorner:
      yewp, rzeki msing2..hehe

      >> misz FaTiN:
      a'ah,kte pas bce blog die bwu dpt
      mnyelam..huhuhu~

      BalasPadam
    22. salam


      huhuhu..maaf yea syg, syira tak suka dia, oleh kerana tak suka dia. lagu ia pun tak suka dengar juga..erk...tolong jangan ingatkan aku...heheheh...

      BalasPadam
    23. >> sissyira:

      hehe okay2.. nnt kte cari artis laen
      lak, yg kte sme2 suke..hehe~

      BalasPadam
    24. sy dh agak dia boleh menang ritu coz lirik dia mmg menarik dan penuh maksud tersirat..
      tapi skrg baru sy tahu maksud tersirat tu..
      memang mendalam.. menarik! huhu...
      kalau nnk mohon share boleh? =)

      BalasPadam
    25. >> Solihin Zubir:
      boley aja, ngak ada masalah, ini
      ana raffali punya, hehe..

      BalasPadam
    26. Lagi ramai orang kutuk kemenangan dia, lagi mudah orang jatuh simpati padanya. Tengokla kejayaan akan melingkari beliau sedikit masa nanti.

      Contoh terjadi spti Pengarah Shamsul Yusuf.

      BalasPadam
    27. aku xde masalah die menang...yang xpuas hati sangat tu korang ingat korang tu propesional ke nk bantah keputusan juri...adat pertandingan la...be real

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728